4 Jenis Alahan Kulit: Apa Yang Anda KENA Tahu

Masalah alahan kulit tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia, bahkan penduduk dunia. Kulit merupakan organ yang banyak besar bagi manusia, dan merupakan anggota badan yang paling banyak penyakit (tak percaya cuba Google).

Dan salah satu masalah pada kulit adalah alahan. Perkara ini terjadi disebabkan oleh banyak faktor – termasuklah gangguan pada sistem imun, perubatan ataupun jangkitan.

Dalam artikel ini, kita akan melihat isu alahan kulit ini, dan apa yang anda kena tahu tentangnya.

4 Jenis Alahan Kulit

Terdapat 4 jenis alahan kulit yang diketahui. Maklumat lanjut di bawah.

1. Dermatitis atopik (Ekzema)

Ekzema merupakan satu kondisi masalah kulit yang bias, terutama dalam kalangan kanak-kanak. Mengikut statistik, 1/5 daripada kanak-kanak mengalami masalah kulit ini; manakala 1/50 bagi orang dewasa.

Ekzema ini dipercayai berlaku kerana terdapat “kebocoran” pada lapisan kulit, yang menyebabkannya cepat kering dan lebih cenderung kepada keradangan dan iritasi dari faktor persekitaran.

Selain itu, orang yang mengalami ekzema mempunyai alahan atau sensitif pada makanan, membuatkan masalah ini bertambah teruk. Sebanyak separuh daripada pesakit dermatitis atopik yang teruk disebabkan oleh genetik yang rosak di dalam kulit, yang dikenali sebagai filaggrin.

Tidak seperti urtikaria (gatal-gatal), rasa gatal dari ekzema tidak disebabkan oleh histamine, oleh itu ubat anti-histamine tidak boleh mengawal simptom tersebut.

Ekzema sering dikaitkan dengan asma, hay fever ataupun lahan pada makanan.

Simptom Ekzema

Ekzema biasanya menyebabkan kegatalan, kemerahan dan kulit kering. Apabila digaru, tempat tersebut mungkin akan mengeluarkan cecair.

Pada bayi, ekzema biasanya akan timbul pada muka. Kanak-kanak juga lebih cenderung untuk mendapat ruam pada lengan, pergelakan tangan, belakang lutut dan belakang telinga.

Remaja pula biasanya mendapat pada tangan dan kaki.

Diagnosis

Bagi kanak-kanak, penyebab utama ekzema adalah tidak tetap dan kaedah rawatannya adalah dengan kerapkan menyapu krim pelembap untuk melegakan keradangan tersebut.

Manakala, kanak-kanak yang mengelami ekzema yang lebih teruk perlu diperiksa makanan mereka, untuk tentukan sama ada mereka mengalami alahan pada makanan.

Bagi orang dewasa, ekzema yang berpunca daripada makanan amatlah jarang. Jika anda merasakan ianya berpunca daripada makanan, elakkan memakan makanan tersebut selama sebulan dan dapatkan pengesahan daripada pakar pemakanan ataupun doktor.

Rawatan

Ruam yang terdapat pada kulit yang ada ekzema adalah disebabkan oleh tindakan menggaru tempat tersebut. Oleh itu, adalah terbaik sekiranya pesakit tidak menggaru tempat yang terkesan tersebut.

Kaedah rawatan terbaik unuk ekzema adalah menyapu krim pelembap ataupun minyak untuk mengurangkan keradangan. Rasa kegatalan tidak dapat diatasi dengan penggunaan antihistamines, walaupun sering digunakan oleh pesakit.

Antibiotik mungkin akan dipreskripsikan jika disyaki terdapat jangkitan kuman pada kulit. Manakala, pengambilan steroid pula sebaiknya dielak kerana boleh menyebabkan kesan sampingan dalam jangka masa yang lama.

2. Allergic Contact Dermatitis

Allergic Contact Dermatitis berlaku apabila kulit anda bersentuhan secara terus dengan bahan alahan. Sebagai contoh, anda mengalami alahan pada nikel (sejenis logam) dan kulit anda bersentuhan dengannya – ini boleh menyebabkan kemerahan, berbintik, kegatalan atau bengkak pada kulit.

3. Urtikaria (Kegatalan)

Kegatalan pada kulit adalah disebabkan oleh keradangan, yang mana berlaku apabila sistem imun mengeluarkan histamin. Ini menyebabkan saluran darah bocor dengan sedikit, menyebabkan kulit bengkak.

Bengkak yang dalam dikenali sebagai angioedema.

Terdapat 2 kategori urtikaria, iaitu acute dan kronik. Acute akan berlaku selepas makan makanan yang boleh menyebabkan alahan, ataupun bersentuhan. Ia juga boleh disebabkan oleh kepanasan, senaman, ubat-ubatan ataupun gigitan serangga.

Kronik pula jarang disebabkan oleh benda alahan yang biasa, oleh itu ujian alahan tidak dapat membantu. Urtikaria kronik boleh menyebabkan kegatalan berbulan- bulan, tidak pun bertahun. Walaupun begitu, ianya tidak menyebabkan kematian.

Simptom-Simptom Urtikaria

Urtikaria menyebabkan kegatalan, kemerahan dan bintik-bintik berwarna putih – boleh timbul di seluruh badan.

Diagnosis Urtikaria

Dalam kebanyakan kes kronik, penyebab utama alahan kulit ini tidak dapat dipastikan. Ujian secara berkala, seperti ujian darah dan skrin mungkin tidak mahal, namun tidak memberikan kesan untuk melegakan masalah.

Rawatan Urtikaria

Jika penyebab kegatalan tersebut boleh dikenalpasti, pesakit boleh mengawal keadaan dengan mengelak daripada makan atau bersentuhan dengan punca. Merawat kegatalan atau angioedema biasanya berjaya dengan penggunaan antihistamines yang mengawal kegatalan dan elakkan daripada ruam berulang.

Jika ruam tidak boleh dikawal dengan dos yang sedia ada, doktor mungkin akan mencadangkan pesakit untuk meningkatkan dos..

Jika pesakit ada mengambil ubat tekanan darah dan mendapat angioedema, maka adalah baik sekiranya merujuk doktor terlebih dahulu. Bertukar kepada ubat tekanan darah yang lain mungkin boleh menyelesaikan masalah.

4. Angioedema

Angioedema merupakan satu bengkak yang berlaku di dalam lapisan kulit. Biasanya berlaku sekali dengan urtikaria.

Angioedema biasanya akan berlaku pada tisu lembut seperti kelopak mata, mulut ataupun alat sulit. Angioedema dipanggil “acute” jika kondisinya berlaku dalam jangka masa yang sekejap.

Acute angioedema disebabkan oleh tindak balas alahan kepada ubat-ubatan ataupun makanan. Angioedema yang kronik berlaku apabila alahan kembali semula dalam jangka masa yang lama.

Kesimpulan

Masalah alahan kulit adalah masalah yang biasa, oleh itu janganlah terlalu risau. Terdapat banyak sokongan yang anda boleh dapat dari pakar alahan/immunologi.

Oleh itu, sebaik sahaja anda merasakan anda mendapat alahan kulit, cepat-cepat dapatkan rujukan daripada doktor untuk tentukan cara terbaik untuk mengatasinya – atau mengurangkan rasa gatal pada kulit tersebut.

Harap artikel ini membantu anda, silalah kongsikan artikel ini kepada orang yang anda rasa boleh mendapat manfaat seperti mana anda.

Sekian~

Leave a Comment