10 Langkah Mencegah Kedutan Muka – Boleh Amal Sekarang

Semakin bertambah umur kita, kulit akan semakin mudah hilang kelembapan dan keanjalan. Hal ini boleh membawa kepada masalah kedutan pada kulit dan wajah. Pakar kulit mempunyai cara-cara untuk mengatasi perbentukan garis-garis pada kulit.

Basanya, mereka akan memperkenalkan krim, face mask, dan sebagainya. Tetapi, apa yang terbaik adalah dengan mencegahnya, dengan menggunakan cara yang semulajadi.

Artikel kali ini akan membincangkan beberapa langkah yang anda boleh ikuti untuk mengelak muka berkedut.

1. Jangan Banyak Beri Alasan

Kebanyakan orang akan menyalahkan benda lain, yang membuatkan kulit mereka berkedut – contohnya, salahkan gen dan sebagainya. Mereka ini akan katakan bahawa tiada cara untuk mengelak daripada proses penuaan dan kedutan kulit, kerana faktor genetik.

Namun, mengikut satu kajian, genetik hanya mempengaruhi proses penuaan sebanyak 30% sahaja, manakala 70% adalah bergantung kepada gaya hidup seseorang individu.

2. Lindungi Kulit Dari Cahaya Matahari

Apabila kita semakin tua, gen-gen yang mengawal penghasilan dan kekuatan kolagen semakin lemah. Ini membawa kepada perbentukan kedutan.

Satu kajian mendapati bahawa kulit yang tidak terdedah kepada cahaya matahari mempunyai 3,800 mutasi genetik, manakala yang terdedah pula mempunyai 10,000 mutasi genetik.

3. Ambil Antioksida

Apabila sinaran UV diserap masuk di dalam kulit, ia akan menghasilkan radikal bebas, yang boleh merosakkan struktur sel – lantas membawa kepada kedutan kulit.

Untuk mengatasi masalah ini, anda digalakkan untuk mengambil (makan atau minum) sesuatu yang mengandungi antioksida seperti buah delima, teh hijau dan sebagainya.

Serta, sebagai tambahan, gunakan krim mencegah sinaran UV semasa hendak keluar rumah.

Baca23 Kebaikan dan Khasiat Buah Delima

4. Sapu Kulit Muka Dengan Minyak Omega-3

Minyak mempunyai omega-3 seperti minyak almond, egg oil dan milk cream sesuai kerana ia boleh memperbaiki sel di dalam kulit. Minyak ikan juga banyak omega-3, tetapi kuat baunya – jadi elakkan.

5. Basuh Muka Dengan Air Sejuk

Basuh muka dengan air yang sejuk sebaik sahaja bangun daripada tidur boleh meransang peredaran darah dan membran kulit. Sebaiknya, anda penuhkan mulut anda dengan air semasa membasuh muka, untuk membuat tegangan kulit.

6. Kerapkan Berkaca Mata Hitam

Bukan sahaja cermin mata hitam boleh melindungi kulit sekitar mata anda, tetapi juga boleh mengelakkan daripada squinting, yang turut menyumbang kepada masalah kedutan muka.

7. Tidur Secara Baring

Walaupun tidak menyumbang dengan banyak, tetapi dengan tidur secara berbaring boleh mengelakkan daripada sleep lines. Ia boleh menyebabkan kedutan.

8. Berhenti Merokok

Perokok tegar mempunyai 5 kali ganda cenderung untuk mendapat kedutan muka. Amalan merokok boleh merosakkan kolagen pada kulit. Lantas membawa kepada kulit berkedut.

Baca4 Langkah & Cara Berhenti Merokok Paling Berkesan

9. Kawal Ekspresi Muka

Pernah dengar “marah boleh cepat tua”, sebenarnya memang ada fakta disebalik kenyataan itu. Orang yang cepat/kerap marah ini akan membuatkan tekanan pada kulit muka, dan membawa kepada masalah kedutan pada masa hadapan.

Antara ekspresi yang lain adalah seperti berkerut dahi, mengangkat kening, dan squinting.

Manakala, dengan kerapkan bersenyum dan ketawa boleh mengelakkan daripada kedutan muka.

10. Bergembira dan Bahagia

Satu kajian yang dilakukan ke atas dua kembar wanita, dan mendapati kembar yang telah bercerai kelihatan lebih tua berbanding kembarnya.

Masih tidak ada bukti yang kukuh ke atas faktor kebahagiaan di dalam masalah kulit berkedut, tetapi kajian tersebut memberi satu pencerahan bahawa orang yang sentiasa bahagia boleh melambatkan proses penuaan (walaupun sedikit).

Tidak mahu kelihatan tua mulai hari ini, apa kata anda lakukan perkara yang anda suka dan tinggalkan perkara yang boleh memberikan tekanan kepada anda.

Video Bantuan

Ingin maklumat lebih lanjut, sila lihat video youtube di bawah:

Tips Tambahan

Banyakkan minum air, ia boleh mengekalkan kulit anda hidrat.

Kesimpulan

Kedutan pada muka dan wajah adalah perkara biasa dan itu adalah satu lumrah. Walaupun begitu, anda mempunyai kaedah dan cara untuk melambatkan proses tersebut, iaitu cara-cara di atas.

Harap artikel ini membantu anda kelihatan awek muda dan kekal berseria sentiasa.

Sekian~

Leave a Comment