Kadang kala, anda akan rasa gatal di kepala. Perkara ini boleh berlaku, mungkin disebabkan anda bertukar syampu, atau conditioner, atau anda tidak buat apa-apa pun, tetapi kepala masih rasa gatal.
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kepala gatal – antaranya adalah kulit kering, ataupun product buildup di kepala. Namun, bukanlah susah untuk mengatasi masalah ini.
Berikut adalah dua kaedah menghilangkan rasa gatal di kepala (boleh dilakukan dalam masa 24 jam):
Kaedah #1: Penjagaan Kulit Kepala dan Rambut
Rasa gatal di kepala semesti akan berpunca daripada kulit kepala dan rambut itu sendiri. Penjagaan yang rapi boleh mengelakkan anda daripada mengalami masalah ini. Berikut adalah beberapa langkah untuk anda patuhi:
1. Bertukar Produk
Penggunaan satu produk yang sama untuk jangka masa yang lama boleh membawa kepada build-up. Oleh itu, apa kata anda sekali sekali bertukar jenama syampu dan conditioner, dan menggunakannya selama 2 minggu.
Alternatif, anda boleh menggunakan minyak zaitun (jika tidak mahu membeli syampu yang lain).
2. Keringkan Rambut
Anda dinasihatkan agar mengeringkan rambut setiap hari. Rambut yang lembap boleh menyebabkan build up, dan kulit kepala anda akan rasa gatal semasa proses penyejatan air. Apa yang lebih teruk adalah mold boleh terbentuk di atas kepala anda! Pasti tidak mahu perkara itu berlaku kan?
Anda boleh keringkan rambut dengan menggunakan alat pengering, ataupun dengan tuala. Cuma pastikan anda keringkannya dengan baik dan menyeluruh.
3. Sikat Rambut
Sikat rambut anda 2 atau 3 kali sehari boleh mengelakkan perbentukan minyak yang banyak di kepala, terutama di permukaan kulit. Sikatlah rambut dengan perlahan-lahan.
4. Periksa Produk
Cuba elakkan produk rambut (syampu, conditioner, minyak rambut, etc) yang mengandungi alkohol – kerana ianya adalah ejen pengering dan boleh menyebabkan rasa gatal di kepala, terutama bagi orang yang mempunyai alahan atau kulit sensitif. Pilihlah produk yang diperbuat daripada sumber semula jadi berbanding dengan bahan kimia.
5. Guna Conditioner (Perapi)
Penggunaan conditioner boleh membekalkan nutrisi tambahan kepada rambut anda. Oleh itu, adalah terbaik sekiranya anda menggunakan conditioner selepas menyampu rambut.
Mahukan kesan yang terbaik dari conditioner? Gunakan syampu dan conditioner dari pengeluar yang sama, ataupun yang datang sekali dalam pakej.
Kaedah #2: Penjagaan Kebersihan Diri
Percaya atau tidak, penjagaan kebersihan diri boleh menjejaskan kulit kepala dan rambut kita. Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu ambil berat jika mahu menghilangkan kepala gatal:
1. Periksa Kesan Sunburn
Ketika cuaca yang panas terik, kulit kita lebih senang untuk mendapat sunburn, terutama pada kulit kepala jika tidak menggunakan payung. Seperti kulit yang lain, apabila ia dalam proses penyembuhan ia akan rasa sedikit gatal.
Oleh itu, adalah terbaik jika anda menggunakan syampu yang berasaskan aloe vera (lidah buaya) ataupun conditioner untuk melegakan rasa gatal tersebut.
2. Atasi Masalah Kutu Kepala
Sesetengah kes masalah gatal kepala adalah berpunca daripada air liur kutu. Ya, jijik dan tidak menyenangkan. Masalah kutu ini bukanlah sukar untuk diatasi. Anda boleh meminta rakan atau sesiapa untuk memeriksa telur kutu di kepala anda.
Telur kutu dipanggil nits, dan biasanya berada di pangkal rambut.
Selain itu, anda boleh menggunakan syampu – sekarang hampir semua syampu mempunyai fungsi untuk mematikan kutu. Tambahan lagi, anda perlu kerapkan membasuh pakaian, cadar dan tilam anda – gunakan air panas, kemudian sidai di bawah cahaya matahari selama 20 minit.
Anda juga dinasihatkan agar kerapakan vacuum karpet dan mencuci perabut (boleh guna febreze).
Sila kerapkan membasuh sikat/pengikat rambut anda dengan larutan alkohol ataupun syampu, selama sejam untuk mematikan sebarang kutu atau telur yang mungkin meletak pada sikat tersebut.
Untuk keterangan lebih lanjut tentang kutu, anda boleh membaca di sini: 3 Cara Menghilangkan Kutu Rambut [99% Berkesan]
3. Kawal Tekanan Diri
Jika anda sering stress dan tertekan, anda akan mudah merasakan gatal di kepala. Biasakan kita tengok dalam drama apabila ada sahaja putus cinta ke apa, si perempuan mesti garu kepala tanpa sebab (lol) dalam keadaan marah/tertekan. Jadi, janganlah cepat marah dan tertekan dalam apa jua keadaan.
Baca: Cara-Cara Berhadapan Dengan Masalah Stress
4. Banyakkan Minum Air
Kulit kita perlukan kadar air yang mencukupi untuk kekal dalam keadaan yang optimum. Oleh sebab kulit kepala kita salah satu daripada organ kulit, keperluannya adalah sama. Sekurang-kurangnya anda meminum air sebanyak 8 gelas AIR MASAK (bukannya teh tarik) setiap hari untuk mengekalkan kesihatan yang optimum.
5. Ambil Makanan Tambahan (Supplement)
Jika mahukan kesan yang lebih, apa kata anda mengambil supplement vitamin E. Ia mengandungi minyak pati yang sangat baik kepada kulit, dan mengekalkannya dalam keadaan hidrat.
6. Berjumpa Doktor/Pakar Kulit
Sekiranya masalah gatal kepala anda berterusan, anda mungkin mengalami beberapa simptom masalah kulit yang lain, antaranya adalah: kayap, jangkitan kuman seperti Tinea Amiantacea atau Lichen Planopilaris, dermatitis, psoriasis, kurap ataupun masalah yang lain.
Oleh itu, adalah terbaik sekiranya anda meminta doktor atau pakar kulit untuk memeriksa kulit kepala anda.
Tips Tambahan
- Walau betapa gatalnya kulit kepala anda, adalah terbaik jika anda tidak menggarunya.
- Gunakan sikat rambut yang bersih
- Gunakan minyak kepala sebagai gantian kepada minyak zaitun – ia boleh membantu. Cara-caranya adalah dibawah:
Sapukan minyak kelapa ke kulit kepala selepas anda membersihkannya. Sapu dengan rata. Biarkannya selama setengah am dan kemudian bilas dengan air bersih, atau syampu kepala.
Amalkan petua ini sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Salah satu pilihan yang lain adalah
campurkan minyak kelapa itu tadi di dalam syampu anda – kemudian syampu kepala anda seperti biasa.
Amaran
- Kerapkan membasuh cadar, tilam dan bantal untuk mengelakkan hama tersebar.
- Keringkan rambut.
- Elakkan penggunaan bahan kimia di kepala.
- Elak menyikat rambut terlalu kerap/banyak kerana boleh menyebabkan rambut berminyak.
- Jangan sikat rambut dengan jari!
Video Bantuan
Perlukan bantuan visual? Berikut adalah perkongsian DIY mengatasi masalah kepala gatal yang disebabkan oleh kelemumur oleh AndreasChoice di Youtube.
Kesimpulan
Dengan artikel ini, harap anda boleh mengatasi masalah rasa gatal di kepala dengan baik. Semua yang dinyatakan di atas bukanlah susah untuk dilakukan, anda hanya perlu mengubah sedikit sahaja daripada rutin harian anda.
Apa yang penting adalah anda mengambil tindakan selepas membaca artikel ini. Silalah berkongsi artikel ini di laman sosial kesukaan anda, agar orang lain juga boleh manfaat daripadanya.
Sekian~
bleh jua tpi saya sdikit gak paham bhasa melayu