Krim pelembap banyak memberikan manfaat kepada kulit anda, termasuklah melindunginya daripada terhidrat – memberikan anda kulit yang sihat dan menyerlah. Sekarang, terdapat banyak jenis krim pelembap, untuk setiap anggota badan anda.
Krim pelembap muka direka khas untuk melindungi muka daripada bahan-bahan yang boleh menjejaskannya sepanjang hari. Manakala krim mata anda pula direka khas untuk menjadikan kulit sekitar mata lebih tebal.
Kedua-dua krim pelembap muka dan krim mata adalah berasaskan kepada air, agar ia tidak menyumbatkan liang pora. Berbeza dengan losyen bada, yang mana ada juga produk yang berasaskan kepada minyak.
Namun, apa yang menyedihkan adalah ramai orang tidak tahu cara menyapu krim pelembap dengan betul, sehingga gagal mendapat hasil yang diingini.
Artikel kali ini menyenaraikan beberapa langkah dan cara menyapu krim pelembap dengan betul dan berkesan, terutama pada muka dan bahagian mata.
Cara #1: Menyapu Krim Pelembap Ke Muka
Pertama sekali anda akan didedahkan kepada cara menyapu krim pelembap ke muka.
1. Tahu Manfaat Krim Pelembap Muka
Pertama sekali, adalah baik sekiranya anda mengetahui apakah manfaat penggunaan krim pelembap muka. Secara umum, krim pelembap muka boleh mengurangkan perbentukan kedutan dan garis-garis pada muka.
Ia juga melindungi kulit anda daripada pelbagai jenis kesan perubahan cuaca, seperti angin dan haba. Dan akhir sekali adalah; krim pelembap boleh meningkatkan kadar air dalam kulit anda agar mengekalkan kadar kelembapan dan hidrat.
Kebanyakan krim pelembap muka (namun bukan semua) disertakan dengan SPF.
2. Basuh Muka Sebelum Menyapu Krim Pelembap
Sebelum menyapu krim pelembap, anda dinasihati agar membasuh muka terlebih dahulu. Rutin terbaik adalah anda mencuci muka dua kali sehari. Sekali pada waktu pagi, dan sebelum masuk tidur.
Sapu krim pelembap selepas anda mencuci muka (keringkan dengan tuala bersih).
3. Letakkan Jumlah Pelembap Yang Sesuai Pada Tapak Tangan
Setiap jenis krim pelembap datang dengan arahan kadar jumlah yang perlu digunakan untuk setiap kali sapuan.
Krim pelembap yang nipis biasanya akan mudah kering, maka anda perlu guna dalam kadar yang lebih banyak. Kalau krim pelembap yang pekat (thick), mungkin sebaliknya.
Krim pelembap muka juga datang dalam pelbagai jenis botol dan bekas. Untuk krim pelembap yang dalam botol, picit dengan kadar yang perlu. Manakala yang dalam bekas, celupkan jari anda, dapatkan kuantiti yang anda mahu gunakan.
Jadikan arahan pada botol krim tersebut sebagai satu panduan, namun sekiranya tidak mencukupi bagi anda, maka tidak salah tambah sedikit lagi semasa menyapu.
4. Letakkan Krim Pada Muka
Dengan menggunakan dua jari, sapu krim tersebut pada permukaan muka anda – tidak kiralah sama ada dahi, pipi, hidung, dagu dan sebagainya.
Jangan lupa leher, bahagian itu pun termasuk sekali. Tambahan lagi, sekiranya terdapat mana-mana bahagian yang anda rasa akan terdedah pada cahaya matahari, sapukan krim juga (terutama pada krim pelembap yang mengandungi SPF).
5. Gosokkan Krim Pelembap Sekitar Permukaan Muka
Dengan menggunakan dua jari dua-dua belah tangan, gogokkan krim tersebut pada permukaan muka anda, dalam pergerakan bulat. Pastikannya sama rata.
6. Biarkannya Kering
Sebaiknya, anda membiarkan krim pelembap tersebut kering terlebih dahulu sebelum memakai alat solek.
Biarkannya kering selama 1-2 minit sebelum anda melakukan apa-apa, termasuklah pemakaian makeup dan sunscreen.
Cara #2: Menyapu Krim Pelembap Pada Badan
Selain muka, anda juga boleh menyapu krim pelembap pada badan, cuma produk krim tersebut mungkin berbeza dengan apa yang anda guna untuk muka. Ketahui cara-caranya di bawah:
1. Exfoliate Kulit Seminggu Sekali
Semasa mandi, anda dinasihatkan agar exfoliate kulit anda sekurang-kurangnya sekali seminggu dengan menggunakan loofa, face cloth, shower puff dan sebagainya.
Dengan exfoliate, ia boleh membantu anda membuang lapisan sel kulit mati dan sel kulit yang kering – yang mana boleh mengurangkan keberkesanan produk krim pelembap anda.
2. Basuh Dengan Sabun
Ketika mandi, gunakan sabun dan body wash yang mengandungi pelembap. Untuk mengetahui sama ada sesuatu produk mempunyai pelembap atau tidak, anda boleh memeriksa pada label kandungan.
Biasanya, produk terkemuka seperti Dettol dan sebagainya mengandungi krim pelembap (walaupun sedikit) dalam produk-produk mereka.
3. Elakkan Air Panas Semasa Mandi
Air panas sebenarnya tidak baik untuk kulit anda. Ia boleh mempercepatkan proses penuaan dan mengeringkan kulit.
4. Sapu Krim Pelembap Selepas Mandi
Secara umum, masa terbaik untuk sapu krim pelembap adalah sebaik sahaja anda selesai mandi, kerana masa itu kulit masih lembap/basah.
Sebaik anda keluar bilik mandi, lapkan lebihan air pada anggota badan, kemudian sapu krim tersebut. Lebihkan sedikit pada bahagian yang mudah untuk kering seperti tangan,siku, buku lali dan kaki.
5. Alternatif Kepada Krim Pelembap
Selain daripada krim pelembap yang terdapat di pasaran, anda juga boleh menggunakan benda lain sebagai menggantikannya, tetapi memberikan kesan yang sama!
Antaranya adalah minyak kelapa (coconut oil) atau minyak zaitun (olive oil). Sekiranya anda ingin menggunakan alternatif ini, pastikan anda menyapu lebihan minyak untuk mengelakkan daripada tergelincir dan sebagainya.
Pada masa yang sama, perlu ingat bahawa sesetengah minyak boleh menjejaskan pakaian. Pastikan anda memakai alternatif tersebut dengan pakaian yang anda pakai di rumah atau yang senang untuk dicuci.
6. Sapu Krim Tangan Sebelum Masuk Tidur
Tangan adalah anggota badan yang kita paling banyak guna seharian. Setiap kali kita guna tangan, dan setiap kali kita basuh tangan, krim pelembap yang kita sapu akan berkurangan.
Oleh itu, anda sebaiknya menyapu krim tangan sebelum masuk tidur.
Anda juga boleh menyapu krim selepas anda mencuci tangan, agar tangan anda tidak terlalu kering dan tidak terhidrat semasa menjalani hidup yang aktif.
Cara #3: Menyapu Krim Mata (Eye Cream)
Seterusnya, berikut adalah cara-cara menyapu krim mata dengan betul.
1. Hanya Gunakan Krim Mata di Sekitar Mata
Kulit muka pada sekitar mata lebih nipis dan sensitif berbanding dengan bahagian kulit yang lain. Oleh sebab itu ia perlukan penjagaan yang lebih teliti.
Krim mata direka khas untuk kulit sekitar mata dan sepatutnya produk ini sahaja yang boleh digunakan pada bagahian sekitar anak mata anda.
2. Sapu Krim Mata Dengan Jari Anda
Sentiasa gunakan jari pada tangan dominan anda semasa menyapu krim tersebut. – untuk elakkan tersalah pergerakan dan sebagainya.
3. Sapukan Krim Pelembap Pada Kulit Bawah Mata
Dengan menggunakan jari tenga, dapatkan krim pelembap tersebut. Pastikan ianya sama rata, jangan elakan daripada menekat lebih lama.
4. Biarkannya Kering
Sebaik sahaja anda selesai menyapu krim tersebut, maka biarkannya untuk kering, tunggu 1-2 minit.
Selain itu, anda juga dinasihatkan agar mencuci semua jenis alatan solek yang anda guna sepanjang hari.
Tips Tambahan Cara Menyapu Krim Pelembap
1. Pastikan anda memilih produk krim pelembap yang betul, yang sesuai dengan jenis kulit anda. Sila baca artikel ini untuk maklumat lanjut.
2. Ia adalah satu langkah yang bijak untuk menggunakan krim pelembap muka yang mengandungi SPF pada siang hari. Cuma pastikan anda memakainya pada semua bahagian kulit yang terdedah pada sinaran matahari.
Kesimpulan
Secara ringkas dan padat, menyapu krim pelembap ini ada banyak cara dan kaedah, semua ini bergantung kepada jenis anggota yang anda mahu sapu.
Produk krim pelembap pula ada banyak, pastikan anda menggukan produk yang betul.
Sampai di sini artikel ini, sekiranya anda mendapati artikel ini sangat membantu, maka silalah kongsikannya dengan rakan-rakan anda di laman sosial.
Sekian~