2 Cara Berkesan Detox Buah Pinggang Anda Secara Semulajadi

detox buah pinggang

Dalam kehidupan kita yang padat dan dipenuhi dengan tekanan ini, kita terdedah dengan banyak toksin. Kebanyakannya datang daripada pengamalan diet yang tidak sihat, ini termasuklah makanan ringan, peransang seperti minuman berkafein dan lain-lain. Dan apakah yang terpaksa menanggung semua bebanan tersebut?

Buah pinggang

Satu organ yang berbentuk kacang ini berfungsi sepanjang masa, 24/7 untuk menapis semua toksin yang berbahaya kepada badan kita. Apabila terdapat banyak sangat toksin yang terkumpul di dalam badan kita, ia akan menyukarkannya untuk memproses dan
menapis.

Pada masa itu, aktiviti akan semakin merosot dan boleh membawa kepada batu karang (kidney stone), jangkitan kuman, sista (cysts), barah dan akhirnya akan menyebabkan kegagalan buah pinggang.

Jika anda tidak mahu hidup anda bergantung kepada alat dialisis, apa kata anda menyahtoksik ataupun detox buah pinggang anda, agar ia boleh berfungsi dengan jauh lebih baik daripada sekarang.

Semua langkah yang diutarakan di bawah adalah langkah semula jadi, tidak perlukan sebarang ubatan tambahan. Okay, jom bersihkan buah pinggang anda sekarang!

Cara #1: Detox Diet Anda

detox diet anda

Buah pinggang sangat berkait dengan apa yang anda makan dan minum, oleh itu kalau anda ingin menyahtoksik buah pinggang, anda perlu bermula dengan diet dan pemakanan terlebih dahulu. Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu ambil berat:

1. Banyakkan Minum Air Masak

Salah satu perkara yang paling penting dalam detox buah pinggang adalah bermula dengan pengambilan air bersih, dengan kuantiti yang banyak. Dengan pengambilan 10-12 gelas air masak setiap hari boleh menapis toksin yang terkumpul di dalam badan anda.

Satu petanda yang badan anda bebas toksin adalah apabila air kencing anda tidak terlalu kuning dan tidak berbau. Apabila air kencing anda berwarna kuning yang sangat terang, ini bermaksud ianya terlalu pekat. Air kencing yang berwarna kuning pudar menunjukkan bahawa sistem penapisan badan anda dalam keadaan yang bersih.

Minuman seperti kola dan kopi tidak boleh dijadikan gantian kepada air masak.

Namun, terdapat juga beberapa jenis teh dan jus yang boleh membantu anda detox buah pinggang. Tetapi, dari sudut medikal, minuman tersebut bukanlah 100% air bersih, yang disepakati boleh membantu buah pinggang.

Tidak dinafikan bahawa teh dan jus tersebut mengandungi vitamin dan garam mineral, namun perlu diingat bahawa ianya juga mengandungi kandungan bahan tambahan yang lain – secara tidak langsung buah pinggang perlu tapisnya.

Ingat, air masak adalah terbaik!

2. Kerapkan Makan Buah

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan potasium boleh membantu membersihkan buah pinggang. Buah-buahan sitrus seperti anggur, limau, pisang, kiwi, aprikot dan lemon mengandungi kadar potasium yang tinggi. Selain itu, susu juga boleh membekalkan anda dengan potasium yang banyak.

Kalau boleh, amalkan makan buah-buahan yang dinyatakan di atas untuk mengawal tahap elektorlit di dalam darah – membolehkan buah pinggang berfungsi dengan baik.

Satu gelas jus anggur setiap pagi ataupun petang didapati boleh mengurangkan kadar penghasilan asid urik yang berlebihan (hasil penapisan buah pinggang).

Pada masa yang sama, anda juga perlu seimbangkan pengambilan potasium itu – jangan berlebih-lebihan pula. Pengambilan potasium yang berlebihan boleh memudaratkan badan anda pula – dikenali sebagai hyperkalemia yang boleh meragut nyawa. Dan bagi orang yang mengalami kegagalan buah pinggang tidak boleh mengambil potasium yang banyak.

Bagi orang yang sihat pula, dibenarkan untuk mengambil potasium sebanyak 4.7 gram setiap hari.

3. Buah Beri

Buah beri jarang didapati di Malaysia, namun untuk pengetahuan para pembaca buah ini sangat berkesan untuk mencuci buah pinggang. Cranberry mengandungi nutrisi yang dikenali sebagai quinine yang mana boleh menukarkan dirinya kepada asid hippuric dalam beberapa proses di dalam hati.

Asid hippuric ini boleh membuang penghasilan berlebihan urea dan asid urik di dalam buah pinggang. Satu cawan cranberry setiap hari sudah memadai untuk mencuci buah pinggang anda.

Kajian sains juga membuktikan bahawa cranberry boleh merawat dan mencegah jangkitan pada saluran kencing – kerana sifatnya anti bakteria.

4. Amalkan Air Barli

Barli merupakan salah satu bijirin yang terbaik untuk mencuci dan menghalang kerosakan yang berlaku pada buah pinggang kerana kencing manis. Namun, anda perlu tahu bahawa barli ini bukanlah satu rawatan, tetapi sebagai satu alternatif tambahan untuk mengekalkan buah pinggang berfungsi dengan baik.

Salah satu cara pengambilan beras barli adalah dengan membuat air barli. Anda boleh merebus beras barli dan minumnya. Ataupun anda boleh merendam semalaman beras barli tersebut, dan minum pada sebelah paginya.

Ini boleh mencuci toksin yang tedapat di dalam buah pinggang. Kajian juga membuktikan bahawa pengamalan air barli boleh membantu anda mengawal tahap kreatinin, ataupun bagi orang yang mempunyai kencing manis, ia boleh mengurangkannya.

Baca: 10 Khasiat Air Barli

5. Jauhi Kafein dan Coklat

Walaupun saintis masih sahkan perkara ini, tetapi ada kemungkinan bahawa kafein dan coklat boleh membebankan buah pinggang, terutama makanan yang diproses. Namun, perlu diingat banyak kafein dan coklat pun ada peranan kepada kesihatan kita.

Oleh itu, senang cerita kalau anda tidak mahu bebankan buah pinggang, anda boleh mengurangkan pengambilan kafein (kopi dan teh) dan coklat.

6. Kurangkan Protein

Makanan yang diyakini boleh memudaratkan buah pinggang adalah makanan yang tinggi kadar proteinnya. Tapi kenapa?

Makanan boleh memudaratkan anda kerana pencernaan dan metabolismanya menghasilkan bahan buangan yang paling banyak. Bahan ini dikenali sebagai kreatinin – oleh sebab itu bahan ini menjadi kayu ukur dalam penyakit buah pinggang.

Jika kadar kreatinin ini banyak di dalam buah pinggang, ini bermaksud terdapat masalah pada penapisan dan fungsi buah pinggang. Untuk mengurangkan penghasilan kreatinin, anda perlu kurangkan pengambilan protein.

Bagi orang dewasa yang mempunyai masalah buah pinggang seperti kegagalan buah pinggang kronik, disarankan untuk menghadkan pengambilan protein kepada 0.8 gram setiap kg berat badan setiap hari – ini bersumberkan daripada KDOQI (National Kidney Foundation Kidney Disease Outcomes Quality Initiative).

Ini membawa maksud jika seseorang dewasa dengan berat badan 60kg, hanya 48gram protein sahaja yang dibenarkan untuk diambil setiap hari.

Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menukarkan diet pemakanan anda. Protein merupakan satu sumber nutrisi yang sangat penting kepada badan, dan tidak elok ditinggalkan tanpa sebab yang memaksa berbuat demikian.

loading...

Cara #2: Rawatan Tradisional dan Alternatif

Selain diet, anda juga boleh mencari pelbagai rawatan tradisional dan alternatif untuk detox buah pinggang anda. Di bawah adalah sedikit cadangan:

1. Dandelion

Dandelion merupakan satu jenis herba yang digunakan sebagai tambahan makanan dalam penyediaan salad, teh, kopi dan coklat. Dandelion ini mengandungi kadar potasium yang tinggi dan mempunyai tindak balas seperti diuretik – membawa maksud boleh membantu mengeluarkan air yang berlebihan dari badan.

Lantas secara tidak langsung dapat membantu badan anda mengeluarkan air dengan lebih banyak.

Anda boleh menggunakan bahan ini untuk mencuci buah pinggang anda dengan menitik 10-15 titik minyak dandelion ke dalam air, dan minum 3 kali sehari.

2. Uva Ursi (Bear’s Grape)

Ia merupakan satu supplement semula jadi yang sangat sesuai untuk detox buah pinggang. Ia boleh membantu memperbaiki sebarang keradangan dan kesan luka pada tisu di dalam buah pinggang yang disebabkan oleh jangkitan ataupun batu karang.

Ia mengandungi glycoside yang dikenali sebagai arbutin yang mempunyai ciri-ciri anti-microbial, oleh itu ia boleh membantu dalam merawat jika terdapat sebarang jangkitan pada saluran air kencing.

Selain itu, ia juga boleh meneutralkan bahan berasid di dalam air kencing, lantas mengurangkan rasa kesakitan yang disebabkan oleh jangkitan.

3. Gokshura

Gokshura merupakan satu supplement Ayurveda yang boleh meningkatkan tahap kesihatan buah pinggang dan bermanfaat kepada orang yang mengalami jangkitan saluran kencing dan batu karang. Ia boleh mengawal peredaran air kencing, pada masa yang sama mengembangkan tisu saluran, mengurangkan rasa sakit.

Gokshura juga mempunyai ciri-ciri antibiotik dan boleh melawan jangkitan pada pundi kencing. Goksura datang dalam bentuk kapsul dan boleh diambil sekali ataupun dua kali sehari untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.

4. Sentiasa Bertanya Doktor

Adalah terbaik sekiranya anda dapatkan nasihat doktor pakar terlebih dahulu sebelum mengamalkan sesuatu perkara – lebih-lebih lagi sekiranya anda mengalami masalah buah pinggang.

Tips Tambahan

Detox buah pinggang ini ada dua kata kunci:

  • Kurangkan makanan tinggi protein.
  • Banyakkan minum air masak

Selain daripada itu adalah tambahan sahaja.

Video Bantuan – Resepi Jus Untuk Buah Pinggang

Untuk dapatkan maklumat yang lanjut, anda boleh menyaksikan video Youtube daripada Bridget Davis ini. Beliau mencadangkan satu jus untuk membersihkan buah pinggang anda. Apa kata anda mencubanya hari ini!

Kesimpulan

Buah pinggang adalah satu organ yang sangat penting untuk mengekalkan sistem keseluruhan badan berfungsi dengan baik.

Tanpa buah pinggang, badan kita tidak boleh mengeluarkan bahan toksin yang berbahaya daripada badan – dan terpaksa bergantung kepada mesin dialisis.

Oleh itu, adalah terbaik sekiranya kita menjaga kedua-dua buah pinggang kita agar ianya tidak rosak. Dan percayalah, cara penjagaannya tidaklah terlalu ketat dan menyusahkan pun. Banyakkan minum air.

Harap artikel ini membantu anda dalam detox buah pinggang masing-masing. Kongsikan artikel ini kepada orang yang tersayang.

Sekian~

Loading...

2 Semua Maklum Balas

  1. Assalamualaikum….saya baru singgah di laman tuan dan dan saya berpendapat info-info yang dimuatkan sangat-sangatlah berguna dan berfaedah kepada sesiapa yang sedang mencari sumber-sumber rawatan untuk penyakit berkaitan…..Terima kasih banyak diucapkan kepada Admin dan saya mohon izin untuk share…..

    Sebagai tambahan kepada sumber-sumber rawatan alternatif, saya juga ada mendengar daun telinga kera ( pokoknya tumbuh berjuntai dan kebiasaannya ditanam dengan pasunya digantung ) diambil daunnya dalam 21 helai dan direbus bersama dengan lebih kurang 6/7 biji korma China untuk 2 cawan air ( tinggal secawan )…..kalau diamalkan boleh juga jadi penawar kepada masalah buah pinggang…….in syaa Allah…..

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here