8 Makanan Yang Mengandungi Vitamin C Lebih Tinggi Daripada Buah Oren

Apabila membicara tentang vitamin C, kebanyakan kita akan terlintas buah oren, betul?

Tetapi percaya atau tidak, banyak lagi buah/sayuran yang mengandungi lebih banyak kandungan vitamin C daripada buah oren.

Artikel ini menyenaraikan 8 buah dan sayuran lain yang banyak mengandung vitamin C.

1. Lada

Setengah cawan lada cincang atau dipotong dadu mengandungi 107.8 mg vitamin C.

Tambahan lagi, para penyelidik dari University of Buffalo mendapati bahawa capsaicin, bahan yang memberikan rasa pedas, dapat membantu melegakan sakit sendi dan otot.

2. Lada Loceng Merah

Secawan lada merah yang dicincang mengandungi hampir tiga kali lebih banyak vitamin C daripada oren – 190 mg.

Lada merah juga merupakan sumber vitamin A yang baik, yang meningkatkan kesihatan mata.

3. Lada Loceng Hijau

Secawan lada hijau yang dicincang mengandungi lebih sedikit vitamin C daripada lada merah, tetapi pada kadar 120 mg, ia masih 200% daripada kadar pengambilan harian yang disyorkan.

Lada loceng hijau juga merupakan sumber serat yang banyak.

4. Kale / Kangkung

satu cawan kangkung mengandungi 80.4 mg vitamin C. Ia juga membekalkan mineral dan asid lemak yang berguna.

5. Brokoli

Sayuran ini membekalkan 132 mg vitamin C serta serat untuk satu hidanga. Selain itu, kajian menunjukkan bahawa brokoli boleh mencegah kanser.

6. Betik

Kajian mendapati bahawa buah betik dapat membersihkan sinus anda, mencerahkan kulit anda, dan menguatkan tulang. Satu potong betik mengandungi 88.3 mg vitamin C.

7. Nanas

Nans mengandungi 78.9 mg vitamin C. Pada masa yang sama, mengandungi bromelain, enzim pencernaan yang membantu memecah makanan dan mengurangkan kembung. Bromelain juga bertindak sebagai anti-radang semula jadi yang dapat membantu anda pulih lebih cepat setelah bersenam.

8. Mangga

Mangga mempunyai 122.3 mg vitamin C. Mangga juga merupakan sumber vitamin A yang bagus, yang memainkan peranan penting dalam sistem tubuh dan juga menjaga kesihatan mata anda.

Image by Squirrel_photos from Pixabay