Tidak kiralah anda lelaki mahupun perempuan, anda satu hari nanti akan merasakan rambut anda akan berkurangan dan akan gugur (hair loss). Perkara ini berlaku kerana beberapa sebab, mungkin anda sudah tua ataupun tidak mendapat nutrisi yang secukupnya.
Selain itu, faktor seperti menopause, mengandung, genetik, dan berpenyakit juga boleh menjadi punca rambut gugur.
Video di bawah ini menerangkan lebih lanjut tentang faktor-faktor berlakunya masalah keguguran rambut dan botak:
Terdapat beberapa cara komersial untuk mengembalikan rambut anda, ini adalah seperti penggunaan ubat Rogaine ataupun anda boleh melakukan pembedahan kulit kepala.
Namun, cara yang paling berkesan dan paling murah adalah dengan mencegahnya daripada berlaku, secara tradisi dan semula jadi.
Terdapat banyak cara untuk mencepatkan rambut anda tumbuh semula, dengan sihat tanpa melibatkan penggunaan bahan kimia secara langsung.
Dalam artikel petua rambut gugur ini, anda akan didedahkan dengan:
- Kaedah #1: Pengambilan Makanan Tambahan
- Kaedah #2: Rawatan Topikal
- Kaedah #3: Ubah Gaya Hidup
- Kaedah #4: Elak Daripada Merosakkan Rambut
- Kaedah #5: Amalkan Penjagaan Rambut Yang Betul
- Tips Tambahan
- Amaran
- Produk Cadangan
- Kesimpulan
Bersedia? Jom ketahui bagaimana anda boleh mengembalikan penampilan diri anda!
Kaedah #1: Ambil Makanan Tambahan
Sila ambil makanan tambahan ataupun supplement vitamin untuk menghalang rambut anda daripada gugur.
Selain memberikan kebaikan kepada sistem dalaman badan, pengambilan supplement yang mencukupi juga menunjukkan hasil yang memberansangkan kepada kesihatan rambut.
Pastikan anda mengambil beberapa vitamin yang dicadangkan di bawah ini:
Vitamin A:
Vitamin A merupakan satu anti-oksida yang membantu pembentukan sebum pada permukaan kulit kepala. Ubi kentang mempunyai banyak kandungan beta karotene yang mana tinggi kandungan vitamin A. Ia bukan sahaja membantu kulit kepala, malah membantu kesihatan rambut secara tidak langsung.
Omega-3:
Ambil omega-3, salah satu sumbernya adalah ikan, kuning telur, telur ikan dan susu.
Vitamin E:
Vitamin ini boleh membantu peredaran darah, dan perkara ini boleh membantu mengekalkan folikel rambut pada kulit kepala kekal sihat dan produktif.
Vitamin B:
Vitamin B boleh membantu badan anda menghasilkan melanin, iaitu satu bahan yang memberikan rambut warnanya. Selainitu, melanin juga boleh membantu peredaran darah.
Kaedah #2: Rawatan Topikal
Kaedah rawatan topikal merujuk kepada kaedah rawatan sapuan pada permukaan kulit. Memandangkan masalah keguguran rambut ini sangat berkait rapat dengan kulit, maka kaedah rawatan ini sangat berkesan merawat rambut gugur. Di sini kamu senaraikan 4 cara yang anda boleh guna:
1. Gunakan minyak pati dan urut kulit kepala
Urutan pada kulit kepala boleh membantu peredaran darah, dan mengekalkan folikel rambut dalam keadaan aktif dan sihat. Untuk menjadikan urutan anda lebih efektif, letakkan beberapa titik minyak ke atas kulit kepala anda.
Anda boleh menggunakan minyak bayi ataupun minyak zaitun untuk tujuan tersebut.
2. Gunakan Minyak Telur (eyova)
Minyak telur boleh digunakan untuk mengembalikan kesihatan rambut dan mengelakkan masalah rambut gugur. Berikut adalah cara-caranya:
- Urut kulit kepala dengan minyak telur dan biarkan semalaman.
- Syampu rambut dengan sepenuhnya pada keesokan harinya.
- Gunakan minyak telur sebanyak 2-3 kali seminggu, selama 12 minggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
- Penggunaan yang secara berterusan boleh mencegah daripada berlakunya masalah keguguran rambut.
3. Mengembailkan Kelembapan Kulit Kepala
Anda boleh berbuat demikian dengan menggunakan minyak panas. Anda digalakkan untuk menggunakan minyak zaitun untuk tujuan ini. Cara-caranya adalah:
- Panaskan minyak tersebut, namun jangan terlalu panas.
- Biarkan ia suam sedikit dan sapukannya pada kulit kepala.
- Anda boleh pakai shower cap, sekiranya ada. Namun jika tiada, biarkannya seperti biasa.
- Biarkannya selama sejam, kemudian bilas dengan air ataupun syampu.
4. Teh Hijau
Anda boleh menggunakan teh hijau untuk kulit kepala anda. Teh tersebut mengandungi anti-oksida yang mana boleh mengatasi masalah keguguran dan membantu pertumbuhan rambut.
Cara-caranya mudah sahaja, ikuti langkah berikut:
- Renehkan 2 beg teh hijau ke dalam satu cawan. Biarkan teh tersebut menjadi sejuk, dan kemudian sapukannya pada permukaan kulit kepala.
- Biarkan teh tersebut selama 1 jam.
- Bilas dengan air sepenuhnya.
Kaedah #3: Ubah Gaya Hidup
Selain itu, gaya hidup yang betul memainkan peranan kepada kesihatan dan kekuatan rambut. Pastikan anda mengikuti beberapa cadangan yang dinyatakan di bawah:
1. Makan Makanan Kaya Protein
Anda dinasihatkan agar makan makanan yang kaya dengan kadar protein. Antara sumber makanan yang anda boleh makan adalah daging, ikan, soya dan lain-lain. Selain itu, makanan yang disebut tadi juga mengandungi kadar vitamin B12 yang tinggi.
Salah satu kaedah yang paling berkesan untuk mengelak daripada berlakunya masalah rambut gugur adalah dengan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. Oleh itu, anda perlu memperbanyakkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Dapatkan zat besi yang secukupnya setiap hari. Zat besi merupakan mineral yang boleh mengekalkan kesihatan folikel (secara tidak langsung).
Pada masa yang sama, anda perlu pandai mengelak daripada memakan makanan yang boleh memudaratkan kulit kepala mahupun rambut. Antara makanan yang ada potensi untuk menyebabkan masalah keguguran rambut adalah pemanis tiruan dan aspartame, yang mana ada menunjukkan rekod menipiskan rambut.
2. Penjagaan Rambut Yang Betul
Menjaga rambut dengan betul memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah keguguran. Oleh itu, anda tidak digalakkan untuk memberus rambut ketika basah, elakkan menggosok rambut kering dengan tuala.
Sebaliknya, anda perlu membiarkannya kering dengan sendiri.
3. Kurangkan Tekanan Diri (Stress)
Salah satu faktor berlakunya masalah keguguran rambut adalah pada emosi seseorang itu. Orang yang kerap stress ataupun mempunyai tekanan diri, lebih cenderung untuk mengalami masalah keguguran.
Oleh itu, anda perlu pandai untuk mengatasi masalah ini sebelum anda menjadi botak sepanjang hayat. Anda boleh mencuba beberapa cadangan di bawah ini:
Senaman: Berjalan bersiar-siar, jogging, ataupun bersukan selama 30 hingga 60 minit sudah memadai untuk menghilangkan fikiran anda dari masalah yang menyebabkan tekanan tersebut.
Bercakap atau berinteraksi dengan seseorang: Anda boleh melegakan tekanan diri sekiranya anda berkongsikan masalah tersebut dengan orang yang terdekat, seperti ahli keluarga ataupun suami/isteri.
4. Elakkan Pemakaian Rambut Palsu
Ia mungkin merupakan satu cara penyelesaian kosmetik. Namun, ia juga boleh mempercepatkan proses keguguran rambut secara anda tidak sedar.
Kaedah #4: Elak Daripada Merosakkan Rambut
Selain menjaga kesihatan kulit kepala, anda juga perlu mengelakkan daripada merosakkannya. Berikut adalah beberapa cadangan cara untuk mengelakkan anda merosakkan rambut.
1. Hadkan Penggunaan Pengering Rambut
Hal ini kerana haba yang berlebihan boleh melemahkan protein rambut. Penggunaan yang kerap boleh menyebabkan kekuatan rambut berkurangan dan secara tidak langsung boleh membawa kepada keguguran.
Selain itu, alat-alat yang berunsurkan haba juga ada potensi untuk memberikan kesan yang sama, seperti contoh hot curlers, hot brushes dan alat penglurus rambut.
Anda sebaik-baiknya membiarkan rambut anda kering dengan sendiri tanpa sebarang bantuan.
2. Elakkan Penggunaan Dye Rambut
Dye rambut ataupun mewarnakan rambut mengandungi bahan kimia yang merbahaya kepada kulit kepala dan rambut pada jangka masa yang lama. Oleh itu, anda tidak digalakkan untuk mewarnakan rambut anda.
Namun, sekiranya anda sudah mewarnakan rambut dan ingin menghilangkannya, anda sebaik-baiknya menggunakan syampu yang berkualiti dan disusuli dengan conditioner.
Dan sekiranya rambut anda mula beruban, anda sebaik-baiknya membiarkannya dengan warna uban tersebut tanpa menggunakan sebarang bahan pewarna rambut.
3. Jangan Terlalu Kasar Dengan Rambut
Sesetengah gaya rambut memerlukan ikatan yang kuat dan sesetengah perlu rambut ditarik dengan tegang. Gaya rambut seperti itu sangat tidak digalakkan dan anda perlu berubah style rambut anda untuk mengelak daripada masalah keguguran.
Kaedah #5: Amalkan Penjagaan Rambut Yang Betul
Setelah anda mengetahui cara mengatasi rambut gugur, adalah baik sekiranya anda mengamalkan cara menjaga rambut dan kulit kepala dengan betul selepas ini. Berikut adalah beberapa yang anda sepatutnya amalkan:
1. Kerapkan Menggunakan Syampu Yang Sesuai
Menjaga kebersihan dan kesihatan kulit kepala boleh mengelakkan daripada masalah keguguran rambut. Hal ini kerana ia boleh menghilangkan kelemumur dan bakteria yang ada kemungkinan menyebabkan kulit kepala tidak sihat dan tidak kuat.
Anda perlu pandai memilih syampu yang sesuai dengan keadaan kulit kepala anda dan sesuai dengan jenis kulit. Setiap syampu tidak dihasilkan dengan tujuan yang sama, ada yang kearah menghilangkan kelemumur, ada yang dihasilkan untuk mengekalkan warna rambut dan lain-lain.
Oleh itu, anda perlu memilih syampu yang dihasilkan untuk mengatasi masalah keguguran. Syampu Bawang adalah salah satu jenama syampu untuk rambut gugur yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia.
2. Pandai Menilai Kandungan Syampu
Sesetengah bahan di dalam syampu boleh mengakibatkan masalah alahan dan membuatkan kulit kepala anda semakin teruk. Oleh itu, anda perlu mengelak daripada menggunakan syampu yang mengandungi bahan seperti sulfate dan/atau sulfonate.
Sebaliknya, pilihlah yang mengandungi Isethionate ataupun Glucoside. Ataupun, anda juga boleh menggunakan syampu yang 100% diperbuat daripada bahan semula jadi.
3. Gunakan Sikat Yang Sesuai
Cara anda menyikat rambut memainkan peranan yang penting dalam menuntukan kondisi rambut anda. Oleh itu, anda dinasihatkkan untuk menggunakan cara sikatan yang betul dan tidaknya menghentak keromo sahaja.
Anda boleh memulakan sikatan anda dari bawah ke atas, dan jangan terlalu kasar. Elakkan daripada menyikat rambut ketika ianya basah.
Tips Tambahan : Rawatan Rambut Gugur
1. Apabila anda menggunakan rawatan topikal (sila rujuk Kaedah #2 di atas), pastikan anda tidak menggunakannya semasa berdekatan dengan pakaian dan perabut. Hal ini kerana ia boleh meninggalkan bau yang tidak sedap untuk dibau.
2. Perlu dapatkan nasihat doktor. Ada kalanya masalah keguguran rambut adalah satu simptom penyakit yang lain. Oleh itu, sekiranya anda mengalami masalah keguguran rambut seperti berikut, anda perlu mendapatkan nasihat doktor dengan cepat:
- rambut gugur dengan satu corak yang tertentu
- rambut gugur dengan cepat pada awal 20-an
- rambut gugur dengan teruk
- berasa gatal pada permukaan kulit kepala
- kulit kepala berwarna merah
- sekiranya anda seorang perempuan dan mengalami masalah corak keguguran rambut seperti lelaki dan mengalami kitaran haid yang tidak menentu.
- anda mengalami peningkatan berat badan, mengalami kepenatan dan lemah badan
3. Ketahui Rawatan untuk lelaki. Faktor genetik adalah salah satu faktor keguguran rambut. Bagi lelaki, permulaan keguguran rambut bermula dengan pengurangan jumlah rambut pada kepala sehingga membentuk huruf “M”.
Terdapat dua medikasi yang doktor boleh bagi anda:
- Minoxidil (Rogaine): Satu larutan yang perlu disapu pada permukaan kulit kepala untuk
menguatkan folikel rambut - Finasteride (Propecia, Proscar) sejenis pil yang menghalang perbentukan hormon
testosterone yang boleh dikaitkan dengan masalah botak.
4. Ketahui rawatan untuk perempuan/wanita. Anggaran 1/3 wanita mengalami masalah keguguran. Dan 2/3 daripada wanita yang mengalami menopause mengalami masalah penipisan rambut.
Antara medikasi yang sering digunakan oleh wanita adalah:
- Minoxidil (Rogaine) : disapu pada kulit kepala dan sedikit urutan
- Supplement zat besi: diberikan kepada yang mempunyai latar belakang anemia ataupun
yang mengalami kadar pendarahan haid yang banyak.
5. Elakkan daripada terdedah dengan cahaya matahari secara berlebihan.
6. Elakkan styling gel rambut, kerana ia boleh merosakkan akar rambut.
7. Pengambilan antibiotik boleh menyumbangk kepada masalah botak, jadi elakkan daripada mendapat penyakit dengan menjaga kesihatan badan.
8. Manusia biasanya akan gugur rambut dengan kadar yang sedikit setiap hari. Oleh itu, jangan terlalu terkejut jika anda mengalami sedikit keguguran semasa tidur ataupun mandi.
9. Sekiranya anda mengandung, jangan terlalu bimbang dengan postpartum alopecia. Keguguran rambut ketika mengandung adalah perkara normal kerana terdapat perubahan hormon di dalam badan. Rambut yang gugur atas sebab mengandung biasanyan akan tumbuh kembali dalam masa beberapa bulan selepas bersalin.
10. Anda boleh pilih untuk menerima rawatan seperti Yun Nam Hair Care untuk menumbuh kembali akar rambut anda selepas keguguran.
Produk Cadangan Untuk Rambut Gugur – Toppik
Sponsored Masalah Rambut gugur bukan lagi masalah ringan yang dihadapi oleh golongan muda hari ini. Pemuda sekarang memang sibuk berkerja dari pagi sampai malam, overtime selalu sememangnya stress. Tekanan hidup yang tinggi menyebabkan rambut gugur di kalangan individu individu ini makin buruk dan meningkat.
Rambut gugur juga boleh disebabkan oleh faktor genetik keturunan. Jika ahli keluarga anda mempunyai sejarah rambut gugur, ada kemungkinan anda juga akan menghadapi masalah tersebut. Kini, hanya terdapat dua jenis ubat yang diiktiraf oleh sains yang dapat membantu rambut gugur. Pertamanya ialah minoxidil (rogaine) dan finasteride (propecia). Walaupun kedua dua ubat tersebut berkesan untuk sesetengah individu, tetapi mungkin terdapat kesan sampingan. Misalnya propecia akan menyebabkan kemandulan di kalangan lelaki.
Rambut gugur mendatangkan pelbagai jenis masalah mental dan psikologi kepada seseorang, misalnya rambut gugur akan menyebabkan seseorang kurang keyakinan diri. Tetapi semua ini sudah menjadi sejarah dengan Toppik!
Global hair solution, syarikat eksklusif untuk produk Toppik Hair Building Fiber di Amerika Syarikat telah membawa masuk Toppik Hair Building Fiber yang canggih ke Malaysia. Anda boleh melayari ToppikMalaysia.com untuk maklumat lanjut.
Toppik Hair Building Fiber terdiri daripada 99% keratin protein daripada bulu biri biri, sememangnya Halal dan keratin ini adalah secara sainsnya sama dengan rambut manusia yang tulen.
Apabila anda taruh Toppik ke atas kepala, serat toppik akan campur dengan rambut anda yang sedia ada melalui kuasa electro static dan menghasilkan rambut yang panjang, tebal dan bebas daripada rambut gugur. Lihat bagaimana produk Toppik ini digunakan berhasil dalam video di bawah:
Tidak perlu bersusah payah memakai rambut palsu, Toppik tidak dapat diperasan oleh sesiapa pun walaupun dilihat secara dekat. Toppik nampak sangat natural dan macam rambut sebenar.
Untuk keterangan lebih lanjut bagaimana Toppik berfungsi sila klik di sini!
Itu adalah slogan untuk produk Toppik. Toppik berupaya menyelesaikan masalah rambut gugur dalam masa beberapa saat sahaja. Petua ini sememangnya bijak untuk meningkatkan keyakinan diri individu-individu yang menghadapi masalah rambut gugur.
Toppik senang dicuci dan ditanggalkan dengan menggunakan disyampu. Pada masa yang sama, ia tidak akan melekat pada baju, anda boleh bersenam dengan Toppik dan ia tidak akan jatuh atau menjadi cair seperti air mengalir. Toppik kukuh pada rambut anda sepanjang hari anda menggunakannya.
Toppik datang dalam 3 saiz iaitu 12 gram, 27.5 gram dan 55 gram. Warna yang boleh dipilih adalah hitam, dark brown dan medium brown. Size kecil kalau digunakan setiap hari boleh tahan selama 1 bulan, sememangnya berbaloi!
Untuk sebarang pembelian, anda boleh layari ToppikMalaysia.com/Shop. Mereka melakukan penghantaran ke seluruh negeri dan menerima banyak bentuk pembayaran.
Sila Like Facebook Page Toppik Malaysia di bawah untuk kekal up-to-date dengan sebarang promosi produk.
Amaran!
Keguguran rambut sinonim dengan kadar kesihatan yang tidak memberansangkan, kadar nutrisi yang kurang. Oleh itu, dapatkan nasihat doktor sekiranya anda khuatiri dengan pemakanan diet anda.
Kesimpulan
Secara ringkasnya, masalah rambut gugur ini adalah perkara yang biasa berlaku kepada lelaki dan perempuan. Perkara ini boleh berlaku kepada orang yang kurang dari segi pengambilan nutrisinya setiap hari dan juga boleh berpuncakan daripada ketikseimbangan hormon.
Terdapat banyak petua rambut gugur yang boleh diamalkan (semuanya sudah dinyatakan di atas), oleh itu para pembaca bolehlah mengambil tindakan segera untuk memulihkan rambut yang gugur tersebut.
Kami harap artikel ini membantu anda, dan sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan ataupun cadangan petua sebagai tambahan kepada di atas, anda bolehlah berbuat demikian di bahagian komen di bawah.
Sekian~