5 Tips Untuk Menjadikan Blog Anda Lebih Menarik

Jika sesuatu penulisan adalah seni, maka, perkataan ‘blogging‘ adalah salah satu cara untuk menhasilkan sesuatu seni. Ini adalah kerana orang-orang berblog atau mempunyai blog sendiri, tidak kira menggunakan Blogger, WordPress ataupun Tumblr adalah orang-orang yang seni.

Blogger yang beretika sentiasa berhati-hati dalam memilih perkataan yang paling sesuai menggambarkan perasaan mereka, fikiran, impian, keinginan, dan segala-galanya.

Pada asasnya, blog pertama kali diperkenalkan sebagai weblog yang merujuk kepada “fail log pelayan” (server’s log file). Ia diwujudkan apabila pengunaan web diluaskan diseluruh dunia. Sejak ditubuhkan pada pertengahan 1990-an, budaya blogging secara beransur-ansur memperoleh tempat dalam komuniti maya. Hal ini menjadikan Internet sebagai satu sumber maklumat yang berdaya maju dan lebih besar.

Dari sudut pandangan laman web biasa, anda masih memerlukan hosting dan nama domain, tetapi dengan blog, anda hanya perlu membuka akaun dengan penyedia blog. Dalam kebanyakan kes, ini jenis blog adalah percuma, sebagai contoh Blogger.

Dengan bermulanya blog dalam industri internet, journal peribadi telah menjadi suatu titik persamaan bagi orang-orang yang ingin dikenali di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, tahap yang ingin dicapai tidaklah sampai ke tahap selebriti ataupun ahli politik.

Secara amnya, blog adalah dicipta untuk kegunaan peribadi. Seperti jurnal, orang boleh menulis pengembaraan harian, fikiran, dan apa sahaja idea yang mereka mahu kongsikan dalam talian.

Walau bagaimanapun, dengan kemunculan perniagaan dalam talian, blog secara beransur-ansur beralih perhatian dengan menyediakan peluang perniagaan, untuk meningkatkan produktiviti mereka dalam talian. Di sinilah perniagaan melalui blog mendapat perhatian majotiti blogger.

Perniagaan melalui blog adalah pada dasarnya, diwujudkan untuk mengiklankan perkhidmatan atau produk dari laman web tertentu atau perniagaan dalam talian untuk meningkatkan jualan dalam talian.

Selain itu, blog perniagaan juga salah satu cara untuk mempromosi sesebuah syarikat supaya pembaca mendapat maklumat akan syarikat tersebut. Dalam kata lain, blog digunakan untuk mendapat publisiti dalam talian kepada semua ahli perniagaan. Dengan berblog, usahawan dapat mewujudkan nama baik syarikat atau individu dalam pasaran maya melalui artikel yang sangat berguna kepada kehidupan pembaca.

Dari situ, anda boleh menjana wang dari blog dengan hanya merumuskannya ke laman web perniagaan anda. Ini boleh dilakukan melalui teknologi RSS.

Jadi sekiranya anda berfikir untuk membuat blog, sama ada untuk perniagaan atau untuk suka-suka, anda perlu tahu beberapa tips yang boleh membantu blog anda menjadi salah satu blog yang menarik dalam talian.

Berikut adalah 5 Tips Untuk Menjadikan Blog Anda Lebih Menarik

Tips #1: Pertimbangkan Pembaca Anda

Walaupun blog anda adalah bertemakan peribadi, anda perlu mempertimbangkan minda pembaca anda. Anda perlu memikirkan, melahirkan dan memuatkan sesuatu yang akan menarik minat mereka.

Lagipun, kebanyakan sebab orang yang menulis blog tidak semuanya terhad kepada motif peribadi mereka sendiri. Kebanyakan daripada mereka hanya mahukan orang mengetahui pasal dirinya, walaupun hanya sedetik. Oleh itu, adalah terbaik bagi semua blogger untuk memasukkan entri-entri yang boleh mendapat capaian masyarakat umum.

Tips #2: Manfaatkan Gambar-Gambar

letak gambar pada blog

Untuk menghasilkan blog yang berbaloi kepada pembaca, anda perlu masukkan unsur-unsur gambar bersama dengan entri anda. Guna formatting yang betul, align gambar-gambar tersebut dengan elok, dan lebih baik sekiranya gambar tersebut berkaitan dengan entri-entri anda.

Sekiranya anda tiada gambar-gambar yang berkaitan, anda juga boleh meletakkan gambar anda sendiri pada entri tersebut, namun saya secara persendirian tidak menggalakkan perbuatan tersebut.

Satu perkara yang anda perlu teliti adalah berkaitan isu hak cipta terpelihara. Anda TIDAK BOLEH memasukkan gambar yang anda peroleh dari Google Image. Hal ini kerana hampir semua gambar hasil pencarian dari Google adalah hak cipta terpelihara, anda tidak dibenarkan menggunakannya tanpa kebenaran yang sah.

Jadi, anda boleh menggunakan Pixabay sebagai satu pilihan alternatif. Pixabay membenarkan kita guna semua gambar-gambar yang disediakan tanpa perlu risau isu hak cipta terpelihara. Namun, pilihannya agak terhad.

Selain itu, anda tidak digalakkan memuatkan gambar-gambar yang bahaya atau menghina sesiapa yang akan membaca blog anda.

Tips #3: Buat Blog yang Membina dan Bermanfaat

Walaupun anda bebas untuk menulis apa sahaja yang anda mahu keseluruh dunia, anda masih perlu mengambil kira kepentingan blog anda kepada pembaca. Adakah blog anda hanya untuk memberitahu menu sarapan pagi, menyebarkan fitnah kepada mana-mana pihak atau apa-apa yang tiada nilai secara umum?

Sekiranya anda menjawab kepada soalan diatas, anda perlu menukar rentak dan tema blog anda. Apa yang penting dalam dunia berblog adalah memberi. Memberi sesuatu yang bernilai dan bermanfaat kepada semua pembaca.

Sebagai contoh, anda memberitahu pengalaman pertama membuat kek. Anda boleh memberitahu tentang masalah-masalah semasa memproses atau bagaimana rasa hasilnya. Cara untuk memperbaiki entri tersebut adalah dengan memberikan para pembaca resepi kek tersebut, sediakan langkah-demi-langkah membuatnya, buat senarai atasi masalah atau tips-tips yang boleh digunakan.

Secara jujur, ini akan membuatkan blog anda lebih berguna kepada pembaca, mereka boleh manfaat apa yang mereka baca, dan mungkin mereka boleh membuat kek mereka sendiri selepas mereka membaca entri blog anda.

Jadikan blog anda sumber maklumat dan ilmu; dan bukannya sekadar hiburan semata-mata

Tips #4: Elakkan Membuat Blog yang Rumit

Dalam usaha untuk mempunyai blog yang menarik, cuba untuk tidak menggunakan beberapa perkataan yang sangat
teknikal dan perkataan yang susah difahami oleh pengguna yang lain. Seperti contoh penggunaan jargon.

Lagipun, blog bukan satu wacana sains atau satu sesi perdebatan. Maka adalah terbaik dengan menjadikan blog anda ringkas dan mudah difahami.

Ingatlah bahawa kebanyakan orang yang menggunakan Internet biasanya melakukan pengimbasan secara kasar kepada artikel tersebut, kebanyakan tidak meneliti secara mendalam kepada satu-satu perkataan atau ayat.

Oleh itu, adalah lebih baik untuk mempunyai blog atau entri yang tidak akan melahirkan rasa bosan kepada pembaca anda. Penggunaan gambar, formatting (heading, point, numbering) yang betul dan video mungkin boleh membantu.

Tips #5: Jadikan Blog Anda Interaktif

Dengan mengambil kira kebolehan dan kemapuan anda, adalah terbaik membina blog yang interaktif kepada pembaca. Anda boleh melakukan ini dengan meletakkan beberapa klip video atau audio dalam blog anda.

Anda juga wajar meletakkan kawasan bagi komen atau tempat untuk pembaca memberikan maklum balas terhadap sesuai perkara.

Dengan cara ini, anda boleh mendapatkan tindak balas dan reaksi daripada orang lain. Siapa tahu, anda mungkin mendapat beberapa rakan-rakan hanya dengan membuat mereka berasa seperti di rumah di laman blog anda.

Dengan adanya elemen-elemen yang membolehkan mereka berinteraksi dengan blog anda, anda secara tidak langsung memberikan mereka kebebasan untuk berkongsi apa yang mereka tahu. Ini memberikan pandangan yang positif kepada blog anda.

Hal ini juga boleh mengurangkan kadar pengembalian (bounce rate) bagi blog anda. Ini adalah perkara yang baik!

Kesimpulan

Malah, blog tidak dicipta hanya untuk keseronokan semata-mata itu. Ia juga mempunyai maksud yang tersendiri dalam dunia Internet.

Oleh itu, bagi orang-orang yang ingin memanfaatkan kemahiran mereka, blog adalah cara terbaik untuk melakukannya.

Sebagaimana yang mereka katakan, blogging adalah istilah yang sezaman dengan penulisan kreatif dan komersial.

Sila komen dibawah sekiranya anda mempunyai pandangan sendiri dalam perkara ini ataupun soalan berkaitan dengan entri ini. Sekian.

Leave a Comment