Bagaimana Untuk Tentukan Jenis Kulit Kita? (5 Langkah Mudah)

tentukan jenis kulit

Semua orang mempunyai jenis kulit masing-masing. Jenis ini adalah ditentukan dengan bangsa dan genetik. Mungkin pada luaran dan pandangan kasar, kita akan nampak bahawa kulit semua orang akan sama sahaja, tetapi beberapa perbezaan.

Kenapa perlu tahu jenis kulit? Kerana untuk memudahkan kita mendapatkan produk kecantikan ataupun penjagaan kulit yang sesuai dengan kita. Sesetengah produk mungkin boleh memberikan kesan sampingan dan tindak balas allergik pada jenis kulit yang tidak serasi dengan kandungan yang terdapat di dalam produk tersebut.

Lantas dengan mengetahui jensi kulit, anda akan lebih mudah untuk mendapatkan kulit yang suci bersih. Cara-caranya mudah sahaja, pertama anda perlu:

1. Basuh Muka

 

Basuh muka anda dengan sempurna (boleh gunakan pencuci muka) dan kemudian keringkannya dengan tuala muka yang cuci. Buangkan kesan solekan. Ini boleh mengeluarkan semua kotoran dan kesan minyak yang terdapat pada permukaan wajah anda. Lantas menjadikannya kelihatan lebih natural.

Ingin mengetahui cara penjagaan kulit dengan baik? Baca di sini.

2. Biarkannya Selama Sejam

Setelah membasuh muka dengan baik, biarkannya selama sejam untuk memberikannya masa yang cukup kepada kulit muka kembali kepada situasi natural. Dalam keadaan inilah anda boleh memeriksa dan menentukan jenis kulit muka anda. Pada peringkat ini, anda tidak digalakkan untuk menyentuh muka anda dengan tangan.

3. Letakkan Lapisan Tisu Pada Muka

Kemudian, anda dikehendaki untuk meletakkan/menyapu permukaan kulit muka anda dengan tisu yang bersih. Tekankan pada kawasan dahi dan kawasan hidung anda – kerana kebiasaannya kawasan itu adalah kawasan yang paling terjejas. Kawasan tersebut juga dikenali sebagai T-Zone.

4. Tentukan Jenis Kulit

Biasanya, jenis kulit ini terbahagi kepada 4- normal, berminyak, kering, dan beberapa kombinasi antaranya.

Kulit Normal – tidak menunjukkan kesan berminyak ataupun mengelupas. Ia sepatutnya berasa licin dan lembut. Kalau kulit anda adalah normal, anggaplah anda seorang yang bertuah!

Kulit Berminyak – terdapat beberapa kesan berminyak pada permukaan tisu yang anda guna dalam Langkah #3 tadi. Ramai orang yang kulitnya berminyak. Biasanya orang yang mempunyai kulit seperti ini adalah kulit mereka mempunyai pora yang besar

Kulit Kering – kulit seperti ini akan terasa tegang dan ada menunjukkan kesan kulit bergelupas. Ia berkait dengan pora yang kecil pada kulit anda. Untuk kulit jenis ini, anda perlukan produk pelembap.

Kombinasi – jenis kulit seperti ini juga agak biasa dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia menggabungkan semua jenis-jenis kulit muka di atas. Mungkin mereka mempunyai kulit berminyak pada kawasan T-zone, manakala di kawasan pipi berjenis kulit kering dan tempat yang lain mempunyai jenis kulit yang normal.

loading...

5. Ketahui Masalah Yang Anda Bakal Hadapi

Kebiasaannya, terdapat dua kategori masalah yang anda akan hadapi jika anda tidak mempunyai jenis kulit yang normal. Secara ringkasnya:

i. Kulit Sensitif

Jika anda mempunyai kulit sensitif, kulit anda akan mudah teransang dan bertindak balas dengan sesuatu bahan ataupun produk kosmetik. Kulit sensitif biasanya akan kelihatan merah, gatal ataupun ruam terbentuk jika dikenakan dengan bahan yang ia boleh bertindak balas.

ii. Kulit Berjerawat

Jerawat bukan sahaja terikat dengan perubahan hormon pada zaman remaja, malah juga boleh berlaku kepada orang mempunyai kulit berminyak. Jika anda sering mendapat jerawat ataupun jeragat, adalah terbaik jika anda mendapatkan produk- produk jerawat yang terdapat di pasaran.

Baca bagaimana anda boleh menggunakan petua untuk menghilangkan jerawat di sini.

Video

Tips Tambahan

1. Banyakkan minum air. Kulit akan hasilkan minyak dengan lebih banyak jika ia tidak mendapat bekalan air yang mencukupi.

2. Kurangkan makanan yang berminyak kerana boleh memburukkan lagi keadaan.

3. Semasa akil baligh ataupun putus haid (menopause) boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan – mmeberikan kesan kepada kulit.

4. Keadaan kulit boleh disebabkan oleh pemakanan, gaya hidup, persekitaran, tahap tekanan diri, diet dan lain-lain. Oleh itu, anda perlulah mengubahnya jika kulit anda bertambah terruk.

5. Cuba exfoliate kulit anda. Ia boleh membuang sel-sel mati pada permukaan muka untuk mengelakkan daripada ianya tersumbat di dalam pora kulit.

6. Kerapkan cuci muka, namun jangan terlalu banyak.

Kesimpulan

Secara mudah, semua orang mempunyai jenis kulit mereka sendiri. Ramai yang mempunyai kulit yang normal dan ramai juga mengalami masalah dengan kulit mereka.

Oleh itu, janganlah terlalu segan ataupun berasa lemah diri kerana anda mengalami masalah jerawat ataupun kulit terlalu kering. Setiap masalah mempunyai cara penyelesaiannya, anda hanya perlu bagaimana untuk mengatasinya.

Harap artikel ini boleh membantu menentukan jenis kulit anda, dan memberikan hint kepada anda untuk menyelesaikan masalah kulit anda.

Ada soalan ataupun ingin kongsi pengalaman? Tinggalkan komen di bawah.

Sekian~

Loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here