Cara Mengurangkan Razor Burn Ketika Bercukur

cara mengurangkan razor burn

Bagi orang yang sering bercukur, mereka biasanya tidak akan terlepas daripada mendapat razor burn, iaitu satu kesan merah-merah (dan sedikit luka-luka kecil) pada kulit selepas bercukur.

Ia semestinya tidak selepas dan agak pedih. Tetapi jangan risau kerana terdapat cara mengurangkan razor burn ini. Dengan mengikuti beberapa langkah mudah di bawah, anda boleh mengurangkan kesan razor burn semasa dan selepas bercukur.

Ubah Rutin Anda

Antara yang utama dalam masalah ini adalah dalam rutin anda, oleh itu adalah terbaik sekiranya anda melakukan sedikit perubahan dalam rutin cukur anda. Berikut adalah sedikit cadangan.

1. Gunakan Pisau Cukur Yang Baru

Pisau cukur yang sudah digunakan berkali-kali boleh menjadi tumpul dan mempunyai bakteria. Dua perkara inilah yang boleh menyebabkan masalah razor burn. Anda dinasihatkan untuk menukar pisau cukur setiap 2 minggu sekali, kemudian cuci pisau tersebut dengan baik selepas menggunakannya.

2. Cukur Ikut Arah Yang Betul

Cukur sikit-sikit, tetapi dengan laju, mengikut arah yang betul. Jika anda cukur dengan banyak dengan sekali lalu, anda akan mengenakan tekanan yang lebih banyak pada kulit. Ini boleh menyebabkan razor burn dan iritasi.

3. Cukur Pada Waktu Malam

Cukur pada waktu pagi boleh mendedahkan kulit anda dengan perkara-perkara yang lain, seperti peluh semasa bersenam, sentuh muka dan sebagainya. Untuk mengelakkan perkara tersebut, anda boleh bercukur pada waktu malam.

4. Bercukur Selepas Mandi

Walaupun anda sudah memakai krim cukur, bulu anda memerlukan masa untuk menjadi lembut dan mudah untuk dicukur. Sebaiknya, anda mandi dengan air suam untuk melembutkan bulu tersebut.

5. Kerapkan Cuci Pisau Cukur

Jika anda bercukur tanpa mencuci pisau cukur dengan betul, anda mungkin akan mendapat razor burn untuk penggunaan seterusnya. Dengan bulu-bulu yang terlekat di antara bilah pisau cukur boleh menyebabkan anda mengenakan tekanan yang lebih semasa bercukur – lebih cenderung untuk mendapat razor burn.

6. Bilas Dengan Air Sejuk

Selepas anda selesai bercukur, anda sebaiknya membilas kulit dengan air yang sejuk untuk menutup pora kulit. Dengan ini, anda boleh mengecutkan sebarang luka-luka kecil semasa bercukur.

Atasi Razor Burn Dengan Produk

Selain rutin, anda boleh mengurangkan razor burn dengan menggunakan produk-produk yang betul, pada masa yang betul. Berikut boleh dijadikan panduan.

1. Gunakan Pencuci Muka

Walaupun anda tidak bercukur, menggunakan pencuci muka yang mengandungi salicylic acid boleh membantu membunuh bakteria dan mengurangkan peluang mendapat razor burn pada masa hadapan. Gosok tempat yang anda ingin bercukur, kemudian bilas, dan terus bercukur.

2. Sapu Aloe Vera

Selepas bercukur, sapukan sedikit gel aloe vera pada tempat cukur. Ini boleh membantu mengurangkan rasa sakit pada kulit. Biarkannya 5-10 minit sebelum dibilas dan dikeringkan.

3. Gunakan Minyak Antibiotik

Selepas anda bercukur, sapu sedikit minyak antibiotik pada kulit untuk mengurangkan razor burn. Ini boleh membunuh bakteria yang menyumbatkan pora kulit.

Tips Tambahan

Bagi kulit sensitif, anda boleh menggunakan krim pelembap.

Amaran

  1. Jangan berkongsi pisau cukur.
  2. Jangan menggunakan pisau cukur yang sudah bengkok atau berkarat.
  3. Jangan sesekali menggunakan jari untuk menentukan ketajaman pisau cukur.

Video Tambahan

Jika anda mahukan bantuan visual, video Youtube oleh alpha m. ini boleh membantu:

Kesimpulan

Jika anda menggunakan cara yang betul, anda boleh mencegah, tidak pun mengurangkan kesan razor burn.

Harap artikel ini membantu, sekian.

Loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here