Cara-Cara Menggunakan Paypal (Bagi Pengguna Malaysia)

cara menggunakan paypal

Paypal merupakan salah satu cara yang popular dan dipercayai dalam menghantar dan menerima duit secara online.

Namun, ianya tidak mendapat sambutan yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia kerana pembelian online dan transaksi secara alam maya ini mungkin sesetengah masih ragu-ragu untuk menggunakannya.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan Paypal, tetapi tidak tahu cara yang betul untuk membuka akaun, artikel ini adalah jawapannya!

Ikuti cara-cara menggunakan Paypal ini.

Perkara 1: Membuka Akaun Paypal

 

Pertama sekali, anda perlulah mempunyai akaun di Paypal untuk menggunakan servisnya. Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu. Dan saya juga ada masukkan langkah demi langkah untuk membuka akaun di Paypal di bawah.

1. Ketahui Servis yang Disediakan

Laman utama Paypal tidak lain daripada Paypal.com. Dari situ, anda boleh membuat akuan, ataupun meneroka dan mempelajari serba sedikit tentang Paypal ini. Ini adalah servis dan apa yang anda perlu tahu tentang Paypal:

Paypal adalah servis perbankan online. Sebagai salah satu platform dalam perbankan internet yang sudah lama, Paypal menjadi salah satu perantaian yang sangat popular dan menerima perbagai transaksi dari pelbagai merchant. Anda boleh menghantar dan menerima duit dari pengguna Paypal, kad kredit, kad debit dan lain-lain.

Paypal mempunyai banyak jenis akaun. Antara yang paling biasa adalah akaun Personal. Ianya percuma dan ada sedikit had pengeluaran.Ramai orang memilih akaun ini kerana ianya mudah untuk digunakan dalam urusan jual beli online.

Terdapat juga akaun Premier, yang mana akan dikenakan bayaran. Antara kebaikan akaun ini adalah anda tidak terikat dengan had pengeluaran, membenarkan pemilik akaun menerima kad kredit dan kad debit sebagai satu pembayaran, dan anda juga akan mendapat sokongan pelanggan yang baik. Saya cadangkan anda menggunakan akaun ini kerana dapat banyak manfaat.

Akaun Business adalah yang paling mahal dan mempunyai kelebihan yang penuh dari Paypal. Seperti namanya, akaun ini adalah sangat sesuai jika anda ingin melakukan busines secara online. Antara kebaikan akaun ini adalah:

  • Akses kepada advanced tools dan laporan lengkap dari Paypal
  • Akaun di atas nama syarikat, bukannya atas nama persendirian
  • Akaun boleh dikongsi dengan beberapa orang (ada had jumlah)
  • Boleh menerima pembayaran dari orang yang tidak mempunyai Paypal

Selain itu, Paypal juga ada menyediakan kad kredit dan kad debit mereka sendiri. Ianya tidak lain daripada kad yang anda sedia ada sekarang. Dengan menggunakan mMstercard ataupun Visa, anda akan dikenakan sedikit bayaran servis sekiranya menggunakan kad mereka semasa membeli belah.

Paypal datang dengan jaminan. Salah satu ramai orang menggunakan Paypal berbanding dengan kad kredit semasa berurusan niaga adalah online adalaj disebabkan oleh jaminan ini. Paypal menjamin untuk melindungi pengguna/pembeli dan penjual daripada scam dan masalah transaksi.

2. Daftar Akaun Paypal

Setelah anda bersedia untuk mendaftar Paypal, klik pada butang biru pada bahagian atas kanan laman utama Paypal. Ia tertulis “Sign Up” ataupun anda boleh klik di sini.

Pilih jenis akaun yang anda rasa sesuai dengan keperluan anda. Pada laman pertama, isikan butiran diri anda, dan tentukan jenis akaun; sama ada akaun adalah personal, busines atau untuk organisasi nonprofit.

Anda boleh menaiktaraf (upgrade) akaun anda pada kemudian hari, oleh itu anda bolehlah mencubanya terlebih dahulu dengan akaun persendirian. Jika anda berminat, barulah upgrade.

Semasa proses pendaftaran, anda akan ditayangkan dengan beberapa terma dan syarat serta polisi, pastikan anda membacanya walaupun sepintas lalu. Paypal agak kerap juga mengubah polisi mereka.

Memuktamadkan akaun anda dengan tik kotak yang membawa maksud anda sudah membaca terma dan kemudian klik pada butang kuning pada bahagian bawah laman “Agree and Sign Up.

Paypal hanya membenarkan satu individu untuk seorang. Jika anda ingin membuka satu lagi akaun, anda perlu tutup akaun ini terlebih dahulu.

3. Upgrade Jika Anda Mahu

Setelah akaun anda sudah dibuka, anda boleh login dengan menggunakan informasi yang anda tetapkan. Laman utama yang anda akan lihat adalah overview akaun anda. Di bawah nama anda, akan ada satu link yang tertulis “Upgrade“. Ikuti link tersebut ika anda teringin untuk upgrade akaun anda. Jika tidak mahu, gunakan akaun anda seperti biasa.

4. Sahkan Akaun

Selepas anda membuka akaun, Paypal akan menyuruh anda untuk mengesahkan akaun anda. Satu-satunya cara adalah dengan memasukkan akaun bank anda ke dalam Paypal.

Paypal bukanlah bank. Ia sebagai satu platform memudahkan transaksi online, oleh itu anda tidak boleh menganggap Paypal sebagai bank yang biasa. Anda perlu link Paypal ke bank anda untuk menggunakannya.

Beberapa sevis yang disediakan oleh Paypal sangat tegas dalam hal ini dan adalah terbaik jika anda mengikuti beberapa langkah yang mudah ini untuk mula menggunakan Paypal dengan sempurna.

Perkara 2: Menggunakan Akaun Paypal

manfaatkan paypal

Setelah mempunyai akaun yang sudah disahkan, sudah tiba masa untuk anda memanfaatkan semua (ataupun kebanyakan) servis-servis yang ditawarkan. Berikut adalah beberapa yang boleh tolong anda dalam menggunakan akaun Paypal anda:

1. Deposit Duit

Jika anda ingin membuat pembayaran melalui Paypal, anda perlu depositkan duit ke dalamnya terlebih dahulu. Klik pada link yang tertera “Add Money.”

Sahkan maklumat. Paypal akan meminta anda memberikan sedikit maklumat sebelum membenarkan anda deposit duit. Berikan maklumat tersebut dan klik pada butang “Submit.”

Pilih bagaimana anda mahu masukkan duit. Anda boleh deposit duit ke Paypal dengan menggunakan RHB Paypal Top Up (hanya kepada pengguna RHB).

Namun, jika anda seorang pemegang akaun Premier, anda tidak semestinya mempunyai duit di dalam akaun Paypal untuk melakukan transaksi. Hal ini kerana anda boleh link akaun paypal anda dengan kredit kad dan debit kad yang anda sedia ada.

Oleh sebab itu, saya cadangkan anda mendapatkan akaun premier.

2. Keluarkan Duit

Jika anda ada menerima transaksi ke dalam akaun Paypal, anda boleh mengeluarkannya dengan pergi ke laman utama, dan klik pada link yang tertera “Withdraw”.

Sahkan maklumat. Setiap deposit duit, anda perlu memberikan maklumat asas, termasuklah jumlah pengeluaran.

Kemudian, kaedah pengeluaran. Paypal ada menyediakan beberapa pilihan dalam pengeluaran duitnya. Antaranya adalah:

i. Bank Transfer. Anda boleh pindahkan duit yang anda ada di dalam paypal terus ke dalam bank akaun anda. Ia mengambil masa antara 3-7 hari. Percuma sahaja.

ii. Chek. Ia mengambil masa 10 hari untuk menerimanya dan dikenakan kos. Mata wang mungkin dalam USD, pastikan anda periksa butiran kaedah pengeluaran ini terlebih dahulu sebelum mencuba.

iii. Debit Kad Paypal. Anda boleh menggunakan duit yang anda ada di dalam Paypal dengan menggunakan kad kredit ataupun kad debit. Anda perlu memintanya terlebih dahulu. kad tidak diberikan secara default semasa mendaftar akaun.

3. Hantar dan Meminta Duit

Terdapat banyak merchant yang menggunakan Paypal, dan mereka boleh menetapkan banyak cara untuk menghantar dan meminta duit. Bagi pengguna yang biasa-biasa sahaja, berikut adalah cara untuk anda menghantar atau meminta duit.

Anda boleh ke laman berkaitan dengan mencari tab yang tertera “Send money” dan “Request money.” Pilih apa yang anda mahu.

Hantar Duit. Anda boleh pilih kepada siapa yang anda ingin hantarkan. Biasanya dari akaun ke akaun Paypal juga. Masukkan alamat emel penerima dan nilai yang anda mahu hantar. Kemudian klik pada butang yang berkaitan untuk sahkan transaksi.

Meminta Duit. Anda boleh lakukan ini dengan menghantar invois ataupun memintanya dengan cara yang tidak formal. Invois akan disediakan oleh Paypal. Mungkin ada kos di sebalik transaksi ini, pastikan anda memeriksanya sebelum menggunakannya.

4. Servis-Servis yang Lain

Paypal menawarkan banyak servis, terutama untuk kemudahan dalam busines dan perniagaan. Antaranya adalah membuat butang “Buy Now‘, membuat butang “Donation“,membuat bayaran bulanan dan lain-lain.
Sebelum akhir, saya ingin memberitahu seara ringkas susun atur laman utama Paypal ini. Lazimnya terdapat 5 tab dalam bar setelah anda sign in. Setiap tab mempunyai beberapa sub untuk pilihan yang lebih terperinci.

Antara tab-tab yang disediakan adalah:

  • My Account
  • Send Money
  • Request Money
  • Merchant Services
  • Products & Services

Cuba biasakan dengan tab My Account, kerana paling banyak perkara yang anda akan lakukan adalah berpusat di My Account. Di dalam My Account, akan terdapat beberapa sub-page termasuklah:

Overview – memberitahu status, baki dan lain-lain tentang akaun anda.

Add Money – dimana anda boleh menambah nilai di dalam akaun anda. Ada dinyatakan di atas.

Withdraw – dimana anda boleh mengeluarkan duit dari Paypal. Ada dinyatakan di atas.

History – mengandungi transaksi-transaksi yang sudah dilakukan.

Statements – dimana anda boleh mencetak penyata kewangan (untuk 3 bulan) anda.

Resolution Center – tempat anda rujuk sekiranya mengalami masalah transaksi ataupun sebagainya.

Profile – menyatakan semua butiran akaun anda, maklumat peribadi dan sebagainya. Anda boleh mengubahnya jika mahu.

Bantuan Video

Jika teks di atas tidak membantu anda dalam membuka akaun ataupun menggunakan Paypal, video di bawah ini boleh memberikan anda bantuan dari segi visual. Harap membantu.

Kesimpulan

Walaupun tidak ramai pengguna Paypal di Malaysia tidak bermakna anda tidak boleh menggunakannya. Bahkan ada bank seperti RHB Bank menawarkan servis top-up Paypal, ini bermaksud terdapat pasarannya di Malaysia.

Sebagai satu platform transaksi terbesar di dunia, amatlah rugi jika kita mencubanya, malah ianya percuma (bergantung kepada jenis akaun). Selain membantu, Paypal juga menjamin transaksi kita tidak digodam oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Sebagai pengguna internet yang banyak transaksi online, saya amat menggalakkan anda mendapatkan akaun Paypal.

Harap artikel cara-cara menggunakan Paypal ini membantu anda. Sila ajukan sebarang soalan sekiranya ada di bahagian komen di bawah.

Sekian~

Loading...

80 Semua Maklum Balas

  1. Assalamualaikum…saya Zulkiffli Zainal,saya dah buka akaun dengan paypal dengan bank public bank Malaysia{PBE} dengan menggunakan Visa debit card, dan telah disahkan pada 04 dec lalu masalahnya sekarang pehak merchant telah menghantar info kedalam email saya mengatakan sejumlah wang telah dimasukkan kedalam akaun paypal saya.Apabla saya check akaun paypal jumlahnya maseh 00.00 diMYR ataupun di USD.Apakah yang harus saya lakukan selepas ini.Sekian Terimakaseh

    • Wsalam. Adakah email itu secara rasmi daripada Paypal ataupun sekadar pengakuan dari merchant? Biasanya dia ambil masa beberapa minit untuk wang itu dimasukkan di dalam akaun saudara, sudah berapa lama merchant itu hantarkan wang tersebut?

      Paypal akan paparkan wang dalam mata wang yang ia terima, sebagai contoh, seorang merchant menghantar dalam USD, dan seorang lagi hantar dalam RM. Maka Paypal akan asingkan kedua-dua wang tersebut di dalam mata wang yang sepatutnya.

      Menjawab persoalan, saudara perlu menghubungi pihak merchant untuk mengesahkan pengiriman wang tersebut, minta mereka bagi Transaction ID. Kemudian, laporkan masalah ini kepada Paypal – berikan butiran yang berkaitan.

      Sekian.

  2. assalam tuan. sy ada akaun paypal. ada sejumlah wang dlm tu tp xbleh withdraw lg selagi belum 60 hari dari tarikh buyer bayar. mslhnya sekarang, kenapa duit dlm paypal berkurang sedikit demi sedikit dari hari kehari? bila tgk history, tiada apa2 transaksi dibuat. tolong tuan jelaskan.

    • Wsalam, saya secara jujur tidak tahu kenapa anda dikenakan deduction itu. Selama saya guna Paypal lebih kurang 5 tahun, tidak pernah mendapat deduction macam itu. Setakat apa yang saya tahu, Paypal hanya ambil sedikit percentage dari transaction cost dari buyer. Dalam kes ini, saya rasa anda lebih baik berhubung dengan customer support Paypal itu sendiri. Anda boleh berbuat demikian dengan login account Paypal -> Help -> Email Us.

  3. Assalamualaikum
    Sbenar nye saya tidak faham
    Pasal paypal ni
    saya berminat
    Nak buat akuan paypal
    Tapi tak tahu cara nye
    Dan tak tahu cara guna nye

    • Waalaikumussalam saudara Saiful. Konsep Paypal ini mudah sahaja.

      1. Paypal ini bertindak sebagai pihak ke-3 dalam melakukan proses pembayaran secara online, jauh lebih murah,cepat dan mudah berbanding dengan menggunakan transaksi bank. Sebagai contoh, anda ingin membeli/membayar sesuatu kepada orang diluar negara, semestinya proses penghantaran wang tersebut agak leceh. Dengan menggunakan Paypal, anda boleh mengurangkan beberapa prosedur. Paypal sangat efisien jika kedua-dua pihak penghantar dan penerima mempunyai akaun.

      2. Untuk langkah-langkah membuat akaun, sila rujuk artikel di atas, kami ada menyediakan beberapa langkah untuk mendaftar (percuma sahaja).

      3. Cara gunanya pula, anda perlu melihat adalah laman web yang anda ingin melakukan pembayaran itu menerima Paypal atau tidak. Sekiranya ya, maka anda sign in ke dalam akaun anda dan terus membuat pembayaran. Kena ingat, anda perlu submit butiran bank pada akaun Paypal anda.

      Harap membantu.

  4. assalamualaikum..sya nk tnya sikit?bru bru ni sya menjual sebiji helmet..jdi ada sorang yg berkenan dgn item yg sya jual itu..dia menggunakan PayPal utk membuat byrn..sya dh dpt email dri PayPal bhwa yg org ni dh transfer duit kt dlm akaun PayPal sya..tpi bila sya periksa akaun PayPal sya tu msih kosong..pastu sya tnya kt org tu,npa akaun PayPal sya kosong?org tu jwp,awak kena guna duit awak sendiri utk membuat penghantaran kt Master Union..slps tu duit yg sya transfer kt awak bru lah blh masuk kt dlm akaun PayPal awak,katanya…minta tolong sgt sgt la encik bgi sya info dn apa yg hrus sya buat..

    • Wsalam. Saya secara jujur tidak pernah proses yang melibatkan Western Union, oleh itu saya tidak boleh memberikan maklumat terbaik. Adakah tuan menggunakan platform seperti Mudah atau Ebay untuk melakukan transaksi tersebut? Sekiranya YA, adalah terbaik bagi tuan bertanya bagaimana prosedur pembayaran/transaksi platform tersebut. Kebiasaannya, Paypal akan menerima transaksi tersebut secara terus. Setakat itu sahaja saya boleh tolong tuan, harap maaf.

      • salam,,
        1. sy xboleh link kn debit kad dgn paypal.. dh cuba link maybank dan paypal,, xbole,, hrini, sy buka acc rhb,, xbole link jg.. knp ya? mslh bank atau paypal? dh tnya pihak bank.. mcm xtau je,

        2. kalau sy add money ke paypal dlm usd, ada charges x klu sy make payment ke luar ngara, cth ke korea dlm won atau usd..

        really need help, penat dh cri article psal paypal, smua article lma

  5. salam,,
    1. sy xboleh link kn debit kad dgn paypal.. dh cuba link maybank dan paypal,, xbole,, hrini, sy buka acc rhb,, xbole link jg.. knp ya? mslh bank atau paypal? dh tnya pihak bank.. mcm xtau je,

    2. kalau sy add money ke paypal dlm usd, ada charges x klu sy make payment ke luar ngara, cth ke korea dlm won atau usd..

    really need help, penat dh cri article psal paypal, smua article lma

    • Wsalam.

      1. Saya secara jujur tidak boleh memberikan jawapan yang tepat berkaitan dengan perkara ini. Cuba anda lengkapkan semua butiran penting yang terdapat pada bahagian profile (Bank account, credit/debit card), lepas tu upgrade akaun kepada Premier. Cuba contact pihak Paypal, mungkin mereka boleh memberikan keterangan yang lebih lanjut kenapa tidak menerima kad tersebut.

      Ataupun cuba baca artikel ini, “Why does PayPal keep rejecting my credit/debit card?”

      2. Pembayaran dan transaksi akan free kalau akaun recepient itu guna sama ada Personal atau Premier. Sekiranya akaun recepient tu guna Business, Paypal akan kenakan sedikit charge ke atas akaun recepient itu, bukannya ke atas sender. Sebagai contoh, awak nak hantar $300 kepada seseorang yang menggunakan akaun Business, awak tetap bayar $300, tetapi recepient hanya menerima $297 (contohnya). Itu secara ringkas, anda boleh baca bahagian fees di sini.

  6. Salam tuan, setahu saya paypal kita di malaysia hanya boleh topup in MYR dgn USD sahaja kan.
    Bagaimana kalau kita nak buat bayaran dalam GBP mnggunakan paypal?
    Tq tuan.

    • Ya, kalau menggunakan perkhidmatan RHB-Paypal, kita boleh top up akaun Paypal dalam mata wang RM dan USD. Dalam kes cik/puan, saya akan link debit atau credit card ke akaun Paypal tersebut. So, apabila kita membuat pembayaran dalam mata wang GBP, Paypal akan cas ke atas kad tersebut, bukannya balance di dalam akaun Paypal itu sendiri. (dalam kes ni, Paypal hanya bertindak sebagai payment gateway sahaja)

  7. salam..tuan sebagai orang lama, saya nak tanya sikit le.. cimb debit kad memang tak boleh nak verify paypal ke sekarang ni?..saya baru je daftar paypal ni (2016)… kalu tak boleh, debit kad bank mana rasa2 yg boleh?..RHB?

    –saya was-was sikit.. paypal yg tak di verify boleh ke guna buat terima wang atau bayar wang?..

    terima kasih

  8. As salam saya nk tya sekiranya wang telah masuk ke akaun paypal ..saya perlu bayar apa apa x utk withdraw nyer atau pun pihak paypal direct deduction dr wang yg masuk tersebut…maaf saya masih baru sekadar bertanya

  9. Salam. Saya ingin menjual barang melalui PayPal. Setahu saya, customer akan membuat bayaran termasuk fee agent dan shipping. So, saya perlu membayar agent tersebut dan akan dapat refund balik setelah agen confirm resit dan bayaran saya. Soalan saya, adakah betul prosedur macam tu atau ini adalah dari scammers? Saya terima email seolah-olah ia sangat legit. Ada transaction ID bagai. Bolehkah tuan buat artikel, sertakan gambar emel yang sah dari Paypal dan cara track transaction ID? sebab transaction in tiada dalam aktiviti akaun PayPal saya. Buyer tersebut bagitau ia still pending. Kena buat payment dahulu. Mohon selidik. TY

  10. adakah saya akan dapat apa apa pengesahan di no yg telah di link kan ke mybnk2u.atau akan sy dapat pengesahan di no tel yg didaftar kan di paypal

  11. Saya guna makybank and bila nak sign up paypal, dia cakap unsuccessful please use different card?

    Ada kata sebab saya tak confirmkan lagi tapi saya tak terima apa apa confirmation pun.

    Tolong saya, urgent

  12. sekadar membantu, saya mengalami masalah yang sama iaitu “unsuccessful please use different card”.

    1. saya hubungi paypal hotline – help & contact (disebelah bawah dan kiri page)
    2. Paypal akan bertanyakan “error” yang kita dapat, bank mana, card details dan mereka akan cuba addkan card
    3. Dalam kes saya Paypal memberitahu – kad saya telah di block oleh pihak Maybank
    4. Saya telah menghubungi Maybank hotline – mereka memberitahu bahwa ini terjadi kerana saya tidak mengaktifkan “pembelian online”.
    5. Maybank akan mengaktifkan kad anda dan bertanyakan beberapa soalan…layankan jer la kan…lepas tu
    6. Dah boleh link kan kad tersebut

    Sekadar membantu…semoga berjaya ya!!

  13. Salam en muhamad,
    Saya baru sahaja buat transaksi melalui PayPal utk pembelian online.terima mesej dikenakan caj sebanyak 1 usd.memang ada caj ke?tq in advance

    • Mungkin caj tambahan daripada bank kot. Setahu saya, sekiranya anda membuat pembayaran menggunakan akaun Paypal kepada recepient yang turut menggunakan Paypal, tiada caj tambahan kepada anda, cuma orang yang menerima itu sahaja yang akan dikenakan caj. Secara detail saya tidak tahu, cuma yang pasti, ia perkara yang biasa – jadi jangan risau.

  14. Salam tuan…. sy ad mmbuat pnjualan brg ke china…. lepas da deal semua …stuju…then buyer tu tlh mmbuat pmbayaran melalui paypal..sy mnerima emel dri paypal bhwa byrn sudah ditranfer ke acc paypal sy tp kene hold dlu sehingga brg sy pos ke buyer. Tp perluke sy nk keluarkan duit rm2200.00 untuk kos pghantaran ke sana bagai.??.. sebelom tu sy perlu mngesahkan pnghantaran melalui wastern union dan bru wastern union masukkn duit dn kos pos brg td…. sy ragu2… adakah ini scammer????sepatutnye duit y dihantr melalui paypal akan msuk terus ke acc paypal sy ke tidak???

    • Wsalam. Paypal ada Buyer and Seller Protection (selanjutnya disini) Ia adalah untuk melindungi kedua-dua pihak yang melakukan transaksi. Oleh itu, duit kena hold itu adalah legit daripada Paypal (dengan syarat domain email yang diterima adalah daripada Paypal.com)

      Baik, berkaitan dengan Western Union, saya tidak pasti. Cuma, apa yang anda boleh buat adalah menghubungi support/pihak yang berkaitan – sama ada website yang anda guna untuk list barang anda atau western union.

      Harap membantu.

  15. assalamualaikum, saya nak daftar paypal guna kad debit bank islam, tp bila saya dah masukkan no kad semua tu n click continue..dia ckp the bank that issued your card didn’t aprroved your transaction..macam mana ya?

  16. Salam. Saya antara peniaga online yang menggunakan paypal. Customer sy telah menjelaskan payment. Tetapi payment tersebut masih withheld. Adakah saya perlu pos barang tersebut terlebih dahulu baru payment unhold? Boleh berikan penerangan lanjut sehingga saya dapat payment sepenuhnya. Tq. Urgent.

  17. saya sudah ada akaun paypal dan sudah beberapa kali mnbuat pembelian menerusi paypal. cuma saya nak tahu dan tak faham mengenai menerima bayaran atau ada seseorang nk msukkan duit ke akaun paypal sy. ada apa2 setting lg ke kt web paypal yg kena buat atau sudah boleh terima shj. mksd sy utk penerimaan pembayaran atau org nk msukkn duit kpd akaun paypal sy. adakah setting atau apa2 perubahan yg perlu sy lakukn kt web akaun paypal sy?

  18. Assalam tuan..sya nk tnye..dlm akaun paypal sya ade MYR10 dan USD 0..bila sye buat pembelian brg dlm harga USD 0.99..pihak ebay akan mnyatakan yg sye kurang baki ataupon akaun tidak wujud..jd sye xpaham masalag btol akaun xckup ke atau akaun pay pal sye yg problem..sdgkan sye dh buat akaun paypal siap bleh top up ke dlm akaun paypal tu..harap tuan beri penjelasan ye..

    • Saudara Amir, terima kasih kerana bertanyakan soalan tersebut. Baik, Paypal asingkan multiple/different currency. Membawa maksud, jika anda ada RM1000 dan USD0 dalam akaun, dan mahu melakukan pembayaran dalam USD, Paypal secara default akan kenakan cas ke atas USD 0 tersebut (tidak kacau currency RM).

      Dan biasanya, Paypal akan cas keatas credit/debit card yang anda link kepada Paypal tersebut, sekiranya berlaku kes seperti itu(balance tak cukup dalam akaun). Anda boleh sahaja convert balance yang sedia ada kepada USD, klik di sini.

      Ataupun, anda boleh tukar setting currency utama anda semasa menerima fund, klik di sini.

  19. This transaction exceeds your remaining sending limit. Please link and confirm a debit or credit card to lift this limit.

    apa harus sy buat..kt mana sy nak ubah setting ni

    • Ini mungkin disebabkan anda mengguna kad lebih had. Anda boleh meningkatkan kadar limit dengan membuat panggilan kepada bank berkenaan. Semua procedure akan diberi tahu oleh pengawai bank itu nanti. Harap membantu.

  20. Assalamualaikum..En. Muhammad..
    sy da link ngn maybank..
    skrg ni..untk tahun 2017, kena tukar kad lama ke kad baru.. code akan berubah
    mcm mana dgn akaun PP jk kad debit bertukar..
    Boleh terangkan x?

  21. Assalamualaikum..saya ada masalah dengan akaun pay pal. Anak saya dari US ada membuat kiriman wang kpd saya tetapi setelah 2 minggu berlalu wang tersebut tidak ada dalam akaun saya malahan email pay pal saya juga tidak boleh log in. Saya mengguna akaun may bank. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah saya ini. Boleh x encik Khalid terangkan satu persatu kerana saya xfaham langsung menggunakan akaun pay pal ini. Dalam akaun pay pal ada menunjukkan jumlah wang tetapi bila chek di bank xde.

  22. Assalamualaikum encik muhammad, saya Leen nak tanya, saya nak beli barang dari oversea, seller dah bagi email. macamana nak tahu seller itu adalah verified account? Saya first time guna paypal.
    Terima kasih

  23. Salam sejahtera…

    Sy dah ada paypal acct… 1 je masalah saya… Sy x tau dimana dah ape no@link acct paypal saya… Kawan saya ada mintak untuk buat payment dari singapore… Mintak tunjuk ajar

  24. assalamualaikum saudara.

    Saya ada beli barang dr oversea tp seller refund blk payment dengan sbb x dpt kenal pasti alamat untuk pengiriman. Dlm history paypal seller sudah refund tp duit tu dimasukkan ke mana ye..

  25. berapa kos yang diperlukan untuk paypal penjual menerima duit pelanggan? atau paypal akan potong dari duit jualan atau perlu bayar secara bulanan.

  26. Assalamualaikum. Saya baru je sign up paypal. Memang zero pasal paypal ni. Saya nak tanya, contoh ade customer saya dari singapore nak buat payment melalui paypal, saya kena kasi no akaun yang saya daftar dalam paypal tu ke kat customer saya? Ke kena guna no mane? Harap encik khalid dapat membantu. Terima kasih 🙂

  27. Salam
    Saya buat freelancer website, customer dah masukkan duit dan transaksi berjaya dan saya terima duit tu. Cuma, keadaannya, memang first time terima duit kena hold dulu dari paypal ke selama 21 hari? Saya ada terbaca boleh cepatkan proses tu, tapi saya tak paham. Boleh terangkan?

  28. Salam..sy nk verify kad debit Maybank, tp klr mesej kt bawah ni..sistem paypal yg error ke atau kad debit saya..harap pencerahan tuan..TQ

    Confirm your credit/debit card to get Verified
    Warning Message
    The Card Verification System used by PayPal is currently unavailable. Please try to add your card at a later time. We apologize for this inconvenience.

    Confirming your credit/debit card is a PayPal security check which lets us know your card is in your possession. We call this our Verification process.

    All PayPal accounts are initially ‘unverified’ and have sending or withdrawal limits until you confirm your financial details with us.

    Important: You can still use your PayPal account until you reach the sending or withdrawal limits.

    To get started, click Continue to request a unique 4-digit code needed to complete this process.

    Card to confirm
    Visa X-6272

    Continue Cancel

    Note: To generate your 4-digit code, a small charge of RM10.00 MYR will be made to your card. This amount will be automatically reimbursed to your PayPal account within 24 hours after you are successfully Verified.

  29. salam admin. saya faham paypal ada buyer and seller protection,payment takkan dapat kepada seller selagi seller tak post barang kepada buyer. tapi macam mana kalau buyer dh dpt barang drpd seller,tp barang itu rosak/calar/tak seperti dalam gambar/buyer tidak berpuas hati dgn kualiti barang ? apakah ada warranty atau jaminan daripada paypal yg buyer akan dapat pulangan duit daripada seller? ada protection tak dlm bab ni?

  30. salam admin. saya faham paypal ada buyer and sellerprotection,payment takkan dapat kepada seller selagi seller tak post barang kepada buyer. tapi macam mana kalau buyer dh dpt barang drpd seller,tp barang itu rosak/calar/tak seperti dalam gambar/buyer tidak berpuas hati dgn kualiti barang ? apakahada warranty atau jaminan daripada paypal yg buyer akan dapat pulangan duit daripada seller? ada protection tak dlm bab ni?

  31. Saya buka akaun paypal dgn maybank debit kad. Akaun saya ada rm 300, tapi setelah saya buka akaun paypal, baki tinggal rm200. Cas apa rm100 tu. Harap tuan beri penjelasan.

  32. assalalamualaikkum..saya ingin buat akaun paypal tetapi,bolehkan saya menggunakan perkhidmatan (BSN)Bank Simpanan Nasional untuk mendaftar akaun paypal?…

  33. Salam.admin
    Saya nak tanya..utk daftar paypal dh tiada lg fungsi primer..hya ada pilihan 2 fungsi… Business dan personal…soalan sy..personal tue primer ke…

    Soalan ke 2.. Jk pilih premier utk top up hya rhb shj ke..sedangkan sy dh link dgn bsn dan tlh verifie

    Soalan ke 3… Sy baca atas kata cimb tak leh guna…sy daftar paypal acc ke 2 guna cimb …tak ada masalah n verifie adakah paypal dh dh benarkn acc cimb utk paypal

  34. Salam,saya nak daftar akaun paypal…Saya nak pilih yg receive payment tp die ade mintak maklumat berkaitan ngan bisnes sedangkan saya xde wat bisnes…
    Bank mane yg bleh gunakan paypal???

  35. Salam..saya nk tanya,sy dh ada buat akaun paypal tpi silapnya sy pilih yg bisnes..pastu cmna kalau nk tukar ke personal bleh tak?..ada yg kata kena tutup dulu akaun tu..tapi sy xtau cmna cara nk tutup akaun..

  36. assalamualaikum..saya nak.tanya, macammana nak transfer duit dr acc.paypal ke acct. paypal yanh lain..boleh tak.tunjukkan caranya.tq ya

  37. Salam, saya beli barang di Zalora menggunakan paypal dan di tolak dari Credit card saya. Berapa lama proses paypal akan refund semula duit ke akaun Credit card saya?
    Mohon maklumat. Terima kasih.

  38. assalmualaikm sy nk tnya pembelian dlm ebay menggunakan paypal adakah prmbeli akan dikenakan caj untuk perkhidmatan paypal contoh harga brg + pos rm145..pay pal caj berapa ye kat sya..

  39. Assalammualaikum
    Saya baru saja selesai mendaftar akaun paypal… adakah saya sudah boleh menggunakannya untuk membuat pembayaran paypal dengan kad debit Maybank…

    Jika ingin transfer duit dari maybank2u ke akaun paypal,boleh ka

  40. assalammualaikum… saya dah daftar akaun pay pal. tapi sekarang saya tak nak guna akaun tu lagi. macam mana saya nak tutup akaun tu.

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here