3 Cara Menghilangkan Kutu Rambut [99% Berkesan]

Masalah kutu rambut merupakan satu perkara yang biasa dialami oleh sesetengah masyarakat Malaysia, terutama bagi orang yang kurang menitikberatkan kebersihan diri.

Kutu rambut banyak memberikan masalah kepada orang yang mengalaminya kerana boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kegatalan di kulit kepala.

Namun, percayalah menghilangkan kutu rambut di kepala bukanlah sesuatu yang mustahil, bahkan ianya mudah sekiranya menggunakan cara dan teknik yang betul. Tapi perlu ingat bahawa ianya mengambil masa dan disiplin.

Bersedia? Berikut adalah 3 cara menghilangkan kutu rambut (dengan telurnya sekali) dengan efektik dan mudah!

Kaedah #1: Penjagaan Rambut dan Kulit Kelapa

Apabila soal kutu rambut, anda tidak boleh lari dari penjagaan rambut dan kulit kepala. Berikut adalah antara langkah-langkah yang anda patut lakukan:

1. Gunakan Syampu Khas Untuk Kutu

Syampu kutu rambut ini juga dikenali sebagai pediculicide. Anda boleh dapatkannya di farmasi atau dapatkan preskripsi oleh doktor. Anda juga boleh dapatkannya melalui Lazada Malaysia. Dapatkan satu botol bagi orang yang berambut pendek, atau 2 botol bagi orang yang berambut panjang.

Ada sesetengah syampu kutu ini boleh membunuh kutu DAN telurnya. Ada juga yang sekadar membunuh kutu sahaja. Jika anda menggunakan syampu jenis kedua ini, anda perlu follow up setelah telurnya menetas.

Anda juga perlu ingat bahawa syampu kutu ini biasanya mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan kesan sampingan kepada kulit kepala atau rambut. Jika anda tidak mahu mengambil sebarang risiko, anda boleh sahaja memilih produk semula jadi (biasanya mengambil masa yang lebih lama untuk berkesan). – Lihat Kaedah #2

Amaran – Saya tidak menyarankan anda menggunakan syampu biasa kerana tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh membunuh kutu/telur.

2. Pakai Pakaian Yang Lama/Buruk

Kutu rambut biasanya akan turun ke pakaian anda. Dan untuk membunuh kutu di pakaian, anda perlu merendamnya dalam air panas. Untuk mengelakkan pakaian baharu anda rosak disebabkan suhu, anda disarankan untuk memakai pakaian yang buruk atau anda tidak sayang sepanjang rawatan syampu ini.

3. Buat Rawatan Di Dalam Bilik Air

Anda dinasihatkan untuk melakukan rawatan syampu kutu ini di dalam bilik air/mandi, kerana ianya lebih senang untuk dicuci kemudian.

4. Sapu Syampu Kutu

Sapukan syampu kutu tersebut di kulit kepala dan rambut, seperti yang arahan pada botol. Pastikan ianya rata. Biarkannya untuk seketika (rujuk arahan botol). Kemudian, bilas dengan air suam.

Perhatian:

Jangan biarkan syampu tersebut melebihi jangka masa.
Bilas dengan air suam, bukannya syampu.

5. Buang Kutu Dengan Sikat (Nit Comb)

Selepas 8 jam dari rawatan, kutu yang berada di kepala boleh dikatakan sudah mati. Anda perlu membuangnya dengan satu sikat rambut yang direka khas, dikenali sebagai nit comb. Sikat jenis ini boleh didapati di kedai-kedai runcit atau farmasi.

Selepas menggunakan sikat tersebut, rendamkannya di dalam air panas selama 5 minit. Kemudian, lakukan pemeriksaan susulan selepas 8 jam kemudian untuk pastikan semua kutu sudah dibuang.

6. Periksa Beberapa Hari Kemudian

Mungkin terdapat kutu yang masih hidup/baru menetas selepas rawatan syampu itu, anda disarankan untuk lakukan pemeriksaan susulan selepas beberapa hari, selema 2 minggu – untuk pastikan semua kutu berjaya dimatikan.

Jika masalah masih berterusan, anda perlu mengulangi proses di atas sekali lagi. Jika tidak mahu menggunakan syampu, anda juga boleh menggunakan nit comb sahaja.

Kaedah #2: Rawatan Semula Jadi

Jika anda tidak mahu menggunakan bahan kimia, mungkin risau akan kesan sampingan atau alahan, anda boleh sahaja menggunakan beberapa alternatif/remedi di bawah:

1. Penggunaan Nit Comb

Nit comb merupakan sikat yang direka khas untuk menghilangkan kutu rambut dan telurnya. Ia memakan masa, tetapi berkesan. Sedikit demi sedikit, sikat rambut anda.. pastikan merangkumi semua bahagian rambut.

Setelah kutu dan telur dapat dikeluarkan, anda boleh meletakkannya di dalam air panas. Kutu akan mati serta merta.

Sikat setiap 8 jam sekali. Kemudian, sikat tersebut perlukan direndam di dalam air panas untuk pastikan kutu-kutu yang tersangkut padanya mati, dan tidak kembali ke rambut anda pada penggunaan seterusnya.

2. Cuka Appel Cider

Sebagai satu pengganti kepada syampu kutu, anda boleh menggunakan apple cider vinegar. Campurkan ½ cawan apple cider vinegar dengan ½ air suam. Tuang ke atas rambut. Sikat rambut dengan nit comb.

3. Penggunaan Minyak

Terdapat beberapa minyak yang dikatakan boleh membantu menghilangkan kutu rambut. Antaranya adalah:

i. Coconut oil – sapukan coconut oil pada rambut dan kulit kepala, kemudian sikat dengan nit comb untuk mengeluarkan kutu dan telurnya.

ii. Neem oil – dikatakan selamat untuk kepala, seperti coconut oil anda hanya perlu menyapuny dan kemudian sikat. Anda juga boleh menggunakan tea tree oil, ianya juga boleh bertindak sebagai racun serangga semula jadi.

4. Minyak Pati

Minyak pati boleh mempercepatkan kutu di kepala mati. Dapatkan spray, dan isikannya dengan minyak pati dan air paip. Kemudian, spray pada rambut anda. Antara minyak pati yang anda boleh guna adalah:

  • Lavender
  • Oregano
  • Peppermint
  • Thyme
  • Eucalyptus

Kaedah #3: Kebersihan Umum

Mungkin cara terakhir ini tidak secara langsung, tetapi anda perlu ingat bahawa persekitaran anda memainkan peranan yang penting kepada pembiakan kutu. Oleh itu, anda tidak boleh lari daripada faktor kebersihan diri, pakaian dan tempat tinggal.

1. Kerapkan Basuh Pakaian

Bukan setakat pakaian, malah cadar, tilam, sarung bantal, kusyen dan apa-apa barang fabrik yang boleh di basuh.. basuh! Disarankan menggunakan air suam atau panas, tetapi bergantung kepada penilaian anda sendiri. Biasanya kutu akan mati pada suhu 54 C ke atas jika terdedah selama 5 minit.

2. Kedapkan Pakaian Yang Tidak Boleh Dibasuh

Kutu akan mati jika tiada bekalan udara. Oleh itu, anda boleh menyimpan pakaian yang tidak boleh dibasuh di dalam beg plastik selama 2 minggu.

3. Rendam Aksesori Rambut

Rendam sebarang aksesori rambut yanga anda ada, contohnya sikat, pin, klip rambut dll ke dalam air panas selama 5 minit, untuk membunuh sebarang kutu/telur yang mungkin terhinggap.

4. Vacum

Anda juga dinasihatkan untuk menvacum karpet dan perabut rumah anda. Walaupun kutu perlukan perumah (host) untuk kekal hidup, anda perlu berjaga-jaga agar perkara ini tidak berlaku lagi.

Tips Tambahan

Jika anda seorang lelaki, anda boleh gunting rambut anda sehingga pendek untuk memudahkan proses rawatan kutu. Ataupun, anda boleh sahaja membotakkan kepala – cara ini sangat-sangat berkesan untuk menghilangkan kutu.

Video

Sekiranya anda perlukan cara-cara yang lain untuk menghilangkan kutu rambut, video Youtube oleh waysandhow ini mungkin boleh menjawab persoalan anda. Saksikan.

Kesimpulan

Okay, sudah. Senang sahaja kan? Janganlah terlalu tertekan sekiranya anda mengalami kegatalan kulit kepala disebabkan oleh masalah kutu. Setiap masalah pasti ada cara penyelesaiannya.

Saya harap artikel tentang cara menghilangkan kutu rambut ini boleh membantu anda, bukan sahaja hari ini bahkan pada masa hadapan juga. Sudah tahu bagaimana nak menghilangkannya, lepas ini kena pandai-pandailah mencegahnya pula.

Sekian~

Leave a Comment