13 Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Mudah dan Berkesan

Jerawat merupakan satu masalah yang biasa dialami oleh remaja di Malaysia, dan masalah ini bukannya senang untuk di atasi. Yang lebih teruk, apabila jerawat sudah hilang, anda ditinggalkan pula dengan masalah parut jerawat.

Dengan menggunakan kaedah dan cara yang betul, anda boleh menghilangkan tidakpun mengurangkan kesan parut tersebut.

Artikel kali ini akan membincangkan beberapa cara hilangkan parut jerawat yang anda boleh amalkan (dalam 3 kaedah).

Kaedah #1: Remedi Atau Rawatan Tradisional

Penggunaan remedi atau rawatan tradisional tidak asing lagi dengan rakyat Malaysia, kerana kosnya sangat murah, dan apa yang penting adalah ianya berkesan! Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh guna.

1. Madu

Madu boleh digunakan bukan sahaja untuk menghilangkan jerawat, malah untuk hilangkan parut jerawat juga. Ianya lembut pada kulit muka dan boleh mengurangkan kemerahan dan iritasi.

Madu mengandungi bahan antibakteria yang boleh mengurangkan parut jerawat dan kesan hitam pada muka. Ia juga boleh bertindak sebagai pelembap.

Cara menggunakannya adalah:

  • Sapukan sedikit madu pada parut pada sebelah malam
  • Biarkannya sehingga pagi, kemudian bilas

2. Minyak Rosehip

Minyak rosehip mengandungi kadar vitamin dan antioksida yang boleh membantu mengekalkan kulit anda lembut dan sihat. Walaupun ianya tidak disarankan guna ke atas jerawat, tetapi berkesan untuk menghilangkan parut pada muka.

Dengan penggunaan yang berterusan, kesan parut akan berkurangan dan kurang ketara. Cara menggunakannya adalah sapu minyak tersebut pada tempat yang terkesan sebanyak 1 atau 2 kali sehari.

Anda boleh dapatkan minyak rosehip di kedai-kedai minyak yang berdekatan. Selain itu, anda juga boleh memesan secara online dari Lazada Malaysia disini.

3. Minyak Kelapa (Coconut Oil)

Minyak kelapa mempunyai asid yang sangat sesuai digunakan sebagai krim muka, lantas membantu mengurangkan parut jerawat. Malah, ia juga boleh mencegah perbentukan jerawat yang baru.

Untuk menggunakannya, anda perlu menyapu dan menggosok minyak kelapa tersebut pada permukaan kulit, sekurang-kurangnya sekali sehari. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, ulangi langkah tersebut 2-3 kali sehari. Maklumat lanjut boleh layari laman web ini.

4. Aloe Vera (Lidah Buaya)

lidah buaya boleh hilangkan parut jerawat

Aloe vera memang sudah tidak lari lagi dalam dunia kecantikan dan kulit wajah kerana ia terbukti mempunyai sifat penyembuh. Ia boleh digunakan untuk merawat kesan parut jerawat:

  • Potong daun pokok aloe vera
  • Sapu dan gosok bahagian gel daun tersebut pada parut
  • Biarkannya selama 30 minit, kemudian bilas
  • Amalkannya setiap hari

5. Ketulan Ais

Cara ini hanya boleh berkesan ke atas parut yang baru. Hal ini kerana sifat ais yang sejuk boleh mengecilkan saluran darah dan boleh mengurangkan kesan calar atau parut yang bakal terbentuk.

Untuk gunakan cara ini, anda perlu:

  • Bungkus ketulan ais di dalam tisu atau kain bersih
  • Letakkannya pada kesan parut selama 10-15 minit setiap hari

6. MInyak Vitamin E

Vitamin E mengandungi banyak bahan pelembap dan merupakan rawatan yang efektif kepada parut jerawat. Apa yang anda perlu lakukan adalah menyapu minyak vitamin E kepada kulit yang terjejas, 2-3 kali sehari. Anda sepatutnya dapat melihat kesan dalam jangka masa 2 minggu.

Kaedah #2: Rawatan Medikal

Jika anda sudah mencuba remedi, tetapi tidak merasakan ianya berkesan, anda boleh menggunakan produk-produk komersial. Biasanya produk-produk ini dihasilkan berdasarkan kajian saintifik, maka anda boleh berikan keyakinan.

1. Krim

Terdapat banyak krim komersil yang boleh didapati di pasaran, yang dipromosikan boleh mengurangkan kesan merah dan parut jerawat. Mungkin senarai produk-produk di sini boleh membantu anda membuat keputusan.

2. Pakar Kulit (Ahli Dermatologi)

Jika rawatan tradisional dan produk komersial tidak membantu, anda boleh berjumpa dengan pakar kulit untuk mendapatkan pandangan dan cadangan yang lebih komprehensif. Mereka boleh memberikan anda ubat yang lebih kuat, ataupun memberikan pilihan yang lebih banyak.

Antara rawatan lain yang pakar kulit boleh cadangkan kepada anda adalah:

Untuk mengetahui secara detail rawatan-rawatan di atas, sila klik pada link berkaitan.

Kaedah #3: Penjagaan Harian

Selain daripada mencari cara penyelesaian, anda juga perlu memainkan peranan untuk mencegah parut jerawat daripada berlaku lagi, ataupun bertambah teruk. Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh digunakan.

1. Pakai Sunscreen

kerapkan pakai sunscreen

Mendedahkan parut kepada cahaya matahari boleh menyebabkannya semakin gelap dan melambatkan proses penyembuhan. Hal ini kerana sinaran UV boleh meransang perbentukan sel pigmen di dalam kulit. Untuk mengelakkan masalah ini, anda dinasihatkan untuk memakai sunscreen apabila hendak keluar rumah.

2. Exfoliate Setiap Hari

Dengan exfoliate kulit setiap hari, anda boleh mengurangkan kesan parut jerawat dalam jangka masa panjang. Anda boleh mencuba krim exfoliate yang mengandungi bahan-bahan aktif seperti AHA atau BHA, yang mana merupakan bahan anti-keradangan.

3. Gunakan Krim Muka Yang Sesuai

Bukan semua krim muka sesuai dengan jenis kulit anda. Mungkin sesetengah produk boleh menyebabkan tindak balas alahan. Oleh itu, pastikan anda menggunakan produk kecantikan yang tidak mengandungi banyak yang anda alah kepadanya.

BacaBagaimana Untuk Tentukan Jenis Kulit Kita? (5 Langkah Mudah)

4. Jangan Picit

Elakkan picit jerawat, kerana ia boleh memudaratkan keadaan. Bukan sahaja ia boleh menyebabkan parut, malah boleh menyebabkan jangkitan kuman.

5. Kekal Hidrat

Kulit kita perlukan bekalan air yang mencukupi untuk kekal sihat. Walaupun tidak boleh menyembuhkan jerawat secara langsung, ia boleh membantu. Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 1-2 liter air masak setiap dan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Video Cara Hilangkan Parut Jerawat

Untuk maklumat lanjut tentang cara hilangkan parut jerawat, anda boleh lihat video Youtube dari WISHTrendTV ini:

Amaran

Pastikan anda mencuba semua di atas dengan kadar yang sedikit, pada permukaan kulit yang kecil untuk pastikan anda tidak mengalami tindak balas alahan.

Kesimpulan

Masalah jerawat dan parut jerawat bukanlah perkara yang baru, sudah ramai orang yang berjaya mengatasi perkara ini. Dengan cara yang tepat dan konsisten, anda boleh lakukannya!

Bagaimana anda menghilangkan parut jerawat? Harap boleh berkongsikan pengalaman anda di bahagian komen di bawah.

Harap artikel ini membantu anda dalam apa jua perkara berkaitan dengan parut jerawat.

Sekian.

Leave a Comment