Cara-Cara Merawat Kulit dan Tumit Merekah

kulit dan tumit merekah

Masalah kulit dan tumit merekah berlaku disebabkan oleh kulit anda terlalu kering. Apabila kulit kering (kurang air), ia akan hilang fleksibiliti dan pergerakan harian akan memberikan tekanan ke atasnya. Lantas menyebabkan rekahan.

Kulit merekah boleh menyebabkan kesakitan, dan juga boleh menyebabkan jangkitan kuman. Oleh itu, adalah terbaik sekiranya anda merawat kulit atau tumit merekah sebelum mendapat masalah lain.

Artikel kali ini akan menyarankan anda kepada beberapa cara merawat kulit dan tumit merekah.

Cara #1: Merawat Kulit Tersebut

Langkah pertama yang perlu diambil adalah merawatnya secara terus. Berikut adalah beberapa cara yang boleh diambil.

1. Periksa Sekiranya Mendapat Jangkitan

Adakah tempat merekah itu bengkak? Ada ia mengeluarkan darah? Adakah ianya sakit? Jika ya, sila rujuk doktor pakar.

2. Rendam Kulit Di Dalam Disinfektan

Mulakan rawatan dengan merendam kulit anda. Bersihkan mangkuk, baldi yang digunakan. Kemudian isikannya dengan air suam. Kemudian gunakan sabun, seperti Dettol sebagai disinfektan.

Rendamkan kulit anda untuk beberapa minit – bertujuan mematikan kuman pada celah rekahan.

3. Exfoliate Dengan Perlahan-Lahan

Gunakan kain yang bersih, perlahan-lahan sapu pada kulit yang terjejas. Ini boleh membantu mengeluarkan sel kulit mati. Pastikan anda menggunakan kain yang bersih, dan hanya sekali seminggu.

4. Sapu Krim Pelembap

Selepas exfoliate, anda dinasihatkan agar menyapu krim pelembap. Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada kelembapan tadi keluar dari kulit.

5. Pakai Kain Lembap Pada Kulit

Semasa tidur, anda boleh pakai kain yang lembap pada kulit yang merekah itu. Sebagai contoh, tumit merekah, anda pakai stoking yang lembap. Walaupun begitu, jika anda mengalami jangkitan pada rekahan kulit, elakkan daripada mengamalkan kaedah ini.

6. Guna Pembalut

Untuk rawatan semasa siang hari, anda boleh gunakan pembalut (dengan sapu gel).

7. Pastikan Kulit Terjejas Sentiasa Bersih

Untuk pastikan kulit merekah cepat sembuh, anda kena pastikan tempat yang terjejas itu sentiasa bersih. Untuk mengelakkan daripada jangkitan kuman – ia boleh memudaratkan keadaan.

Cara #2: Mengekalkan Kelembapan Kulit

Seterusnya, kita akan lihat beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mengekalkan kelembapan kulit.

1. Buat Rutin

Setelah kulit anda yang merekah mula sembuh, adalah terbaik jika anda bermula membuat rutin harian menyapu krim untuk mengelak daripadanya berulang. Anda boleh gunakan mana-mana krim pelembap kesukaan, cuma pastikan jadikannya satu rutin harian.

2. Sapu Krim Selepas Mandi

Selepas mandi, anda digalakkan untuk menyapu sedikit krim pada bahagian yang terjejas.

3. Sapu Krim Sebelum Tidur

Sebelum masuk tidur, sapu krim pelembap. Sebaiknya adalah yang tebal.

Cara #3: Mengawal Masalah Kulit/Tumit Merekah

Cara ini merangkumi bagaimana anda boleh mengawal masalah ini.

1. Periksa Kesihatan Anda

Masalah kulit kering berlaku disebabkan oleh beberapa faktor kesihatan. Anda perlu periksa tahap kesihatan. Salah satunya adalah kencing manis (diabetes). Sila rujuk doktor anda.

2. Tukar Kasut

Jika tumit merekah disebabkan oleh kasut anda yang tidak selesa atau terlalu ketat, maka sudah tiba masanya untuk bertukar kasut. Pastikan kasut yang baharu adalah selesa dan padan dengan saiz anda.

3. Banyakkan Minum Air

Kekurangan air semestinya boleh menyumbang kepada masalah kulit kering. Pastikan anda meminum air yang mencukupi setiap hari agar kekal hidrat.

Macam mana nak tentukan berapa banyak saya perlu minum? Ia bergantung kepada individu. Sila periksa warna air kencing anda, adakah ia berwarna pudar atau kuning pekat? Jika kuning, maka anda perlu banyakkan meminum air masak.

4. Dapatkan Nutrisi Yang Perlu

Kulit kita perlukan kadar vitamin dan nutrisi yang mencukupi agar kekal sihat dan anjal. Vitamin yang bermain peranan yang jelas kepada kesihatan kulit adalah Vitamin A, vitamin E dan omega 3 fatty acids.

5. Jaga Berat Badan

Obese dan berat badan berlebihan boleh menyumbang kepada masalah ini secara tidak langsung – kerana ia akan memberikan tekanan tambahan pada bahagian tumit kaki.

Oleh itu, anda hendaklah menjaga diet dan sentiasa bersenam.

Baca10 Ubat Kuruskan Badan (Fat Burner) Yang Paling Berkesan Malaysia

Tips Tambahan

1. Berdiri terlalu lama juga boleh menyebabkan kerehanan, terutama pada tumit kaki. Oleh itu, kurangkan berdiri terlalu lama.

2. Jangan gunakan pisau cukur/blade untuk mengikis kulit merekah.

3. Jika anda sudah banyak mencuba produk dan jaga kelemabapan kulit, tetapi masalah kulit merekah masih lagi berterusan, maka adalah terbaik dapatkan nasihat doktor.

 

Kesimpulan

Masalah kulit dan tumit merekah ini bukanlah sesuatu yang baharu dan sudah ramai yang dapat menyesaikannya dengan produk yang betul, dan amalan yang konsisten.

Harap artikel ini membantu anda mengatasi masalah ini. Sila kongsikan pengalaman anda di bawah.

Sekian~

Loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here