Bahaya Di Sebalik Anorexia Nervosa (Semua FAKTA)

Anorexia nervosa, ataupun biasa diringkaskan sebagai anorexia merupakan satu gangguan pemakanan yang menyebabkan berat badan yang sangat rendah, perasaan takut berat badan bertambah dan mempunyai BMI yang tida sihat.

Orang yang mempunyai anorexia sangat menitikberatkan berat badan mereka, sehingga ke tahap ekstrim – menggunakan semua cara untuk mengekalkan berat badan mereka tanpa mengendahkan kesihatan.

Untuk mengelakkan berat badan menaik, orang yang mempunyai anorexia akan meletakkan peraturan ketat akan makanan apa yang mereka boleh makan. Mereka juga sanggup muntah balik selepas makan, atau menggunakan laxative, pil diet, diuretik atau enema. Mereka juga akan bersenam secara berlebihan.

Orang yang mempunyai anorexia nervosa seakan sama dengan orang yang mempunyai bulimia nervosa. Namun, anorexia biasanya mempunyai berat badan yang sangat rendah (abnormal), manakala bulimia mempunyai berat badan yang normal. Tidak kira betapa ringannya berat badan mereka, orang yang mempunyai anorexia takut akan berat badan bertambah.

Anorexia juga bukanlah semata-mata pemakanan. Ianya turut melibatkan masalah emosi – orang seperti ini akan merasakan semakin kurus, semakin berbaloi.

Orang yang mempunyai anorexia sukar untuk diatasi. Namun, dengan rawatan yang betul, mereka boleh kembali ke jalan yang sihat, dan pulihkan kesan daripada pengamalannya sebelum ini.

Simptom-Simptom Anorexia Nervosa

Simptom fizikal pada anorexia nervosa adalah berkait dengan kelaparan, tetapi boleh juga nampak pada gangguan kepada emosi dan pelakuannya – ini memberikan mereka pandangan yang salah kepada berat badan dan takut kepada peningkatan berat badan.

Simptom Fizikal

Antara simptom fizikal dan tanda seseorang mempunyai anorexia adalah:

  • Penurunan berat badan yang banyak
  • Kelihatan sangat kurus
  • Kadar darah yang tidak normal
  • Keletihan
  • Insomnia
  • Pening atau pitam
  • Perubahan warna pada jari
  • Rambut lebih nipis, dan kerap gugur
  • Gangguan kitaran haid
  • Cirit-birit
  • Kulit yang kering, kekuningan
  • Mudah rasa sejuk
  • Degupan jantung yang tidak sekata
  • Kadar tekanan darah yang rendah
  • Dehidrat
  • Osteoporosis
  • Bengkak pada tangan dan kaki

Simptom Pada Emosi dan Perlakuan

Anorexia akan mengelak daripada makan dengan kerapkan diet, pada masa yang sama bersenam secara berlebihan. Ada juga yang muntah kembali makanan yang dimakan. Selain itu, disenaraikan di bawah:

  • Kerap kali elak daripada makan
  • Menafikan rasa lapar
  • Takut berat badan naik
  • Menipu dalam kadar makanan yang dimakan
  • Kurang emosi
  • Kurang berinteraksi/bersosial
  • Cepat marah
  • Mudah muram
  • Memikirkan untuk membunuh diri (paling kritikal)

Bila Perlu Jumpa Doktor?

Anorexia, seperti gangguan pemakanan yang lain, boleh meragut nyawa. Malangnya, orang yang mengalami anorexia tidak mahu dirinya dirawat. Mereka mahu kekal dalam keadaan mereka sekarang, tanpa endahkan tahap kesihatan mereka.

Jika anda mempunyai kenalan yang mengalami masalah anorexia ini, cepat-cepat paksa mereka dapatkan nasihat doktor.

Apa yang Perlu Diperhatikan?

Kadang-kadang, sukar untuk tentukan orang yang mempunyai anorexia nervosa ini kerana mereka sering menyembunyikannya.

Namun, jika anda perasaan mereka berkelakuan seperti di bawah, anda boleh bertindak dengan membawanya berjumpa doktor:

  • Kerap tidak makan
  • Banyak beri alasan untuk tidak makan
  • Makan sesetengah makanan sahaja (rendah lemak & kalori)
  • Muntah kembali makanan yang dimakan
  • Kerap timbang berat
  • Merungut akan menjadi gemuk
  • Tidak mahu makan di tempat awam

Penyebab Anorexia Nervosa

Penyebab utama anorexia nervosa adalah tidak diketahui. Sperti penyakit yang lain, ia mungkin disebabkan oleh gabungan dari segi biologi, psikolgi dan keadaan persekitaran.

Biologi – masih belum nyata penglibatan genetik kepada masalah anorexia ini. Cuma
yang paling berkait adalah bagi orang yang lebih kepada kesempurnaan (perfectionism), sensitif dan kuat berusaha untuk mendapatkan sesuatu – semua ini ada pada orang anorexia.

Psikologi – sesetengah emosi boleh membawa kepada anorexia. Remaja lebih mudah untuk obses dengan sesuatu lebih mudah untuk mengikuti budaya anorexia. Mereka mungkin beranggapan bahawa kurus adalah cantik dan gemuk adalah hodoh. Memandangkan kecantikan adalah kemahuan semua perempuan, maka mereka akan lakukan apa jua cara untuk kelihatan cantik.

Persekitaran – budaya barat telah mempopularkan badan yang kurus. Kejayaan dan kecantikan sering disekalikan dengan bentuk badan yang kurus. Ini mempengaruhi perempuan untuk mencapai apa yang mereka mahukan. Selain itu, pada awal pendidikan, mungkin ada orang yang suka mengejek orang yang berbadan gemuk. Ini akan membuatkan mereka sangat benci kepada berat badan, dan mahu kurus dengan apa cara sekali pun.

Faktor-Faktor Risiko Anorexia Nervosa

Terdapat beberapa faktor risiko yang boleh membawa kepada anorexia nervosa,
termasuklah:

Perempuan. Anorexia biasanya dialami dalam kalangan perempuan dan wanita. Walaupun begitu, tidak bermakna lelaki tidak mempunyai anorexia, mereka mungkin dalam bentuk yang lain, dan bukannya sebab mahu kurus – sebab tekanan sosial.

Usia Muda. Anorexia sering berlaku dalam kalangan remeja. Hal ini kerana, dalam lingkungan umur tersebut, mereka sedang mengalami akil baligh. Mereka lebih sensitif terhadap kritikan akan berat badan atau bentuk badan.

Genetik. Perubahan pada sesetengah genetik boleh membuatkan orang cenderung kepada anorexia.

Sejarah keluarga. Jika ada ahli keluarga yang mengalami anorexia boleh mempengaruhi ahli yang lain untuk turut mengalaminya.

Perubahan Berat Badan. Apabila seseorang turun atau naik berat badan (tidak kira sengaja atau tidak), sering kali akan menerima pujian atau ejekan. Komen tersebut boleh menyebabkan pendorong atau cabaran untuk terus kuruskan badan. Ini menyebabkan mereka mencuba semua cara untuk mendapatkan hasil yang dimahukan.

Peralihan. Tidak kiralah sama ada ke sekolah yang baharu, rumah atau kerjaya, putus cinta, kematian dan lain-lain boleh memberikan tekanan emosi dan membawa kepada anorexia nervosa.

Bersukan atau kerja. Atlet, pelakon, penari dan model mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengamalkan anorexia. Jurulatih dan ibu bapa juga boleh menyebabkan seseorang untuk terus mengurangkan berat badan.

Media dan masyarakat. Media seperti TV dan majalah fesyen, sering menggunakan model yang kurus dan pelakon untuk menarik perhatian pembeli. Gambar-gambar ini sering disekalikan kejayaan dan populariti. Bagi orang yang mudah terpengaruh, mereka akan cuba mendapatkan bentuk badan seperti model-model tersebut.

Komplikasi Anorexia Nervosa

Anorexia nervosa boleh mendatangkan banyak komplikasi. Paling teruk, adalah kematian – boleh berlaku secara mengejut. Ini adalah disebabkan degupan jantung yang tidak normal (arrhythmias) ataupun ketidakseimbangan elektrolit dalam badan – mineral seperti sodium, potasium dan kalsium yang mengawal bendalir.

Selain itu, antara komplikasi anorexia nervosa adalah:

  • Anemia (kurang darah merah)
  • Masalah jantung
  • Masalah tulang rapuh
  • Masalah kitaran haid bagi perempuan
  • Pengurangan hormon testosteron bagi lelaki
  • Masalah usus seperti sembelit dan perut kembung
  • Masalah buah pinggang
  • Bunuh diri

Jika seseorang yang mengalami anorexia nervosa pada peringkat yang teruk, kurang zat makanan, setiap organ dalam badan mereka boleh rosak – termasuklah otak, jantung dan buah pinggang.

Pada masa yang sama, mereka juga akan mengalami gangguan emosi dan emosi termasuklah:

  • Tekanan, keresahan
  • Terlalu obses kepada sesuatu

Ujian & Diagnosis Anorexia Nervosa

Jika doktor mengesyaki bahawa pesakit mereka mengalami anorexia nervosa, dia akan menjalani beberapa ujian diagnosis, antaranya adalah seperti berikut:

Ujian fizikal. Ini termasuklah mengukur ketinggian dan berat, pemeriksaan tekanan darah, suhu, masalah kulit/kuku; degupan jantung dan pemeriksaan abdomen.

Ujian makmal. Ini termasuklah pemeriksaan kadar darah (complete blood count, CBC) dan kadar elektrolik di dalam badan.

Penilaian psikologi. Doktor akan bertanyakan soalan, pandangan, perasaan dan sebagainya untuk menentukan keadaan psikologi pesakit.

Lain-lain. Ini termasuklah sinaran-x untuk memeriksa kepadatan tulang dan lain-lain.

Rawatan dan Ubat-Ubatan

Rawatan kepada pesakit anorexia nervosa perlukan gabungan daripada beberapa pakar, termasuklah doktor, ahli psikologi dan pakar pemakanan. Rawatan secara sempurna mengambil masa yang lama dan terapi yang berterusan.

Berikut adalah terapi yang biasa digunakan untuk merawat orang yang mempunyai anorexia nervosa.

i. Masuk Hospital

Jika nyawa pesakit dalam keadaan kritikal, biasanya akan ditempatkan di dalam bilik kecemasan di hospital.

Ada juga klinik yang khusus dalam merawat orang yang mengalami masalah pemakanan.

ii. Rawatan Perubatan

Disebabkan anorexia nervosa menyebabkan banyak komplikasi, pesakit perlu diperhatikan dengan kerap. Dalam kes yang teruk, mereka perlu menggunakan nasogastric tube.

iii. Kembalikan Berat Badan Normal

Biasanya, rawatan pertama yang mereka terima adalah kembalikan berat badan ke normal.

iv. Psikoterapi

Merawat pesakit anorexia juga perlukan bantuan dari sudut psikologi – termasuklah psikologi dari ahli keluarga yang lain, rakan-rakan, dan paling penting adalah dari mereka sendiri.

v. Ubat-Ubatan

Tiada ubat yang betul-betul memberikan kesan nyata kepada pesakit anorexia nervosa. Namun, ubat anti-kemurungan boleh merawat masalah emosi seperti keresahan dan tekanan.

vi. Cabaran Merawat

Satu cabaran paling besar dalam merawat pesakit anorexia nervosa adalah apabila pesakit sendiri tidak mahu dirawat. Mereka mahu kekal dalam keadaan mereka sekarang. Mereka beranggapan tiada salah mengamalkan anorexia nervosa, kerana ianya adalah pilihan gaya hidup.

Rawatan Alternatif

Rawatan alternatif menggunakan pendekatan tidak secara terus. Antaranya adalah:

Sokongan Tambahan Kepada Pesakit

Pesakit mungkin merasakan sukar untuk mengatasi masalah anorexia nervosa dengan pengaruh media, budaya dan lain-lain. Oleh itu, adalah terbaik sekiranya anda meminta bantuan daripada orang yang terdekat dengan anda untuk mendapatkan sokongan, tidak kiralah ahli keluarga atau rakan.

Pada masa yang sama, kerapkan merujuk doktor atau ahli terapi – dapatkan pandangan dan nasihat daripada mereka. Sokongan padu banyak membantu pesakit dari sudut emosi dan berikan mereka semangat.

Pencegahan Anorexia Nervosa

Setakat ini, tiada cara pencegahan yang dijamin berkesan. Cuma kita yang hidup secara bermasyarakat ini perlu lebih peka dengan orang yang terdekat, agar mereka tidak terjerat di dalam budaya anorexia nervosa ini.

Peringkat awalan lebih mudah untuk dirawat dan ini dapat mencegah mereka daripada menjadi lebih teruk.

Jika anda perasan akan ahli keluarga anda mula bertindak luar biasa dari sudut pemakanan, cepat-cepat bertanyakan keadaan mereka – pastikan mereka tidak merancang untuk mengikut budaya tidak sihat tersebut.

Kesimpulan

Secara ringkas, anorexia nervosa ini merupakan satu budaya pemakanan yang tidak sihat, yang boleh meragut nyawa jika tidak terkawal. Semua ini berpunca daripada pengaruh ataupun obses akan sesuatu, khususnya berat badan.

Ya, tidak dinafikan bahawa isu berat badan perlu dititikberatkan, namun janganmengikut cara orang anorexia yang mengendahkan kesihatan. Sebaliknya, anda perlulah banyakkan bersenam, amalkan pemakanan yang sihat, dan sekiranya mahu, boleh gunakan ubat kurus (sebagai satu bantuan tambahan).

Harap artikel ini memberikan pencerahan kepada anda akan bahaya mengamalkan anorexia nervosa ini – pastikan anda tidak terjerumus.

Sila kongsikan artikel ini kepada orang yanga anda rasa boleh mendapat manfaat.

Sekian~

Leave a Comment