Apabila membincangkan soal liang pora pada kulit muka, maka penggunaan pencuci muka yang betul adalah cara yang terbaik. Kemudian disusuli dengan penggunaan toner.
Untuk langkah-langkah yang lebih detail tentang bagaimana anda boleh mengecilkan dan menutup liang pora, sila teruskan membaca.
Cara #1: Cuci Muka
Basuh muka anda sebelum anda masuk tidur setiap malam. Tidur dalam keadaan tidak cuci make up, atau membiarkan kotoran melekat pada muka boleh menyumbatkan liang pora anda.
Gunakan air suam, berbanding dengan menggunakan air panas atau sejuk – untuk mengelakkan masalah iritasi.
Kemudian, lapkan muka dengan tuala yang bersih dan lembut.
1. Gunakan Cleanser Yang Sesuai
Banyak cleanser mengandungi beberapa bahan yang boleh menyebabkan kulit kering dan irratated. Apabila perkara ini berlaku, liang pora akan kelihatan lebih besar.
Untuk mengekalkannya dalam keadaan tertutup, maka sebaiknya anda menggunakan cleanser yang lebih lembut dan tidak menyebabkan kekeringan.
Pilihlah cleanser yang tidak mengandungi sulfate. Sulfate merupakan bahan yang harsh yang boleh mengikis kulit, kemudian menyebabkan kulit menjadi kering dan gatal.
Elakkan daripada menggunakan cleanser yang mempunyai scrubbing beads secara rutin. Beads boleh menyebabkan iritasi kulit, dan sepatutnya digunakan secara berpada-pada.
2. Basuh Muka Setiap Pagi
Setelah mendapat tidur yang cukup, anda boleh membasuh muka dengan air untuk menyegarkan diri. Tidak perlu menggunakan pencuci muka, sebaliknya gunakan air paip sudah mencukupi.
Kemudian, lapkan muka anda dengan tuala.
3. Exfoliate Kulit
Sel kulit mati akan berkumpul di permukaan kulit anda dari masa ke masa, bercampur dengan peluh dan kotoran, lantas akan menyumbatkan liang pora.
Anda dinasihatkan untuk exfoliate kulit dengan kerap agar boleh mencegah daripada liang pora tertutup.
Salah satu cara yang paling mudah untuk exfoliate kulit adalah dengan menggunakan kain basahan. Lembapkan muka anda dan lap/gosok dengan lembut dalam pergerakan bulatan.
Menggunakan facial scrub khusus juga boleh diamalkan. Cuba campurkannya dengan madu turut membantu.
Cara #2: Unclog Liang Pora
Selepas mengetahui cara membasuh muka, seterusnya kita akan lihat pula bagaimana cara untuk unclog liang pora.
1. Gunakan Rawatan Stim
Rawatan ini sangat baik untuk membuka liang pora anda, kemudian membuang semua sel kulit mati dan kotoran yang tersumbat di dalam pora anda.
Rebus air paip di dalam periuk, dan biarkannya mendidih dan keluar stim. Letakkan muka anda pada jarak yang sesuai di atas periuk itu tadi selama 3-5 minit.
Kemudian, cuci muka anda dengan menggunakan produk pencuci muka pilihan.
Stim tadi akan membuka liang pora dan pencuci muka itu tadi akan membuang semua kotoran yang tersumbat pada liang pora.
2. Gunakan Clay Mask
Clay (lumpur) merupakan elemen semulajadi yang boleh mengeluarkan bahan kotoran pada kulit. Anda boleh dapatkan produk clay mask ini dikebanyakan kedai kosmetik.
Anda juga boleh membuat clay mask anda sendiri dengan mencampurkan satu sudu teh clay cosmetic powder dengan satu sudu teh madu dan satu sudu teh air.
Cara #3: Toning dan Moisturizing
Selepas itu, sudah tiba masanya untuk kita tone dan melembapkan kulit kita.
1. Sentiasa Bilas Dan Gunakan Toner
Setelah anda menggunakan mask muka, sentiasa ingat untuk membilas. Kemudian, sapu toner pada muka anda. Toner boleh membantu mengembalikan/menstabilkan pH kulit anda selepas setiap kali cucian.
2. Pilih Toner Tanpa Bahan Kimia Yang Tidak Sesuai Kepada Anda
Terdapat banyak pengeluar produk toner kulit. Anda sebaiknya memilih toner yang sesuai kepada kulit anda, pada masa yang cuba elakkan yang mengandungi bahan kimia berlebihan, bahan wangian, dye – untuk elakkan daripada iritasi.
3. Cuba Apple Cider Vinegar
Apple cider vinegar diperbuat daripada buah epal yang diperap, dan ianya adalah lembut, toner semulajadi untuk semua jenis kulit.
Campurkan 1 sudu teh apple cider vinegar dengan 1 sudu teh air, kemudian gunakan putik kapas untuk sapukannya pada permukaan kulit.
Biarkannya kering dan kemudian moisturize.
Untuk maklumat lanjut, sila layari link ini.
4. Cuba Honey Mask Untuk Tone Kulit
Madu boleh menjadi toner untuk kulit anda. Sapukannya pada permukaan muka dan biarkannya selama 10 minit, kemudian bilas dengan air suam.
Liang pora akan mengecut dan anda akan merasakan kulit menjadi lebih segar.
5. Gunakan Moisturizer Dengan Kerap
Gunakan produk moisturizer yang sesuai merupakan salah satu kunci untuk menutup liang pora wajah anda.
Sebaiknya anda memilih produk yang tidak mengandungi alkohol, pada masa yang sama tidak mengandungi bahan pewangi dan bahan kimia berlebihan.
Hal ini kerana untuk mengelak daripada berlakunya masalah iritasi pada kulit. Namun sekiranya anda menggunakan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut, dan ianya berkesan tanpa mendatangkan masalah, maka teruskan menggunanya.
Info Tambahan Menutup Liang Pora
- Liang pora yang besar pada bahagian atas hidung boleh membawa kepada perbentukan blackhead. Sila gunakan pencuci muka yang khusus untuk membuang blackhead.
- Gunakan ais untuk menutup liang pora dengan cepat.
Kesimpulan
Terdapat banyak cara-cara menutup liang pora, cuma tahap keberkesanannya mungkin berbeza mengikut individu masing-masing. Anda sebolehnya mencuba cara-cara di atas dan tentukan sendiri sama ada ia berkesan kepada anda atau tidak.
Harap artikel ini memberikan manfaat kepada anda.
Sekian~