3 Langkah Memilih Produk Pelembap Kulit Dengan Tepat (Serta TIPS)

memilih produk kelembap kulit

Penggunaan produk pelembap kulit yang tepat boleh mengekalkan kulit anda dalam keadaan hidrat dan melindunginya daripada masalah kulit akibat terdedah kepada cuaca dan sinaran cahaya matahari. Produk pelembap kulit memainkan peranan yang penting kepada semua
jenis kulit, walaupun bahan yang digunakan mungkin agak berbeza dari satu sama lain.

Oleh itu, anda dikehendaki untuk memilih krim pelembap yang mengandungi bahan yang boleh mengekalkan kualiti dan keadaan kulit anda, dan mencegah daripada masalah yang mungkin berlaku.

Dalam artikel ini, anda akan didedahkan kepada 3 langkah memilih produk/krim pelembap kulit dengan betul dan sesuai dengan jenis kulit anda.

1. Tentukan Bahagian Badan

Pertama sekali, anda perlu menentukan bahagian mana yang anda mahu sapu krim pelembap tersebut, dan tetapkan masa bila untuk sapukannya. Gunakan krim pelembap yang lebih tebal dan kuat pada bahagian anggota badan seperti lengan, dan kaki. Manakala krim pelembap yang lebih ringan dan lembut pada permukaan muka dan wajah.

Jika mahu menggunakan pelembap pada waktu malam, pastikan anda menggunakan krim yang lebih tebal/kuat berbanding dengan krim pada waktu siang. Dan pastikan krim pelembap untuk waktu malam itu tidak mengandungi SPF, kerana anda tidak perlu.

2. Perhatikan Jenis Kulit

Sebelum anda membeli sebarang krim pelembap ataupun mana-mana produk kecantikan yang melibatkan sapuan, pastikan anda tahu jenis kulit anda terlebih dahulu.

Tidak tahu untuk tentukan jenis kulit? Baca artikel di sini.

Selepas anda mengetahuinya, anda perlu pastikan bahawa anda mendapatkan produk yang betul, yang sesuai dengan kulit anda – untuk mengelakkan daripada berlaku masalah alahan dan sebagainya.

i. Kulit Kering

Memerlukan krim pelembap yang berasaskan kepada minyak untuk mengekalkan tahap kelembapan di dalam kulit, mengekalkannya lembut.

ii. Kulit Berminyak

Biasanya kulit ini nampak berkilat dan mempunyai banyak pora. Memerlukan losyen yang berasaskan air dan mungkin boleh dapatkan yang mempunyai alpha-hydroxy acids untuk melawan pora yang tersumbat.

iii. Kulit Sensitif

Biasanya kulit ini sering kemerahan dan mudah untuk mendapatkan ruam. Ia memerlukan krim pelembap yang tidak mengandungi bahan wangian, dan bahan yang semula jadi.

iv. Mature Skin

Ini merujuk kepada kulit yang sudah kering dan mungkin mempunyai beberapa garis penuaan. Untuk kulit ini, anda perlukan produk yang agak tebal/kuat yang mempunyai antioksida untuk mencegah daripada berlakunya pembentukan kedut pada wajah.

3. Sentiasa Baca Bahan Produk

Rama orang yang mengendahkan perkara ini, mereka lebih cenderung kepada jemana sahaja tanpa memerika bahan-bahan yang digunakan di dalamnya. Anda perlu memeriksa bahan yang digunakan untuk mementukan krim pelembap tersebut adalah seseuai dengan anda ataupun boleh memudaratkan.

Antara bahan yang disarankan adalah:

  • SPF
  • Antioksida
  • Bahan pelembut

Kebanyakan pakar kulit menyarankan penggunaan pelembap yang mengandungi SPF 30 untuk mengurangkan proses penuaan dan kanser kulit. Menggunakan SPF 50 ataupun sunscreen apabila di luar, ataupun terdedah kepada cahaya matahari. Antioksida boleh meneutralkan radikal bebas yang menyebabkan kulit kelihatan pudar.

Bahan pelembut pula, seperti aloe vera (lidah buaya) boleh menyegarkan kulit dan melindungi daripada iritasi dari cahaya matahari – pada masa yang sama melembutkan kulit.

Bahan yang perlu dielakkan pula adalah:

  • Dye
  • Wangi-wangian

Hal ini kerana ia berkemungkinan boleh memberikan kesan kepada kulit (bergantung kepada jenis kulit). Pada masa yang, anda perlu mengelakkan daripada menggunakan produk yang mengandungi bahan yang boleh memudaratkan keadaan kulit anda. Sebagai contoh, bahan shea butter untuk kulit berminyak dan alkohol/asid pada kulit sensitif.

loading...

Tips Tambahan

1. Sapu produk pelembap kulit selepas anda mandi, semasa kulit masih lembap. Ini membolehkan krim tersebut mencegah kelembapan keluar dari kulit – dan mencegah kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan yang boleh merosakkan kulit.

2. Anda mungkin perlu menggunakan beberapa jenis krim pelembap untuk anggota badan yang anda mahu sapu. Namun ini 100% terserah kepada anda.

Amaran

Dapatkan nasihat pakar kulit ataupun doktor sekiranya anda mendapat iritasi ataupun sebarang tindak balas yang kurang elok pada kulit selepas menyapu krim pelembap.

Kesimpulan

Harap artikel yang ringkas dan padat ini boleh membantu anda memilih produk pelembap kulit yang terbaik untuk kulit anda.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut dalam penjagaan kulit (secara total), anda boleh ke link ini.

Sekian~

Loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here