Peluang Guest Blog Di PanduanSaya (Secara Sukarela)

Guest blogging ini merujuk kepada satu aktiviti simbiosis diantara dua pihak yang mempunyai laman web, dimana satu pihak akan menyumbang artikle/karya kepada satu pihak yang lain bertujuan untuk meluaskan pendedahan beliau kepada dunia.

Aktiviti guest blogging ini sudah lama diamalkan oleh laman web yang besar seperti Forbes, Entrepreneur dan The Huffington Post. Guest blogging ini jika digunakan dan dimanfaatkan dengan betul, ia boleh memberikan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak (win-win).

Sedar atau tidak, perkara ini sudah biasa diamalkan. Sebagai contoh ramai yang menulis artikel di Facebook (atau jadikannya sebagai satu nota). Semua itu seakan guest blog, tetapi secara tidak langsung. Kedua-dua pihak mendapat manfaat, penulis dapat sampaikan mesej dan FB pula mendapat traffic. Itulah yang kami ingin bawa di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang guest blogging, anda boleh bacanya di sini:

What is Guest Blogging? & Why it’s Important for your Business

Apakah Manfaatnya?

Seperti yang dinyatakan di atas, dua-dua belah pihak akan mendapat manfaat. Secara ringkasnya di bawah:

Manfaat kepada Guest Blogger (Anda):

  1. Link back kepada blog anda (contecxtual hyperlink) secara percuma.
  2. Mendapat pendedahan kepada orang luar akan anda banyak menyumbang kepada blog yang lain.
  3. Mendapat akaun peribadi di PanduanSaya – dan nama anda akan ditonjolkan pada awal dan akhir artikel.
  4. Networking dengan lebih ramai blogger.

Manfaat Kepada PanduanSaya:

  1. Mendapat menghasilkan lebih banyak artikel berguna kepada pembaca, lantas laman web ini boleh berkembang dengan lebih cepat.
  2. Dapat kurangkan bebanan staff kami dalam menghasilkan artikel setiap hari.

Siapa Yang Boleh Daftar?

Guest blogging di PanduanSaya terbuka kepada semua individu, tidak kira sama ada mereka sudah mempunyai blog atau tidak. Kami juga mengalu-alukan newbie yang ingin bergiat di dalam dunia berblog.

Kami juga mengalu-alukan peniaga yang ingin menggunakan medium guest blogging untuk mempromosikan produk mereka.

Apakah Syarat-Syarat yang Dikenakan?

  1. Artikel yang ingin dipost hendaklah melebihi 500 patah perkataan.
  2. Artikel hendaklah di dalam Bahasa Melayu baku, kami tidak menerima bahasa rojak.
  3. Setiap artikel akan diluluskan secara manual sebelum dipost ke dalam laman web, kami berhak untuk melakukan suntingan ke atas artikel yang dihantar.

Adakah Melibatkan Pembayaran?

Tidak. Anda tidak perlu melakukan sebarang pembayaran untuk customessayonline.org menyertai guest blogging ini. Dan buat masa ini pihak kami tidak menyediakan sebarang bayaran kepada guest blogger.

Bersedia untuk Sertai PanduanSaya?

Jika anda ingin memohon guest blog di PanduanSaya, sila isi borang di bawah. Kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam untuk keterangan lanjut.

Nama*

Email*

No Telefon

URL

Berminat Berblog Dalam Bidang:*
KesihatanKecantikanKewanganTeknologiMotivasiLain-lain

Lain-lain Perkara

*Wajib diisi