2 Kaedah Mencerahkan Siku Yang Gelap Dengan Mudah

mencerahkan siku yang gelap

Terdedah kepada matahari terlalu lama dan pembentukan sel kulit yang mati boleh menyebabkan siku anda kelihatan gelap.

Jika perkara ini memberikan masalah kepada anda, jangan bimbang kerana ada cara penyelesaiannya.

Terdapat beberapa cara untuk mencerahkan siku yang gelap – remedi dan exfoliate! Baca artikel ini untuk keterangan selanjutnya.

Kaedah #1: Menggunakan Remedi

Jika anda ingin tahu, dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur anda boleh membantu anda mencerahkan siku dan lutut anda. Berikut adalah antaranya.

1. Jus Lemon/Limau

Jus lemon atau limau mengandungi asid sitrik yang merupakan satu ejen peluntur

Lemon boleh mencerahkan kulit
Lemon boleh mencerahkan kulit

semulajadi (dan tidak bahaya). Oleh itu, anda boleh memanfaatkannya untuk tujuan menghilangkan kegelapan di siku anda.

Cara-caranya adalah:

i. Potong buah tersebut kepada dua
ii. Perah jus, sehingga anda mendapat dua belah yang hollow, ataupun berbentuk “cawan”
iii. Gosok buah tersebut pada siku anda.
iv. Biarkannya selama 3 jam

Kemudian, bilas siku anda dengan air suam. Anda boleh juga melembapkan siku anda dengan pelembap kegemaran anda.

Ulangi langkah tersebut setiap hari sehingga warna gelap itu berkurangan. Anda boleh mendapat hasil selepas beberapa minggu mengamalkannya.

Cara ini juga sesuai digunakan pada mana-mana bahagian badan anda, tidak semesti siku dan lutut sahaja.

2. Buat Pes Dengan Susu & Baking Soda

Cara remedi membantu anda mencerahkan siku dengan bantuan asid laktik di dalam susu – mengurangkan pigmentasi kulit. Manakala baking soda boleh exfoliate sel kulit mati.

Cara-cara adalah:

i. Campurkan susu dengan baking soda sehingga menjadi satu pes
ii. Sapukannya pada siku anda dan gosok secara perlahan-lahan.

Amalkannya sehingga anda mendapat hasil yang mahukan.

3. Campurkan Yogurt & Cuka

Kombinasi ini mengandungi asid laktik dan asid asetik yang mana boleh membantu mencerahkan tona kulit.

Cara-caranya adalah:

i. Campurkan satu sudu teh yogurt dengan satu sudu teh cuka.
ii. Gaulkan sehingga menjadi pes.
iii. Sapukannya pada siku, dan gosok dalam bulatan. Biarkannya selama 20 minit.
iv. Bilas, kemudian lembapkan dengan pelembap kegemaran.

4. Campuran Jus Lemon & Yogurt

Jika ingin menggunakan remedi ini, anda dikehendaki membersihkan sebarang kotoran pada siku anda sebelum menyapunya.

Gunakan tangan anda yang bersih, ambil sedikit pes campuran tersebut dan sapu pada bahagian berkenaan.

Biarkannya selama 20 minit sehingga ia kering. Kemudian, bilas dan basuh dengan sabun.

Kaedah #2: Exfoliate dan Pelembap

Apabila bersoal akan kulit, anda tidak boleh lari dari exfoliate dan pelembap kerana ia boleh menjamin kesihatan kulit. Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh ikuti:

1. Gosok Siku Dengan Exfoliate

Dengan menggosok siku, anda boleh menghilangkan sebarang sel kulit mati yang mungkin terlekat dalam kedutan siku.

Oleh itu, anda disarankan untuk menggunakan tisu atau kain yang bersih untuk disapukan gel exfoliate tersebut. Kemudian, sapukannya pada permukaan siku.

Perlu ingat, jangan terlalu banyak dan kerap, kerana boleh memburukkan keadaan. Gosok dengan perlahan-lahan, ulangi sekali seminggu.

Cara ini mungkin mengambil masa yang agak lama, oleh itu anda haruslah bersabar. Dapatkan produk-produk exfoliate terpilih di sini.

2. Lembapkan Kulit

Kulit yang kering boleh menyebabkan kulit kelihatan gelap, oleh itu anda dinasihatkan untuk kerapkan menyapu pelembap pada siku anda.

Antara masa yang dicadangkan untuk anda menggunakan pelembap adalah:

  • selepas mandi
  • sebelum masuk tidur
  • sebelum keluar rumah

Untuk hasil yang memuaskan, gunakan losyen yang mengandungi shea butter, jojoba oil atau olive oil.

Ketahui cara-cara memilih produk pelembap kulit dengan betul di sini.

3. Pakai Sunscreen

Terdedah terlalu lama di bawah sinaran cahaya matahari boleh menjejaskan kulit anda. Oleh itu adalah terbaik jika anda amalkan pemakaian sunscreen sebelum keluar rumah.

Tips Tambahan Mencerahkan Siku Yang Gelap

  1. Jika penggunaan lemon memberikan rasa pedih, kulit anda mungkin mengalami sedikit luka. Tunggu kulit anda sembuh terlebih dahulu, kemudian barulah meneruskan remedi lemon tersebut.
  2. Elak berikan tekanan kepada lutut dan siku anda – kerana ia boleh menggelapkannya. Hal ini kerana kadar peredaran darah ke bahagian tersebut akan berkurangan sekiranya anda duduk/baring beralaskan lutut atau siku.

Video Bantuan

Sekiranya anda perlukan bantuan tambahan, video Youtube oleh Sneha S ini mungkin boleh membantu anda mencerahkan siku yang gelap:

Kesimpulan

Mencerahkan siku yang gelap bukanlah perkara yang sukar dilakukan, mudah sahaja. Cuma anda perlukan sedikit kesabaran dan ketekunan kerana ia mengambil masa yang lama.

Harap artikel ini membantu anda dalam menyelesaikan masalah pada kulit anda. Silalah berkongsikan entri ini kepada orang yang anda rasa boleh mendapat manfaat sepertimana anda.

Sekian~

Loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here