Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Batuk Kering (Tuberculosis)

batuk kering

Penyakit batuk kering, ataupun juga dikenali sebagai tuberculosis (TB) merupakan satu penyakit berjangkit yang menyerang paru- paru. Bakteria yang menyebabkan penyakit ini boleh merebak dari pesakit melalui batuk ataupun bersin.

Dahulu, penyakit ini jarang berlaku di negara yang membangun, namun jangkitan mula menaik pada tahun 1985. Pada masa itu, kes HIV/AIDS turut menaik. Doktor beranggapan bahawa HIV, boleh menyebabkan sistem imunisasi manusia lemah, lantas menggagalkan badan kita melawan jangkitan kuman TB ini.

Cara rawatan dan ubat-ubatan kepada TB sangat spesifik dan perlukan jangka masa yang lama untuk sembuh, terutama bagi penghidap teruk.

Simptom

Biasanya badan kita boleh melawan jangkitan batuk kering ini, namun bukan setiap masa anda bernasib baik. Terdapat dua kategori penyakit batuk kering ini:

1. Latent TB: Dalam kondisi ini, pesakit mempunyai jangkitan TB, tetapi bakteria di dalam badan tidak dalam keadaan aktif dan tidak menunjukkan sebarang simptom. Ianya tidak membahayakan nyawa.

Namun, ia boleh membawa kepada aktif, jadi rawatan sangat penting kepada pasakit ini. Dalam anggapan, terdapat 2 bilion orang yang mempunyai latent TB.

2. Active TB: Kondisi ini akan menyebabkan anda sakit dan merebakkan penyakit ini kepada orang lain. Ia boleh berlaku dalam beberapa minggu pertama selepas anda mendapat kuman ini, ataupun beberapa tahun.

Antara petanda dan simptom penyakit TB adalah:

  • Batuk berterusan, 3 minggu dan ke atas
  • Batuk berdarah
  • Sakit dada, ataupun rasa sakit semasa bernafas dan batuk
  • Turun berat badan
  • Keletihan
  • Demam/selesema
  • Berpeluh semasa tidur
  • Badan rasa sejuk
  • Hilang selera makan

Batuk kering boleh menjejaskan organ badan yang lain seperti buah pinggang, saraf tulang belakang ataupun otak. Apabila TB berlaku di luar paru-paru, petanda dan simptom berbeza-beza mengikut organ yang terlibat.

Sebagai contoh, TB pada saraf tulang belakang boleh menyebabkan anda rasa sakit belakang, dan TB pada buah pinggang boleh menyebabkan kencing berdarah.

Bila Perlu Jumpa Doktor

Jumpa doktor sekiranya anda mendapat demam, penurunan berat badan, ataupun batuk yang berterusan. Ini adalah petanda yang biasa bagi batuk kering. Doktor akan melakukan pemeriksaan untuk menentukannya.

Biasanya orang yang menghidap masalah di bawah mempunyai peratusan yang lebih tinggi untuk menghidap batuk kering ini:

  • Penghidap HIV/AIDS
  • Penagih dadah
  • Orang yang terdedah kepada pesakit TB yang lain

Faktor (&Risiko) Mendapat Batuk Kering

Batuk kering disebabkan oleh bakteria yang merebak dari seorang kepada seorang yang lain melalui medium udara – batuk, bersin, ludah, ketawa ataupun menyanyi. Terperinci di bawah:

1. HIV

Orang yang menghidap HIV mempunyai peratusan untuk mendapat batuk kering dengan lebih tinggi. Pada tahun 1980, penyakit in bertambah seiring dengan peningkatan virus HIV. Jangkitan HIV ini boleh menjejaskan sistem imun badan, menyukarkan badan mengawal bakteria TB ini. Akhir sekali, mereka akan menghidap TB yang aktif.

2. Sistem Imunisasi Badan Yang Lemah

Selain menghidap HIV/AIDs, antara masalah badan yang boleh menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi lemah adalah:

  • Diabetes (kencing manis)
  • Sakit buah pinggang
  • Sesetengah kanser
  • Rawatan kanser, seperti kemoterapi
  • Ubat untuk elak “penolakan” semasa pembedahan organ
  • Sesetangah ubat untuk merawat rheumatoid arthritis, Crohn’s disease dan psoriasis
  • Malnutrisi

Mungkin senarai di atas membawa kepada lemahnya sistem imun, dan ada juga kes kesan ubat yang menyebabkannya.

3. Melancong Luar Negara

Melancong ke sesetengah negara boleh mendedahkan anda dengan bakteria ini. Antara negara yang berpotensi adalah:

  • India
  • China
  • Russia
  • Pakistan

4. Kurang Perhatian Ke Atas Kesihatan

Biasanya berlaku kepada orang yang agak miskin, di mana mereka tidak mempunyai kemampuan untuk menampung keperluan kesihatan mereka.

5. Penagih Dadah

Orang yang menghisap dadah boleh merosakkan sistem pertahan badan mereka, lantas membuka ruang kepada jangkitan TB.

6. Rokok

Orang yang menghisap rokok mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat TB, tidak hairan kerana rokok memang akan merosakkan paru-paru.

Baca8 Bahaya Merokok Kepada Kesihatan Yang Sering Dilupakan

7. Persekitaran

Orang yang bekerja dalam sektor kesihatan, dan sering berdepan dengan pesakit batuk kering, lebih mudah untuk dijangkiti. Oleh itu, dinasihatkan untuk sentiasa memakai penutup muka dan membasuh tangan untuk mengurangkan risiko.

Komplikasi

Tanpa rawatan, batuk kering boleh membawa maut. Jika tidak mendapatkan ubat, penyakit ini akan menjejaskan paru-paru, tetapi boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui saluran darah. Antara komplikasi batuk kering adalah:

  • Sakit belakang
  • Kesakitan sendi

Masalah hati ataupun buah pinggang. Hati dan buah pinggang membantu badan menapis semua bahan buangan dari darah anda. Fungsi ini akan mengalami masalah bagi orang penghidap TB.

Rawatan dan Perubatan

Pesakit yang menghidap batuk kering perlukan rawatan – namun ianya mengambil masa yang agak lama untuk sembuh jika dibandingkan dengan penyakit bakteria yang lain.

Bagi pesakit batuk kering, mereka perlu mengambil ubat antibiotik sekurang-kurangnya 6-9 bulan. Namun, bergantung kepada umur, tahap kesihatan, jenis TB (latent ataupun active) dan anggota yang terkesan.

Ubat Batuk Kering (Yang Biasa Digunakan)

Jika pesakit latent TB, mereka hanya perlu mengambil satu jenis ubat sahaja. Bagi pesakit active TB pula, mereka perlu mengambil beberapa jenis ubat, antaranya adalah:

  • Isoniazid
  • Rifampin (Rifadin, Rimactane)
  • Ethambutol (Myambutol)
  • Pyrazinamide
  • Bedaquiline
  • Delamanid
  • PA-824
  • Linezolid
  • Sutezolid

Kesan Sampingan Ubat TB

Ubat batuk kering boleh memberikan kesan sampingan, walaupun tidaklah sering berlaku. Semua ubat-ubatan untuk TB ini boleh menjejaskan hati. Pesakit yang mengambil ubat perlu melaporkan kepada doktor jika mereka mengalami:

  • Loya atau muntah
  • Hilang selera makan
  • Kulit bertukar kuning (jaundis)
  • Demam selama 3 hari atau lebih

Konsisten

Dengan ikut dos ubat yang diberikan oleh doktor, pesakit biasanya boleh mengalami perubahan selepas beberapa minggu. Namun, kalau tidak mengikuti dos yang ditetapkan boleh memberikan ruang kepada bakteria tersebut bertahan dengan kesan ubat tersebut. Implikasinya, bakteria semakin kuat dan menyukarkan proses rawatan seterusnya.

Langkah Pencegahan

Jika pesakit mendapat latent TB, doktor akan menasihatkan mengambil ubat untuk mengelakkan daripada menjadi active TB. Oleh itu, selagi mana ianya latent, ia tidak akan menjangkiti orang lain.

Namun, bagi pesakit active TB, mereka perlukan langkah yang lebih berkesan untuk cegah wabak merebak:

Lindungi Rakan dan Ahli Keluarga

i. Sentiasa berada di rumah. Elakkan keluar ke tempat kerja untuk mengelakkan bakteria merebak.

ii. Ventilasi. Pastikan bilik/rumah pesakit mendapat peredaran udara yang baik.

iii. Tutup Mulut. Gunakan tisu untuk menutup mulut apabila hendak ketawa, bersin ataupun batuk. Masukkan tisu yang sudah digunakan di dalam tong sampah, ikat dan buangnya.

iv. Pakai mask muka. Ini adalah paling praktikal, kerana ianya mudah dipakai. Harga juga murah serta mudah di dapati.

v. Habiskan rawatan dan ubat-ubatan

Vaksin

Di Malaysia, kanak-kanak diberi vaksin bacille Calmette-Guerin (BCG) untuk mengelakkan mendapat TB pada awal umur mereka. Oleh itu, mendapatkan vaksin adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengelakkan daripada mendapat batuk kering ini.

Kesimpulan

Rawatan batuk kering adalah kompleks dan memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Namun apa yang penting adalah, pesakit mengikut rawatan dengan baik – tidak mengabaikan pengambilan ubat.

Tetapi, apa yang terbaik adalah dengan mencegah penyakit ini. Amalkan kehidupan yang sihat, anda pasti dapat mencegah wabak ini.

Harap artikel ini membantu anda memahami serba sedikit tentang batuk kering ataupun tuberculosis, TB ini.

Sekian~

Loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here