6 Kebaikan Air Masak Kepada Badan Berdasarkan Kajian Sains

kebaikan air masak

60% badan kita adalah berasaskan kepada air, cecair.

Kita biasanya disarankan agar minum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak setiap hari. Namun bergantung kepada keadaan dan situasi juga.

Artikel Panduansaya hari ini akan menyenaraikan 6 kebaikan air masak kepada badan dan kesihatan secara umum.

Kebaikan-Kebaikan Air Masak Kepada Kesihatan

Berikut adalah kebaikan air masak, selepas ini anda akan berasa ingin banyakkan minum air.

1. Air Masak Boleh Meningkatkan Prestasi Fizikal

Sekiranya anda tidak kekal hidrat (cukup air), prestasi fizikal badan anda akan berkurang, menyebabkan anda rasa lemah.

Perkara ini sangat penting sekiranya anda bergaya hidup aktif dan kerap bersukan.

Dehidrat boleh memberikan kesan yang nyata kepada badan, walaupun anda hilang 2% dari cecair dalam badan.

Perkara ini akan membawa kepada perubahan suhu badan, meningkatkan rasa penat, dan menyebabkan anda rasa mengantuk.

Dengan banyakkan minum air, agar badan kekal hidrat telah terbukti boleh mencegah daripada perkara ini berlaku. Malah boleh mengurangkan tekanan oksidatif yang berlaku semasa senaman intensif.

Oleh itu, sekiranya anda sering bersenam dan banyak mengeluarkan peluh, maka sebaiknya anda banyakkan minum air agak cecair dalam badan anda boleh distabilkan kembali.

2. Kekal Hidrat Dengan Air Masak Memberikan Kesan Positif Kepada Pemikiran & Otak

Otak kita sangat bergantung kepada air, oleh itu dengan kekalkan badan anda dalam keadaan hidrat boleh menyumbang kepada pemikiran dan daya berfikiran yang lebih baik.

Kajian menujukkan bahawa walaupun dehidrat yang sedikit (1-3%) boleh menjejaskan beberapa aspek pada otak – mood, perhatian, dan mudah rasa pening.

Dalam kajian yang lain, mendapati bahawa badan yang kurang air boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk meningati sesuatu, ditambah pula dengan rasa gelisah serta lemah/letih.

Oleh sebab itu, apabila anda rasa letih atau mengantuk, banyakkan minum air masak.

3. Minum Air Masak Boleh Mencegah dan Merawat Sakit Kepala

Dehidrasi boleh menyumbang kepada sakit/pening dan migrain bagi sesetengah orang.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa air boleh melegakan sakit kepala bagi orang yang terdehidrat.

Walaupun begitu, tidak terjamin kepada semua orang, ia bergantung kepada jenis sakit kepala tersebut.

4. Air Masak Boleh Membantu Melegakan Sembelit

Masalah sembelit ini adalah masalah yang biasa dialami oleh rakyat Malaysia, ia berlaku kerana terdapat masalah pada pergerakan usus, menyukarkan najis untuk keluar.

Dengan meningkatkan kadar pengambilan cecair (sebaiknya adalah air masak), ia boleh mengurangkan masalah ini.

Pengambilan air yang tidak mencukupi adalah salah satu penyebab utama kepada masalah sembelit, bagi kanak-kanak mahupun dewasa.

5. Minum Air Masak Boleh Mencegah Batu Karang

Batu karang adalah kristal mineral yang terbentuk di dalam saluran kencing. Orang yang mengalami batu karang akan mengalami kesakitan yang teramat sangat semasa hendak membuang air kecil.

Kebanyakan kes, batu karang in terbentuk di dalam buah pinggang.

Terdapat bukti (walaupun sedikit), yang menyatakan bahawa pengambilan air yang banyak boleh mengurangkan risiko berlaku kembali bagi orang yang pernah mengalaminya.

Pengambilan yang banyak akan meningkatkan jumlah air yang melalui buah pinggang, mengurangkan kepekatan mineral yang terkumpul – mengurangkan kadar perbentukan kristal oleh mineral-mineral ini.

6. Air Masak Boleh Menurunkan Berat Badan

Pernah dengar diet dengan air?

Percaya atau tidak, anda memang boleh mengurangkan berat badan dengan banyakkan minum air.

Hal ini kerana air boleh meningkatkan rasa kenyang dan meningkatkan kadar metabolik badan.

Dalam dua kajian, minum 500ml air masak menunjukkan boleh kadar metabolisma sebanyak 24-30%, sehingga 1.5 jam.

Ini bermakna dengan minum 2 liter air setiap hari boleh meningkatkan kadar tenaga anda sehingga 96 kalori sehari.

Masa minum air turut memainkan peranan yang penting. Sebaiknya anda minum air setengah jam sebelum makan makanan berat – ini adalah paling efektif. Anda akan lebih cepat rasa kenyang, secara tidak langsung mengurangkan kadar anda makan.

Dalam satu kajian, orang yang berdiet minum separuh liter air sebelum makan boleh menurunkan berat badan 44% lebih banyak, dalam jangka masa 12 minggu.

Kesimpulan

Secara ringkas dan mudah, kebaikan air masak untuk kesihatan ini kita tidak boleh nafikan. Bahkan kalau kita tidak minum air selama tiga hari, kita mungkin akan mati.

Kekurangan air dalam badan boleh membawa kepada banyak jenis penyakit dan kemudaratan. Oleh sebab itu, sekiranya anda ingin menjaga kesihatan, dan ini panjang umur, hendaklah mulakan budaya banyak minum air.

Lebih air tak apa, jangan kurang.

Harap artikel ini memberikan sedikit pencerahan yang berguna kepada anda. Sila kongsikan artikel ini agar orang lain boleh mendapat manfaat yang sama.

Sekian~

loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here