4 Kaedah Mengelak Peluh Berlebihan (+ Cadangan)

mengelak peluh berlebihan

Adakah anda pernah berasa segan untuk berjabat tangan dengan orang lain kerana tangan anda penuh dengan peluh? Adakah kaki anda kuat berpeluh dan stoking anda sering berbau? Andakah anda malu dengan kesan peluh pada bawah ketiak anda?

Jika anda mengalami masalah-masalah tersebut, jangan risau kerana anda tidak keseorangan.

Anda mungkin mengalami satu kondisi yang dikenali sebagai hyperhidrosis (sila rujuk doktor). Sekiranya tidak, maka badan anda mungkin jenis yang kuat berpeluh.

Artikel kali ini akan membincangkan beberapa kaedah yang anda boleh ambil (serta langkah-langkah) untuk mengelak peluh berlebihan.

Kaedah #1: Gunakan Antiperspirant

Antiperspirant merujuk kepada bahan deodorant. Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan.

1. Bermula dengan Yang Lembut

Sila rujuk label produk untuk pastikan bahawa anda menggunakan antiperspirant, dan bukannya sekadar deodorant. Deodorant hanya sekadar menghilangkan bau ketiak, tetapi tidak mengurangkan peluh.

2. Cuba Dapat Produk Berlabel “Clinical Strength”

Biasanya produk ini akan berharga lebih mahal, tetapi anda boleh harapkan kualiti yang lebih tinggi, dan lebih berkesan.

3. Pakai Antiperspirant Waktu Pagi dan Malam

Pakai/sapu antiperspirant dua kali sehari, kerana ia secara klinikal boleh memberikan kesan efektif dalam mengurangkan peluh berlebihan. Jika mahu sapu sekali sahaja, lebih baik sapu pada waktu malam sebelum masuk tidur berbanding pada waktu pagi.

4. Sapu Antiperspirant Pada Kulit Kering Sahaja

Jika ketiak anda berpeluh atau selepas keluar mandi, pastikan anda lap ketiak anda sehingga kering terlebih dahulu sebelum menyapu antiperspirant.

5. Gunakan Antiperspirant Selain dari Ketiak

Menggunakan antiperspirant berbentuk aerosol boleh menjadi satu bentuk solusi yang baik untuk badan/kaki berpeluh.

Kaedah #2: Pakai Pakaian Yang Sesuai

Pemilihan pakaian turut memainkan peranan yang penting dalam perkara ini. Oleh itu, pastikan anda memakai pakaian yang sesuai. Berikut adalah sedikit panduan:

1. Pakai Pakaian Kapas

Pakaian yang diperbuat daripada kapas lebih mudah untuk menyerap kelembapan dan peluh. Pada masa yang sama, kapas cepat untuk kering.

2. Pakai Layer

Lelaki boleh pakai undershirts untuk menyerap peluh lebihan, manakala perempuan boleh memakai camisole atau pad.

3. Pilih Warna Yang Tepat

Jika anda pakai pakaian putih, maka orang akan lebih senang untuk peranan anda mengalami masalah pelu berlebihan. Manakala, jika anda pilih warna yang lebih gelap, maka kesan peluh itu tidaklah terlalu ketara.

4. Pilih Kasut

Anda dinasihatkan untuk mendapatkan kasut yang mempunyai rongga udara, memudahkan udara keluar masuk. Pilihlah kasut yang diperbuat daripada kulit. Tidakpun pakailah selipar dan sandal setakat mana yang boleh.

5. Bawa Pakaian Lebih

Jika anda sangat merisaukan masalah peluh ini, maka bawalah pakaian tambahan. Apabila pakaian sudah basah dengan peluh, cepat-cepat bertukar kepada pakaian yang lain.

Kaedah #3: Ubah Gaya Hidup

Berpeluh ini mesti ada kaitan dengan gaya hidup kita. Oleh itu, cuba kurangkan penyebab-penyebab peluh tersebut.

1. Elak Makanan Pedas

Makan makanan pedas boleh membuatkan anda berpeluh, manakala bawang merah dan putih boleh memberikan bau peluh yang busuk. Oleh itu, pastikan anda menjaga pemakanan sebelum ke tempat kerja atau tempat awam.

2. Kurangkan Berat Badan

Jika anda mengalami masalah berat badan, atau obese maka menurunkan berat boleh mengurangkan kekerapan anda mengeluarkan peluh.

3. Jaga Asas-Asas Kebersihan

Faktor kebersihan diri juga memainkan peranan dalam perkara ini, oleh itu tidak boleh elak lagi.

i. Kerapkan mandi. Ambil kesempatan untuk mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Gunakan sabun yang sesuai. Kemudian pakai deodorant. Ini boleh membunuh sebarang kuman yang menyebabkan bau badan.

ii. Bawa swipe atau tisu kemana sahaja. Semasa berpeluh, gunakan tisu atau swipe tersebut untuk lap tempat-tempat yang jelas. Biasanya kawasan muka.

4. Berhenti Minum Minuman Berkafein

Minuman berkafein seperti kopi boleh menyebabkan anda berpeluh. Oleh itu, cuba elakkannya.

loading...

Kaedah #4: Dapatkan Bantuan Medikal

Jika sudah mencuba semua di atas tetapi tidak mendapat hasil yang memuaskan, maka anda disarankan agar mendapatkan bantuan medikal.

1. Berbincang Dengan Pakar Kulit

Apabila anda sudah tidak serik dengan masalah peluh berlebihan, maka adalah terbaik sekiranya anda mula berbincang dengan doktor pakar.

2. Gunakan Mesin miraDry

Alat ini adalah untuk mengawal perpeluhan pada ketiak dan bahagian-bahagian yang mengeluarkan peluh.

3. Atasi Keresahan

Ada juga kes peluh berlebihan ini disebabkan oleh keresahan atau anxiety. Jika ini adalah masalah anda, maka perlu dapatkan sokongan keluarga atau rakan-rakan.

4. Lakukan Pembedahan

Pilihan pembedahan tidak banyak, anda boleh melakukan antara:

  • Local underarm surgery.
  • Endoscopic thoracic sympathectomy.

Tips Tambahan Elak Peluh Berlebihan

Elakkan daripada minum susu sebelum keluar rumah dan terdedah kepada cahaya matahari. Ia boleh menyebabkan peluh lebih banyak.

Cuba bertenang semasa berada di tempat awam, jika dalam keadaan tertekan, ia boleh menyebabkan anda peluh lagi banyak.

Amalkan diet yang sihat, dan banyakkan bersenam.

Amaran

Jika anda berpeluh berlebihan, dan disertai oleh rasa pening, rasa sakit di dada, atau rasa sejuk, maka ia mungkin berkait dengan masalah yang serius seperti sakit jantung.

Sila berjumpa dengan doktor dengan segera.

Kesimpulan

Masalah peluh berlebihan ini mungkin menjadi masalah bagi sesetengah orang. Memang tidak dinafikan bahawa ia boleh menyebabkan kita berasa tidak selesa jika berada di tempat.

Ramai orang yang mengalami masalah ini, dan ramai juga yang dapat atasinya. Harap artikel ini boleh membantu anda mengatasi masalah yang anda hadapi.

Sila kongsikan artikel ini kepada orang yang mungkin boleh mendapat manfaat seperti mana anda.

Sekian~

Loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here