Bagaimana Untuk Sapu Losyen Dengan Betul (5 Langkah)

sapu losyen dengan betul

Pemakaian losyen pada kulit merupakan amalan yang sangat baik! Terutama untuk menjaga kulit daripada kering, mengekalkan kelembutan dan sebagainya.

Dalam artikel ringkas kali ini akan menyenaraikan 5 langkah untuk sapu losyen dengan betul, serta beberapa teknik penjagaan kulit yang boleh diamalkan.

5 Langkah Sapu Losyen Dengan Betul

1. Pilih losyen yang anda suka atau yang sesuai dengan jenis kulit anda agar tidak mendatangkan kesan alahan. Sila baca artikel ini untuk ketahui lebih lanjut tentang jenis kulit dan artikel ini untuk mengetahui bagaimana cara terbaik untuk memilih produk losyen.

2. Picit losyen ke atas tapak tangan anda, jangan terlalu sedikit dan jangan terlalu banyak. Sebesar biji peas pun sudah cukup. Namun gunakan common sense anda untuk mendapatkan hasil yang lebih.

3. Letakkan tangan anda bersama (seperti anda ingin menepuk). Buat pergerakan bulatan, menggosok tangan anda seperti mana anda membasuh tangan.

Pastikan ianya menyeluruh, bahagian atas tangan, celah jari dan sebagainya. Gosok sehingga losyennya sudah hilang.

4. Bungkus kedua-dua tangan anda dengan tuala suam, sehingga habanya hilang.

5. Buka tuala, kemudian siap! Lakukan perkara ini sekali sehari, atau dua hari sekali bergantung kepada jenis losyen yang anda gunakan.

Info Tambahan

Sekiranya anda ingin menyapu losyen pada bahagian lain, selain pergelangan tangan, maka lakukan langkah 1 dan 2, kemudian sapu pada permukaan kulit yang anda mahu.

Tidak perlu gunakan tuala suam, sekiranya tidak mahu atau tidak sesuai dengan tempat.

Video Tambahan

Untuk maklumat lanjut dan demo, anda boleh lihat video di bawah (Youtube Nivea)

Kesimpulan

Secara ringkas, sapu losyen adalah perkara yang sangat senang dan tidak lebih daripada common sense untuk dilakukan.

Harap artikel ini membantu anda mendapatkan kulit yang anda mahukan, tidak kiralah kulit yang lebih lembut mahupun lebih cerah.

Sekian~

loading...

Beri maklum balas