7 Perkara Yang Harus Anda Ketahui Mengenai Matcha

Matcha, sejenis teh hijau ini tengah hangat trending sekarang, malah anda boleh dapatknya disupermarket. Sekiranya anda ingin tahu tentang matcha, berikut adalah lebih lanjut mengenai apa itu matcha dan apa khasiatnya.

Matcha adalah Sejenis Teh Hijau

Matcha dari segi bahasa bermaksud “teh serbuk.” Apabila anda memesan teh hijau yang biasa, daun teh itu dimasukkan ke dalam air panas, kemudian daunnya dibuang. Manakala matcha, anda meminum daun teh hijau tersebut, yang telah di kisar halus dan dijadikan larutan. Secara tradisionalya, matcha ini dicampur dengan tiga cawan air panas, dan ditumbuk sehingga berbuih.

Tidak seperti teh hijau tradisional, penyediaan matcha meliputi menutupi tanaman teh dengan kain pelindung sebelum mereka dituai. Ini mencetuskan pertumbuhan daun dengan rasa dan tekstur yang lebih baik. Daun dipilih dengan tangan, dikukus sebentar untuk menghentikan fermentasi, kemudian dikeringkan dan disimpan dalam peti sejuk, yang menguatkan rasa. Daun kering kemudian digiling batu menjadi serbuk halus.

Faedah dan Khasiat Matcha

Kerana matcha dibuat dari teh yang berkualiti tinggi, dan seluruh daunnya dicerna, sumber nutrien dari matcha lebih kuat daripada teh hijau biasa. Selain mempunyai vitamin dan mineral, matcha kaya dengan antioksidan yang disebut polifenol, yang boleh melindungi anda daripada penyakit jantung dan kanker, mengawal kadar gula dalam darah, kurangkan tekanan darah, dan anti-penuaan yang lebih baik. Selain itu, kajian mendapati polifenol ini boleh meningkatkan metabolisme, dan memperlambat atau menghentikan pertumbuhan sel-sel barah.

Ia Mengandungi Kafein

Oleh kerana anda memakan daun matcha, anda mungkin mendapat kafein tiga kali lebih banyak daripada secawan teh biasa, kira-kira jumlahnya sama dengan secawan kopi. Sekiranya anda penggemar kopi dan mahukan kelainan, anda boleh cuba teh matcha. Namun, disarankan agar pengambilan kopi atau matcha adalah sekurang-kurangnya enam jam sebelum tidur.

Serbuk boleh dipermanis, dan kualitinya berbeza-beza

Rasa matcha memang kuat. Sebilangan orang menggambarkannya seperti rumput atau bayam, dan ia mempunyai rasa umami. Oleh kerana itu, ia mungkin dipermaniskan untuk meningkatkan rasa. Anda boleh minum matcha tradisional, iaitu daun teh sahaja tanpa campuran, atau dapatkan dalam bentuk serbuk yang telah diproses dan dijual – biasanya 3-in-1 yang mengandungi gula dan susu tepung.

Mengikut peminat tegar, mereka tidak akan beli teh matcha 3-in-1 ini kerana bagi mereka, daun teh yang digunakan tidak berkualiti sepertimana yang tulen. Tapi bagi kebanyakan orang, dapat rasa matcha sudah memadai.

Pencemaran Plumbum Perlu Ambil Perhatian

Walaupun teh hijau yang tanam secara organik, ia tetap tidak elakkannya daripada mengandung timbal (lead), yang diserap oleh tanaman dari alam sekitar, terutama teh yang ditanam di China. Apabila teh hijau tradisional direndam, kira-kira 90% plumbum kekal di dalam daun. Dengan matcha, kerana seluruh daun dimakan, anda akan memakan lebih banyak timbal. Menurut ConsumerLab.com, mereka menganggarkan bahawa secawan matcha mungkin mengandungi sebanyak 30 kali lebih banyak timbal daripada secawan teh hijau biasa. Oleh itu, mereka mengesyorkan minum tidak lebih dari satu cawan setiap hari, dan tidak memberikannya kepada anak-anak.

Matcha boleh dimasukkan ke dalam makanan

Matcha boleh dijadikan ramuan dalam masakan dan hidangan manis. Sekiranya anda cari resipi matcha di Google, anda akan dapati semuanya adalah muffin matcha, brownies, dan puding, hingga sup matcha, tumis, dan macam-macam lagi.

Matcha Senang Dibeli

Sekarang, matcha senang dibeli di mana-mana sahaja. Pelbagai jenama, harga, dan kualiti boleh dipilih. Anda boleh dapatkan matcha tidak kira yang original mahupun yang 3-in-1 dari Lazada atau Shopee. Klik link di bawah untuk melihat katalog produk-produk matcha.

Kesimpulan Tentang Matcha

Secara ringkas, matcha adalah salah satu minuman yang tengah hangat sekarang, kerana rasanya yang enak ditambah dengan khasiat yang menarik. Penggemar kopi juga boleh menikmatinya kerana ia mengandungi kafein. Walaupun begitu, pengambilan matcha haruslah secara sederhana.

Photo by Lex Sirikiat on Unsplash