5 Sebab Blog Menjadi Peranti Pemasaran Internet

Perkataan blogging bukanlah satu perkataan yang asing lagi, hal ini kerana majoriti pengguna internet mempunyai satu blog, ataupun microblog. Konsep blog diperkenalkan pada tahun 90-an.

Ia pada mulanya digunakan untuk memberi komen kepada sesuatu entri pada laman web, satu platform interaksi antara pembaca dan pengarang. Tahun demi tahun, platform blog ini berkembang menjadi satu laman web sendiri.

Dengan perkembangan yang pesat ini, busines atas talian telah menggunakan potensi sesuatu blog sebagai salah satu sumber pemasaran.

Berikut adalah 5 sebab kenapa anda perlukan blog untuk memasarkan produk ataupun busines anda.

1. Blog adalah Mudah

Salah satu medium yang paling mudah untuk mendapatkan sesuatu artikel atau pemasaran anda adalah melalui
blog. Anda tidak memerlukan kepakaran yang sukar. Secara anggaran kasar, majoriti pengguna, tidak kira muda ataupun tua, sudah mahir untuk click tetikus, melancarkan aplikasi dan menaip.

Blogging ini macam menulis sesuatu diatas kertas alam maya. Anda boleh menulis dan menyiarkan apa sahaja yang anda mahu. Tiada sebarang halangan dan paksaan.

Oleh sebab itu, anda disyorkan menggunakan platform blog ini dengan sebaik-baiknya. Anda boleh memaparkan produk-produk yang anda ingin pasarkan dan dengan teknik yang betul, anda boleh menjana wang secara online. Tidak perlu brick and mortar busines sepertimana dahulu. Tidak perlu lagi mengiklankan di surat khabar ataupun mengedarkan risalah tentang produk anda.

Sekiranya anda mempunyai komputer dan talian internet, kenapa tidak berblog?

2. Blog adalah Sahih

Pada zaman sekaran, anda akan mendapat banyak iklan di kaca tv, di radio dan akhbar-akhbar. Adakah anda pernah persoalkan pengiklan tersebut? Adakah anda percaya dengan semua kata-kata manis yang si penjual katakan? Adakah anda percaya dengan semua testimonial yang pengguna terdahulu nyatakan?

Perkara itu tidak akan berlaku sekiranya anda berblog akan produk ataupun servis anda. Hal ini kerana dengan berblog, ia terbuka kepada semua orang. Orang boleh membacanya, orang boleh memberikan pandangan, orang boleh bertanya, dan semestinya orang boleh membeli.

3. Blog adalah Percuma

Kebanyakan platform blogging seperti Blogger dan WordPress adalah percuma, sekiranya dihostkan pada subdomain.

Anda akan dikenakan bayaran sekiranya ingin hostkan blog anda pada top-level-domain seperti .com, .net, .com.my dan lain-lain. Anda akan dikenakan bayaran untuk domain dan hosting.

Walaupun tidak dinafikan bahawa dengan berblog yang berbanyar (ada domain dan hosting sendiri) lebih menonjol, namun dengan platform yang percuma sudah memadai bagi pengguna-pengguna yang biasa.

Oleh itu, bagi yang teringin untuk mencuba peluang perniagaan online, anda digalakkan untuk melancarkan blog anda. Sekiranya anda masih tidak yakin dengan potensi dunia internet, anda bolehlah mencuba dengan platform percuma terlebih dahulu seperti yang dinyatakan awal-awal tadi.

4. Blogging Membina Kredibiliti Perniagaan

Apabila anda berblog dan memasukkan artikel-artikel yang berkaitan dengan produk ataupun busines anda, secara
tidak langsung anda memberikan info kepada pengguna akan kepentingan untuk membeli sesuatu.

Sebagai contoh, anda menjual produk kecantikan kulit dan wajah. Dan dalam blog, anda memberikan pendedahan berkaitan dengan faktor-faktor penuaan dan cara untuk mengatasinya. Pada masa yang sama, anda mempromosikan produk dan pada masa yang sama anda memberikan info tentang sesuatu. – Jangan paksa pembaca membeli.

Mungkin pada awalnya pembaca tidak akan membeli produk tersebut, namun lama-kelamaan, semakin anda memberikan nilai kepada blog anda, orang akan mula rasa kesahihan dan kredibiliti anda.

Lantas, kebanyakannya akan mula untuk membeli produk-produk anda.

Letakkan diri anda sebagai seorang yang pakar dalam sesuatu bidang itu, namun jangan tipu pembaca dengan gelaran Dr ataupun Datuk/Datin sekiranya anda tidak memegang gelaran tersebut – hal ini akan memberikan kesan yang sangat negatif kepada produk dan diri anda sendiri.

Bahkan, sekiranya anda boleh menjayakan blog anda, membangunnya dengan betul dan mendapat populariti yang sepatutnya, mungkin syarikat-syarikat besar ingin joint venture dengan anda. Mereka boleh menawarkan iklan kepada anda dengan kadar bayaran setiap bulan ataupun kadar traffic yang blog anda boleh jana.

5. Blogging Boleh Membina Market Produk

Untuk menjana traffic yang banyak ke blog anda dalam masa yang singkat agak susah sebenarnya, melainkan anda seorang selebriti yang terkenal.

Sekiranya tiada traffic, maka tiada pelanggan, tiada pelanggan tiada jualan.

Oleh itu, disini saya ingin senaraikan beberapa cara untuk anda mendapatkan traffic dan memasarkan blog anda.

  • Media sosial – Anda boleh mempromosikan blog ataupun website anda menggunakan media sosial yang sedia ada. Untuk mendapat pendedahan yang terbaik, anda digalakkan mempunyai Facebook page, Twitter dan Google + untuk blog anda.
  • Emel – Pada zaman sekarang, penggunaan dan populariti blogging telah mengambil alih pemasaran melalui emel. Anda boleh meletakkan alamat laman web ataupun alamat blog anda sebagai signature emel. Setiap kali anda menghantar emel kepada sesiapa, mereka secara automatik mendapat link alamat tersebut. Sekiranya mereka berminat, mereka akan click pada link tersebut dan akan layari blog anda.
  • Sertai rangkaian blog – Rangkaian blog yang sudah ada boleh memberikan traffic kepada blog anda. Anda boleh memberikan mereka offer percuma menggunakan produk anda, dan sebagai balasan, mereka perlu membuat review ataupun menyatakan tentang blog anda didalam blog mereka. Perkara ini boleh dilakukan dengan variasi, asalkan anda tidak spam dan kedua-dua bleah pihak mendapat kebaikan bersama.
  • Fahami pembaca anda – Bukan semua blog dibangunkan untuk jenis pembaca dan pelanggan yang sama. Oleh itu, anda perlu mengetahui target audience ataupun pembaca blog anda. Anda boleh memberikan mereka emel supaya mereka boleh memberikan sebarang cadangan ataupun penambahbaikan kepada blog anda. Anda juga dinasihatkan supaya membenarkan pembaca meninggalkan komen pada entri dalam blog anda. Dengan cara itu, anda boleh berinteraksi dengan pelanggan anda.
  • Pemasaran Berbayar – Ataupun dikenali sebagai paid advertising, anda perlu melaukan pembayaran kepada pengiklan untuk memaparkan blog anda. Antara platform yang boleh anda gunakan adalah Google Adwords dan Facebook Advertising. Anda perlu membuat keputusan yang tepat sekiranya ingin mempromosikan blog dengan pemasaran berbayar, kerana jika tersilap langkah, anda akan kehilangan duit yang banyak.
  • Youtube – Platform ini adalah sangat popular kerana selain Google, ramai pengguna seluruh dunia menggunakan Youtube untuk mencari sesuatu penyelesaian masalah mereka ataupun untuk mendapatkan sesuatu info. Anda boleh menggunakan platform ini dengan memuat naik video-video rakaman anda, tidak kira mempromosikan produk anda secara khusus ataupun sekadar bervlog. Memanfaatkan youtube untuk menjana traffic kepada blog anda adalah satu langkah yang sangat digalakkan.

Berdasarkan apa yang tertera diatas, anda boleh memasarkan produk ataupu busines anda dengan menggunakan platform blog. Dengan kaedah yang betul dan tepat, anda dapat mengembangkan potensi busines anda. Ribuan pemasar internet seluruh dunia menggunakan teknik yang sama, dan menjana sehingga ribuan ringgit setiap hari, anda juga mungkin menjadi seperti mereka.

Sekiranya anda mendapati artikel ini membantu, silalah berkongsikannya dengan rakan-rakan dan keluarga agar semua mendapat manfaat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau soalan, bolehlah berbuat demikian dengan meninggalkan sebarang komen dibawah. Sekian.

Leave a Comment