50+ Cara dan Petua Lengkap Menghilangkan Jerawat

5 Cara-Cara Hilangkan Parut Jerawat

hilangkan parut jerawat

Jika anda mempunyai jerawat untuk jangka masa yang lama, kemungkinan anda mempunyai parut jerawat. Ini juga dikenali sebagai bekas jerawat.

Parut jerawat boleh mengurangkan daya keyakinan diri seseorang, sepertimana jerawat. Percaya atau tidak, ubat semula jadi ataupun remedi boleh memberi kesan yang positif dalam menghilangkan parut jerawat.

Berikut adalah 5 Petua Hilangkan Parut Jerawat:

Petua #1: Pudina

Ambil sekumpulan daun pudina dan membersihkannya. Letakkan di atas sehelai kain kapas yang bersih dan lembut. Perah sehingga air pudina keluar. Ambil air tersebut dan sapu pada kawasan berparut.

Biarkan sehingga kering dengan sempurna dan kemudian bilas. Ulangi cara ini setiap hari selama sebulan.

Pada akhir bulan, anda akan mula melihat perbezaan pada parut jerawat anda.

Petua #2: Vitamin E dan Lidah Buaya (Aloe Vera)

Vitamin E telah lama dibuktikan sebagai vitamin yang membantu kulit. Anda boleh meletakkannya di kawasan yang berparut. Ia akan cepat menyerap ke dalam kulit. Jika anda menggabungkan Vitamin E dengan lidah buaya (Aloe Vera), anda boleh menghilangkan parut dalam masa yang singkat.

Petua #3: Buah Lemon

Asid sitrik dalam buah lemon boleh digunakan untuk mencerahkan kulit dan parut. Hanya potong buah lemon dan sapukan jusnya pada kawasan yang berparut. Biarkan sehingga kering dengan sempurna. Kemudian bilas dengan air bersih.

Jangan mengulangi petua ini setiap hari, kerana boleh menyebabkan kulit anda kering. Anda boleh boleh mengulangi  tips ini tiga kali seminggu.

Tidak lama kemudian, anda akan mula melihat keputusan.

Petua #4: Minyak Gelam Wangi (Tea Tree Oil)

Sepertimana buah lemon, minyak poko teh boleh digunakan untuk menyembuhkan jerawat dan mengurangkan parut. Anda boleh dapatkan minyak ini dimana-mana kedai runcit yang berdekatan.

Apabila anda meletakkan minyak ini pada kulit anda, ia akan melembutkan kulit. Jika anda menggunakannya setiap hari pada kawasan berparut anda, anda akan melihat bekas luka mula memudar.

Petua #5: Tomato

Tomato boleh digunakan untuk merawat parut jerawat kerana boleh menghilangkan pigmentasi dan meningkatkan nada kulit.

Cara-caranya ialah, ambil tomato yang kecil dan potongnya separuh. Sapukan tomato tersebut pada kawasan berparut. Biarkan selama lebih kurang 30 minit.

Kemudian, bilas dengan air dan lap muka anda sehingga kering.

Panduan Extra! Acne Free System

Adakah anda tidak berpuas hati dengan senarai yang kami sajikan di atas? Jangan risau kerana kami ada menyediakan sesuatu yang spesial kepada pembaca kami. Anda boleh memuat turun ebook yang berjudul “Acne Free System” secara PERCUMA!! (sila dapatkan download link ebook tersebut di bawah)

Acne Free System

Kesimpulan

Untuk merawat sesuatu, kita boleh mengambil pilihan alternatif, tidak semestinya bergantung 100% kepada bahan kimia dan ubat kosmetik.

Kadang-kadang, apa yang kita perlu hanyalah sayur-sayuran, buah-buahan dan aktiviti fizikal. Apa yang kita perlu buat adalah mencari dan mengkaji.

Dalam artikel ini, anda diberi pilihan sama ada ingin memilih produk komersial ataupun remedi untuk menghilangkan jerawat dan parut jerawat. Apa yang akan anda pilih?

Dan kami amat menghargai sekiranya anda boleh memberi komen dibawah pasal kandungan ini. Jangan lupa untuk kongsi entri ini dengan kawan-kawan dan keluarga anda, semoga semua mendapat manfaat.

Sekian~

Loading...

22 Semua Maklum Balas

  1. Selamat petang… saya ingin tahu adakah perempuan mempunyai bulu dikaki dan bahagian badan dapat dibuang?? Selain dari mencukur… sekian…

    • Selamat petang, selain mencukur anda boleh menggunakan beberapa cara. Antaranya adalah:
      1) Tweezing – Mencabut bulu tersebut satu persatu
      2) Waxing – Menampal tape (macam sellotape) keatas kulit yang berbulu dan menariknya dengan kuat
      3) Laser (laser hair removal) – Menggunakan teknologi laser untuk menghalang pertumbuhan bulu pada akarnya
      4) Electrolysis – Akar rambut/bulu dimusnahkan dengan kejutan elektrik

    • Anda boleh menjadikannya amalan setiap hari, namun bergantung juga dengan kaedah yang disenaraikan itu. Jika anda boleh membuatnya setiap hari, maka bolehlah, tapi kalau rasa ianya agak sukar, anda boleh melakukannya secara berkala.

      Namun, perlu ingat kalau mana-mana petua yang saya senaraikan ini memberikan kesan sampingan, anda perlu cepat-cepat berhenti daripada mengamalkannya.

      Harap membantu.

  2. Salam…. kulit yang sensitif tiada masalh untuk mengunakan petua2 yang anda utara kan.. boleh ka anda email kan article2 yg anda utara kan masuk terus kr email saya? agar mudah untuk saya melakukan rujukan. tq

    • Wsalam, terima kasih kerana berminat dengan petua-petua yang kami utarakan ini. Disebabkan senarai petua ini agak banyak, terdapat beberapa petua yang mungkin memberikan kesan kepada kulit yang sensitif, tapi kebanyakannya tiada masalah. Saya ada nyatakan yang mana boleh memberikan kesan kepada kulit sensitif dalam artikel.

      Tetapi, untuk selamat, anda boleh mencubanya dengan kadar yang sedikit terlebih dahulu. Jika menyebabkan kegatalan kulit, berhenti menggunakannya dengan serta merta.

      Email sudah dihantar ke email anda.

  3. Hi..saya berumur 13 tahun dan selalu ada jerwat pada dahi saya dan ia dekat tempat yg sama…saya agak stress kebelakangan ini…dan saya suka kopek jerawat saya…saya telah cuba banyak cara tapi tak berhasil…apakah yg patut saya lakukan?

    • Kebanyakan kes berlakunya jerawat pada lingkungan umur tersebut adalah kerana perubahan hormon.

      Pertama, Aaliyah perlu berhenti amalan mengopek jerawat tersebut, sebab ia boleh menyebabkan masalah jerawat bertambah teruk.

      Kedua, memandangkan saudari sudah mencuba banyak cara, apa kata saudari mencuba mengamalkan pemakanan yang boleh memberikan kesihatan kepada kulit dan wajah – banyakkan makan buah-buahan seperti betik. Pada masa yang sama kurangkan pengambilan makanan yang berminyak.

      Kalau sudah terdesak, apa kata saudari dapatkan nasihat pakar kulit, sebab apa yang saya nasihatkan di atas adalah secara umum, namun terdapat juga kes yang spefisik yang perlukan rujukan daripada orang pakar. Harap saya dapat membantu.

  4. Info yang menarik. Selain itu, tips-tips yang boleh diamalkan untuk mencegah pembentukan jerawat atau acne ialah:
    1) Gunakan cecair pelembab untuk mencegah kulit muka daripada kering
    2) Kurangkan penggunaan alat solek
    3) Kerap mencuci muka bagi mencegah pengumpulan minyak
    4) Berhati-hati dengan produk yang kita pakai pada rambut
    5) Melakukan senaman rutin

  5. Thanks for the good info, this is very useful for me since i had suffered with acne problem since three years ago… if you dont mind, may you email all these tips to my email? Tq

    • Saya sudah hantar email tersebut. Cuma kepada para pembaca sekalian, pihak kami amat berharap agar anda boleh bookmark laman web jika anda berminat untuk membaca mana-mana artikel dari masa ke masa, bukannya meminta pihak kami copy dan paste artikel itu terus ke email anda – ini bukanlah budaya yang baik pada pandangan content creator.

      Dalam kes ini, saya bagi sebab tidak mahu mengecewakan orang yang memohon.

      Harap boleh faham, sekian.

  6. sy dah cuba mcm-mcm petua tp x berkesan. . shinggalah sy jumpa kkawan lama sy. . dia syorkan sy utk guna set pemutih ratu perawan. . setelah sy guna produk trsebut, x sampai 2 minggu pun sy dah dapat tengok hasilnya. . produk tu memang betol-betol berkesan. . sampai sekarang ramai yg memuji wajah sy. . jerawat, jeragat pon dah takde. . kulit smakin tegang, licin, berseri, putih gebu. . masalah jerawat dan jeragat yg serius pon dpt hilanng. . produk tu memang awesome. . haaa ni nombor sis yg jual produk tu 01131320380

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here