Apakah Kesan Pemanis Buatan Ke Atas Kesihatan?

kesan pemanis buatan

Gula merupakan salah satu topi yang popular dan penting dalam dunia nutrisi/kesihatan.

Dengan mengurangkan pengambilan boleh meningkatkan kadar kesihatan, pada masa yang sama membantu anda mengurangkan berat badan.

Menggantikan gula dengan pemanis buatan merupakan salah satu cara yang sering diamalkan oleh rakyat Malaysia pada masa sekarang.

Namun begitu, terdapat beberapa pihak yang menyatakan bahawa pemanis buatan ini boleh menjejaskan kesihatan, bercanggah dengan apa yang kita percaya sebelum ini.

Sebagai contoh, terdapat pihak yang mengeluarkan kenyataan bahawa gula atau pemanis buatan ini boleh meningkatkan kadar gula dalam darah serta meningkatkan kadar insulin.

Artikel kali akan melihat pandangan tersebut dari sudut sains. Harap boleh memberikan pencerahan kepada pembaca semua.

Apakah Itu Pemanis Buatan?

pemanis buatan adalah bahan kimia sintetik yang boleh meransang reseptor rasa manis yang terdapat pada lidah.

pemanis buatan memberikan anda rasa manis, tanpa memberikan kalori.

Oleh sebab itu, ianya sering dimasukkan ke dalam makanan, dan dianggap sebagai alternatif yang lebih sihat kepada pengambilan gula.

Ia boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan, minuman, pencuci mulut, kek dan sebagainya. Bahkan anda boleh mendapatinya dalam gula-gula getah dan ubat gigi!

Berikut adalah senarai jenis pemanis buatan yang biasa digunakan:

  • Aspartame
  • Saccharin
  • Acesulfame Potassium
  • Neotame
  • Sucralose

Apa Kesan Pengambilan Pemanis Buatan?

Ia boleh meningkatkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan kadar insulin.

Dalam badan kita, terdapat satu mekanisma yang mengawal kadar gula dalam darah kita agar sentiasa stabil.

Kadar gula dalam darah akan meningkat apabila kita makan makanan yang mengandungi karbohidrat.

Antara makanan yang tinggi karbohidrat adalah ubi kentang, roti, kek, gula-gula dan sebagainya.

Apabila dicerna, karbohidrat akan dipecahkan dan diserap ke dalam saluran darah, menyebabkan kepada peningkatan kadar gula dalam darah.

Apabila kadar gula dalam darah meningkat, badan kita akan mengeluarkan insulin.

Insulin pula merupakan satu hormon yang bertindak sebagai satu kunci. Ia membenarkan gula dalam darah diserap masuk ke dalam sel, di mana ia akan digunakan untuk tenaga atau disimpan sebagai lemak.

Apabila kadar gula dalam darah menurun terlalu rendah, hati kita akan mengeluarkan gula (yang disimpan) untuk menstabilkannya kembali. Perkara ini berlaku sekiranya kita sedang berpuasa atau sedang tidur.

Terdapat teori yang mengatakan bahawa pemanis buatan ini boleh mengganggu proses itu tadi.

Adakah Ia Boleh Meningkatkan Kadar Gula Dalam Darah?

Pemanis buatan tidak akan meningkatkan kadar gula dalam darah anda dalam jangka masa yang singkat.

Namun, berdasarkan satu kajian ke atas tikus makmal mendapati bahawa pengambilan pemanis buatan selama 11 minggu boleh memberikan kesan negatif kepada perut, lantas meningkatkan kadar gula dalam darah.

Walaupun begitu, masih belum ada kajian ke atas manusia untuk membuktikan perkara ini – walaupun begitu, ia berkemungkinan boleh meningkatkan kadar gula dalam darah anda.

Adakah Ia Boleh Meningkatkan Kadar Insulin?

Kajian tentang kesan pengambilan pemanis buatan ke atas insulin telah ada,dan menunjukkan hasil yang berbeza-beza, mengikut jenis pemanis tiruan yang diambil.

i. Sucralose

Kajian ke atas haiwan dan manusia telah menunjukkan bahawa pengambilan sucralose boleh meningkatkan kadar insulin dalam badan.

Dalam satu kajian, 17 orang peserta diberi sama ada sucralose atau air dan kemudian diarah untuk menjalani ujian “glucose tolerance test”.

Peserta yang mengambil sucralose mempunyai kadar insulin 20% lebih banyak berbanding orang yang mengambil air.

Walaupun begitu, kajian yang lain pula mempunyai hasil yang berbeza.

ii. Aspartame

Aspartame merupakan salah satu pemanis buatan yang popular dan sering didengari.

Namun, kajian tidak mendapati sebarang kesan pengambilannya ke atas peningkatan kadar insulin.

iii. Saccharin

Ahli saintis telah melakukan uji kaji sama ada dengan meransang rasa manis dalam mulut dengan saccharin boleh membawa kepada peningkatan kadar insulin atau tidak.

Hasilnya bercampur.

Satu kajian mendapati bahawa dengan berkumur larutan saccharin (tanpa menelan) boleh membawa kepada peningkatan kadar insulin.

Dan, kajian yang lain pula mendapati ia tidak memberikan apa-apa kesan.

iv. Acesulfame Potassium

Acesulfame potassium (acesulfame-K) boleh meningkatkan kadar insulin dalam tikus makmal.

Berdasarkan satu kajian ke atas tikus makmal yang disuntik dengan acesulfame-K, mendapati bahawa ia meningkatkan kadar insulin dengan mendadak, 114-210%.

Namun, kesan pengambilannya ke atas manusia masih belum terbukti.

loading...

Bolehkah Penghidap Kencing Manis (Diabetes) Ambil Pemanis Buatan?

Penghidap kencing manis mempunyai kadar gula dalam darah yang tidak stabil, kerana kekurangan insulin.

Oleh sebab pemanis buatan tidak meningkatkan kadar gula dalam darah, maka ia dianggap selamat (sebagai alternatif gula) untuk diambil oleh pesakit kencing manis.

Walaupun begitu, kesan jangka masa panjang masih belum diketahui.

Patutkah Anda Elak Dari Mengambil Pemanis Buatan?

Kebanyakan produk atau bahan pemanis buatan adalah selamat digunakan di Malaysia.

Namun, perkara ini perlulah diteliti dengan lebih lanjut, terutama dalam aspek kesihatan.

Walaupun pemanis buatan ini bukanlah sesuatu yang “sihat”, tetapi sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan sebagai satu pengganti kepada gula.

Tetapi sekiranya anda mahukan alternatif gula yang lain, apa kata anda bertukar kepada stevia – ia merupakan pemanis semulajadi!

Untuk mendapatkan produk-produk stevia yang berkualiti, anda boleh layari link ini.

Kesimpulan

Secara ringkas, pengambilan pemanis tidak mendatangkan sebarang masalah dari sudut kesihatan, sekiranya pengambilannya diambil secara terkawal.

Walaupun terdapat banyak kajian akan kesan pengambilannya ke atas tikus makmal, tetapi setakat ini masih belum ada kajian khusus kepada manusia.

Oleh itu, anda janganlah risau sekiranya bergantung kepada pemanis buatan dalam masakan, atau minuman anda. Sekurang-kurangnya anda sudah kurangkan pengambilan – yang mana boleh memberikan efek yang lebih besar.

Harap artikel ini membantu dan menjawab persoalan anda tentang kesan pengambilan pemanis buatan ke atas badan. Sekiranya anda mendapati artikel ini berinformasi, maka janganlah segan share-kan artikel ini kepada rakan-rakan.

Sekian~

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here