10 Ubat Kuruskan Badan (Fat Burner) Yang Paling Berkesan Malaysia 2020

Masalah berat badan merupakan salah satu masalah yang sering dialami oleh rakyat Malaysia, terutamanya kaum hawa. Perkara ini tidak boleh dinafikan kerana statistik membuktikan bahawa kadar dan jumlah warga yang mengalami masalah berat badan berlebihan semakin meningkat tahun demi tahun.

Masalah ini bukan sahaja membawa satu masalah kepada bentuk badan dan kecergasan seseorang, malah ia juga boleh menyebabkan masalah kencing manis, sakit jantung, tekanan darah tinggi dan pelbagai lagi masalah kesihatan yang lain.

Oleh itu, anda perlu mengubahnya, dan salah satu daripada cara yang berkesan untuk menurunkan berat badan adalah dengan menggunakan ubat kurus. Ia juga lebih dikenali sebagai fat burner.

Pada kali ini, kami ingin berkongsikan 10 produk dan ubat kuruskan badan (fat burner) yang paling berkesan untuk rakyat Malaysia pada tahun 2020.

Kami membuat review ke atas produk/jenama fat burner ini dengan mengutarakan bagaimana ia boleh membantu menurunkan berat badan, adakah terdapat sebarang kesan sampingan dan di mana anda boleh dapatkannya.

#Jika anda sedang mencari supplement bina badan, sila ke artikel ini. 

Jom kita mulakan!

Ubat Kurus #1: Black Latte

Ubat kurus pertama adalah Black Latte. Ubat kurus ini boleh dikatakan agak baru dalam pasaran berbanding dengan ubat-ubat kurus yang lain. Black Latte dirumus khas untuk orang yang sukakan makanan manis, tetapi pada masa sama mahu kurangkan kalori dan lemak.

Produk ini tengah hot sekarang di pasaran. Anda boleh dapatkannya dari MyCodShop, Lazada, dan Shopee.

i. Kandungan Black Latte & Cara Ia Berfungsi

Black Latte mengandungi beberapa bahan aktif yang membolehkan anda menahan rasa lapar untuk jangka masa yang lama. Antara bahan kandungannya adalag Arang Aktif, Santan Kelapa, L-Karnitin, dan Omega-3.

  • Arang Aktif (Activated Coal)

Arang Aktif ataupun juga dikenali sebagai activated coal boleh menghalang penyerapan 80% lemak daripada makanan dan pengumpulannya di dalam badan; memberikan pemecahan yang selamat, memproses dan menghapuskan simpanan lemak dan bahan toksik yang lama.

Selain daripada itu, arang aktif juga mempunyai banyak lagi khasiat. Anda boleh baca senarai penuh kebaikan arang aktif di sini.

  • Santan Kelapa

Santan kelapa boleh merangsang metabolisme yang lebih cepat yang mana boleh mencetuskan proses ‘pembersihan kendiri’ di dalam tubuh. Proses ini merupakan satu proses aktif untuk lemak dalaman yang sudah lama terkumpul di bahagian tepi pinggang dan perut.

Selain daripada itu, santan kelapa juga mempunyai banyak khasiat yang lain. Selanjutnya, anda boleh baca di sini.

  • L-Karnitin

L-Karnitin merupakan sejenis asid amino yang membantu badan kita menukarkan lemak kepada tenaga. Ia juga boleh menghalang kekenduran kulit dan membantu mencapai badan yang cergas selepas kehilangan berat badan yang besar. Anda boleh baca lebih lanjut tentang L-Karnitin di sini.

  • Omega-3

Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang berasal dari minyak ikan dan ia mempunyai banyak khasiat kesihatan. Salah satu khasiatnya adalah dalam membantu mengurangkan lemak dalam badan.

Omega-3 meningkatkan tahap leptin, sejenis hormon yang bertanggungjawab terhadap kelajuan pemecahan lemak di dalam badan. Adalah penting untuk memahami bahawa tubuh kita tidak dapat menghasilkan Omega-3 tetapi hanya dapat menerimanya secara luaran. Info lebih lanjut tentang Omega-3 di sini.

ii. Cara Pengambilan Black Latte

  1. Tambahkan sesudu Black Latte ke dalam gelas atau secawan air panas
  2. Ambil 1 sajian setiap hari. Untuk asimilasi maksimum, adalah disarankan untuk mengambil minuman ini semasa sarapan pagi.
  3. Disyorkan ambil untuk satu bulan.

iii. Testimoni Black Latte

Black Latte mempunyai banyak testimoni positif daripada para pelanggan. Di bawah adalah sedikit gambar testimoni yang diambil dari laman web pengedar Black Latte, MyCodShop.

Anda boleh lihat testimoni dari laman web MyCodShop, atau dari reviu-reviu di Lazada dan Shopee.

iv. Kelebihan Black Latte

Antara kelebihan (pros) bagi Black Latte adalah:

  • Menyerap lemak, mengubahnya menjadi tenaga
  • Mengeluarkan toksin daripada badan
  • Menyekat selera makan dan memberi tenaga
  • Mengeluarkan cecair berlebihan daripada badan
  • Menghasilkan dopamin

v. Kelemahan Black Latte

  • Boleh memberikan kesan sampingan.
  • Tidak sesuai bagi wanita yang mengandung
  • Tidak sesuai bagi yang mempunyai masalah kesihatan kronik seperti masalah buah pinggang

vi. Kesan Sampingan Black Latte

Black Latte mengandungi bahan-bahan aktif yang boleh memberikan kesan sampingan. Antaranya adalah lemah otot, rasa loya, dan cirit-birit.

Namun begitu, sekiranya mengambil supplement ini dengan kadar yang disarankan, maka tiada masalah (atau boleh limitkan kadar kesan sampingan tersebut).

vii. Dimana Boleh Beli Black Latte

Anda boleh dapatkan Black Latte dari kedai MyCodShop. Harga asal adalah RM338, tetapi dengan klik pada link ini [[link]], anda boleh dapatkan potongan harga sehingga 50% (RM169). MyCodShop hanya menawarkan pembayaran secara COD, anda hanya perlu mengisi nama, alamat email, dan nombor telefon untuk mengesahkan pembelian.

Anda juga boleh membeli Black Latte ini di Shopee dan Lazada.


Ubat Kurus #2: Keto Guru

Ubat kurus kedua di dalam senarai ini adalah Keto Guru. Kami agak pasti anda pernah dengar nama ini, ataupun pernah dengar perkataan keto. Keto adalah singkatan bagi perkataan ketogenic, yang membawa maksud diet yang rendah karbohidrat, protein yang sederhana, dan kadar lemak tinggi. Keto secara teorinya boleh membantu mengurangkan berat badan.

Keto Guru adalah produk yang dirumus untuk memenuhi stail diet keto tersebut, tetapi tanpa berlapar kerana tidak makan nasi atau roti. Produk ini sudah lama berada di dalam pasaran Malaysia. Anda boleh dapatkan Keto Guru dari MyCodShop, Lazada, dan Shopee.

i. Kandungan Keto Guru & Cara Ia Berfungsi

Pertama sekali yang kita akan tengok adalah bahan kandungan Keto Guru. Produk ini mengandungi B6, acid GABA, B3, Potassium, L-Glutamin, Magnesium. Semua bahan kandungan ini adalah lebih kepada pengambilan protein dan vitamin yang diperlukan untuk membantu badan anda menukarkan lemak kepada tenaga.

Apabila badan anda berhenti menerima kuantiti karbohidrat yang diperlukan, ia mula kehilangan tenaga dan akan memasuki fasa ketosis. Badan anda akan mula aktif membakar lemaknya sendiri untuk mendapatkan tenaga. Lebihan berat badan hilang semata-mata kerana kehilangan lemak. Otot tidak terjejas.

Ketosis bermula selepas 2 atau 3 minggu selepas mematuhi diet Keto yang sebenar. Sekiranya diet itu ditambah dengan Keto Guru, prosesnya akan bermula hanya dalam masa 45-50 minit!

ii. Cara Pengambilan Keto Guru

  1. Larutkan satu tablet Keto Guru ke dalam gelas
  2. Biarkan 30 minit sebelum makan
  3. Disyorkan ambil Keto Guru setiap hari, untuk 7-10 hari untuk dapatkan hasil yang memuaskan

iii. Testimoni Keto Guru

Keto Guru mendapat sambutan dari pengguna internet. Berikut adalah sedikit testimoni para pengguna Keto Guru:

Anda boleh dapatkan banyak lagi testimoni pengguna di MyCodShop, Lazada, dan Shopee.

iv. Kelebihan Keto Guru

  • mempercepatkan proses keto walaupun ada pengambilan karbohidrat
  • tiada kesan sampingan
  • tiada pembakaran otot
  • bahan kandungan semula jadi
  • sesuai untuk vegan dan vegetarian
  • bebas daripada bahan kimia/toksin berbahaya

v. Kelemahan Keto Guru

  • harga asal adalah RM 338. Tetapi, anda boleh dapatkan discount 50% dengan klik pada link ini.

vi. Kesan Sampingan Keto Guru

Kesan sampingan pengambilan Keto Guru boleh dianggap minima dan tidak serius, walaupun masih tiada laporan pengguna tentang kesan sampingan. Keto Guru menggunakan bahan semula jadi dan tidak menggunakan bahan kimia yang berbahaya. Namun, sekiranya ada kesan sampingan, mungkin ia adalah tindak balas alahan terhadap bahan kandungan produk ini seperti yang dinyatakan di atas.

vii. Dimana Boleh Beli Keto Guru

Keto Guru sudah lama berada di pasaran Malaysia. Anda boleh belinya dari pengedar MyCodShop. Harga asal adalah RM338, namun melalui MyCodShop, anda boleh dapatkan potongan harga 50%, jadi harga adalah RM169 sahaja. MyCodShop hanya menawarkan COD. Anda hanya perlu mengisi nama, email, dan nombor telefon untuk membuat pesanan.

Keto Guru juga boleh diperoleh di Lazada dan Shopee.


Ubat Kurus #3: Green Coffee

Green coffee ataupun kopi hijau merupakan petua menguruskan yang tidak asing lagi dalam kalangan wanita. Green coffee sudah diiklankan di seluruh dunia sebagai satu makanan yang mujarab untuk membakar lemak dalam badan.

Green Coffee adalah sejenis kopi khas yang tidak dipanggang. Oleh kerana ia tidak dipanggang, ia mempunyai lebih banyak antioksidan, vitamin dan asid amino berbanding dengan kopi hitam.

i. Kandungan Green Coffee & Cara Ia Berfungsi

Produk ini mengandungi bahan-bahan seperti asid klorogenik, kafein, tanin, serat, vitamin C dan vitamin E.

Asid klorogenik mengaktifkan dan memperbaiki proses pembentukan asid lemak dalam hati, memudahkan pemecahan lemak didalam usus dan menghalang ianya diserap kedalam aliran darah.

Kafein adalah antioksidan semulajadi yang berkuasa. Ia menguatkan dinding saluran darah dan melindungi tubuh daripada bahan radikal bebas dengan mempercepatkan proses pertumbuhan semula kulit.

Tanin meningkatkan fungsi saluran pencernaan yang dapat menghapuskan cecair yang berlebihan dan tubuh badan dapat dibersihkan dengan cara yang semulajadi. Terima kasih pada tanin kerana mempunyai sistem imunisasi yang kuat.

Green Coffee membantu anda mengurangkan berat badan dengan meningkatkan metabolisme anda dengan asid klorogenik yang terdapat di dalam kandungannya. Asid klorogenik sangat disyorkan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, dan ia turut mengurangkan risijo penyakit metabolik kronik seperti kencing manis, penyakit kardiovaskular, kanser dan juga beberapa gangguan neurologi yang serius termasuklah penyakit Alzheimer dan Parkinson.

ii. Cara Pengambilan Green Coffee

Disarankan minum Green Coffee pada waktu pagi dan malam. Untuk waktu pagi, minum 15 minit sebelum makan, manakala pada waktu malam, minum 2 jam selepas makan.

iii. Testimoni Green Coffee

Ramai yang mendapat hasil yang memuaskan dari produk Green Coffee ini. Berikut adalah serba sedikit screenshot reviu pengguna dari MyCodShop.

Dapatkan reviu penuh dari laman MyCodShop, Lazada, atau Shopee.

iv. Kelebihan Green Coffee

  • 100% produk organik
  • Kaya dengan sumber asid klorogen semulajadi (membakar lemak)
  • Merangsang metabolisme
  • Mengawal selera makan
  • Tidak perlu mengehadkan makanan

v. Kelemahan Green Coffee

  • sesetengah orang alah dengan kafein
  • harga agak mahal RM272. Klik di sini untuk dapatkan diskaun 50%
  • tidak sesuai untuk wanita mengandung

vi. Kesan Sampingan Green Coffee

Green Coffee mengandungi kafein. Ia boleh menyebabkan sukar tidur, cirit-birit, pening kepala, dan tekanan darah tinggi.

vii. Dimana Boleh Beli Green Coffee

Anda boleh dapatkan Green Coffee di MyCodShop dengan harga asal RM272. Tetapi kalau klik di sini, anda boleh dapatkan potongan 50% (RM136 sahaja). MyCodShop hanya menyediakan COD. Anda hanya perlu isi nama, email, dan nombor telefon untuk membuat pesanan.

Anda juga boleh mendapatkan Green Coffee ini dari Lazada dan Shopee.


Ubat Kurus #4: Goji Berry

Goji berry ataupun beri goji dalam Bahasa Melayu adalah sejenis beri yang berwarna merah dan berasal dari China. Beri sudah lama digunakan di sana untuk sebagai satu rawatan tradisional bagi penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, demam, dan sebagainya.

Goji berry banyak khasiatnya dan orang mula gunakannya sebagai satu ubat kuruskan badan.

i. Kandungan Goji Berry & Cara Ia Berfungsi

Produk ini mengandungi Goji Berry yang diproses khas untuk mendapatkan khasiat yang optimum. Tiada bahan lain.

Buah Goji mengandung kombinasi vitamin, mineral, elemen, yang secara sempurna melengkapi diet dengan berbagai nutrisi penting untuk kesihatan, meningkatkan dan menstabilkan metabolisme tubuh, membantu menstabilkan peredaran darah serta menghilangkan racun dan kolesterol dari tubuh.

Setiap berry kaya akan 18 asid amino – 8 diantaranya merupakan asid amino esensial, 21 mineral, vitamin E, C, B1, B2, B6, karoten, polisakarida, mengandung fitokimia dalam jumlah sangat banyak serta mikronutrien unik lainnya.

Jadi, jika anda masih ingin menurunkan berat badan anda dan menjadi lebih sihat, serta memiliki tekanan darah dan tahap stres yang rendah, maka anda perlu menambahkan Goji dalam makanan sehari-hari anda.

ii. Cara Pengambilan Goji Berry

  1. Masukkan 1 sudu besar Goji Berry ke dalam cawan
  2. Tuangkan 200ml air mendidih
  3. Biarkan 10 minit
  4. Minum 30 minit sebelum makan atau 1 jam selepas makan

iii. Testimoni Goji Berry

Goji Berry sudah lama berada di dalam pasaran, anda boleh cari reviu dan testimoni pengguna. Ini adalah sedikit testimoni yang kami dapat:

Anda boleh baca banyak lagi reviu dari MyCodShop, Lazada, dan Shopee.

iv. Kelebihan Goji Berry

  • 100% produk organik
  • Sumber semula jadi paling kaya dengan asid amino
  • Peningkatan Metabolisma
  • Mengawal selera
  • Tiada sekatan makanan yang diperlukan

v. Kelemahan Goji Berry

  • harga agak mahal

vi. Kesan Sampingan Goji Berry

Setakat artikel ini ditulis, tiada lagi kesan sampingan yang dilaporkan dari pengguna. Ini kerana produk ini menggunakan 100% bahan semula jadi. Jadi, anda dijamin.

vii. Dimana Boleh Beli Goji Berry

Anda boleh dapatkan goji berry dari MyCodShop dengan harga RM136 sahaja. MyCodShop hanya membuat COD, anda hanya perlu bagi nama penuh, email, dan nombor telefon untuk membuat pesanan. Nanti operator akan membuat panggilan untuk pengesahan.

Produk ini juga boleh diperolehi di Lazada dan Shopee (mungkin jenama dan harga berbeza-beza)


Ubat Kurus #5: Mizzy Candy

Mizzy Candy merupakan ubat kurus dalam bentuk gula-gula. Ia dirumus khas untuk orang yang mahu kuruskan badan tetapi tidak mahu guna ubat kurus dalam bentuk cecair. Mizzy Candy boleh mengurangkan rasa lapar dan membakar lemak pada bahagian badan.

i. Kandungan Mizzy Candy & Cara Ia Berfungsi

Mizzy Candy mengandungi Garcinia Cambogia, L-Carnitine, Chitosan, dan Esktrak Guarana.

  • Garcinia Combogia – Memberi tenaga, mengaktifkan proses metabolik di dalam badan
  • L-Carnitine – Menggalakkan pembakaran lemak, menyekat selera makan
  • Chitosan – Memperbaiki sistem pencernaan, menyingkirkan cecair berlebihan, mengekalkan kulit yang elastik
  • Ekstrak Guarana – Mempercepatkan pecahan sel-sel lemak

ii. Cara Pengambilan Mizzy Candy

  1. Kemam gula-gula Mizzy Candy, biarkan ia cair di dalam mulut
  2. Disyorkan ambil dua kali sehari, pada waktu pagi dan petang

iii. Testimoni Mizzy Candy

Mizzy Candy agak baru dalam pasaran, maka testimoni dan reviu agak sedikit. Ini adalah beberapa reviu yang kami dapat:

iv. Kelebihan Mizzy Candy

  • Meningkatkan metabolisme
  • Menyingkirkan sisa-sisa dan toksin
  • Memecahkan lemak
  • Dipenuhi dengan vitamin dan unsur mikro
  • Tidak perlu berlapar untuk kurangkan berat badan

v. Kelemahan Mizzy Candy

  • harga agak mahal
  • masih kurang reviu dan testimoni pengguna

vi. Kesan Sampingan Mizzy Candy

Mizzy Candy menggunakan bahan semula jadi. Tiada kesan sampingan lagi yang dilaporkan

vii. Dimana Boleh Beli Mizzy Candy

Anda boleh dapatkan Mizzy Candy dari MyCodShop dengan potongan harga 50%, jadi anda hanya perlu bayar RM179 sahaja.MyCodShop hanya menerima COD, maka anda hanya perlu masukkan nama, email, dan nombor telefon sahaja semasa membuat pesanan. Operator kemudian akan panggil untuk membuat pengesahan.

Stok produk ini di Shopee agak terhad. Anda boleh periksanya sendiri. Lazada tiada stock.


Ubat Kurus #6: Bentolit

Bentolit juga produk yang masih baru dalam pasaran Malaysia. Bentolit adalah produk pelansingan badan yang berasaskan tanah liat bentonit – pelik kan?

Tanah liat bentonit adalah sejenis tanah liat semulajadi yang halus. Bentonit asalnya digunakan untuk rawatan kulit dan rambut. Tanah liat ini selamat untuk diminum untuk tujuan detox badan.

Pengambilan bentonit boleh menyingkirkan bahan kimia yang berlebihan yang terkumpul di dalam tis dan organ, sambil membantu menghancurkan dan membakar lemak. Tanah liat itu mudah diserap ke dalam badan. Anda boleh baca tentang bentonit dengan lebih detail dari post ini.

i. Kandungan Bentolit & Cara Ia Berfungsi

Bentolit mengandungi beberapa bahan kandungan yang penting, antaranya adalah tanah liat bentonit, serat oat, serbuk kopi, ekstrak biji adas, ekstrack akar halia, dan ekstrak akar dandelion.

  • Tanah liat bentonit – mengikat gabungan bahan-bahan kimia berbahaya bersama-sama dan singkirkannya dari badan
  • Serat oat – membersihkan perut dan mengeluarkan kolesterol berlebihan
  • Serbuk kopi – mengurangkan selera makan, menyingkirkan air berlebihan daripada badan
  • Ekstrack Biji Adas – menstabilkan pencernaan
  • Ekstrak Akar Halia – meningkatkan metabolisma badan, mencegah berat badan naik
  • Ekstrak Akar Dandelion – mempunyai kesan laksatif yang ringan

ii. Cara Pengambilan Bentolit

  1. Masukkan 2 sudu teh serbuk ke dalam cawan
  2. Tuang 200ml air panas
  3. Kacau sehingga larut, biarkan 10 minit, kemudian kacau sekali lagi (disyorkan guna botol pengoncang)
  4. Minum 1 kali sehari, sebaiknya pada waktu pagi

iii. Testimoni Bentolit

Disebabkan produk ini tidak mendapat perhatian media yang banyak lagi, testimoni agak terhad. Ini serba sedikit:

iv. Kelebihan Bentolit

  • diperbuat daripada bahan kandungan semula jadi
  • mengeluarkan toksin dalam badan
  • kurangkan rasa lapar semasa berdiet
  • menstabilkan sistem pencernaan
  • mempercepatkan pembkaran lemak dalam badan

v. Kelemahan Bentolit

  • harga agak mahal
  • masih kurang exposure pengguna

vi. Kesan Sampingan Bentolit

Setakat artikel ditulis, masih tiada kesan sampingan yang dilaporkan.

vii. Dimana Boleh Beli Bentolit

Anda boleh dapatkan Bentolit hanya di MyCodShop dengan harga RM179 sahaja. MyCodShop hanya jual secara COD. Anda hanya perlu bagi nama, email, dan nombor telefon masa membuat pesanan. Nanti operator akan memanggil untuk pengesahan.

Setakat artikel ini ditulis, Bentolit tidak dijual di Lazada mahupun Shopee.


Ubat Kurus #7: Dietica

Dietica merupakan ubat kurus dalam bentuk fizzy drink (tablet larut). Ia mengandungi gabungan beberapa baha semula jadi yang membantu dalam proses pembakaran lemak badan dan menehan rasa lapar.

i. Kandungan Dietica & Cara Ia Berfungsi

Dietica mengandungi beberapa bahan kandungan seperti Garcania Cambogia, Ekstrak Hibiscus, Ekstrak Halia, dan Psyllium Husk.

  • Garcinia Cambogia – Mengawal metabolisme dan mempercepatkan pecahan lemak.
  • Ekstrak Hibiscus – Menormalkan kadar gula dalam darah dan kolesterol, menyingkirkan toksin.
  • Ekstrak Halia – Menstabilkan badan dan menguatkan sistem imun.
  • Psyllium Husk – Meningkatkan metabolisme karbohidrat dan mengawal selera makan.

ii. Cara Pengambilan Dietica

  1. Tuang 200-300ml air suam ke dalam gelas
  2. Masukkan 1 tablet Dietica
  3. Biarkan tablet larut
  4. Minum selepas makan

iii. Testimoni Dietica

Testimoni Dietica agak terhad, tetapi ini adalah dua yang kami dapat:

iv. Kelebihan Dietica

  • membakar lemak berlebihan
  • hilangkan toksin dari badan
  • memberikan tenaga yang mencukupi sepanjang hari
  • mempercepatkan metabolisma badan

v. Kelemahan Dietica

  • harga yang agak mahal
  • kurang reviu

vi. Kesan Sampingan Dietica

Setakat artikel ini ditulis, masih tiada kesan sampingan berat yang dilaporkan.

vii. Dimana Boleh Beli Dietica

Dietica hanya boleh di dapatkan dari DoctorDays.com dengan harga RM338. Tetapi kalau beli dari link ini, anda akan dapat potongan 50%, jadi RM169 sahaja. DoctorDays hanya membuat COD, maka anda perlu berikan nama dan nombor telefon semasa membuat pesanan. Operator mereka akan memanggil untuk tujuan pengesahan.

Setakat ini, produk ini tidak ada di dalam Lazada dan Shopee keran masih baru.


Ubat Kurus #8: Vitalex

Vitalex adalah ubat kurus yang dikeluarkan oleh Pharmanutri Enterprise. Ia menggabungkan ramuan-ramuan yang dibukti boleh membakar lemak dengan lebih cepat, dan pada masa yang sama detox badan.

i. Kandungan Vitalex & Cara Ia Berfungsi

Vitalex menggabungkan bahan kandungan Lemon, Strawberi, Limau, Ekstrak Senna, Ekstrak Teh Hijau, Ekstrak Kopi Hijau, dan Ekstrak Guarana.

Semua bahan-bahan tersebut akan menyumbang kepada kesan tahan lapar untuk jangka masa yang lama. Pada masa yang boleh akan mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam badan badan. Esktrak kopi akan membekalkan anda dengan tenaga seharian. Lemon dan limau akan memberikan kesan detox kepada badan anda.

ii. Cara Pengambilan Vitalex

  1. Campurkan 1 sudau dan larutkan ke dalam 150ml air
  2. Kacau dan sedia untuk dihidang
  3. Ambil 30-60 minit sebelum makan
  4. Minum air kosong yang banyak sepanjang hari

iii. Testimoni Vitalex

Vitalex ada banyak testimoni dan reviu dari pengguna, ini adalah salah satu daripadanya:

iv. Kelebihan Vitalex

  • Membantu Menguruskan Badan
  • Membantu Mengurangkan Selera Makan
  • Membantu Membaiki Penghadaman Badan
  • Membantu Melancarkan Peredaran Darah
  • Membantu Memberi Tenaga
  • Mengelakkan Sembelit
  • Menghalang Serapan Kalori Berlebihan
  • Sesuai Untuk Lelaki dan Perempuan
  • Tiada Kesan SampinganTidak Perlu Berlapar
  • Tidak Wajib Bersenam

v. Kelemahan Vitalex

  • Mungkin tidak berhasil untuk semua orang

vi. Kesan Sampingan Vitalex

Setakat artikel ini ditulis, Vitalex adalah selamat untuk diminum tanpa sebarang kesan sampingan yang berat.

vii. Dimana Boleh Beli Vitalex

Vitalex adalah produk yang popular di Malaysia. Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee. Harga yang ditawarkan mungkin berbeza-beza mengikut seller, tetapi biasanya dalam lingkungan RM80-90.


Ubat Kurus #9: Vital Lean

Vital Lean ataupun VitalLean merupakan salah satu produk keluaran Pharmanutri Enterprise. Produk ini lebih fokus kepada pengganti makanan. Ia mengandungi semua khasiat yang anda perlukan seharian.

i. Kandungan Vital Lean & Cara Ia Berfungsi

Vital Lean mengandungi Kolagen, L-Luecine, Soy Lecithin, dan gabungan vitamin dan mineral. Semua ramuan ini akan bekerjasa dalam membekalkan tubuh badan anda tenaga dan rasa kenyang untuk jangka masa yang lama.

Pada masa yang sama, membakar lemak yang tidak diperlukan.

ii. Cara Pengambilan Vital Lean

  1. Campur 30g serbuk dengan 200 – 300ml air sejuk
  2. Larutkan atau goncang (kalau ada botol)
  3. Sedia untuk minum

iii. Testimoni Vital Lean

Anda boleh dapatkan reviu dan testimoni pengguna secara terus dari Lazada dan Shopee. Ini adalah dua reviu dari Lazada:

iv. Kelebihan Vital Lean

  • meal replacement yang sangat baik
  • rasa yang enak
  • kaya dengan khasiat penuh untuk seharian
  • tidak mengandungi gula
  • rendah lemak
  • tanpa gluten

v. Kelemahan Vital Lean

  • mungkin hasil yang dijamin tidak jadi untuk semua orang

vi. Kesan Sampingan VitaLean

Setakat artikel ini ditulis, tiada kesan sampingan yang berat dilaporkan oleh pengguna.

vii. Dimana Boleh Beli Vital Lean

Vital Lean adalah produk yang agak popular di Malaysia. Anda boleh beli dari banyak pengedar di Lazada dan Shopee. Harga mungkin berbeza-beza mengikut pengedar, tetapi dalam lingkungan RM80-90.


Ubat Kurus #10: EvoCut Fat Burner

EvoCut Fat Buner adalah produk ubat kurus yang datang dalam bentuk tablet kunyah, berbeza dengan produk-produk di atas yang mana anda kena larutkannya sebelum minum. Pendekatan ini sesuai untuk orang yang sentiasa bergerak dan sibuk kerana anda tidak perlu bersusah payah untuk mengambilnya.

i. Kandungan EvoCut Fat Burner & Cara Ia Berfungsi

EvoCut mengandungi ekstrak African Mango Seed, sejenis herba yang tengah hangat diperkatakan dalam dunia ubat kurus. Ia juga mengandungii ekstrak Garcinia Cambogia, L-Carnitine, Green Coffee yg terbukti dari segi kajian, boleh menurunkan berat badan dengan cepat dan selamat.

Semua bahan yang digunakan adalah bahan semulajadi tanpa bahan kimia yang tidak diluluskan. Maka, anda dijamin selamat. Ramuan diatas tadi berfungsi dengan membekalkan anda tenaga yang mencukupi, menghilangkan rasa lapar, dan pada masa yang membakar lemak yang berlebihan.

ii. Cara Pengambilan EvoCut Fat Burner

Cara pengambilan EvoCut adalah dengan kemam/kunyah/telan 2 tablet sehari (pagi dan malam).

iii. Testimoni EvoCut Fat Burner

EvoCut terima banyak reviu yang positif daripada penggunanya. Anda boleh dapatkan reviu dari Lazada dan Shopee. Ini adalah 2 daripada reviu-reviu tersebut:

iv. Kelebihan EvoCut Fat Burner

  • mudah dimakan/kunyah
  • mudah dibawa kerana saiz botol yang kecil
  • tidak perlu dibancuh
  • perisa sedap
  • hilangkan rasa lapar
  • tiada cirit birit

v. Kelemahan EvoCut Fat Burner

  • mungkin tidak berkesan bagi semua orang

vi. Kesan Sampingan EvoCut Fat Burner

Setakat artikel ditulis, tiada kesan sampingan yang dilaporkan

vii. Dimana Boleh Beli EvoCut Fat Burner

Anda boleh dapatkan EvoCut Fat Burner ini di Lazada dan Shopee. Harga berbeza-beza mengikut seller, tetapi dalam lingkungan RM145-150.


Kesimpulan

Secara ringkas, terdapat banyak ubat kurus yang berkesan, dan pada masa yang sama tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan yang merbahayakan. Cuma kita sahaja yang sukar mencarinya.

Pihak kami menyarankan anda supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan ubat pelansing dan ubat kuruskan badan yang murah.

Hal ini kerana produk-produk yang berkualiti tinggi (seperti produk di atas) ini mengambil masa yang lama dan kos yang tinggi untuk dihasilkan. Oleh sebab itulah harganya agak mahal. Namun, anda dapat apa yang anda berhak dapat.

Jika anda tidak bersedia untuk menggunakan fat burner, anda boleh mengamalkan diet yang seimbang dan mulakan bersenam – untuk menguruskan badan. Namun pada hakikatnya, tiada cara kurus cepat, anda perlu berusaha kearahnya.

Harap senarai ini dapat membantu anda dalam perjalanan anda untuk menurunkan berat badan dan dapatkan susuk badan yang anda inginkan selama ini.

Artikel ini ditulis adalah untuk memberi panduan sahaja. Sekiranya anda mengalami masalah dengan produk-produk yang dinyatakan di atas, sila rujuk kepada pengeluar yang berkenaan.

Sekian~