Mengetahui cara menghilangkan bau mulut dengan cepat sangat penting bagi sesetengah orang yang mempunyai masalah nafas berbau.
Kenapa tidaknya, ia boleh merendahkan tahap keyakinan diri dan paling teruk boleh menyebabkan orang lain tidak selesa berada disisi kita.
Artikel kali ini adalah bertujuan untuk mencegah anda daripada menghadapi worst-case-scenario itu tadi.
4 Cara Menghilangkan Bau Mulut
Berikut adalah cara-cara menghilangkan bau mulut dengan cepat (serta tips)!
Langkah #1: Ubah Cara Anda Menjaga Kebersihan Mulut
Apabila bersoalkan bau mulut, ia tidak lari daripada menjaga kebersihan.
1. Kerapkan Memberus Gigi
Dua penyebab utama kepada mulut berbau adalah bakteria dan cebisan makanan yang melekat di celah gigi.
Anda dinasihati agar memberus (dan berkumur) sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Kemudian, floss sekurang-kurangnya sekali sehari.
Sebaiknya, anda juga menjaga kebersihan gum dan lidah anda, bukannya sekadar gigi.
2. Bersihkan Lidah
Sekiranya anda mempunyai masalah mulut berbau, maka memberus gigi tidak memadai. Anda juga perlu menjaga kebersihan lidah anda.
Memandangkan lidah anda mempunyai permukaan yang besar, ia boleh jadi tempat pembiakan bakteria yang besar.
Dengan membuang sebarang bakteria pada lidah anda boleh mengurangkan bau mulut.
Untuk tujuan membersihkan lidah, anda boleh menggunakan berus gigi yang mempunyai getah kesat pada bahagian belakangnya.
Gosok lidah anda, kemudian bilas dengan air paip.
3. Floss Gigi Setiap Hari
Floss gigi anda memainkan peranan yang penting dalam menghilangkan bau mulut. Bahkan ia hampir sama penting dengan memberus gigi.
Setiap kali kita makan, akan ada cebisan makan yang akan terlekat pada celah gigi anda. Cebisan yang melekat ini merupakan salah satu penyebab utama kepada masalah nafas berbau.
4. Gunakan Mouthwash
Mouthwash seperti Colgate Plax atau Listerine boleh membantu mengekalkan
kelembapan di dalam mulut dan mencegah pembiakan bakteria – lantas mengurangkan bau mulut.
Anda boleh berkumur dengan mouthwash sama ada sebelum atau selepas memberus gigi, cuma pastikan anda berkumur dengan betul dan sempurna.
Anda juga boleh berkumur dengan mouthwash sebaik sahaja selesai makan untuk mencegah daripada mulut berbau.
Langkah #2: Ubah Amalan Anda
Amalan harian anda, terutama apa yang anda makan boleh mempengaruhi kebersihan mulut anda. Ketahui bagaimana untuk mengubahnya.
1. Makan Gula-Gula Getah atau Mint
Dengan mengunyah gula-gula getah, ia akan menghasilkan air liur yang lebih banyak. Ada juga gula-gula getah yang direka khas untuk menghilangkan bau mulut.
2. Basahkan Mulut
Mulut yang kering sering dikaitkan dengan mulut berbau. Perasan tak semasa anda berpuasa, mulut kita biasanya akan berbau. Selain itu, semasa bangun pagi, mulut pun berbau.
Air liur sebenarnya boleh melawan bau mulut. Hal ini kerana ia mengandungi bahan anti-bakteria yang boleh melawan semua kuman dan bakteria yang cuba membiak di dalam mulut.
Selain daripada itu, banyakkan minum air.
Ia tidak menambah kadar air liur, tetapi sekurang-kurangnya ia boleh membasahkan mulut.
3. Berhenti Merokok
Sepertimana yang anda sudah tahu, amalan merokok boleh membawa kepada masalah mulut berbau – serius teruk.
Oleh itu, sekiranya anda betul-betul tidak mahukan nafas berbau, maka anda hendaklah berhenti merokok.
Untuk mengetahui cara-cara yang betul untuk berhenti merokok, anda boleh membaca artikel ini.
Langkah #3: Ubah Diet dan Pemakanan
Ada makanan yang boleh menyumbang kepada bau mulut, jom kurangkan pemakanan makanan seperti di bawah.
1. Elakkan Makan Makanan Yang Berbau
Badan kita menyerap bau makanan yang kita makan, oleh itu makanan yang kuat berbau boleh lekat pada mulut kita beberapa jam selepas kita makan. Lebih-lebih lagi ulam seperti petai dan bawang.
Sekiranya anda mengalami masalah mulut berbau dengan teruk, maka sebaiknya anda tidak memakan makanan seperti ini. Paling tidak pun, gosok gigi dan gunakan mouthwash sejurus selepas makan.
2. Kurangkan Minum Kopi
Bahan yang terkandung di dalam kopi boleh menyebabkan mulut berbau.
Memandangkan kopi boleh menyebabkan ketagihan, dan saya yakin ada di kalangan pembaca tidak boleh menjalani hidup tanpa kopi, maka sebaiknya adalah anda menggosok gigi atau berkumur dengan mouthwash selepas meminumnya.
Langkah #4: Dapatkan Nasihat Doktor
Sekiranya anda sudah mematuhi cara-cara di atas, namun tidak berhasil maka anda dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor.
Mulut berbau mungkin merujuk kepada tanda yang badan anda tidak sihat. Ia mungkin berkait dengan jangkitan.
Info Tambahan Cara Menghilangkan Bau Mulut
1. Kunyah/makan epal atau lobak merah di antara sajian untuk membantu mengeluarkan makanan yang terlekat di celah gigi.
2. Bertukar berus gigi anda setiap 6 minggu untuk memastikan tiada bakteria yang terkumpul pada permukaannya.
3. Gunakan berus gigi yang baharu setiap 3 bulan.
Video Tambahan
Perlukan bantuan visual atau video berkenaan topik ini, anda boleh lihat video Youtube oleh Lifehacker dalam bagaimana mengatasi nafas berbau di bawah:
Kesimpulan
Secara ringkas, terdapat banyak cara menghilangkan bau mulut dengan cepat dan apa yang penting adalah anda mengambil tindakan.
Masalah nafas berbau ini pada amnya tidak berbahaya dan tidak serius, ia boleh dirawat dengan cepat sekiranya anda menjaga kebersihan mulut anda dengan sempurna.
Harap artikel ini membantu anda, silakan berkongsi dengan orang lain agar mereka mendapat manfaat yang sama seperti anda.
Sekian~
betul… mmg terbaik cara-cara ni semua… kumur2 dgn listerin pun ok.. hihi