Bibir yang cantik, gebu dan menawan boleh menyerlahkan rupa paras wanita. Tetapi, bagaimana anda boleh mendapatkan bibir seperti itu? Mulakan dengan exfoliate bibir setiap hari. Pada masa yang sama conditioning bibir tersebut.
Kemudian, sapu sedikit gincu agar bibir lebih menyerlah dan cerah. Akhir sekali, kekalkan badan dalam keadaan hidrat dan amalkan pemakanan yang sihat.
Ingin dapatkan cara yang terperinci, sila teruskan membaca.
Langkah #1: Conditioning Untuk Mendapat Bibir Yang Cantik
Langkah pertama yang anda perlu ambil untuk mendapatkan bibir yang cantik adalah dengan conditioning. Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh lakukan.
1. Gunakan Skrub Bibir Untuk Exfoliate
Kulit pada bibir anda sangat sensitif, dan mudah kering. Sekiranya bibir anda kering dan merekah anda perlu kerapkan lembapkan bibir. Dengan menggunakan skrub boleh mengatasi masalah ini dalam masa yang singkat.
Anda boleh beli produk komersial, atau gunakan madu (ya, ia berkesan).
2. Gunakan Ubat dan Berus Gigi
Sekiranya bibir anda sangat kering dan merekah dengan kuat, anda boleh mencuba gunakan ubat dan berus gigi untuk menghilangkannya. Basahkan bibir anda, kemudian sapu sedikit ubat gigi. Selepas itu, berus bibir anda dengan berus gigi secara perlahan-lahan.
Kemudian, bilas dengan air bersih. Ulang sekiranya masih terdapat kesan bibir merekah. Cuma pastikan anda menggunakan berus gigi yang lembut. Anda juga boleh mencuba cara ini tanpa menggunakan ubat gigi.
3. Amalkan Serum Buatan Sendiri
Serum bibir boleh dikatakan seakan face mask, tetapi untuk bibir. Ia mengandungi banyak khasiat untuk bibir – pada masa yang sama boleh cerahkan bibir anda, dalam beberapa minggu.
Selepas exfoliate bibir, sapu serum untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Anda boleh membuat serum bibir anda sendiri, dengan bahan-bahan yang biasa anda guna di dapur. Berikut adalah tutorialnya:
- Campurkan 1 sudu teh madu dengan 1 sudu teh minyak zaitun
- Gaulkannya bahan-bahan tersebut sehingga sebati
- Sapu campuran pada bibir
- Biarkan serum tersebut diserap masuk ke dalam bibir
- Bilas serum yang berlebihan dengan air suam.
4. Lembapkan Bibir Anda Setiap Hari
Bibir kita terdedah dengan banyak bahan yang boleh mengeringkannya. Suhu yang panas, makanan, minuman, angin, cahaya matahari dan pencemaran udara boleh memberikan kesan kepada bibir kita semua.
Untuk melindunginya setiap hari, anda haruslah menggunakan produk lip balm yang bagus untuk memberikan satu lapisan lindungan di antara bibir dan keadaan semasa.
Sebaiknya adalah anda memilih produk lip balm yang berasaskan kepada bahan semulajadi. Bahan yang terbaik adalah minyak kelapa dan minyak vitamin E.
Langkah #2: Pakai Gincu
Tidak dinafikan bahawa pemakaian gincu yang sesuai boleh mengubah rupa bibir anda 100%. Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh ikut:
1. Gunakan Tinted Lip Balm
Untuk kegunaan harian, anda boleh menggunakan tinted lip balm. Sekiranya bibir anda sihat, anda tidak perlu banyak memakai make up untuk kelihatan cantik dan menyerlah.
2. Pakai Gincu Dengan Cara Yang Betul
Ramai orang yang gagal memakai gincu dengan betul, akibatnya bibir mereka kelihatan tidak menawan dan cantik.
Sila lihat video di bawah oleh Youtuber NikkieTutorials untuk mengetahui bagaimana cara pemakaian gincu yang betul:
3. Menyerlahkan Lagi Bibir dengan Liner
Penggunaan liner tidaklah wajib, tetapi ia sangat membantu. Pilihlah warna liner yang sesuai dengan warna bibir dan warna gincu anda.
4. Tambahkan Layer Gloss – Lagi Cantik!
Selepas warna, anda boleh tambah satu lagi lapisan gloss pada gincu anda. Gloss boleh menyerlahkan warna bibir anda.
Langkah #3: Kekalkan Bibir Anda Sihat
Selepas anda lakukan semua perkara di atas, adalah baik sekiranya anda menjaga bibir anda agar kekal sihat.
1. Lindungi Bibir Daripada Cahaya Matahari
Bibir, seperti kulit yang lain, perlukan perlindungan daripada sinaran cahaya matahari agar kekal sihat. Terdedah terlalu lama pada cahaya matahari boleh menyebabkan bibir menjadi gelap. Pilih lip balm dengan SPF 15 atau lebih untuk mengekalkan bibir anda dalam keadaan yang baik, terutama semasa musim panas.
2. Kekalkan Bibir Anda Hidrat Semasa Cuaca Panas
Sebaik sahaja anda merasakan bibir anda mula kering, terutama musim panas, cepat-cepat minum air dengan banyak.
Pada masa yang sama, pakai lip balm sebelum keluar rumah untuk melindungi bibir.
3. Hidratkan Badan
Minum air yang mencukupi adalah kunci kepada bibir yang cantik. Apabila badan anda kurang air, bibir adalah salah anggota pertama yang menunjukkan kesannya. Oleh sebab itu, banyakkan minum air sepanjang hari agar bibir kekal hidrat dan tidak kering.
Kurangkan kopi dan makanan yang masin kerana boleh mempercepatkan badan anda hidrat.
4. Kurangkan Produk Berkimia
Terdapat banyak gincu atau produk bibir di luar sana yang menggunakan bahan kimia, pewangi, perasa, dye dan sebagainya. Malah sesetengah gincu ada menggunakan plumbum.
Oleh itu, pastikan anda menggunakan produk yang dipercayai selamat untuk digunakan sebelum membeli. Sebaiknya, yang tidak menggunakan banyak kimia yang banyak.
5. Berhenti Merokok
Tak ramai wanita yang merokok, tetapi masih ada. Sekiranya mereka mahukan bibir yang cantik, maka amalan merokok haruslah diberhentikan. Merokok boleh menyebabkan bibir bertukar hitam.
Sekiranya ingin mengetahui cara-cara berkesan berhenti merokok, klik di sini.
Info Tambahan
1. Apabila memberus gigi, ambil kesempatan untuk memberus bibir anda selama 2 minit. Kemudian, sapu lip balm.
2. Jangan gigit bibir.
Amaran
1. Penggunaan Vaseline tidak digalakkan.
Video Bantuan
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat tambahan untuk mendapatkan bibir yang cantik, anda boleh lihat video Youtube oleh Michelle Phan di bawah:
Kesimpulan
Mendapat bibir yang cantik menjadi idaman semua wanita di luar sana. Untuk mencapainya, perlulah kekalkan kesihatan diri, kesihatan bibir dan menggunakan teknik yang betul.
Harap artikel ini dapat memberikan panduan yang ringkas pada semua aspek tersebut.
Sekian~