Kelihatan Seperti Orang Korea Dalam 4 Langkah [TANPA PEMBEDAHAN PLASTIK]

Semua orang ingin kelihatan seperti idola mereka, tidak kiralah dari segi rupa, perwatakan, cara bercakap dan tindak tanduk. Dengan populariti Korea di Malaysia semakin menjadi-jadi sekarang, semakin ramai anak muda yang mula berubah kepada fesyen ala-ala artis Korea.

Sepertimana yang anda sudah ketahui, kebanyakan artis wanita di Korea menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan lebih menawan – yang mana kosnya tinggi, bahaya dan boleh memudaratkan – bahkan haram di sisi agama Islam.

Bagi orang yang ingin bergaya seperti artis Korea tanpa pembedahan, anda boleh melakukannya dengan menggunakan teknik solekan yang betul. Ketahui bagaimana untuk bersolek seperti orang Korea dengan menggunakan 4 langkah yang mudah ini – ya, tanpa pembedahan plastik!

Bersedia untuk menjadi “orang Korea”?

Langkah #1: Asas Solekan dan Penjagaan Kulit

Langkah pertama untuk mendapatkan kulit wajah yang putih bersih seperti artis korea mestilah bermula dengan penjagaan wajah yang sempurna. Ketahui bagaimana anda boleh mendapatkan kulit yang setanding dengan mereka di bawah:

1. Menggunakan Produk Kecantikan

Anda perlulah menggunakan produk penjagaan kulit yang sesuai, termasuklah losyen yang boleh melembapkan kulit wajah, primer base dan bedak (face powder). Selain itu, anda juga perlu mempunyai eyeliner, eye shadow, eyebrow liner, teardrop liner yang berwarna hitam ataupun coklat. Akhir sekali adalah gincu.

Untuk dapatkan produk yang paling seiras dengan artis Korea, cuba dapatkan produk-produk kecantikan keluaran negara itu sendiri. Anda bolehlah dapatkannya secara online. Korea Selatan banyak mengeluarkan produk kecantikan, oleh itu kenalah pandai memilih apa yang sesuai dengan anda.

2. Jaga Kesihatan Kulit

Orang Korea sangat menghargai kesihatan kulit mereka. Oleh sebab itu mereka sanggup membelanjakan sejumlah wang semata-mata untuk kulit mereka sentiasa bersih, sihat, kekal hidrat, bebas minyak dan jerawat.

Anda boleh mencontohi mereka (pertama sekali) dengan menanggalkan semua solekan anda. Gunakan oil cleanser untuk mencuci muka anda, kemudian exfoliate dengan skrub semula jadi. Gunakan toner ataupun refresher. Semasa menggunakan krim pada sekitar mata, tepuk jangan gosok.

Ketahui penjagaan kulit dengan lebih terperinci di sini.

3. Kening

Ramai orang korea menyolek kening mereka untuk kelihatan lebih tebal ataupun lebih nipis – hal ini kerana kening boleh mempengaruhi wajah seseorang dengan drastik.

Oleh itu, anda boleh memilih stail ataupun menyolek kening yang sesuai dengan wajah anda. Ketahui dengan lebih terperinci di sini.

4. Buat Base Layer (Lapisan Asas)

Gunakan losyen kemudian sapukan primer base. Sapukannya dengan SPF, seperti produk laris Krim Korean BB. Kemudian sapukan bedak untuk sempurnakan base anda.

5. Pakai Eye Shadow

Pilihlah mana-mana warna yang anda suka, tetapi eye shadow yang berwarna coklat sentiasa kelihatan terbaik (jika dibandingkan dengan warna yang lain). Gunakan shade yang lebih gelap sekitar mata dan pada sekitar bulu mata.

6. Gunakan Celak (Eyeliner)

Penggunaan celak, terutama sekitar penghujung mata boleh memberikan kesan “Korea”, kerana mata anda akan kelihatan lebih nipis.

Kemudian, gunakan teardrop eyeliner di bawah mata untuk memberikan kesan bersinar.

7. Gunakan Mascara dan Gincu

Ini mungkin satu teknik solekan yang anda biasa gunakan. Fokus pada aspek yang berbeza agar mendapat cita rasa seperti solekan orang Korea.

Langkah #2: Rambut

Muka sudah, kemudian kita akan didedahkan pula dengan aspek kedua – itu rambut!

1. Luruskan Rambut

Kebanyakan rambut orang Korea adalah lurus. Oleh itu, jika anda ingin kelihatan seperti orang Korea, anda perlulah meluruskan rambut anda. Anda boleh meluruskan rambut dengan menjalani rawatan rambut. Mahukan rawatan yang lebih murah? Gunalah syampu yang direka khas untuk meluruskan rambut.

2. Urus Rambut Agar Tidak Halang Muka

Kebanyakan stail rambut orang Korea adalah tidak menutup muka mereka. Oleh itu, anda bolehlah ikat ataupun urus rambut agar tidak menghalang daripada melindungi wajah.

3. Pilih Stail Rambut Orang Korea

Orang Korea mempunyai banyak stail rambut, oleh itu pilihlah yang sesuai dengan situasi anda. Beberapa stail rambut yang popular adalah:

  • Rambut panjang dengan bangs (apakah bangs?)
  • Rambut kerinting dengan belah tengah
  • Rambut panjang dengan bow ataupun clip
  • Rambut pendek paras bahu

Langkah #3: Stailkan Mata Anda

Mata memainkan peranan yang penting dalam penampilan. Jika anda ingin orang perasan yang anda sedang bergaya Korea, anda perlu ubah sedikit stail mata anda.

1. Pakai Contact Lens Berwarna

Pemakaian contact lens adalah untuk menukar warna mata anda kepada warna yang anda suka – hijau, biru dan lain-lain.

2. Pakai Contact Yang Besar

Ini membawa maksud anda dikehendaki memakai circle contacts untuk menjadikan anak mata anda kelihatan lebih besar. Trend ini tidak tertumpu kepada Korea sahaja, Jepun juga popular dengan perkara ini.

Namun begitu, sesetengah produk contact ini agak mahal dan kadang kala bahaya (jika anda tidak pernah memakai contact sebelum ini).

Langkah #4: Jadikan Bibir Anda Lebih “Korea”

Seterusnya, dan terakhir sekali adalah pada bahagian bibir. Ketahui bagaiman untuk menjadi lebih Korea di bawah:

Gunakan Gincu Yang Betul.

Jika anda mempunyai bibir yang nipis, gunakan plumping lip gloss untuk menjadikan bibir anda lebih tebal. Jika bibir anda merah ataupun merah ambu, gunakan gincu warna kuning air untuk kurangkan warnanya.

Video Bantuan

Jika artikel di atas tidak dapat membantu anda kelihatan seperti artis Korea kegemaran anda, apa kata anda menonton video langkah-demi-langkah di bawah:

Kesimpulan

Sekiranya anda bukan orang Korea, ataupun berketurunan Korea, ingin 100% seperti mereka adalah mustahil. Namun, terdapat beberapa cara untuk kelihatan seperti mereka, walaupun bukanlah semuanya menjadi.

Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan seseorang bukanlah bergantung kepada wajah sahaja, malah pada hati dan perwatakan.

Harap artikel ini membantu anda.

Sekian~

Leave a Comment