Bagaimana Untuk Kekal Menawan Semasa Mengandung?

Kehamilan dan mendapatkan cahaya mata menjadi satu impian bagi semua isteri, namun semasa mengandung ia akan memberikan pelbagai cabaran kepada bakal ibu, termasuklah cabaran untuk kekal menawan.

Semasa mengandung, badan akan menghasilkan hormon, dan badan anda akan sentiasa berubah, lantas memberikan kesan kepada penampilan, terutama kepada kulit.

Oleh itu, adalah penting untuk menjaga penjagaan kecantikan semasa mengandung dengan cara dan teknik yang betul untuk mengelakkan daripada memberikan masalah kepada kandungan.

Dalam artikel ini anda akan didedahkan kepada 5 bahagian untuk kekal menawan sesama mengandung:

Bahagian #1: Penjagaan Umum

Berikut adalah beberapa perkara asas yang perlu tahu dalam menjaga kesihatan dan kecantikan:

1. Amalkan Diet yang Sihat

Semua kesihatan dan kecatikan mesti bermula dengan pemakanan yang sihat dan betul. Oleh itu, anda perlu utama diet yang seimbang seperti kerapkan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan organik untuk memberikan khasiat yang diperlukan untuk kulit.

Pada masa yang sama tekankan kepada pengambilan vitamin A, ia boleh mengekalkan kesihatan kulit anda. Makanan yang tinggi kandungan vitamin A termasuklah ikan, lobak merah, susu dan telur. Namun, perlu beringat, jangan mengambil supplement vitamin A, kerana ada laporan bahawa ia boleh menyebabkan masalah kandungan.

Selain itu, makanan yang tinggi khasiat vitamin C dan E serta kaya dengan antioksida boleh mengurangkan proses penuaan kulit. Oleh itu, anda juga amat dicadangkan untuk mengambil makanan tesebut.

2. Banyakkan Minum Air

90% daripada badan kita adalah berunsurkan air dan kita perlukan air yang banyak untuk sel berfungsi dengan optimum. Hal ini lebih-lebih lagi bagi orang yang berbadan dua.

Oleh itu, orang yang sedang hamil amat disarankan untuk banyakkan minum air masak – bukannya air teh tarik mahupun minuman yang banyak kandungan gulanya.

Pengambilan air yang cukup boleh membantu kulit menjadi lebih sihat dan memberikan kesihatan badan yang optimum.

3. Rehat dan Relaks

Orang yang hamil memerlukan banyak rehat, ada yang menyarankan tidur selama 8-10 jam setiap malam, namun ia bergantung kepada seseorang itu sendiri. Apa yang pasti adalah mendapatkan rehat yang mencukupi.

Semasa mengandung, badan terpaksa bekerja dengan lebih banyak, terutama membekalkan nutisi kepada kandungan, oleh itu jika anda dalam keadaan penat, ia secara tidak langsung boleh menjejaskan proses.

4. Elakkan Penggunaan Sabun yang Kasar

Sebaliknya, anda boleh menggantikannya dengan moisturizing body wash ataupun facial cleanser sebagai produk kecantikan semasa anda hamil.

5. Gunakan Moisturizer (Pelembap)

Ingin menjaga kulit semasa di luar rumah? Anda disarankan untuk memakai pelembap yang sesuai, tidak berminyak. Sunscreen juga boleh diguna pakai lebih selesa menggunakannya.

Bahagian #2: Jerawat

Masalah jerawat tidak asing lagi bagi orang yang hamil, kerana ia terikat dengan perubahan hormon. Tahapnya juga berbeza-beza mengikut orang. Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah jerawat.

1. Rujuk Pakar Kulit

Cara anda atasi masalah jerawat berbeza jika anda sedang mengandung. Oleh itu, dapatkan nasihat daripada doktor adalah langkah yang terbaik. Anda mungkin boleh menggunakan benzoyl peroxide (Oxy), azelaic acid dan erythromycin.

2. Kerapkan Mencuci Muka

Anda dinasihatkan untuk kerapkan mencuci muka dengan pencuci muka yang sesuai 2 kali setiap hari (pagi dan malam), dan bilas dengan air yang bersih.

3. Kerapkan Syampu Rambut

Anda digalakkan untuk kerapkan syampu rambut untuk menjaga kesihatan rambut dan kulit kepala, namun jaga terlebih pula. Masalah jerawat juga boleh berpunca daripada rambut yang berminyak, dan terkena pada kulit wajah. Oleh itu, adalah lebih baik anda menjaga kesihatan rambut anda sekali.

4. Basuh Pakaian

Kerapkan membasuh pakaian, tuala, cadar, sarung bantal dan lain-lain. Pakaian adalah medium utama kepada kulit anda. Menjaganya dengan baik boleh mengurangkan masalah jerawat.

5. Berhati-Hati Dengan Produk Kecantikan

Pastikan anda membaca label setiap produk kecantikan sebelum membeli. Anda perlu dapatkan produk yang mempunyai label noncomedogenic dan nonacnegenic.

Bahagian #3: Ekzema

1. Tanya doktor anda tentang ubat yang boleh dikatakan selamat semasa orang mengandung. Biasanya, ubat antihistamines boleh digunakan semasa mengandung.

2. Kurangkan menggunakan benda yang boleh memberikan anda rasa gatal, seperti minyak wangi ataupun pencuci barangan dapur dan tanda.

3. Elakkan mandi terlalu lama. Ia boleh membawa kepada kulit yang kering dan kerengsaan, menjejaskan kecantikan semasa mengandung.

4. Kekal sejuk. Peluh boleh membawa kepada ekzema. Pakailah pakaian yang longgar, diperbuat daripada kapas dan elakkan berada di tempat yang panas.

Bahagian #4: Kesan Regangan

Anda tidak boleh elak daripada kesan rengangan berlaku jika anda mengandung. Namun, anda boleh menghilangkannya selepas melahirkan anda. Terdapat banyak cara untuk menghilangkannya dalam jangka masa yang singkat.

Bahagian #5: Rawatan Kecantikan

1. Jika anda sedang melakukan rawatan kecantikan wajah semasa hamil, pastikan tidak menggunakan produk yang banyak melibatkan penggunaan bahan kimia. Hal ini kerana kulit akan lebih sensitif semasa mengandung.

2. Elakkan rawatan memutihkan gigi dan sauna semasa hamil. Hal ini bahan yang digunakan dalam rawatan memutihkan gigi mungkin boleh menjejaskan kandungan. Manakala sauna pula akan meningkatkan suhu badan anda, yang mana sampai ketahap yang tidak sesuai kepada kandungan.

Kesimpulan

Secara ringkas, tidak salah kalau anda ingin kekal menawan semasa mengandung. Itu adalah lumrah wanita untuk kekal cantik dalam apa jua situasi. Cuma anda perlu tahu dan pandai merancang apa yang baik dan apa yang tidak semasa mencuba produk-produk kecantikan di luar sana.

Semasa mengandung banyak pantang larangnya, pastikan anda hadam perkara tersebut dahulu.

Harap artikel ini membantu. Terima kasih kerana sudi membaca.

Sekian~

1 thought on “Bagaimana Untuk Kekal Menawan Semasa Mengandung?”

Leave a Comment