50+ Cara dan Petua Lengkap Menghilangkan Jerawat

50 Cara dan Petua Menghilangkan Jerawat
remedies

Jika anda salah seorang daripada mereka yang mengalami jerawat yang teruk, anda mungkin bersedia untuk mencuba apa sahaja asalkan boleh menyembuhkan muka anda. Jika anda telah mencuba pelbagai pencuci muka untuk menghilangkan jerawat, namun anda masih dibelenggu dengannya, anda perlu tahu bahawa terdapat banyak cara semula jadi (remedi) yang boleh membantu anda hilangkan jerawat selama-lamanya.

Anda tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak, dan sebahagian besar daripada perkara-perkara ini sudah ada di sekitar rumah anda (mungkin).

Anda boleh mempunyai kulit yang lebih cantik dalam tempoh yang singkat dengan kos yang jauh lebih rendah. Anda hanya perlu menyesuaikan beberapa perkara yang anda lakukan dalam rutin harian untuk membantu membersihkan jerawat anda.

Tidak akan menjadi yang awesome? Ubat semula jadi telah memberikan hasil yang positif kepada orang lain, dan ubat-ubatan ini boleh memberikan kesan positif yang sama kepada anda. Cuba beberapa kaedah ini sehingga anda mencari kombinasi produk-produk semulajadi yang paling berkesan untuk anda.

Berikut adalah 50 tips dan remedi yang boleh hilangkan jerawat dengan cepat:

Petua #1: Baking Soda

Apabila anda berfikir tentang baking soda, anda mungkin berfikir tentang kegunannya sebagai penyegar peti sejuk. Sebenarnya, baking soda mempunyai banyak lagi kegunaan, termasuklah menghilangkan jerawat.

Cara-caranya adalah; campurkan baking soda dan air dengan kadar kuantiti yang sama. Jadikannya sebagai satu pes, dan sapu ke bahagai muka yang terjejas.

Jangan meletakkannya di seluruh muka anda. Proses ini biasanya lebih mudah dengan menggunakan Q-Tip. Tinggalkan pes tersebut pada muka anda sehingga kering. Ini biasanya mengambil masa lebih kurang 10 minit. Selepas itu, cuci pes tersebut dengan air yang sangat sejuk.

Kaedah ini membantu menutup liang yang menyebabkan jerawat. Ulang kaedah ini sebanyak dua kali setiap hari.

Petua #2: Jus Lemon (Lemon Juice)

Lemon mempunyai asid sitrik yang melawan bakteria yang menyebabkan jerawat. Ia mudah untuk digunakan sebagai rawatan jerawat.

Potong lemon (limau juga boleh digunakan) separuh. Kemudian gosok lemon (bahagian yang dipotong) perlahan-lahan pada muka anda. Anda akan rasa pedih, yang bermakna ia sedang bertindakbalas. Biarkannya lebih kurang 10 minit. Pastikan anda mencuci jus lemon selepas jangka masa tersebut.

Perhatian! Sekiranya anda memilih cara ini, anda mungkin perlu menggunakan pelindung matahari jika anda akan di luar rumah. Asid sitrik kadang-kadang boleh melunturkan kulit. Ini boleh menjadikan kulit anda lebih sensitif dan menjadikannya lebih berisiko sekiranya terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari.

Petua #3: Kentang

Potong kentang kepada separuh. Pilih kentang yang kecil dan mentah. Kemudian, sapukan pada jerawat. Anda hanya perlu sapu pada kawasan yang terjejas sahaja, tidak perlu sapu keseluruh muka anda.

Kentang bukan sahaja mempunyai kesan penyembuhan, tetapi juga anti-radang (anti-inflammatory). Kandunagn ini akan membantu anda menghilangkan kemerahan jerawat dimuka.

Setelah anda selesai, basuh sisa-sisakentang di muka anda secara perlahan-lahan.

Petua #4: Ubat Gigi

Ubat gigi amat berkesan menghilangkan jerawat. Jika anda mempunyai satu atau dua jerawat yang anda hilangkan dalam masa yang singkat, anda boleh sapukan ubat gigi pada tempat tersebut.

Ubat gigi mengandungi silika yang boleh mengeringkan dan mengurangkan saiz jerawat semalaman jika anda membiarkannya. Ubat gigi yang tidak mengandungi natrium lauril sulfat adalah pilihan yang terbaik (untuk petua ini).

Kebanyakan jenama-jenama besar dalam industri ubat gigi sekarang, sebagai contohnya Colgate, Darlie dan lain-lain mempunyai kandungan natrium lauril sulfat dalam produk-produknya.

Jadi, sekiranya anda memilih untuk menggunakan petua jerawat ini, anda perlu memilih ubat gigi yang tepat. Kebiasaannya, ubat gigi yang biasa-biasa, yang murah sedikit adalah sesuai untuk jerawat.

Petua #5: Ais

Ais telah digunakan selama bertahun-tahun untuk merawat keradangan dalam badan. Itulah sebabnya ais digunakan pada tempat-tempat yang bengkak daripada apa-apa jenis kecederaan.

Untuk jerawat, ais digunakan kerana ia menutup liang roma serta membantu mengurangkan kesan jerawat. Jika anda mempunyai liang-liang yang besar, anda boleh mengambil ketulan ais dan gosok perlahan-lahan ke atas tempat bermasalah.

Ais atau pek sejuk, boleh mencerut saluran darah di bawah kulit. Ini menyebabkan kerengsaan dan/atau keradangan menjadi kurang ketara.

Petua #6: Minyak Gelam Wangi (Tea Tree Oil)

Minyak gelam wangi ataupun tee tree oil merupakan ubat anti-kulat dan anti-bakteria yang terkenal. Ia merupakan herba, baik untuk jerawat yang sederhana. Dalam ujian, minyak ini berkesan sepertimana benzoyl peroksida untuk merawat jerawat.

Benzoyl peroksida boleh memberikan kesan yang lebih cepat sekiranya dibandingkan dengan minyak gelam wangi, tetapi minyak ini mempunyai kesan sampingan yang lebih sedikit. Selain itu, minyak ini merawat jerawat anda secara semulajadi.

Petua #7: Aspirin

Anda dikehendaki menghancurkan aspirin kedalam bentuk pes. Kemudian menggunakan Q-Tip atau jari anda untuk menyapu pes tersebut pada setiap jerawat atau tempat yang berkenaan, dan biarkan pes tersebut sampai kering.

Aspirin mengandungi asid salisilik. Kebanyakan syarikat kosmetik untuk jerawat menggunakan bahan ini dalam produk-produk mereka. Ini kerana asid salisilik akan memusnahkan bakteria yang menyebabkan jerawat.

Ia mengeringkan jerawat disamping melawan bakteria jerawat. Biarkan pes pada muka anda selama 10-15 minit dan kemudian bilas dengan perlahan-lahan dengan air yang bersih.

Petua #8: Tawas (Alum)

Anda boleh mendapatkan tawas kalium (potassium alum) di kedai runcit. Ia juga digunakan dalam deodoran semula jadi dan tasak untuk membantu mengurangkan pendarahan luka kerana mempunyai kandungan antiseptik semula jadi dan kebolehan mengecutkan tisu kulit.

Tawas berfungsi lebih baik dalam bentuk pepejal blok berbanding dalam bentuk serbuk. Untuk menghilangkan jerawat, anda hanya perlu mengelap atau menyapu tawas tersebut pada tempat yang berkenaan secara perlahan-lahan.

Petua #9: Kurangkan Pengambilan Karbohidrat

Makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi seperti roti, pasta, dan lain-lain boleh menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk. Anda juga perlu mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman.

Anda dibenarkan mengambil gula, tapi dalam kandungan yang sedikit, dan jangan makan gula-gula kerana ini akan menyebabkan jerawat lebih teruk.

Oleh itu, anda dinasihatkan agar makan makanan yang lebih sihat, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Petua #10: Makanan Diperam

Makanan seperti sauerkraut, kefir, yogurt asli atau keju kambing mengandungi pro-biotik dan enzim yang membantu mengurangkan jerawat.

Menambah makanan-makanan ini ke dalam diet anda boleh mengurangkan jerawat.

loading...

Petua #11: Berhenti Menggunakan Produk Pada Muka

Produk-produk tersebut adalah merangkumi pencuci, solekan dan krim. Sekiranya anda rasa perlu  kepada produk-produk tersebut, anda perlu mencari produk semula jadi ataupun organik.

Hal ini kerana, produk-produk seperti ini mempunyai kadar bahan kimia yang tinggi. Dan bahan-bahan tersebut boleh bertindakbalas dengan mana-mana bahan organik yang dinyatakan dalam entri ini.

Sekiranya anda memilih untuk menyembuhkan jerawat anda dengan kaedah remedi, maka adalah terbaik anda berhenti menggunakan produk yang mempunyai bahan kimia.

Petua #12: Sayur-Sayuran

Anda telah diberitahu akan kepenting untuk memakan sayur-sayur. Jika anda mempunyai masalah jerawat, anda perlu menambah pengambilan sayur-sayuran ke dalam diet harian anda.

Sayur-sayuran merupakan makanan yang menyihatkan, dan boleh membersihkan toksin yang menyebabkan jerawat dari darah anda.

Petua #13: Air

Meminum air membantu membersihkan badan. Anda perlu meminum air sekurang-kurangnya 8 liter sehari. Selain itu, air juga membantu anda membersihkan liang-liang kulit dan mengelakkannya dari tersumbat.

Jika anda berhenti meminum minuman ringan dan bertukar kepada air kosong atau air mineral setiap hari, kami janji anda akan merasakan perbezaan yang ketara kepada wajah dan kesihatan badan anda. Cubalah!

Petua #14: Sentiasa Aktif

Pergerakan fizikal dan senaman dapat membantu sistem limfa anda. Cuba lakukan perkara-perkara seperti berlari, melompat tali, atau melompat ke atas trampolin. Sertai gimnasium dan senaman. Sertai pasukan sukan di sekolah atau di tempat kerja anda. Apa sahaja aktiviti yang melibatkan pergerakan.

Selalunya seseorang yang mengalami masalah jerawat adalah mereka yang tinggal di rumah dan seolah-olah tiada senaman langsung. Sesetengah daripada mereka tidak mahu ke mana-mana atau berbuat apa-apa, kerana dikhuatiri orang lain akan melihat jerawat mereka.

Lupakan tentang itu! Jangan bimbang tentang orang lain, bimbang tentang diri anda. Anda perlu melakukan senaman dan pergerakan fizikal, jadi keluar dan melakukannya. 

Petua #15: Vitamin A

Pengambilan multivitamin amat baik kepada badan, tidak kira anda mengalami masalah jerawat atau tidak. Tetapi yang paling penting, pengambilan Vitamin A yang optimum dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan jerawat.

Jadi, mulai sekarang anda perlu mengambil vitamin A secara berkala. Sumber vitamin A tidak semestinya dari pil tambahan dari falmasi, bahkan anda boleh dapatkannya dalam buah-buahan seperti buah betik. Vitamin A amat penting secara umumnya, kerana ia membantu menjana semula kulit.

Selain itu, vitamin in juga boleh mengurangkan kedutan dan membantu menghilangkan noda.

Petua #16. Pastikan Wajah Anda Sentiasa Bersih

Anda boleh menggunakan pencuci muka yang organik sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jika kulit anda berminyak, anda perlu bilas beberapa kali sepanjang hari.

Gunakan air suam untuk membantu membuang minyak yang membawa kepada jerawat. Anda perlu menggunakan sabun yang lembut dan tuala kecil yang lembut atau span yang lembut.

Sabun yang kuat dan kasar akan merengsakan jerawat. Menggunakan sabun yang sedikit sudah memadai. Pastikan anda bilas dengan sempurna. Selepas itu, percikkan muka anda dengan air sejuk untuk menutup liang-liang. Apabila anda selesai, sapu muka sehingga kering.

Petua #17: Tidur yang Mencukupi

Tidur yang mencukupi dapat mengurangkan kadar tekanan atau stress anda. Setiap jam anda kehilangan waktu tidur yang optimum, anda akan menerima penambahan tekanan diri sebanyak 15%.

Ini boleh menyebabkan ketidakstabilan hormon, lantas menyebabkan jerawat. Daripada berjaga lewat menonton TV, anda dinasihatkan untuk tidur menepati masa. Anda akan menjalani kehidupan seharian yang lebih sihat pada keesokan hari.

Petua #18: Jangan Pecahkan Jerawat

Jika anda sudah membaca artikel sampai sini, maka tiada guna sekiranya anda masih memecahkan jerawat anda. Anda mungkin mahu membuangnya secepat yang mungkin, namun perbuatan ini tidak elok dan mungkin akan meninggalkan kesan yang buruk dalam jangka masa panjang.

Jerawat adalah bakteria dan apabila anda pecahkannya, anda membenarkan bakteria tersebut merebak ke lebih banyak liang-liang sekitar. Pada hakikatnya, anda menjadi ejen penyebarkan bakteria kepada liang-liang sudah dibersihkan. Itu bukan idea yang baik. Perbuatan ini juga boleh meninggalkan parut jerawat.

Petua #19: Elakkan Makanan Glisemik

Makanan dengan kandungan glisemik tinggi tidak baik untuk jerawat. Ini termasuk: minuman ringan, roti putih, beras, kentang, kek, dan bijirin.

Dengan membuat beberapa perubahan dalam diet anda, seperti memakan bijirin gandum, atau membeli pasta diperkaya dengan protein soya boleh membantu mengurangkan pengambilan glisemik anda.

Petua #20: Bedak atau Talkum Bayi (powder)

Bedak powder bayi telah lama digunakan untuk menyerap kelembapan. Sapulah muka anda dengan bedak bayi sebelum masuk tidur dan apabila anda bangun pada waktu pagi.

Bedak bayi akan mengekalkan muka anda dalam keadaan kering. Keadaan ini sangat membantu dalam mengeringkan jerawat.

Petua #21: Madu

Gunakan madu sebagai mask muka anda untuk beberapa kali seminggu. Madu merupakan salah satu anti-bakteria, dan boleh menyahjangkit dan membantu menyembuhkan jerawat.

Madu cukup lembut untuk kulit walaupun kulit sensitif. Anda boleh menggunakan madu seperti mana anda menggunakan produk mask muka komersial.

Hanya sapukan madu pada seluruh muka. Biarkan sehingga ia betul-betul kering, dan kemudian kupas lapisan tersebut.

Petua #22: Jauhi Rambut dari Muka

Rambut mengandungi minyak dan boleh menyebabkan jerawat. Basuh rambut anda setiap hari dan selepas senaman. Jika rambut anda panjang, pastikan anda menjauhi rambut anda dari muka.

Kebanyakkan orang menggunakan rambut mereka untuk menyembunyikan jerawat mereka. Mereka akan memastikan rambut sentiasa melindungi wajah mereka. Anda bukan orang pertama yang mempunyai jerawat yang teruk, dan anda tidak akan menjadi yang terakhir.

Tarik rambut anda kembali kebelakang dan jangan bimbang akan orang melihatnya. Anda mungkin berasa sangat malu pada mulanya, tetapi apabila jerawat anda bermula berkurangan, anda akan gembira dengan tindakan anda.

Petua #23: Makan Lobak Merah

Lobak merah mengandungi beta-karotena dan vitamin A yang tinggi. Ini membantu menguatkan tisu pertolongan (protective tissue) dan mencegah pembentukan jerawat.

Lobak merah juga merupakan antioksidan yang baik yang boleh membantu menyahtoksinkan badan anda. Lobak merah sesuai dijadikan salad dan cara masakannya sangat mudah. Dan yang paling penting, lobak merah sangat murah!

Petua #24: Bersihkan Sarung Bantal

Kita menggunakan bantal setiap kali kita tidur. Semestinya muka kita akan bersentuhan dengan bantal tersebut (sarung) bantal. Sarung bantal boleh menyerap minyak dari kulit anda.

Jika anda mencuci muka sebelum tidur dan meletakkan kepala atau muka anda pada sarung bantal yang kotor, anda seakan mengotorkan balik muka anda dengan minyak.

Tiada guna anda mencuci muka terlebih dahulu tadi. Anda perlu basuh sarung bantal anda sekurang-kurangnya satu kali seminggu.

Petua #25: Makanan yang Kaya dengan Zink

Pilih makanan yang mempunyai kandungan zink yang tinggi. Bahan tersebut merupakan agen anti-bakteria yang diperlukan dalam penghasilan minyak oleh kulit.

Kekurangan zat zink boleh menyebabkan jerawat. Terdapat banyak makanan yang mempunyai kandungan zink yang tinggi seperti: tiram, gandum, daging lembu, labu panggang, coklat gelap (dark chocolate), kambing, kacang tanah dan ketam.

Menambah makanan yang tinggi kandungan zink ke dalam diet anda boleh membantu melawan jerawat.

Loading...

22 Semua Maklum Balas

  1. Selamat petang… saya ingin tahu adakah perempuan mempunyai bulu dikaki dan bahagian badan dapat dibuang?? Selain dari mencukur… sekian…

    • Selamat petang, selain mencukur anda boleh menggunakan beberapa cara. Antaranya adalah:
      1) Tweezing – Mencabut bulu tersebut satu persatu
      2) Waxing – Menampal tape (macam sellotape) keatas kulit yang berbulu dan menariknya dengan kuat
      3) Laser (laser hair removal) – Menggunakan teknologi laser untuk menghalang pertumbuhan bulu pada akarnya
      4) Electrolysis – Akar rambut/bulu dimusnahkan dengan kejutan elektrik

    • Anda boleh menjadikannya amalan setiap hari, namun bergantung juga dengan kaedah yang disenaraikan itu. Jika anda boleh membuatnya setiap hari, maka bolehlah, tapi kalau rasa ianya agak sukar, anda boleh melakukannya secara berkala.

      Namun, perlu ingat kalau mana-mana petua yang saya senaraikan ini memberikan kesan sampingan, anda perlu cepat-cepat berhenti daripada mengamalkannya.

      Harap membantu.

  2. Salam…. kulit yang sensitif tiada masalh untuk mengunakan petua2 yang anda utara kan.. boleh ka anda email kan article2 yg anda utara kan masuk terus kr email saya? agar mudah untuk saya melakukan rujukan. tq

    • Wsalam, terima kasih kerana berminat dengan petua-petua yang kami utarakan ini. Disebabkan senarai petua ini agak banyak, terdapat beberapa petua yang mungkin memberikan kesan kepada kulit yang sensitif, tapi kebanyakannya tiada masalah. Saya ada nyatakan yang mana boleh memberikan kesan kepada kulit sensitif dalam artikel.

      Tetapi, untuk selamat, anda boleh mencubanya dengan kadar yang sedikit terlebih dahulu. Jika menyebabkan kegatalan kulit, berhenti menggunakannya dengan serta merta.

      Email sudah dihantar ke email anda.

  3. Hi..saya berumur 13 tahun dan selalu ada jerwat pada dahi saya dan ia dekat tempat yg sama…saya agak stress kebelakangan ini…dan saya suka kopek jerawat saya…saya telah cuba banyak cara tapi tak berhasil…apakah yg patut saya lakukan?

    • Kebanyakan kes berlakunya jerawat pada lingkungan umur tersebut adalah kerana perubahan hormon.

      Pertama, Aaliyah perlu berhenti amalan mengopek jerawat tersebut, sebab ia boleh menyebabkan masalah jerawat bertambah teruk.

      Kedua, memandangkan saudari sudah mencuba banyak cara, apa kata saudari mencuba mengamalkan pemakanan yang boleh memberikan kesihatan kepada kulit dan wajah – banyakkan makan buah-buahan seperti betik. Pada masa yang sama kurangkan pengambilan makanan yang berminyak.

      Kalau sudah terdesak, apa kata saudari dapatkan nasihat pakar kulit, sebab apa yang saya nasihatkan di atas adalah secara umum, namun terdapat juga kes yang spefisik yang perlukan rujukan daripada orang pakar. Harap saya dapat membantu.

  4. Info yang menarik. Selain itu, tips-tips yang boleh diamalkan untuk mencegah pembentukan jerawat atau acne ialah:
    1) Gunakan cecair pelembab untuk mencegah kulit muka daripada kering
    2) Kurangkan penggunaan alat solek
    3) Kerap mencuci muka bagi mencegah pengumpulan minyak
    4) Berhati-hati dengan produk yang kita pakai pada rambut
    5) Melakukan senaman rutin

  5. Thanks for the good info, this is very useful for me since i had suffered with acne problem since three years ago… if you dont mind, may you email all these tips to my email? Tq

    • Saya sudah hantar email tersebut. Cuma kepada para pembaca sekalian, pihak kami amat berharap agar anda boleh bookmark laman web jika anda berminat untuk membaca mana-mana artikel dari masa ke masa, bukannya meminta pihak kami copy dan paste artikel itu terus ke email anda – ini bukanlah budaya yang baik pada pandangan content creator.

      Dalam kes ini, saya bagi sebab tidak mahu mengecewakan orang yang memohon.

      Harap boleh faham, sekian.

  6. sy dah cuba mcm-mcm petua tp x berkesan. . shinggalah sy jumpa kkawan lama sy. . dia syorkan sy utk guna set pemutih ratu perawan. . setelah sy guna produk trsebut, x sampai 2 minggu pun sy dah dapat tengok hasilnya. . produk tu memang betol-betol berkesan. . sampai sekarang ramai yg memuji wajah sy. . jerawat, jeragat pon dah takde. . kulit smakin tegang, licin, berseri, putih gebu. . masalah jerawat dan jeragat yg serius pon dpt hilanng. . produk tu memang awesome. . haaa ni nombor sis yg jual produk tu 01131320380

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here