Percaya atau tidak, ramai wanita yang mahu kurangkan rutin harian yang memaksa mereka memakai alat solekan dan sebagainya untuk kelihatan cantik dan menawan. Pada masa yang sama, mereka tidak mahu kelihatan tidak terjaga ataupun tidak cantik.
Jika anda mahu kurangkan (atau tidak bersolek langsung), mungkin artikel ini boleh membantu anda untuk tampil cantik dan menawan tanpa bersolek!
Ingin tahu secara lebih terperinci? Bacalah artikel ini secara penuh
Bahagian #1: Dapatkan Kulit Yang Cantik
Untuk mendapatkan kecantikan yang sejati, ia mesti bermula dengan kulit wajah terlebih dahulu. Ikuti beberapa langkah yang anda boleh lakukan.
1. Cuci Muka 2 Kali Sehari
Penjagaan kulit adalah faktor utama kepada kecantikan wajah tanpa alat solekan. Luangkan sedikit masa dan duit yang anda untuk membeli produk penjagaan kulit. Pertama sekali, dapatkan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda dan gunakannya dua kali sehari – satu kali pada waktu pagi dan satu kali lagi pada waktu malam.
Walaupun anda boleh sahaja mencuci muka anda lebih daripada 3 kali sehari, namun tidak dinasihatkan. Mencuci muka (dengan pencuci muka) secara berlebihan boleh membawa kepada kulit kering, membuatnya semakin teruk bukannya semakin baik.
Aturkan rutin harian kepada wajah. Tidak kiralah apa rutin yang anda pilih, pastikan anda amalkannya sehingga habis. Ulangi rutin harian anda itu pada sebelah pagi dan malam.
2. Pakai Moisturizer (Pelembap) Setiap Hari
Setiap kali anda mencuci muka, anda patut susuli rutin tersebut dengan sapuan krim pelembap muka. Pilihlah mana-mana produk pelembap anda suka (sebaiknya mempunyai SPF di dalamnya) dan sapunya setiap hari selepas cucian.
Dan pastikan krim pelembap itu sesuai dengan jenis kulit anda. Jika anda mempunyai kulit sensitif, digalakkan untuk memakai krim yang lebih “lembut” dan tiada pewangi.
Bagi kulit yang lebih kasar, digalakkan untuk memakai krim yang lebih kuat dan mengandungi bahan yang boleh memperbaiki kulit seperti shea butter ataupun aloe vera (lidah buaya).
3. Exfoliate Setiap Minggu
Exfoliate boleh menanggalkan sel kulit mati dari permukaan kulit, meninggalkan kulit dan wajah anda dengan sel yang baharu – sihat dan cerah! Dapatkan pencuci muka yang mempunyai partikel exfoliate yang anda boleh menggunakan sekali seminggu (sekurang-kurangnya). Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, gunakannya setiap 2 atau 3 hari.
Selain itu, anda juga boleh exfoliate dengan merendam kain yang bersiah di dalam air suam, kemudian lap muka anda dengan lembut dengan kain basahan tersebut. Kaedah ini sesuai kepada orang yang mempunyai kulit sensitif kepada bahan kimia yang terdapat di dalam pencuci muka.
Jangan menggosok muka anda terlalu kuat dengan exfoliate itu, ataupun menggunakannya terlalu kerap. Ia akan mengeringkan kulit anda.
4. Gunakan Toner
Toner merujuk kepada produk penjagaan kulut yang sering diabaikan, tetapi boleh memberikan kesan yang positif di dalam meningkatkan kecantikan kulit. Toner boleh mengembalikan kadar pH di kulit kepada natural, bergantung kepada jenis toner yang digunakan. Sebaiknya pilihlah toner yang bebas alkohol.
Terdapat banyak jenis toner dipasaran dan mengikut jenis kulit. Toner yang direka untuk muka berminyak ataupun berjerawat boleh membantu anda mengeluarkan minyak berlebihan dan mengetatkan liang pora. Manakala toner untuk kulit yang kering pula boleh membantu melembapkan permukaan kulit.
Toner yang sesuai dengan jenis kulit boleh digunakan setiap hari, setelah mencuci muka dan sebelum moisturizing.
5. Tanggalkan Solekan Selepas Menggunakannya
Walaupun artikel ini ditulis untuk membantu anda kelihatan cantik tanpa makeup, namun dalam sesetengah situasi anda akan menggunakannya. Dan pada masa itu, pastikan anda tanggalkannya sebelum tidur. Makeup yang tidak ditanggalkan pada waktu malam, pada masa anda tidur boleh menyumbatkan liang pora anda – boleh membawa kepada jerawat, ataupun masalah kulit yang lain.
Anda sebaiknya menggunakan produk penanggal makeup yang spesifik, seperti foaming cleanser ataupun krim, berbanding dengan menggunakan pencuci muka biasa. Gunakan eye makeup remover yang spesifik untuk menanggalkan maskara, eyeshadow dan eyeliner.
6. Atasi Masalah Jerawat
Masalah jerawat boleh dikatakan salah faktor utama anda takut untuk keluar rumah tanpa solekan. Oleh itu, kalaulah anda boleh mengatasi masalah jerawat ini, anda akan lebih yakin untuk berdepan dengan orang walaupun tidak memakai makeup.
Terdapat banyak cara untuk menghilangkan jerawat, cuma anda perlu konsisten dalam melakukannya barulah mendapat hasil yang memuaskan. Sebaiknya pilihlah produk pelembap, sunblock dan makeup yang non-comedogenic (tidak menyumbatkan liang).
Anda juga hendaklah menggunakan ubat jerawat yang mengandungi benzoyl peroxide ataupun salicylic acid. Kedua-dua bahan ini terbukti untuk menghilangkan jerawat. Produk yang biasa disarankan di farmasi adalah Oxy 5 ataupun Oxy 10.
Jika penggunaan ubat jerawat tidak mendatangkan hasil, anda bolehlah mendapatkan nasihat daripada pakar kulit (dermatologi). Mereka boleh memberikan anda ubat yang lebih kuat, ataupun ubat antibiotik.
Berkaitan: 50+ Cara dan Petua Lengkap Menghilangkan Jerawat
7. Sentiasa Pakai Sunscreen (Pelindung Matahari)
Anda dinasihatkan untuk memakai krim pelindung cahaya matahari, setiap hari – jika anda betul-betul ingin menjaga kulit dan wajah anda. Walaupun cuaca mendung, berawan ataupun jerebu, sinaran UV boleh memberikan kesan kepada kulit anda. Pendedahan kepada cahaya matahari berlebihan boleh menyebabkan kerosakan kulit dan dalam kes yang teruk boleh membawa kepada kanser kulit di samping masalah kulit yang lain.
Pilihlah produk yang mempunyao SPF 30, dan jika ada dapatkan sunscreen yang juga boleh bertindak sebagai pelembap.
8. Berhenti Menyentuh Muka
Perbuatan ini sudah menjadi tabiat kebanyak orang ramai, dan masih ramai yang tidak mengetahui bahawa tabiat menyentuh kulit muka untuk tujuan memecahkan jerawat ataupun menggaru dahi boleh menambahkan minyak dan bakteria pada permukaan kulit.
Kerap menggosok muka boleh merosakkan kulit, lantas membawa kepada kedutan. Oleh itu, jika anda mahu memperbaiki penampilan kulit anda, berhenti daripada menyentuh kulit wajah anda jika tidak perlu.
9. Jaga Kulit Dari Dalaman
Selain menjaga kulit dari segi luaran, anda juga perlu menjaga kulit dari dalaman. Pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi setiap hari, minum air sekurang-kurangnya 5-8 gelas air setiap hari (lebih semakin baik).
Dengan mendapatkan tidur yang mencukupi boleh memberikan masa yang optimum kepada badan anda untuk memperbaiki sel-sel dan tisu-tisu kulit yang sudah mati atau rosak. Minum air dengan banyak boleh hidratkan kulit anda dan menyahtoksinkan bahan-bahan yang boleh merosakkan kulit.
Berkaitan: 4 Cara Melicinkan Kulit Muka Yang Anda Kena Tahu
Bahagian #2: Penampilan yang Rapi dan Kemas
Selain mendapatkan kulit wajah yang cantik, anda juga perlu jaga penampilan wajah anda – kening, bulu mata, bibir dan pipi. Ketahui bagaimana untuk mencapainya di bawah:
1. Kawal Bulu Kening
Anda boleh menjaga ataupu mengawal bulu kening anda dengan merapikannya – gunting jika perlu. Namun jangan cukur. Penjagaan kening boleh memberikan persepsi yang berbeza kepada wajah anda. Dengan penjagaan yang baik, anda boleh menjadi lebih cantik.
2. Syampu Rambut
Penjagaan rambut juga penting untuk tampil menawan. Oleh itu, anda haruslah kerapkan syampu kepala untuk mengelakkan kerosakan kepada kulit kepala ataupun rambut. Selain itu, ia boleh mengelakkan anda daripada mendapat masalah kelemumur.
Amaran! Jangan syampu kepala setiap hari!
Gunalah syampu dan conditioner yang sesuai dengan jenis rambut anda. Ia boleh mengekalkan kelembapan pada rambut, membuat rambut anda kelihatan sihat dan tidak kusut dan kering. Sebaiknya, anda ikat rambut anda menjauhi muka pada waktu malam untuk mengelakkan minyak yang mungkin lekat pada rambut mengenai muka.
Berkaitan: 21 Petua dan Cara Menghilangkan Kelemumur (Serta Tips Mencegahnya)
3. Lentikkan Bulu Mata
Bulu mata yang panjang, dan lentik boleh memberikan anda sifat yang lebih perempuan dan feminim, tetapi anda tidak semestinya menggunakan maskara untuk tujuan ini. Anda boleh memilih untuk menggunakan eyelash curler.
Eyelash curler akan mengapit bulu mata anda selama 10-20 saat, memberikan bulu mata anda kelihatan lebih lentik selepas penggunaan.
4. Kekalkan Bibir yang Licin
Bibir yang licin tanpa rekahan boleh dicapai tanpa menggunakan gincu dengan cara yang mudah. Anda perlu exfoliate bibir anda dengan menggosok (secara perlahan) bibir anda dengan berus gigi yang dibasahkan. Kemudian, sapu lip balm.
Lindungi bibir anda dari keadaan cuaca yang tidak menentu dengan memakai lip balm yang mengandungi SPF.
5. Putihkan Mata
Mata yang tidak sihat, biasanya ada kesan merah-merah mata boleh merosakkan imej anda. Oleh itu, anda boleh hilangkan kesan merah tersebut dengan menggunakan eye drop yang mudah di dapatkan di farmasi berdekatan. Selain itu, anda juga perlulah mendapatkan rehat/tidur yang mencukupi agar kesan merah tersebut tidak kembali.
6. Ambil Berat akan Kebersihan Oral dan Gigi
Senyuman yang menawan dan cantik mesti bermula dengan gigi yang putih, oleh itu anda perlu memastikan gigi anda mendapat penjagaan yang rapi. Berus gigi perlulah sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Beruslah dengan sempurna, jangan abaikan gigi yang terdapat di bahagian belakang.
Floss juga penting kerana ia boleh membuang makanan yang terlekat di celah gigi, yang mana boleh membawa kepada kaviti gigi.
Selain itu, anda juga digalakkan untuk menggunakan mouthwash seperti Listerine ataupun Colgate Plax untuk menghilangkan bau mulut.
Berkaitan: 5 Cara Dan Petua Memutihkan Gigi
Bahagian #3: Tekankan Penampilan Sekeluruhan

Tidak guna kalau anda mempunyai muka yang cantik tetapi penampilan yang tidak baik. Ketahui bagaimana penampilan dan perwatakan anda boleh membuatkan orang melabel anda sebagai “cun” dan menawan:
1. Senyum
Dengan senyuman, anda boleh menonjolkan keayuan dalaman anda.. hah! Ia memberikan gambaran kebahagian dan keyakinan yang terdapat di dalam diri anda, di samping menjadi lebih menarik pada pandangan orang.
Anda akan kelihatan lebih cantik dan mesra dengan senyuman, walaupun tidak memakai makeup.
2. Berpakaian Kemas
Selain muka, anda juga perlu menjaga pemakaian anda. Oleh itu, hendaklah memilih pakaian yang anda rasa yang sesuai kepada anda.
Pakailah pakaian yang menutup aurat (untuk muslim), yang anda rasa selesa dan padan dengan anda. Janganlah terlalu mengikut tren dan fesyen terkini kalau ianya tidak memberikan keselesaan kepada anda.
3. Rambut & Tudung
Pastikan rambut anda kelihatan bersih dan sihat sentiasa. Anda boleh menggunakan pelbagai stail ikatan rambut yang anda suka, apa yang penting adalah anda selesa dan anda rasakan stail tersebut sesuai dengan muka dan personaliti anda.
Bagi yang bertudung pula, anda bolehlah mengenakan stail dan trend tudung terkini mengikut cita rasa anda. Jika tidak berminat, anda boleh sahaja mengenakan jubah dan tudung labuh. Ianya ringkas, murah dan mudah.
4. Kawal Pemakanan
Kecantikan luaran bermula dengan kesihatan dalaman. Kulit terutamanya boleh terkesan jika anda tidak mengamalkan diet dan pemakanan yang berkhasiat.
Cuba kurangkan makanan yang berminyak, berlemak dan minuman bergula. Pada masa yang sama tambahkan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran penuh dan daging tanpa lemak.
Ingat, banyakkan minum air untuk detoks badan anda untuk mengekalkan kelembapan kulit.
Jika anda terikat dengan rutin harian yang padat sehingga menyukarkan anda mendapatkan makanan yang sihat (biasanya masak sendiri), anda boleh mengamalkan pengambilan supplement vitamin. Antara vitamin yang penting untuk kulit adalah vitamin A,C dan E.
5. Menjadi Orang Yang Lebih Yakin
Selain semua kaedah yang dinyatakan di atas, apa yang penting adalah bermula dengan anda sendiri. Anda kenalah yakin bahawa anda sudah cantik walaupun dari aspek yang lain.
Percaya pada diri sendiri
Berdiri dengan tegak, buat eye contact semasa berkomunikasi dan kerapkan senyum. Ingat bahawa makeup dan alat solekan adalah satu tambahan untuk menyerlahkan sesuatu ciri yang anda ada.
Tips Tambahan
1. Tea tree oils sangat baik untuk kulit dan rambut, anda boleh mencubanya. Minyak ini murah dan senang untuk di dapati.
2. Lentikkan bulu mata, ia boleh membuat mata anda kelihatan besar.
3. Hilangkan kesan lebam bawah mata (berlaku sebab kurang tidur) dengan meletakkanketulan ais ataupun kain lembap yang sejuk di atas mata anda selama 25 saat.
4. Kerapkan bersenam dan kekal cergas.
5. Dapatkan psotur yang betul semasa berdiri dan duduk.
6. Banyakkan minum air – ia boleh menyerlahkan kulit anda tanpa makeup.
7. Jadi lebih yakin pada diri sendiri.
8. Anda boleh putihkan gigi dengan menggosok bahagian dalam kulit pisang selama 2 minit. Biarkannya selama 10 saat dan kemudian bilas. Lakukannya sebulan sekali.
9. Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi.
Amaran
Sentiasa memakai moisturizer/pelembap yang mempunyai SPF.
Bantuan Video
Perlukan bantuan visual, anda boleh saksikan tutorial berkaitan mengekalkan kecantikan tanpa alat solek oleh Sona Gasparian di bawah:
Kesimpulan
Memakai alat solekan dan makeup adalah satu pilihan sahaja, bukannya satu kewajipan. Oleh itu, jika anda sudah cantik dan memiliki personaliti yang baik, anda mungkin tidak memerlukan pun makeup tersebut.
Harap artikel ini membantu anda, silalah berkongsi entri ini dengan orang yang mahu kelihatan cantik tanpa solekan.
Sekian~
Yup betul.. toner sangat penting. Saya sendiri mendapati perbezaan apabila memakai toner dan apabila tidak. Then, makeup remover pun penting, walaupun anda tidak bersolek.
http://ruzanaibs.blogspot.my/2015/10/tips-jelita-mencuci-muka-dengan-ringkas.html