Adakah anda sudah bosan dengan bintik-bintik hitam (blackhead) pada muka anda? Menghilangkannya agak sukar jika tidak menggunakan cara yang betul.
Tetapi jangan risau, kerana terdapat satu kaedah yang mudah dan berkesan menghilangkan bintik- bintik hitam tersebut.
Iaitu dengan menggunakan hidrogen peroksida. Ingin mengetahui cara-caranya? Baca artikel ini dengan penuh di bawah!
Bintik-Bintik Hitam Secara Sepintas Lalu
Bintik-bintik hitam adalah sejenis masalah kulit yang berlaku kerana terdapat liang pora yang tersumbat dengan minyak, dan dioksida – ini menyebabkan kulit anda kelihatan hitam. Masalah yang teruk apabila produk-produk di pasaran tidak berkesan untuk menghilangkan masalah ini.
Percaya atau tidak, terdapat remedi yang jauh lebih murah dan berkesan ke atas bintik-bintik hitam anda. Dan rawatan tradisional ini adalah hidrogen preoksida.
Tetapi bagaimana untuk menggunakannya?
Cara Menggunakan Hidrogen Peroksida Menghilangkan Bintik-Bintik Hitam
Langkah-langkahnya adalah sangat mudah. Anda hanya perlu lakukan adalah:
1. Basuh muka anda dengan pencuci muka yang sesuai, untuk mengeluarkan semua minyak berlebihan, bakteria dan sebarang kotoran dari permukaan muka. Kemudian bilas dengan air yang bersih, keringkan dengan tuala.
2. Seterusnya, exfoliate permukaan muka yang mempunyai bintik-bintik. Anda boleh menggunakan homemade face scrub, iaitu dengan menggunakan gula dan air. Kemudian, bilas dengan sempurna.
3. Kemudian, tiba masanya untuk menggunakan hidrogen peroksida. Basahkan putik kapas dengan 3% hidrogen perokisa dan sapukan pada permukaan kulit yang terjejas dengan berlahan-lahan. Pastikan anda elak daripada kawasan muka dan rambut.
4. Lembapkan kulit anda dengan minyak zaitun ataupun avocado – ini boleh melembutkan kulit dengan mengekalkan kelembapan.
5. Biarkannya semalaman dan bilasnya pada waktu pagi.
Hidrogen peroksida boleh melarutkan bintik-bintik hitam dan mengeluarkannya dari muka anda.
Tips Penting!
1. Jangan terlebih exfoliate kulit anda
2. Jika anda tidak mahu menggunakan hidrogen peroksida, anda boleh pilih untuk menggunakan jus lemon. Ini juga merupakan satu petua untuk jerawat dan jeragat yang berkesan, pada masa yang sama boleh menghilangkan calar.
3. Anda boleh menggunakan garam selain gula untuk exfoliate kulit anda. Namun perlu ingat, garam boleh menyebabkan kulit anda kering.
4. Berhati-hati semasa menyapu hidrogen peroksida pada muka, agar tidak kena mata. Jika termasuk di dalam mata, cepat-cepat bilas dengan air bersih. Dapatkan bantuan doktor jika keadaan bertambah teruk.
5. Gunakan exfoliating scrub sebanyak 1 atau 2 kali seminggu. Ini boleh mengelakkan bintik-bintik hitam keluar semula.
6. Sentiasa menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda untuk elakkan daripada berlakunya masalah alahan. Baca di sini untuk tentukan jenis kulit anda.
Kesimpulan
Masalah bintik-bintik hitam boleh diatasi dengan menggunakan bahan yang boleh melarutkannya. Dalam kes ini adalah hidrogen peroksida.
Dengan langkah-langkah yang dinyatakan di atas, anda bukan sahaja boleh menghilangkan bintik-bintik hitam pada muka, tetapi menjamin wajah yang lebih menyerlah.
Tetapi jika anda mahukan cara penyelesaian yang lebih konstruktif, anda boleh klik di sini.
Harap artikel ini membantu anda dalam mengatasi masalah kulit anda.
Sekian~
As Salam,
Di mana boleh saya beli hidrogen peroxida ni?
Salam, anda boleh dapatkan hidrogen peroksida (hydrogen peroxide) ini di farmasi, Tesco, Carrefour dll. Biasanya dalam bentuk botol.