3 Petua Hilangkan Jeragat (Langkah Demi Langkah)

petua hilangkan jeragat

Jeragat adalah salah satu bentuk jerawat yang mana akan tumbuh pada bahagian muka (pipi, hidung dan dahi). Jeragat akan kelihatan sebagai bintik-bintik putih ataupun hitam yang kecil. Jeragat berpunca daripada minyak kulit muka dan sel-sel yang mati menyekat pora kulit.

Seperti jerawat, anda boleh hilangkan jeragat dengan menggunakan langkah- langkah dan petua yang betul. Berikut adalah kandungan artikel ini:

  • Langkah 1: Hilangkan Jeragat Di Rumah
  • Langkah 2: Dapatkan Nasihat Pakar
  • Langkah 3: Mengelak Masalah Jeragat Kembali
  • Tips Tambahan
  • Amaran

Semoga artikel ini membantu, jom hilangkan jeragat!

Langkah 1: Hilangkan Jeragat Di Rumah

Anda boleh menghilangkan jeragat dari rumah dengan kaedah remedi, iaitu menggunakan apa yang ada di dapur rumah sebagai bahan menghilangkan jeragat. Cara ini juga dikenali sebagai cara tradisional. Ikuti beberapa cadangan berikut:

1. Kerapkan Membasuh Muka

Anda dikehendaki untuk membasuh tempat berkenaan dengan lembut, dua kali sehari menggunakan sabun muka seperti Dove. Namun perlu ingat bahawa penggunaan sabun yang berlebihan ataupun menggosok dengan terlalu kuat boleh merosakkan kulit muka, oleh itu berbuatlah berpada-pada.

Read More4 Cara Melicinkan Kulit Muka Yang Anda Kena Tahu

2. Menggunakan Produk Jerawat dan Jeragat di Pasaran

Tidak dinafikan bahawa ubat-ubatan yang boleh dibeli di pasaran memberikan kesan yang positif kepada masalah kulit ini, oleh itu anda digalakkan untuk menggunakannya. Antara produk yang boleh digunakan adalah yang mengandungi benzoyl peroxide dan salicylic acid.

Sebelum menyapukannya, adalah terbaik sekiranya anda membersihkan kulit muka terlebih dahulu, dan sapu 15 minit kemudian.

Benzoyl peroxide boleh membunuh bakteria yang terdapat di pora kulit. Bahan ini banyak terdapat dalam produk penjagaan kulit yang berkait dengan jerawat. Elok- elok semasa menyapu produk yang mengandungi bahan ini, kerana sukar untuk ditanggalkan jika terkena pakaian.

Salicylic acid pula boleh menanggalkan sel kulit yang mati. Selain itu, ia akan mengeringkan minyak yang berlebihan.

Berhenti menggunakan produk-produk berkenaan jika anda mengalami alahan ataupun rasa gatal selepas penggunaan. Sila rujuk doktor ataupun pakar kulit.

Dan satu lagi, jangan pakai secara berlebih-lebihan. Ikuti dos yang dicadangkan pada arahan produk tersebut ataupun dari nasihat doktor. Penggunaan berlebihan boleh memberikan kesan yang jauh lebih teruk!

3. Menggunakan Tea Tree Oil

Kaedah ini mungkin mengambil masa untuk berkesan (lebih kurang 3 bulan), namun kajian membuktikan bahawa tea tree oil sangat berkesan untuk mengatasi masalah kulit seperti mana benzoyl peroxide dengan kesan sampingan yang kurang.

Cara-caranya adalah:

  • Celup putik kapas ke dalam larutan tea tree oil.
  • Sapukan pada permukaan kulit yang terkesan sekali sehari.

Jika anda mempunyai eczema ataupun masalah kulit yang lain, tea tree oil boleh memberikan kesan sampingan, oleh itu elakkan kaedah ini. Jangan menelan minyak ini kerana ia adalah toksin jika di ambil oleh badan.

4. Menggunakan Jus Lemon ataupun Perahan Limau

Lemon ataupun limau mengandungi asid alpha hydroxy yang tinggi, yang mana boleh exfoliate kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel baharu. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan penghasilan minyak yang berlebihan.

Cara-caranya adalah:

  • Celupkan putik kapas kepada jus lemon/perahan limau.
  • Sapukan pada permukaan kulit.
  • Biarkannya selama 15 hingga 20 minit.
  • Bilas muka dengan air bersih.

Amalkannya setiap hari untuk beberapa bulan sebelum masuk tidur.

5. Cuka Epal (Apple Cider Vinegar)

Cuka epal cider boleh berfungsi sebagai astringent dan secara tidak lansung boleh mengeluarkan minyak yang berlebihan dari kulit. Tambahan lagi, ia mempunyai sifat antiseptik dan anti bakteria untuk melawan pembentukan jerawat dan jeragat.

Cara-caranya adalah:

  • Campurkan satu sudu teh cuka ini dengan air ke dalam satu cawan.
  • Sapukan larutan ini pada muka yang terjejas dengan menggunakan putik kapas ataupun tisu.
  • Biarkannya selama 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam.

Amalkannya setiap hari ataupun beberapa kali setiap minggu sehingga mendapatkan hasil yang memuaskan.

6. Kayu Manis (Cinnamon)

Kayu manis boleh membantu anda mendapatkan kulit yang sihat. Apabila digunakan sebagai skrub, ia membantu mengurangkan masalah jeragat dan bintik-bintik hitam. Pada masa yang sama menyarankan penghasilan kolagen dan proses penyembuhan kulit.

Cara #1:

  • Campurkan satu sudu teh serbuk kayu manis dan tepung oat dengan kadar air yang sesuai sehingga ia membentuk satu pes.
  • Sapukan pada permukaan kulit dan biarkannya untuk 15 minit.
  • Bilas dengan air bersih.

Cara #2:

  • Campurkan satu sudu teh madu, gel aloe vera (lidah buaya) dan satu cubit serbuk kayu manis.
  • Sapukannya campuran tersebut pada permukaan muka dan biarkan selama 15 minit.
  • Bilas dengan air bersih.

Anda boleh mengamalkan salah satu cara yang dinyatakan di atas sebanyak dua atau tiga kali seminggu, sehingga anda mendapatkan hasil yang memuaskan.

Amaran: Sesetengah orang mempunyai alahan pada kayu manis, oleh itu anda perlu mencubanya dengan kadar yang sedikit terlebih dahulu untuk pastikan kulit anda tidak alah padanya. Sekiranya anda berasa gatal-gatal setelah mencubanya, berhenti menggunakan kaedah rawatan ini dengan serta-merta.

7. Berikan Masa untuk Ubat Berkesan

Walaupun anda diberikan jaminan oleh pengedar produk kecantikan bahawa anda boleh menghilangkan masalah kulit muka dalam masa yang singkat, anda perlu ingat bahawa ianya hanyalah sekadar pemanis mulut. Tiada produk yang begitu efektif sehingga anda boleh menjadi menawan semalaman.

Ia mungkin boleh mengambil 6-8 minggu untuk melihat sebarang perkembangan dan mungkin hingga 6 bulan untuk mendapatkan kulit muka yang sempurna. Oleh itu, anda perlu banyak bersabar dan teruskan usaha.

Langkah 2: Dapatkan Nasihat Pakar

tanya pakar kulit

Selain menggunakan remedi ataupun rawatan tradisional, adalah terbaik jika anda mendengar pandangan dari seorang yang memang mahir dan arif dalam bidang ini.

1. Ketahui Sebab Berlakunya Jeragat

Jeragat adalah kecil, berbintik yang terdapat pada muka dan wajah. Kebiasaannya orang yang mengalaminya turut mengalami jerawat. Dengan mengetahui sebab berlakunya jeragat ini boleh memberikan hint kepada kita cara untuk mengatasinya.

Perubahan hormon seperti semasa baligh, mengandung dan putus haid (menopause) boleh menjadi faktor berlakunya jeragat. Hampir 85% orang sekitar 12 hingga 24 tahun mengalami masalah jerawat dan jeragat. Pengambilan ubat-ubatan yang mengganggu hormon badan juga boleh menjadi faktor perkara ini.

Penghasilan sebum yang berlebihan turut menyumbang kepada perbentukan jeragat dan jerawat. Sebum adalah minyak yang dihasilkan oleh folikel pada kulit yang boleh menyebabkan jeragat, sekiranya ia terlalu banyak dan tidak dijaga dengan elok.

Faktor genetik juga memainkan peranan dalam hal ini. Bagi orang yang datang dari baka yang mengalami masalah jeragat dan jerawat juga turut boleh mengalami masalah yang sama.

Selain di atas, jeragat boleh juga disebabkan oleh perkara yang lain. Oleh itu, anda disarankan untuk menggunakan produk-produk dan remedi terlebih dahulu, dan jika tiada hasil berjumpalah dengan doktor pakar ataupun ahli dermatologi untuk keterangan lanjut.

2. Berbincang dengan Doktor

Anda boleh berbincang dengan doktor anda tentang penggunaan topical retinoids, iaitu sejenis bahan dari vitamin a dan boleh “unclog” pora anda. Secara tidak lansung boleh menghilangkan jeragat dan mengelaknya daripada berlaku lagi. Kesan sampingan termasuklah berasa gatal-gatal pada kulit.

Sesetengah produk krim kulit mengandungi retonoids, tetapi doktor anda boleh prescribe yang sesuai dengan keadaan anda.

3. Berjumpa dengan Pakar Kulit ataupun Dermatologi

Sekiranya masalah jeragat anda masih tidak hilang walaupun selepas penggunaan ubat-ubatan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dan berbincang dengan pakar kulit. Jika jeragat anda bertambah teruk sehingga membentuk bintik-bintik yang besar dan kemerah-merahan, anda perlu berjumpa dengan pakar kulit untuk mendapatkan rawatan.

Pakar kulit boleh mencadangkan beberapa kaedah rawatan yang tidak boleh didapati dari farmasi ataupun remedi. Antara kaedah itu termasuklah rawatan laser, kimia ataupun pembedahan, bergantung kepada tahap masalah jeragat tersebut.

4. Minta Pakar Kulit Melakukan Rawatan Fizikal

Sesetengah pakar kulit boleh mengeluarkan jeragat dan bintik-bintik hitam dengan menggunakan alat yang tertentu, dengan mengeluarkan bahan yang menyebabkan pora tersumbat.

Walaupun anda boleh melakukan kaedah ini di rumah, namun tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan masalah jeragat anda bertambah teruk dengan cara yang tidak terjaga dan penggunaan alatan yang tidak sesuai. Pada masa yang sama, ia juga boleh menyebabkan jangkitan kuman dan kemudian meninggalkan kesan parut yang berkekalan.

loading...

Langkah 3: Mengelak Masalah Jeragat Kembali

elak berlakunya jeragat

Setelah anda mengetahui cara-cara untuk menghilangkan jeragat, adalah terbaik anda juga mengetahui bagaimana untuk mengelakkan masalah ini kembali. Berikut adalah beberapa cadangan cara:

1. Basuh Muka

Anda dikehendaki membasuh muka anda dengan kerap menggunakan pembersih muka yang sesuai dengan kulit anda. Elakkan pembersih muka yang mengandungi bahan yang anda ada alahan.

2. Elak Penggunaan Sesetengah Produk

Sesetangah produk penjagaan kulit seperti astringents, masks, toner dan sabun exfoliating boleh menyebabkan kulit anda cenderung kepada masalah jeragat.

Dan produk penjagaan kulit yang mengandungi minyak juga agak tidak sesuai kepada kulit yang mengalami masalah jerawat. Kebanyakan produk kosmetik dan krim sunblock mungkin mengandungi minyak yang mana boleh menghalang pora, lantas menyebabkan jeragat.

Anda digalakkan untuk memilih produk yang menyatakan “oil-free,” “will not clog pores,” ataupun “noncomedogenic.”

Kemudian, hadkan penggunaan produk kosmetik dalam sesuatu masa. Penggunaan produk kecantikan yang berlebihan pada sesuatu masa boleh menyebabkan pora tersumbat.

3. Jauhi Perkara Berminyak dari Muka

Selain elakkan penggunaan produk kecantikan yang mengandungi minyak, anda juga boleh mengelakkan masalah jeragat dengan mengelakkan penggunaan produk rambut yang berminyak.

Tambahan lagi, hadkan menyentuh muka dengan jari tangan, kerana secara semula jadi jari kita mengandungi minyak dan bakteria. Perkara ini boleh menyebabkan masalah jeragat dan jerawat.

4. Jangan Pecahkan Jerawat ataupun Jeragat

Bagi sesetengah orang, amalan pecahkan jerawat dan jeragat merupakan suatu perkara yang sukar untuk dielakkan. Namun, pada hakikatnya perbuatan tersebut boleh menyebabkan masalah jeragat dan jerawat bertambah teruk. Bahkan boleh menyebabkan jangkitan kuman dan bakteria. Lantas melambatkan proses penyembuhan jeragat.

5. Menggunakan Blotting Paper

Anda boleh dapatkan blotting paper ataupun kertas penyerap minyak berlebihan di farmasi ataupun kedai-kedai kecatikan berhampiran anda. Jika anda mengalami masalah kulit berminyak yang ketara, penggunaan blotting paper boleh membantu menyerap minyak yang berlebihan tersebut tanpa mengakibatkan sebarang kesan sampingan.

6. Kurangkan Terdedah Pada Matahari

Terdedah kepada cahaya matahari terlalu kerap boleh menyebabkan kulit anda semakin berminyak. Selain itu sinaran uv dari cahaya matahari boleh menyebabkan kanser jika kita terdedah dengan kadar yang berlebihan tanpa krim sunblock.

7. Teruskan Rawatan Jeragat

Jika anda sembuh dari jeragat, anda digalakkan untuk meneruskan rawatan sebelum ini untuk memastikan ianya tidak berulang. Pakar kulit mencadangkan anda meneruskan rawatan dengan kadar yang berkala untuk mendapatkan kesan yang efektif. Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat!

Tips Tambahan

1. Bagi lelaki, bercukur dengan berhati-hati jika mengalami masalah jerawat. Lembutkan kulit dengan air suam dan shaving foam sebelum bercukur. Dinasihatkan menggunakan pisau cukur yang tajam untuk mengelakkan rasa sakit semasa bercukur nanti.

2. Jeragat boleh disebabkan oleh banyak faktor. Oleh itu, janganlah terlalu segan jika mengalaminya, hal ini kerana ramai lagi yang turut merasai.

3. Penjagaan kebersihan diri dan diet yang seimbang perlu dititik beratkan jika anda inginkan kulit yang cantik. Gunakan sabun yang sesuai semasa mandi dan mencuci muka. Amalkan diet yang mengandungi bahan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Amaran

Elakkan produk kecantikan yang mengandungi alkohol seperti astringents dan toners. Hal ini kerana bahan tersebut boleh menyebabkan masalah jeragat.

Jangan sesekali memecahkan jeragat dan jerawat dengan sendiri. Perkara ini boleh menyebabkan masalah bertambah teruk. Selain itu, boleh menyebabkan jangkitan kuman dan masalah parut pada kemudian hari.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, terdapat banyak cara yang anda boleh amalkan untuk menghilangkan jeragat. Apa yang penting adalah usaha untuk mengamalkannya.

Harap artikel petua hilangkan jeragat ini membantu anda untuk mendapatkan kulit yang bersih dan licin tanpa jeragat. Jika anda ingin bertanyakan soalan ataupun berkongsikan pengalaman anda menghilangkan jeragat, anda bolehlah berbuat demikian di bahagian komen di bawah.

Sekian~

5 Semua Maklum Balas

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here