9 Cara-Cara Cepat Tinggi Yang Anda Tidak Tahu

Ketinggian anda ditentukan oleh genetik dan keadaan persekitaran. Faktor-faktor tersebut adalah sesuatu yang luar kawalan anda. Namun begitu, tidak bermakna anda tiada sebarang pilihan untuk mengubahnya, walaupun sedikit.

Setelah anda mencapai tahap umur yang optimum, badan dan ketinggian anda akan kekal. Sebelum proses itu berhenti, anda masih mempunyai harapan untuk meningkat ketinggian badan anda!

Berikut adalah beberapa petua yang anda boleh ikuti:

1. Fahami Hakikat Genetik Diri Anda

Ketinggian seseorang adalah sifat poligenik, yang membawa maksud ianya dipengaruhi oleh beberapa genes. Mempunyai kedua-dua ibu bapa yang rendah tidak membawa maksud anda akan rendah, sama juga dalam keadaan ibu bapa yang tinggi tidak membawa maksud akan menjadi tinggi.

Namun begitu, jika adik beradik kepada ibu bapa anda juga rendah, anda akan mempunyai peratusan yang tinggi untuk menjadi rendah. Jangan berasa rendah diri. Anda masih belum mengetahui sejauh mana anda akan membesar. Kebiasaannya kita akan berhenti membesar (capai tumbesaran optimum) pada pertengahan umur 20-an.

Kira anggaran ketinggian anda. Percaya atau tidak, anda boleh membuat anggaran sejauh mana badan anda boleh membesar, berdasarkan ketinggian kedua-dua ibu bapa anda.

  1. Campurkan ketinggian kedua-dua ibu bapa anda.
  2. Tambah 13cm (jika anda lelaki) atau tolak 13cm (jika anda perempuan).
  3. Bahagikan jumlah tersebut dengan nombor 2.
  4. Jawapannya adalah anggaran ketinggian anda, +/- 10cm. Nikai tersebut adalah anggaran kasar.

2. Elakkan Perkara yang Boleh Membantut Ketinggian

Anda mungkin tidak mempunyai cara ataupun kaedah yang banyak untuk meningkatkan ketinggian, tetapi anda boleh mengelak daripada perkara-perkara yang boleh membantutkan pembesaran. Ubat-ubatan boleh melambatkan proses pembesaran, jika ia diambil pada lingkungan umur kanak-kanak.

Perkara ini boleh menyebabkan ketinggian kanak-kanak tersebut terbantut dan tidak dapat mencapai tahap yang sepatutnya.

Adakah pengambilan kafein (kopi/teh) membantut tumbesaran? Kajian saintifik membuktikan bahawa pengambilan minuman berkafein tidak memberikan kesan kepada pembesaran.

Namun, pengambilan bahan ini boleh mengganggu masa tidur seseorang. Kanak-kanak memerlukan 9 1/2 jam tidur seharian, dan kafein boleh menyebabkan kesukaran kepada mereka untuk tidur. Lantas mengganggu proses pembesaran mereka.

Adakah merokok boleh menjejaskan tumbesaran? Menurut Sumber Kesihatan Internet Universiti Columbia: “Setakat ini, kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang merokok, ataupun terdedah dengan asap rokok lebih rendah berbanding dengan kanak-kanak yang tidak merokok ataupun anak kepada bukan perokok.

Adakah steroid membantut pembesaran? Ya, betul. Pengambilan steroid boleh memberikan kesan kepada perkembangan tulang kanak-kanak dan remaja. Selain itu, bahan tersebut juga boleh mengurangkan kadar air mani, meningkatkan tekanan darah dan meningkatkan risiko sakit jantung.

Kanak-kanak ataupun remaja yang mengalami masalah lelah dan menggunakan inhaler (mengandungi jumlah steroid yang sedikit) didapati lebih rendah (lebih kurang setengah inci) berbanding kanak-kanak yang tidak dirawat menggunakan inhaler.

3. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi

Kajian mendapati bahawa kanak-kanak dan remaja memerlukan jangka masa tidur antara 8.5 hingga 11 jam setiap hari. Hal ini kerana badan kita akan mengalami tumbesaran dan membaiki sel/tisu semasa kita tidur. Pastikan anda tidu dalam keadaan yang selesa, dan pastikan anda mengelak daripada suasana yang boleh mengganggu tidur anda. Seperti bunyi-bunyian ataupun pencahayaan yang tidak patut.

Sekiranya anda mengalami masalah tidur, cuba mandi dengan air yang suam ataupun minum teh/susu coklat sebelun tidur.

Hormon pembesaran manusia ataupun human growth hormone (HGH) dihasilkan secara semula jadi oleh badan kita, kebiasaannya pada waktu kita tidur nyenyak. Oleh itu, dengan mendapatkan tidur yang baik boleh meransang penghasilan hormon tersebut. Secara tidak lansung membantu pertumbuhan diri.

Hormon HGH boleh disuntik kedalam saluran darah dibawah saranan doktor yang bertauliah. HGH yang dalam bentuk krim, serbuk, pil ataupun suntikan yang tidak iktiraf boleh meninggalkan kesan sampingan yang teruk. Berbincang dengan doktor anda terlwbih dahulu sebelum mendapatkan rawatan HGH.

4. Amalkan Pemakan Yang Tepat

Pastikan anda mendapat kadar vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan untuk membesar dengan optimum. Ambil pil tambahan (supplement) setiap hari pada waktu sarapan, dan cuba tambah beberapa nutrisi ke dalam diet harian anda. Berikut adalah beberapa cadangan:

1. Pastikan anda mengambil kadar karbohidrat dan kalori yang optimum, kerana badan anda memerlukan tenaga yang mencukupi untuk membesar.

2. Tambah pengambilan kalsium (produk tenusu dan sayur-sayuran hijau). Kalsium membantu perkembangan tulang, dan boleh mengelakkan osteoporosis.

3. Dapatkan vitamin D yang mencukupi, melalui pemakanan ikan, cendawan ataupun melalui pendedahan kepada cahaya matahari. Vitamin D boleh membantu perkembangan tulang dan otot kanak-kanak. Kekurangan pengambilan vitamin D menyebabkan pembesaran kanak-kanak terbantut dan boleh menyebabkan pertambahan berat badan kepada remaja perempuan. Jika anda tidak meminati ikan, sila dapatkan supplemen minyak ikan.

4. Ambil makanan yang tinggi kandungan protein. Kebiasaannya boleh didapati dalam daging, telur, tauhu dan ikan. Protein membekalkan elemen-elemen yang penting dalam perbentukan sel, yang mana membantu anda membesar. Anda perlu dapatkan sekurang-kurangnya 2 sajian yang tinggi dalam protein setiap hari.

5. Tingkatkan pengambilan zink dalam diet anda. Bahan ini boleh didapati dalam coklat, kacang, telur, kacang pis, asparagus dan pil supplemen. Kekurangan khasiat zink boleh menyebabkan pembesaran kanak-kanak terbantut. Salah satu cara yang terbaik untuk mendapatkan khasiat zink yang mencukupi setiap hari adalah dengan mengambil pil supplement.

6. Makan Mengikut Jadual. Anda sepatutnya memakan 3 sajian setiap hari, dengan 2 minum ringan (minum pagi dan petang). Aturkan nutrisu yang anda patut ambil sepanjang seharian anda kedalam jadual makanan anda.

5. Pastikan sistem imunisasi and dalam keadaan yang baik

Kadang-kadang, penyakit yang biasa (demam/batuk/selesama) semasa kanak-kanak boleh menjejaskan pembesaran mereka. Perkara ini boleb diatasi dengan pengambilan vitamin c yang mencukupi. Vitamin C boleh didapati dari pemakanan buah-buahan sitrus seperti oren, lemon dan anggur.

Selain itu, pengambilan ubat yang sesuai sebaik sahaja merasakan kurang selesa pada badan anda, boleh mencepatkan proses penyembuhan.

Tingkatkan sistem imunisasi anda dengan pemakanan yang sihat. Cuba elak daripada memakan makanan yang diproses, makanan yang tinggi kandungan lemaknya dan makanan ringan.

Pelbagaikan makanan yang berkhasiat. Terdapat banyak faktor yang boleh meningkat tahap imunisasi anda. Jika anda memakan benda yang sama setiap hari, ia tidak dapat memberikan kesan yang optimum kepada sistem badan anda.

Oleh itu, anda perlu pelbagaikan buah-buahan, sayur-sayuran, sumber protein seperti susu dan keju, kacang, ikan dan makanan yang lain. Jangan lupa, anda digalakkan untuk mendapatkan omega-3, boleh didapati dari ikan ataupun pil supplement.

6. Bersenam

Bersenam dan pengambilan makanan diet yang sesuai boleh membantu meningkat ketinggian diri anda. Namun, hasil akan ketara bagi yang masih belum mencapai tahap umur dewasa. Cara ini sangat sesuai kepada kanak-kanak dan remaja, namun tidak memberikan kesan yang banyak kepada dewasa.

Lakukan renggangan badan juga memberikan kesan yang baik dalam meningkatkan ketinggian badan. Terdapat banyak tutorial yang bertemakan kaedah ini di internet, yang mana boleh membantu menjadi tinggi. Namun, tidak memberikan kesan kepada orang dewasa, maaf.

7. Amalkan postur yang Betul

Membongkokkan badan boleh membantut perkembangan tulang belakang. Oleh itu, anda perlu tegakkan diri semasa duduk, berdiri ataupun berjalan. Dengan mengekalkan postur yang betul, anda akan kelihatan seperti tinggi walaupun anda tidak.

8. Bina Keyakinan Diri

Menjadi orang yang tinggi mungkin memberikan keyakinan diri kepada mereka. Namun, tidak terhad kepada mereka sahaja, orang yang rendah seperti anda juga boleh mendapatkan kesan yang sama, cuma teknik yang berbeza.

Anda boleh melibatkan diri dalam kelab, persatuan dan aktiviti-aktiviti di sekolah ataupun di universiti. Perkara ini boleh memberikan kesan yang positif kepada diri anda dan memberikan pandangan yang baik kepada orang lain. Walaupun anda rendah.

9. Dapatkan Nasihat Pakar

Sekiranya anda dari keluarga yang tinggi dan anda seorang sahaja yang tidak mendapat ketinggian yang sepatutnya (walaupun selepas baligh), maka anda digalakkan untuk mendapatkan rujukan doktor.

Terdapat penyakit ataupun masalah kesihatan yang boleh membantut tumbesaran kanak-kanak (kekurangan hormon ataupun penyakit imunisasi).

Namun, perkara itu sangat jarang berlaku. Sekiranya anda sudah mengamalkan diet yang sempurna dan mendapatkan tidur yang optimum, tetapi tidak membesar, adalh terbaik jika anda mendapatkan nasihat doktor.

Tips Tambahan Untuk Cepat Tinggi

Beikut adalah beberapa tips ataupun larangan yang anda patut patuhi sekiranya anda ingin menjadi lebih tinggi.

  • Jangan sesekali menyuruh seseorang menarik badan anda untuk tujuan meningkatkan ketinggian. Perbuatan ini tiada langsung kaitan dengan perkembangan diri anda. Malah, ia akan memberikan anda sakit belakang, leher dan tangan.
  • Pastikan anda mendapat semua nutrisi yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia setiap hari. Jika anda mahu, anda boleh menambah menu yang mengandungi kandungan kalsium, vitamin D dan zink kedalam diet seharian anda.
  • Jika perlu, cuba kurangkan berat badan. Ini boleh memberikan anda penampilan yang lebih tinggi, kelihatan lebih tinggi.
  • Dapatkan tidur yang secukupnya, sekiranya anda seorang remaja dan mahu tingkatkan ketinggian badan.
  • Kekalkan hidrat. Minum air yang secukupnya dan dapatkan susu untuk kuatkan tulang. Jika badan kekurangan air, ia akan menyebabkan kekurangan tenaga dan badan menjadi lemah.
  • Jangan kerap kali membongkokkan badan. Ia akan menjejaskan pertumbuhan badan.
  • Bergiat aktif dalam kehidupan seharian dan amalkan pemakanan yang sihat, tidak kira di rumah, di asrama ataupun di tempat kerja.

Kesimpulan

Ketinggian seseorang adalah ditentukan oleh genetik yang diwarisi. Namun, terdapat beberapa cara-cara cepat tinggi yang boleh diamalkan supaya mendapat ketinggian yang diingini.

Harap artikel ini boleh membantu anda dalam menyelesaikan masalah ketinggian badan. Sekian.

73 thoughts on “9 Cara-Cara Cepat Tinggi Yang Anda Tidak Tahu”

  1. Saya berumur 17 tahun dan tinggi saya 155 cm..bolehkah saya mencapai ketinggian 165 cm sebelum mencecah usia 20 tahun..? Adakah saya perlu bekerja keras untuk mencapai ketinggian setinggi itu..?

    Reply
  2. saya berumur 15 tahun dan ketinggian saya 160cm…bolehkah saya nak capai skor saya dalam ketinggian 180cm…saya ada download brain waves HGH bits adakah ianya membantu tumbesaran..
    #kalau ada tips lagi tentang ketinggian hope kongsinya

    Reply
  3. Assalamualaikum, umur saya 14 tahun ketinggian saya dah stop 170cm sejak 13 tahun. Saya selalu stretch setiap hari, saya minum susu dan makan semua makanan yg mngndungi protein tetapi ketinggian saya tetap 170cm ingat nak target 180cm. Adakah saya sudah terbantut?and macam mana ye nak tingkatkan semula kalau dah terbntut.

    Reply
    • Lingkungan umur belasan tahun masih dalam proses pembesaran, saya rasa anda boleh meningkatkan ketinggian lagi – teruskan apa yang anda buat itu. Lainlah kalau anda pernah lakukan sesuatu yang boleh membantutkan pembesaran, seperti membina badan. Ya, ada budak-budak yang teringin nak bina otot masa kecil lagi, kemudian berakhir dengan ketinggian yang rendah, sebab banyak protein telah digunakan untuk bina otot tersebut, sebaliknya diperlukan untuk ketinggian.

      Reply
      • Salah tu…bina badan tidak Ada kena mengena dgn ketinggian…Kanak-Kanak yg bersenam Tulang Akan jadi lagi Kuat dgn mmbantu tumbesaran…Tiada research yg mengatakan tumbesaran terbantut kalau bina badan

        Reply
  4. umur saya 17 tp tinggi saya cuma 140cm saya periid semasa umur saya 9 tahun adkh dsbbkn saya matang awal saya jd trbantut?

    Reply
  5. saya 15 tahun dan tinggi saya 163. Saya mula period sewaktu umur 10 lagi. Boleh tak saya capai sampai 170 sebelum mencapai ketinggian optimum?

    Reply
  6. Hi….saya lelaki…dn saya berumur 18..dah ketinggian saya 161cm…adakah sya boleh capai sekurangnya² 165cm..
    Ketinggian meningkat sampai umur brp ya??
    Thanks

    Reply
    • Perkara ini bergantung kepada banyak faktor. Dalam umur begitu, saya rasakan peluang untuk meningkatkan ketinggian agak rendah, hal ini kerana biasanya pertumbuhan bagi lelaki berhenti dalam lingkungan umur 17,18. Tetapi ada juga orang mencapainya pada umur 21 (jarang-jarang).

      Reply
  7. umur saya 14 tahun saya lelaki dan ketinggian saya 158 dan kaki saya kecil adakah saya boleh mencecah 160 lebih sebab saya lihat kawan- kawan saya menunjuk kn mereka lebih tinggi dari saya dan saya masih kekal seperti dahulu .apakah yang saya patut lakukan???

    Reply
    • Lingkungan umur 14 tahun tu masih lagi dalam peringkat perbesaran, oleh itu jangan risau, anda masih lagi membesar. Cuma kena banyakkan makan makanan yang tinggi protein dan kalsium. Dan jangan abaikan senaman. Serta, elakkan perbuatan yang boleh menyebabkan pembesaran terbantut, seperti membina otot pada usia muda, dll. Namun, perlu ingat bahawa itu adalah secara umum sahaja, anda juga mungkin terikat dengan faktor genetik dan sebagainya.

      Reply
  8. saya berumur 15 tahun. Saya suka bina badan.Tinggi saya 153cm.Adakah tinggi saya akan terbantut apabila saya bina badan dan bagaimanakah ingin mengatasinya??

    Reply
    • Berdasarkan apa yang saya tahu, YA. Anda akan terbantut sekiranya melibatkan diri secara aktif dalam sukan membina badan pada peringkat umur belasan tahun. Kerana mungkin protein yang anda ambil akan digunakan untuk pembentukan otot, bukannya untuk pertumbuhan/ketinggian. Nasihat saya, anda perlu berehat seketika dari membina otot, dan banyakkan makan makanan yang tinggi protein dan kalsium. Lakukan senaman fizikal seperti bola sepak dan sebagainya.

      Reply
  9. Hi saya ikmal .. Umur saya 15 .. Ketinggian saya 174 . Saya selalu membina badan .. Mampukah ketinggian sayaa boleh mencapai 180 cm?

    Reply
    • Saya secara jujur tidak boleh menjaminkan apa-apa. Cuma, anda boleh tambah kadar pengambilan protein dan kalsium agar badan mendapat nutrisi yang cukup untuk pembesaran/pertumbuhan. Tetapi perlu diingat banyak faktor yang memainkan peranan di dalam hal ini. Adakah anda membina badan diawasi oleh seorang pakar/mentor? Sekiranya ya, boleh bertanyakan beliau.

      Reply
  10. saye ade berpenyakit tiroid .. tlong beri tips atau cara lain utk memberi saye mencapai ketinggian yg sepatutnyer????

    ketinggian saye dlm lingkungan 168 boleh x saye nk mencapai ketinggian lebih daripada itu????

    Reply
  11. Salam..saya berumur 25 tahun..ketinggian cuma 160..bolehkah sy nak tambah lg ketinggian?sy aktif brsukan dan makan je smua..

    Reply
  12. Hi, saya berusia 16 tahun dan ketinggian saya hanya 160cm sahaja. Adakah saya boleh menambah ketinggian saya dari 160cm kepada 175cm pada usia 17 tahun? Selain itu, saya juga aktif dalam sukan sejak menjejakkan kaki di sekolah menengah. Adakah ianya akan membantu tumbesaran saya. Harap maklum..

    Reply
  13. Saya berumur 15 tahun (perempuan) , Tinghi saya 153… Berat saya 54 kg, agak2 boleh tak saya tinggi lagi? Dan adakah saya berat disebab kan ketinggian saya meningkat???

    Reply
  14. Saya berumur 16 tahun (lelaki) tinggi sya 161cm berat sya 55 kg,agak2 boleh x sya tinggi lagi sbb sya pernah bina badan.ade org ckp yg bina badan terbantut dan saya berhenti 2 bulan.maksud saya boleh saya tinggi lagi

    Reply
  15. Hye Saya Berumur 14-15 Ketinggian sya adalah 141 Adakah Sya Boleh Bertinggi Lagi..ibu bapa sya kecil tetapi adik beradik sya tinggi.

    Reply
  16. Saya berumur 19 dan ketinggian saya 165cm
    Tetapi saya seorang perokok kalau boleh sebelum umur saya 21 saya mahu ketinggian saya 173cm
    Anda rasa boleh kah…
    Tolong bagi tips…

    Reply
  17. Saya berumur 13thn and tinggi saya 161cm.saya jarang2 workout,boeh tak ketinggian saya mencapai 170 sebelum saya tidak boleh tinggi lagi?
    #dahbacaharapbalas

    Reply
  18. Hai. Umur saya sekarang 19 dan tinggi saya dlm 166cm. Adakah saya masih berpeluang utk meninggikan badan saya tambahan pula saya rajin ikut aktiviti luar bersukan dan bersenam.

    Reply
  19. asalamualikum saya 15 tinggi sy 145 adakah sy boleh tinggi lagi.saya dah cuba bergayut,mkn byk kalsium,lompat semasa mandi …dan mcm2 lagi….ibu bapa saya adalah sderhna dan tdk terlalu tinggi …tetapi adakah ketinggian sy akn terbantut.

    Reply
    • Ketinggian seseorang juga bergantung kepada faktor genetik. Sekiranya ibubapa anda rendah, maka ada kemungkinan anda juga rendah. Soal ini berbeza dengan ketinggian terbantut.

      Reply
  20. Salam bro, umur sy 18 tahun dan tinggi saya dlm linkungan 167cm. Saya suka bermain gym adakah ketinggian saya akan terbantut?

    Reply
  21. saya permah pakai steroid 12 batang .. rasa2 kalau dah pakai steroid boleh ke kita meninggi lagi sekiranya dah berhenti pakai steroid..and if kalau x boleh, ada x cara2 untuk mengatasi masalah itu

    Reply
  22. Salam bro umur saya 15 tahun tinggi 154 berat 47 saya selalu bermain bar dgn membina badan adakah saya terbantut dan boleh tak saya meninggi

    Reply
  23. Assalamualaikum..sy umo 21 dan lelaki..tinggi hnya 156cm..ada terlihat produk yg mmpu menambah ketinggian..produk tu mengandungi 2set..1 utk kalsium dan 1 lagi adalah perangsang hormon..soalan sy..bolehkah prcaya dgn produk tu??sbb hrganya agk mahal..takot rugi pula

    Reply
  24. Assalam, saye baru berumur 14 tahun. Dan saye seorang lelaki ,saye mahu bertanye adekah dlm ketinggian yang saye baru capai sekarang iaitu hanya dlm lingkungan 157-158 dengan itu adekah ketinggian saye akan bertambah? Ibu dan bapa saye hanya mempunyai ketinggian dlm 140 dan 158.tolong beri penjelasan dan cara-cara untuk saye menjadi lebih tinggi. Jawapan anda amat saya hargai.

    Reply
  25. hai… umur sya 16 thn, tinggi 149.Sya pernah workout dengan uncle sya semasa umur sya 12 thn tapi sekejap Jak… bolehkah sya meninggi lagi.. maklum balas..amin..

    Reply
  26. Hi saya lelaki . umur 16 tahun . tinggi saya 153 cm adakah saya boley tinggi lagi mencecah 170 cm . apakah yang saya perlu lakukan . thank you

    Reply
  27. Hi bro, umur sy 17 tahun.. Tinggi sy 165cm.. Sejak umur 16 tahun.. Ktinggian sy masih kekal smpai skrang.. Adakah ketinggian sy akn kekal slamanya?

    Reply
  28. Assalamualaikum admin..saya berumur 14 tahun
    Tinggi saya 150 berat 44.. saya pernah mengambil steroid atas sebab penyakit nephrotic syndrome sewaktu darjah 6 2014 bulan 8 dan berhenti pada bulan 1 2015..kemudian saya sambung mengambil steroid pada bulan 7 2015 hingga bulan 6 2016..steroid yg saya ambk namenye prednisolone..adakah saya sudah terbantut ?

    Reply
  29. Hi , umur saya 14 tahun . Berat saya 46kg . Tinggi saya 169cm . Saya sering bersenam untuk mendapatkan badan yang fit . Adakah ketinggian saya akan terbantut . Saya lakukan senaman sekali seminggu . Harap cepat balas . 🙂

    Reply
  30. Hai… saya lelaki.. umur saya 16tahun ..ketinggian saya 176.5cm.. saya nak target 183cm…rasa2nya boleh tak…

    Reply
  31. assalamualaikum, nak tnya ..mcm saya kan umur sya dh 17 tahun tpi ktinggian sya 150cm tetap sama ja dri sya brumur 15 tahun.. apakah sbbnya? adkh sya boleh menmbh ktinggian ngi prmpuan punya?

    Reply
  32. Hai umur saya 15 thn..tapi ketinggian saya 145cm..sedangkn adik saya dh tinggi daripada saya ..mcm mane nk tinggi lebih cepat??

    Reply
  33. INGAT LAH BEESYUKUR ATAS APE YG KAMU ADA
    UMUR SAYA 15 TINGGI 143 BERAT HMM JGN CKP 33 LELAKI PULAK TU..NAK BUAT APA XNAIK2 JUGK

    Reply
  34. Umur saya baru 16 and Please answer this questions . Adakah tinggi saya akan naik jika saya melakukan senaman seperti bergayut , pamping dan jogging ? Mungkin boleh naik dalam 1 – 10 cm ? Answer :

    Reply
  35. Hi. Saya wardina umur saya 13 tahun skrg ketinggian saya 140cm so saye nk naik smpai 165cm boleh lagi ke??

    Reply
  36. hello…Saya berumur 23tahun lelaki dan ketinggian saya 160cm..dengan cara apakah saya boleh menambah ketinggian saya…

    Reply
  37. Umur sya 14 sya period dri umur 13 mcm mna nk tinggi lebih cpt tinggi sya 140..sya kecawa tinggi sya mcm sya nk capai 155 adik sya tinggi dripda sya

    Reply
  38. Saya berumur 19 lelaki dan tinggi hanya 165 . Saya rasa saya sudah berhenti tumbrsaran pada umur 15 . Tinggi saya sudah tidak meningkat. Apa masalah yang dialami oleh saya.. saya berasa kecewa. Adakah saya masih boleh mencapai ketinggian 170 cm ?

    Reply
  39. Umur sy 14 dan tinggi sy 154. Semasa umur 13, sy pernah bina badan dan tinggi sy 147. Adkah tinggi badan sy terbantut??

    Reply

Leave a Comment