Cara-Cara Menghilangkan Parut Luka Di Muka

Muka anda identiti diri, ia adalah sifat yang unik hanya untuk anda sahaja dan merupakan sifat yang membolehkan orang lain mengenali diri anda.

Sekiranya anda mempunyai kesan parut luka di muka, atau kesan calar mahupun pernah menjalani pembedahan di kawasan wajah, terdapat beberapa kemungkinan bahawa muka anda akan mendapat kesan parut.

Terutama jika kesan parut tersebut tidak dirawat dengan kadar serta merta, maka parut di muka akan kekal selama lamanya.

Artikel kali ini akan membincangkan beberapa cara untuk menghilangkan parut luka di muka.

Langkah #1: Cepat-Cepat Dapatkan Ubat Untuk Luka Di Muka

Hal ini relevan kepada yang baru mendapat luka pada muka. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil kira.

1. Berhentikan Pendarahan

Sekiranya luka tersebut menyebabkan pendarahan, maka langkah pertama yang perlu diambil adalah berhentikannya.

Anda boleh lakukan perkara ini dengan mengenakan sedikit tekanan pada permukaan kulit dengan menggunakan kain bersih atau gauze. Jangan tanggalkan kain tersebut sehingga pendarahan sudah berhenti.

Biasanya, pendarahan pada kawasan muka lebih teruk berbanding dengan anggota badan yang lain.

Jangan menangis, kerana ia boleh menyebabkan luka semakin teruk.

2. Periksa Luka

Sekiranya luka itu agak dalam, maka cepat-cepat ke hospital kerana perlukan rawatan lebih lanjut – seperti jahitan dan cucian yang lebih baik.

3. Basuh Tangan Anda

Sebelum anda menyentuh luka, pastikan anda membersihkan tangan anda dengan sebaiknya – untuk mengelak daripada sebarang jangkitan kuman.

4. Cuci Tempat Luka Dengan Sempurna

Pastikan anda mencuci tempat luka dengan air bersih dan sabun. Pastikan anda membilasnya dengan sempurna. Pada masa yang sama pastikan anda membuang sebarang debu atau benda asing dari tempat luka.

Gunakan air yang sedikit suam. Air panas boleh memudaratkan luka, lantas menyebabkan pendarahan kembali.

5. Sapu Ubat Pada Tempat Luka

Ubat antibiotik seperti Neosporin dan Polysporin adalah pilihan terbaik. Biasanya produk yang menyatakan bahawa boleh menghilangkan parut biasanya tidak berkesan.

6. Balut Tempat Luka

Letakkan kain balutan yang bersih pada tempat luka. Ia akan nampak sedikit leceh terutama pada muka, tetapi langkah ini sangat penting untuk menjamin tiada jangkitan kuman nanti.

Langkah #2: Dapatkan Rawatan Profesional

Sekiranya anda mendapat luka yang teruk, maka anda digalakkan untuk mendapat rawatan profesional, iaitu rawatan di hospital.

1. Ke Hospital Untuk Dapatkan Jahitan

Sekiranya luka anda agak dalam, maka anda perlukan jahitan. Rawatan ini hanya boleh dilakukan di hospital.

2. Periksa Sebarang Kesan Retakan Tulang @ Patah

Sekiranya anda menerima hentakan pada muka, pastikan anda periksa sama ada anda mendapat sebarang retakan atau tulang patah pada permukaan muka anda itu.

3. Peka Dengan Sebarang Kesan Jangkitan

Sekiranya luka anda mula membengkak, atau bernanah, berasa panas jika disentuh. Ataupun menyebabkan anda demam, cepat-cepat dapatkan rawatan susulan daripada doktor.

Luka yang dijangkiti lebih sukar untuk dirawat, dan biasanya parutnya juga lebih teruk.

Langkah #3: Teruskan Rawatan

Rawatan untuk luka di muka perlu diteruskan dengan konsisten agar proses untuk sembuh dapat dicapai dalam jangka masa yang lebih cepat.

1. Naikkan Kepala

Cuba tinggikan kepala anda semasa tidur agar tempat luka tidak bengkak.

2. Kurangkan Pergerakan Pada Tempat Luka

Pergerakan yang berterusan pada tempat luka boleh melambatkan proses penyembuhan – yang mana boleh memburukkan lagi kesan parut muka. Cuba kekalka ekspresi muka untuk mengelak daripada pergerakan yang berlebihan.

3. Kerapkan Bertukar Kain Pembalut

Sekurang-kurangnya, anda tukar kain pembalut luka anda sekali sehari untuk menjamin tahap kebersihannya.

4. Dedahkan Luka Kepada Udara

Sebaik sahaja tempat luka sudah tidak terbuka, maka adalah terbaik sekiranya anda membuka kain pembalut tersebut. Pendedahan luka pada udara boleh mempercepatkan proses penyembuhan.

5. Minum Banyak Air

Kekalkan badan anda dalam keadaan hidrat boleh membantu badan anda berfungsi dengan baik. Pada masa yang sama membantu tempat luka anda dalam keadaan lembap, merawat dari dalam.

6. Banyakkan Makan Makanan Berkhasiat

Sesetengah makanan boleh membantu badan mempercepatkan proses penyembuhan. Pada masa yang sama kurangkan makan makanan yang tinggi kandungan gulanya dan mengandungi lemak yang banyak.

Berikut adalah cadangan makanan yang anda boleh ambil:

  • Protein – sayur, daging, telur
  • Lemak sihat – susu, keju, minyak kelapa
  • Vitamin A – telur, sayur, ikan
  • Karbohidrat – nasi, pasta, roti
  • Vitamin C – sayur, buah sitrus
  • Zink – daging

Langkah #4: Kurangkan Kesan Parut Luka Di Muka

Setelah sembuh, biasanya akan tinggal sedikit kesan parut luka di muka. Berikut adalah beberapa cara yang boleh diambil:

1. Berhati-Hati Semasa Membersihkan Luka

Salah satu cara terbaik untuk mengelak daripada kesan parut yang teruk adalah dengan mencegah jangkitan. Penjagaan yang baik untuk 2 minggu pertama adalah cara terbaik untuk mencegah parut muka.

2. Elakkan Daripada Mengupis

Mengupis kesan luka boleh memudaratkan keadaan. Sebaliknya adalah dengan menyapu minyak agar ianya kekal lembap.

3. Jauhi Cahaya Matahari

Sekiranya anda luka dan terdedah kepada cahaya matahari yang berterusan, maka tempat luka tersebut akan menjadi gelap – meninggalkan kesan parut yang nyata.

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat beberapa yang berkesan untuk menghilangkan parut luka di muka. Apa yang penting adalah anda mengambil tindakan awal, sebaiknya adalah semasa luka itu masih belum sembuh.

Hal ini kerana parut luka, terutama di muka sukar untuk dihilangkan kalau dilengah-lengahkan. Satu lagi, pastikan luka tersebut tidak mendapat jangkitan kuman!

Harap artikel ini membantu anda dalam mengatasi masalah ini. Sekiranya membantu, silalah kongsikan dengan orang tersayang. Jika anda ingin berkongsikan pengalaman, sila tinggalkan komen di bawah.

Sekian~

1 thought on “Cara-Cara Menghilangkan Parut Luka Di Muka”

Leave a Comment