8 Langkah Memilih Produk Sesuai Untuk Kulit Berminyak

Terdapat ribuan produk yang dihasilkan khas untuk kulit muka berminyak. Memilih produk yang sesuai dengan anda perlu mengambil masa yang lama dan beberapa kali percubaan.

Namun, kalau menggunakan cara pemilihan yang tepat, ia tidak susah pun. Berikut adalah beberapa langkah mudah memilih produk sesuai untuk kulit muka berminyak.

1. Periksa Label Produk Untuk Kulit Berminyak

Kebanyakan produk kecantikan dan kulit direka khas untuk menghilangkan minyak berlebihan pada kulit dan muka. Walaupun begitu, ia tidak semestinya berkesan 100% kepada semua penggunanya. Ada orang mendapat hasil yang menakjubkan, ada juga orang tidak mendapat apa-apa kesan.

Ia banyak bergantung kepada individu itu sendiri. Jika anda ingin mencari produk yang sesuai dengan jenis kulit berminyak, anda perlu perhatikan beberapa label seperti berikut:

  • Clarifying
  • Balancing
  • For oily skin
  • For combination skin
  • Oil free

2. Pilih Yang Berasaskan Gel

Kalau boleh, cuba dapatkan produk yang berasaskan gel. Ia lebih berkesan dalam menanggalkan minyak lebihan dan pora yang tersumbat.

3. Sapu Toner (Pilih Yang Sesuai)

Selepas mencuci muka, ikuti pula dengan toner untuk memperbaiki tekstur kulit dan penampilan. Orang yang mempunyai kulit berminyak perlu mengelak daripada menggunakan toner yang mengandungi alkohol.

4. Pilih Produk Pelembap

Untuk produk pelembap pula, sebaiknya pilihlah yang kurang mengandungi minyak (oil). Dan jangan risau menyapu krim pelembap pada kulit yang berminyak, sapu je.

Jika mahu sapu krim pelembap pada siang hari, pilihlah produk yang mempunyai pelindungan cahaya matahari.

5. Bertukar Kepada Produk Yang Tidak Menyumbat Pora

Kulit berminyak biasanya akan mengalami masalah liang pora tersumbat, dan ini boleh menyebabkan masalah jerawat. Malah, sesetengah make up dan produk kecantikan yang lain boleh memburukkan keadaan.

Cuba bertukar kepada produk yang “non-comedogenic“, yang mana tidak mengganggu liang pora anda.

6. Guna Produk Jerawat Secara Berhemah

Jika anda mengalami masalah jerawat, sila gunakan rawatan dengan betul. Elakkan daripada terlebih guna atau tidak mencukupi dos. Pada masa yang sama, elakkan daripada memecahkan jerawat – kerana ia boleh memudaratkan keadaan.

Penggunaan produk benzoyl peroxide seperti Oxy 5 biasanya digunakan untuk mengeringkan jerawat dengan baik. Jika tidak mahu menggunakna bahan kimia, anda boleh membaca beberapa petua jerawat di sini.

7. Kerapkan Membaca Reviu

Setelah anda memilih produk yang anda mahu, adalah terbaik sekiranya anda melakukan sedikit kajian atau membaca reviu di internet. Dengarlah pandangan dan testimoni dari pengguna yang lain.

Jangan terlalu terikat kepada produk-produk mahal atau berjenama, sebaliknya pilihlah produk yang berkesan kepada anda.

8. Periksa Bahan Kandungan Produk

Terdapat banyak jenis kulit, dan kebanyakan orang akan mencuba pelbagai jenama dan produk sebelum mendapat apa yang betul-betul berkesan.

Apabila anda sedang mencari produk, atau bertukar produk, adalah terbaik anda memilih produk yang mengandungi bahan aktif yang sama seperti produk yang lama (yang anda biasa guna).

Ada sesetengah orang alah kepada bahan pewangi yang terdapat di dalam produk kecantikan. Cuba mendapatkan produk yang bebas-wangian, jika anda khuatiri mendapat tindak balas alergik.

Tips Tambahan

  1. Penggunaan facial mask juga digalakkan bagi orang yang mengalami kulit berminyak.
  2. Kulit berminyak mungkin disebabkan oleh sesuatu. Oleh itu anda dinasihatkan agar mengenalpasti apa penyebab tersebut dan kurangkannya sebelum menggunakan produk kecantikan.

Video

Untuk mendapatkan pilihan produk yang terbaik sila saksikan video di bawah (oleh Youtuber thefancyfaced).

Kesimpulan

Masalah kulit muka berminyak bukanlah perkara yang baru dan ramai orang yang mengalaminya. Oleh itu, sekiranya anda mengalami masalah ini, janganlah bersedih. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Yang penting adalah pandai memilih jalan itu.

Harap artikel ini memberikan manfaat kepada anda. Sekiranya anda ada cadangan produk yang sesuai kepada masalah kulit muka berminyak, sila tinggalkan komen di bawah.

Sekian~

Leave a Comment