Kesan lebam boleh terjadi di mana-mana sahaja, tidak kiralah di muka, tangan dan kaki. Adanya kesan lebam boleh mengurangkan daya keyakinan diri anda – malah boleh memberikan kesan yang buruk kepada kerjaya lebih-lebih lagi anda di dalam bidang model, fotografi, lakonan dan sektor hiburan.
Kesan lebam biasanya di sebabkan oleh kecederaan pada sesuatu bahagian badan, sehingga menyebabkan saluran darah bengkak.
Anda boleh menutup (cover up) dan malah menghilangkan kesan lebam tersebut dengan mudah, tetapi perlukan teknik yang betul – itulah yang akan dinyatakan di dalam artikel ini!
Merangkumi 5 langkah, anda akan di dedahkan dengan:
Bersedia? Okay, jom ketahui apa yang anda boleh buat dengan kesan lebam anda itu.
Cara #1: Mempercepatkan Proses Penyembuhan
Dengan menggunakan cara yang betul dalam merawat kesan lebam boleh mencepatkan proses penyembuhan di dalam jangka masa yang singkat sahaja.
1. Ketahui Fakta Lebam
Perkara pertama yang anda perlu tahu tentang lebam adalah bagaimana ia terbentuk dan jangka masa untuk ianya sembuh. Lebam akan terbentuk apabila sesuatu mengenakan tekanan yang kuat kepada kulit anda sehingga menyebabkan saluran darah terkoyak.
Sedikit darah akan mengalir keluar ke bahagian tisu kulit anda, meninggalkan kesan hitam ataupun biru.
Lebam biasanya akan bermula dengan merah, kemudian bertukar kepada biru, ungu, ataupun hitam dalam jangka masa 1-2 hari. Selepas 5 hari, lebam itu akan bertukar kepada warna hijau ataupun kuning. Selepas 10- 14 hari akan bertukar kepada coklat. Biasanya, kesan lebam akan sembuh dengan sepenuhnya dalam jangka masa 2 minggu.
2. Cepatkan Proses Penyembuhan
Anda boleh mencepatkan proses penyembuhan lebam dengan menggunakan beberapa cara, antaranya adalah:
i. Tinggikan anggota yang terkesan. Dengan cara ini, anda boleh mengurangkan kadar darah yang mengalir ke tempat yang lebam tersebut. Jika lebam di kaki dan tangan, lapik sesuatu seperti bantal untuk naikkannya semasa tidur. Perkara ini juga boleh di aplikasi jika anda lebam di bahagian kepala.
ii. Gunakan pek ais di tempat lebam. Berkesan dengan baik jika anda mendapat lebam tersebut dalam masa sehari dua. Ambil ketulan ais, bungkuskan di dalam kain, kemudian letakkan di tempat yang lebam selama 30-60 minit setiap sesi.
Semakin cepat anda menggunakan pek ais setelah kena semakin cepat ia memberikan kesan – kerana boleh mengurangkan saluran darah ke tempat yang terkesan.
iii. Hadkan pergerakan anggota yang lebam
iv. Ambil pil tahan sakit seperti paracetamol untuk mengurangkan rasa sakit. Elakkan daripada ubat yang berasaskan aspirin – ia boleh memburukkan keadaan.
v. Jika tempat tersebut turut luka, sapukan ubat luka. Ataupun jumpa doktor.
vi. Jika kesan lebam dilakukan atas sebab didera, dapatkan bantuan orang yang berdekatan, ataupun telefon pihak polis.
3. Perhatikan Tempat Lebam
Jika kesan lebam di kaki ataupun tangan bertukar merah ataupun sakit semasa disentuh, dapatkan nasihat doktor.
Cara #2: Sembunyikan Kesan Lebam

Bagi sesetengah orang, menggunakan alat solek (make up) adalah cara yang terbaik untuk menyembunyikan kesan lebam, tidak kiralah lebam itu pada bahagian muka, tangan ataupun kaki. Ketahui cara-caranya dengan terperinci di bawah:
1. Gunakan Concealer
Concealer merujuk kepada alat kosmetik yang digunakan untuk menghilangkan kesan lebam/warna hitam di bawah mata. Kaedah ini adalah yang biasa digunakan untuk menyembunyikan kesan lebam, menurut Carol Shaw, pakar solek di Los Angeles.
Langkah-langkahnya adalah di bawah:
i. Periksa sama ada kulit yang terjejas mempunyai kesan luka ataupun tidak. Kaedah ini hanya boleh diaplikasikan pada permukaan kulit yang tidak luka sahaja. Selain muka, anda juga boleh gunakannya pada anggota yang lain.
ii. Gunakan concealer yang tidak mempunyai wangian, seelok-eloknya berwarna kuning (ataupun warna seakan dengan kulit anda). Warna kuning ini boleh menghilangkan warna lebam yang berwarna biru. Untuk warna
lebam yang lain pula; concealer hijau untuk lebam merah, concealer putih untuk lebam coklat, concealer lavender untuk lebam kuning.
iii. Sapukan concealer dengan berhati-hati pada permukaan yang terjejas. Jangan tekan terlalu kuat, untuk mengelakkan rasa sakit.
iv. Tepuk (pat) dengan perlahan menggunakan jari, untuk meratakannya. Lihat di cermin jika perlu.
v. Pakai pakaian yang boleh menutup permukaan yang lebam. Jika di muka, pakailah pakaian yang seakan dengan warna kulit anda.
vi. Sentiasa periksa. Sepatutnya ia boleh bertahan sepanjang hari, namun pastikan dengan memeriksanya. Bawalah concealer bersama anda, mudah kalau anda perlu menggunakannya kembali jika perlu.
2. Gunakan Gincu Ungu Muda
Jika anda mempunyai gincu berwarna ungu muda, anda boleh menggunakannya untuk menyembunyi kesan lebam tersebut. Pakai gincu tersebut seperti biasa dan ratakan, kemudian pakai foundation dan bedak (powder). Cara ini sangat sesuai jika anda mendapat lebam di bahagian bibir.
3. Cari Produk Di Pasaran
Sesetengah produk kosmetik ada menjual produk khusus untuk menyembunyikan kesan lebam, ia dikenali sebagai bruise covering kit. Anda boleh bertanya di kedai farmasi berdekatan.
4. Alihkan Perhatian
Jika anda mendapat kesan lebam di muka, sebagai contoh di dagu. Alihkan perhatian orang kepada bahagian muka anda yang lain. Sebagai contoh, pakailah maskara berwarna hitam pada bahagian mata untuk mengalihkan pandangan orang daripada bahagian mulut dan dagu kepada mata anda.
5. Dapatkan Nasihat Doktor/Pakar Kulit
Doktor mengetahui perkara ini dengan lebih mendalam. Jika anda mempunyai lebam, kadang-kala adalah terbaik jika anda mendapatkan pandangan doktor dalam menghilangkan kesan lebam tersebut.
Cara #3: Pakaian Yang Sesuai

Pakailah pakaian ataupun barang perhiasan untuk menyembunyikan kesan lebam tersebut – ianya berkesan jika dipakai dengan tepat. Ini termasuklah dengan memakai baju lengan panjang, alat perhiasan, stoking dan lain- lain.
Berikut adalah beberapa cadangan yang anda boleh ikuti:
- Pakai pakaian yang baju berlengan panjang dan seluar panjang, sehingga boleh melindungi kesan lebam tersebut.
- Pakain skarf di leher, pakailah sehingga menampakkan anda sedang berfesyen.
- Jika cuaca panas, pakailah pakaian yang panjang tetapi diperbuat daripada kapas.
- Jika lebam di buku lali, pakailah stoking.
- Pakai wristbands di lengan.
Cara #4: Kesan Lebam Di Dalam Gambar
Jika anda ambil gambar dan kesan lebam itu kelihatan, anda boleh edit gambar tersebut dengan menggunakan aplikasi seperti Adobe Photoshop. Teknik Airbrushing boleh dilakukan pada gambar tersebut untuk menghilangkan lebam di dalam gambar.
Cara #5: Berjumpa Doktor

Anda perlu tahu bila masanya yang sesuai untuk bertemu dengan doktor berkaitan dengan kesan lebam yang anda alami. Perkara ini penting sekiranya kesan lebam anda lambat sembuh ataupun mempunyai simptom yang lain.
Kadang-kala lebam juga boleh memberitahu bahawa terdapat masalah darah beku ataupun penyakit berkaitan dengan dareah. Berikut adalah beberapa simptom dan keadaan yang memaksa anda berjumpa doktor:
i. Kesan lebam di sekitar mata perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.
ii. Lebam anda tidak sembuh walaupun sudah 2 minggu.
iii. Anda mendapat pendarahan di tempat lain, seperti hidung, gusi ataupun di dalam najis.
iv. Lebam terhasil tanpa sebab, ataupun terlalu besar.
v. Anda merasakan lebam itu tidak berkurangan, sebaliknya semakin teruk – di samping kerap merasakan sakit
kepala.
vi. Tempat lebam membengkak.
vii. Anda tidak boleh menggerakkan anggota yang lebam tersebut.
Tips Tambahan
- Lebam boleh dirawat dengan kaedah remedi ataupun rawatan tradisional. Ketahuinya di sini.
- Ingat, bersihkan kesan solekan sebelum tidur.
Video Bantuan
Perlukan bantuan video dalam solekan, mungkin video di bawah (oleh Sharon Farell) boleh membantu anda.
Amaran
i. Jika kesan lebam disebabkan kes dera, cepat telefon pihak polis – Jangan Risau Sekiranya Diugut, cepat-cepat
laporkan kepada polis.
ii. Jika anda mempunyai jenis kulit sensitif, pastikan anda menggunakan produk yang anda sudah biasa pakai sebelum ini – untuk mengelakkan daripada anda mendapat ruam atau alah kepada sesuatu bahan yang terdapat di dalam produk tersebut.
iii. Jangan pakai concealer ataupun alat solekan pada bahagian kulit yang luka.
Kesimpulan
Jika anda mendapat lebam dan merasa malu untuk keluar rumah, sekarang tidak lagi. Kadang-kala malang tidak berbau, dan biasalah kalau kita mendapat kecederaan. Namun perlu ingat, ianya bukanlah penghalang kepada
kita untuk melakukan sesuatu yang kita mahu lakukan.
Harap artikel tentang menutup dan menghilangkan kesan lebam kali ini dapat membantu anda dalam mengatasi masalah harian.
Sekian~