23+ Cara-Cara Hilangkan Bau Badan (Body Odor)

cara hilangkan bau badan

Semua orang yang mempunyai masalah bau badan (body odor) berada bimbang ataupun kurang selesa jika bersama orang awam. Apa tidaknya, badan yang berbau boleh mengganggu ketenteraman orang yang berdekatan dan perkara ini boleh memberikan pandangan yang negatif kepada anda.

Terdapat beberapa cara menghilangkan bau badan dengan cepat, berkesan dan mudah.

Ini adalah senarai kandungan artikel ini:

  • Kaedah #1: Hilangkan Bau Secepat Yang Mungkin
  • Keadah #2: Amalkan Kebersihan Diri yang Baik
  • Kaedah #3: Ubah Gaya Hidup
  • 9 Tips Tambahan Untuk Menghilangkan Bau Badan
  • Kesimpulan

Harap membantu dan teruskan membaca.

Kaedah #1: Hilangkan Bau Secepat Yang Mungkin

Kaedah ini ditujukan kepada sesiapa yang ingin menghilangkan bau badan secepat yang mungkin dalam cara hilangkan bau badanjangka masa yang singkat. Berikut adalah 10 cara yang anda boleh ikuti.

1. Mandi

Sekiranya anda mendapati badan anda mula berbau, adalah terbaik sekiranya anda mandi dalam masa yang terdekat. Bau badan terhasil oleh bakteria yang mengeluarkan bau yang kurang enak, jadi dengan mandi boleh menghilangkan bau tersebut dengan cepat.

Namun, anda digalakkan untuk menggunakan sabun yang sesuai semasa mandi, bukannya sekadar membasahkan badan seperti mandi kerbau.

Gunakanlah sabun yang mempunyai aroma dan wangi-wangian, agar bukan sahaja menghilangkan bau badan anda, malah mengharumkannya.

Apabila anda mandi, fokuskan pada bahagian ketiak dan kaki, kerana itu adalah dua anggota badan yang kuatmemberikan bau badan.

2. Sapu Ubat Anti Perpeluhan (Antiperspirants)

Antiperspirants adalah satu campuran bahan kimia yang boleh menghalang pengeluaran peluh, yang mana boleh membantu mengurangkan bau pada badan.

Kebanyakannya pada hari ini boleh bertahan sepanjang hari, tetapi anda perlu menyapunya dengan kerap, terutamanya semasa bersenam ataupun melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh dengan banyak.

Antiperspirant tidak seperti deodoran kerana ia menghalang perpeluhan, di mana deodoran pula menghalang bau.

Terdapat desas-desus menyatakan bahawa antiperspirant ini boleh menyebabkan kanser payu dara ataupun Alzheimer kerana mengandungi bahan seperti aluminum. Namun, tiada bukti yang kukuh atas tuduhan ini.

3. Gunakan Deodoran

Berpeluh adalah perkara yang biasa dialami oleh semua orang. Berpeluh boleh mengeluarkan lebihan bahan yang tidak diperlukan oleh badan, oleh itu berpeluh bukanlah satu perkara yang buruk.

Namun, pada masa yang sama, berpeluh boleh menyebabkan bau. Perkara ini boleh diatasi dengan pemakaian deodoran badan. Ia hanya akan menghilangkan bau badan, tetapi tidak menghalang badan kita daripada berpeluh.

Sesetengah deodoran boleh bertahan selama 12 jam (berkualiti dan agak mahal sedikit) dan ada juga yang tidak. Jadi pilihlah yang mana sesuai dengan situasi anda.

4. Guna Campuran Hydrogen Peroksida

Sekiranya anda tidak memiliki sebarang antiperspirant ataupun deodoran, anda boleh menggunakan kaedah remedi, menggunakan hydrogen peroksida. Campurkan satu sudu teh hydrogen peroksida dengan satu cawan air.

Kacau sehingga sebati dan kemudian rendamkan kain kedalam larutan tersebut. Sapukan kain basahan tersebut pada anggota badan anda yang berbau (ketiak dan kaki).

5. Menggunakan Sabun Tangan

Jika anda dalam keadaan terdesak, dan dan perlu menghilangkan bau badan secepat yang mungkin, and bolehmenggunakan pencuci tangan (seperti yang disediakan dalam tandas).

Cara-caranya adalah, letakkan sabun pencuci tangan (jumlah yang sesuai) di atas tangan anda. Kemudian sapukannya pada bahagian ketiak. Sabun pencuci tersebut boleh menghalang perbentukan bakteria yang menyebabkan bau badan.

6. Gunakan Kertas Minyak Blotting

Jika anda berpeluh dengan banyak dan takut sekiranya ia akan memenyebabkan bau badan, anda boleh menggunkan kertas minyak blotting untuk menghilangkan peluh tersebut.

Kertas ini sangat berkesan dalam menyerap kelembapan, jadi sapukan kertas ini pada bahagian yang berpeluh danmungkin akan akan menyebabkan bau.

7. Gunakan Batu Alum

Alum merupakan satu jenis mineral yang mempunyai kelebihan untuk melawan perbentukan bakteria. Untuk menggunakan batu alum, kesatkannya pada bahagian ketiak seperti mana anda menggunakan deodoran.

Jika anda berpeluh, anda digalakkan untuk membasuh batu tersebut selepas menggunakannya.

8. Gunakan Lumpur Pada Bahagian yang Paling Terjejas

Sekiranya anda dalam keadaan terdesak dan memerlukan sesuatu yang boleh menghilangkan bau badan anda, namun tiada akses untuk mendapatkannya (sebagai contoh anda berada dalam hutan), anda boleh mencuba menyapu lumpur. Sapukannya pada ketiak dan kaki, ataupun mana-mana bahagian yang perlu kemudian biarkannya kering.

Selepas itu, basuhkannya. Kaedah ini adalah untuk menghilang dan menanggalkan sel kulit yang mati dan kesan peluh yang lama. Semua ini adalah faktor berlakunya masalah bau badan.

9. Gunakan Cuka

Jika anda lebih suka menggunakan rawatan atau cara alternatif, anda boleh menggunakan cuka untuk menghilangkan masalah bau badan. Cuka mempunyai bahan antiseptik yang boleh membunuh kuman ataupun kulat (fungi) pada anggota yang terjejas.

Tuangkan sedikit cuka keatas kain dan sapukannya pada ketiak ataupun kaki.

10. Gunakan Jus Lemon

Jus lemon ataupun jus limau mempunyai sifat anti bakteria semula jadi. Oleh kerana itu, ia boleh dijadikan satukaedah untuk menghilangkan bau badan dengan cepat. Sapukan jus pada ketiak ataupun kaki.

Anda boleh juga boleh menuangkan sedikit jus ke atas kain dan kemudian sapu, ataupun menggunakan potongan buah lemon/limau secara terus ke atas tempat yang terjejas.

Namun, anda perlu berhati-hati kerana limau mempunyai kadar asid yang agak tinggi dan mungkin memberikan kesan kepada sesiapa yang mempunyai kulit yang sensitif.

Anda boleh mengurangkan tahap keasidan limau tersebut dengan mencampurkannya dengan air yang bersih.

Keadah 2: Amalkan Kebersihan Diri yang Baik

Kaedah ini pula khas untuk menghilangkan bau badan dalam jangka masa yang panjang. Jadi, anda perlu mengamalkan 5 perkara berikut setiap hari.

1. Kerapkan Mandi

Seperti mana yang dinyatakan di atas, mandi boleh menghilangkan bau badan anda dengan cepat. Cuma anda perlu memastikan bahawa anda mandi setiap hari. Dengan ini boleh membantu membersihkan badan dan kekal segar setiap hari.

Anda digalakkan untuk menggunakan sabun yang sesuai dan boleh memberikan haruman kepada badan. Pada masa yang sama sabun yang boleh membunuh kuman pada badan, kerana bau tersebut datangnya dari kuman dan bakteria.

2. Pastikan Kulit Sentiasa Kering

Kuman akan membiak pada tempat yang lembab, suhu yang optimum, makanan, pH yang sesuai dan kadar garam (sodium) yang sesuai. Semua perkara tersebut terdapat pada kulit yang lembab.

Oleh sebab itu, anda perlu memastikan bahawa kulit anda sentiasa kering.Gunakan tuala ataupun kain yang sesuai untuk menyapu peluh tersebut sehingga kering.

Selepas mandi, anda boleh menyapu bedak ataupun talkum pada bahagian yang menyebabkan bau badan.

3. Cukur Ketiak

Perkara ini boleh dilakukan oleb kedua-dua jantina, walaupun perkara ini biasanya dilakukan oleh kaum wanita.

Dengan mencukur bulu ketiak, boleh mengurangkan kadar bau badan yang anda ada kerana bulu boleh menyerap bau dengan mudah. Sekiranya anda mempunyai bulu yang sedikit, maka semakin sedikit bau yang boleh di diserap.

Sebelum mencukur, pastikan pisau cukur anda bersih dengam mencucinya dengan anti septik ataupun apa-apa bahan lain yang anda rasa sesuai.

4. Pakai Pakaian Fabrik

Terdapat beberapa bahan sintetik yang tidak boleh menyerap kelembapan dan tidak mempunyai pengudaraan yang baik seperti polister.

Jika anda mempunyai masalah bau badan, anda digalakkan memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas, bulu ataupun sutera. Hal ini kerana ia boleh menyerap kelembapan dengan baik dan pengudaraan yang mencukupi. Dengan ini, anda akan tidak akan mudah berpeluh dan sekiranya berpeluh, akan mudah diserap oleh pakaian anda.

Anda juga boleh memakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas (sekiranya anda lebih selesa memakai kainsintetik). Perkara ini juga boleh diamalkan.

5. Kerapkan Membasuh Baju dan Pakaian

Seperti mana yang dinyatakan diatas, bau badan boleh menyerap masuk kedalam pakaian. Sekiranya anda berpeluhdengan banyak dan pakaian itu berkemungkinan besar untuk berbau busuk pada keesokan harinya.

Oleh itu, kerapkan membasuh pakaian anda setelah memakainya.

Kaedah 3 : Ubah Gaya Hidup

Gaya hidup seseorang sangat memberikan kesan kepada kesihatan dan penampilan kita. Ini juga termasuklah kesan bau badan kita. Oleh itu, dengan memilih gaya hidup yang tepat, anda mungkin dapat menghilangkan bau badan tersebut.

Ikutilah 8 langkah berikut.

1. Amalkan Pemakanan yang Sihat dan Seimbang

Apa yang anda makan boleh memberikan kesan kepada bau badan anda. Jika anda mengalami masalah bau badan, anda digalakkan untuk mengubah gaya pemakanan anda. Senarai makanan dibawah mungkin boleh membantu.

Makanan yang perlu dielak :

  • Danging merah
  • Bawang putih dan bawang merah
  • Makanan yang pedas seperti cili
  • Makanan yang diproses
  • Minuman yang berkafein seperti teh dan kopi

Makanan yang digalakkan untuk diambil :

  • Sayur-sayuran
  • Kacang
  • Minyak zaitun
  • Buah-buahan

2. Jaga Kesihatan Usus

Sesetengah masalah bau badan disebabkan oleh usus yang tidak sihat. Usus anda mungkin tidak dapat mencerna sepenuhnya sesetengah bahan makanan yang mana boleh memberikan bau badan.

Antara cara-cara meningkatkan kesihatan usus adalah:

  • Mengambil supplemen tambahan
  • Mengambil cuka sebagai bantuan kepada enzim pencernaan badan

3. Mengambil Supplemen Klorofil

Supplemen klorofil boleh dianggap sebagai satu deodoran semula jadi. Ia boleh menghilangkan bau pada badan anda sepanjang hari.

4. Kurangkan Tekanan Diri

Tekanan diri ataupun stres boleh merangsang kelenjar apokrin. Satu kelenjar yang menyebabkan bau badan.

Ini membawa maksud sekiranya anda dalam keadaan risau/rimas ataupun marah dalam keadaan tertekan, badan anda boleh mengeluarkan bau yang kurang selesa.

Oleh itu, anda perlu melakukan aktiviti yang boleh menghilangkan tekanan tersebut. Sebagai contoh bersenam, berbual dengan rakan ataupun apa-apa perbuatan yang boleh mengembirakan anda.

Pilihlah perkara yang anda suka lakukan dan pada masa yang sama boleh memberikan kebaikan kepada anda. Kami ada mengeluarkan satu post yang berkaitan dengan mengawal tekanan diri ataupun stress, anda boleh membacanya di sini.

5. Cuba Detox

Mencuci badan anda, terutamanya jika bau badan anda berpunca dari usus ataupun makanan yang anda makan. Dengan detox, ia boleh mengurangkan bau badan anda.

Terdapat pelbagai cara untuk detox badan anda, jadi anda dinasihatkan supaya mendapatkan pendangan doktor dalam memilih detox yang sesuai dengan badan dan tahap kesihatan badan anda.

6. Kekal Hidrat Air

Meminum air yang mencukupi sepanjang hari boleh membantu badan anda mengeluarkan semua toksid dan bahan yang tidak diperlukan oleh badan.

Perkara ini boleh memberikan kesihatan yang lebih baik kepada usus. Lantas, menjadikan badan anda kurang berbau.

7. Kerapkan Bersenam

Anda mungkin merasakan perkara ini bercanggah, namun percayalah bahawa dengan bersenam anda boleh mengurangkan bau badan dalam jangka masa yang lama.

Bersenam boleh menyahtoksinkan badan anda dari elemen-elemen yang boleh menyebabkan bau badan.

Namun begitu, pastikan anda mandi selepas melakukan aktiviti fizikal dan membasuh pakaian anda, seperti mana yang dinyatakan diatas.

8. Rujuk Doktor Pakar Sekiranya Berlarutan

Jika anda sudah mengikuti semua langkah-langkah diatas namun tiada hasil, anda mungkin mempunyai masalah yang melibatkan medikal. Anda dinasihatkan agar merujuk doktor pakar ataupun ahli dermatologi untuk membincang akan perkara ini.

Anda mungkin akan didiagnos dengan Bromhidrosis, iaitu satu kondisi yang menyebabkan seseorang mempunyai bau badan yang kuat.

loading...

9 Tips Tambahan Untuk Menghilangkan Bau Badan

Berikut adalah sedikit petua tambahan dalam menghilangkan bau badan terutamanya pada bahagian ketiak dan kaki.

  1. Sekiranya anda mengalami masalah kaki berbau, anda digalakkan untuk memakai stoking yang diperbuat daripada kapas. Hal ini kerana ia boleh menyerap kelembapan dan cepat kering. Tukar stoking setiap hari, jangan memakainya untuk dua hari berturut-turut.
  2. Kerapkan tukar cadar anda, dan gunakan cadar yang berwarna putih kerana ia mudah untuk dilunturkan.
  3. Sentiasa membawa tisu muka ataupun baby swipes. Hal ini kerana ia boleh menyegarkan badan anda. Anda hanya perlu membasahkannya ataupun menuang sedikit sabun dan lap pada bahagian yang menyebabkan bau badan. Selain itu, tisu juga senang untuk dibawa kemana sahaja.
  4. Jika anda sedang mengambil perubatan ataupun ubat dari doktor anda, sila rujuk mereka. Hal ini kerana sesetengah ubat boleh menyebabkan bau badan, berpeluh dan sebagainya.
  5. Jangan menggunakan pelbagai sabun, deodoran dan minyak wangi sekali gus. Hal ini kerana wangi-wangian yang terlampau banyak akan menyebabkan bau yang kurang enak dan boleh memeningkan seseorang.
  6. Sapukan bedak pada bahagian ketiak baju. Pada masa yang sama, sapukannya juga pada ketiak anda selepas memakai deodoran.
  7. Rendamkan kaki anda dalam larutan garam. Kekerapan melakukan amalan ini boleh mengurangkan bau pada kaki. Larutan garam boleh membunuh kuman-kuman yang berada di kaki anda, lantas menghilangkan bau pada kaki.
  8. Bersihkan ketiak selepas mencukur. Anda juga boleh menggunakan larutan alkohol ataupun peroksida untuk tujuan ini.
  9. Jika anda seorang perokok dan tidak mahu berhenti, sila bertukar ke rokok elektronik, yang mana hanya mengeluarkan gas air.

Kesimpulan

Terdapat banyak cara untuk menghilangkan bau badan. Semua senarai diatas telah diuji dan mendapat respon yang baik daripada semua orang mencubanya.

Sekiranya anda mengalami sebarang masalah yang berkaitan ataupun cadangan, silalah meninggalkan komen di bawah.

Jika anda mendapat manfaat daripada entri ini, silalah share dengan ahli keluarga dan kawan-kawan, agar merelajuga mendapat sesuatu yang baik.

Sekian~

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here