20 Khasiat Asam Jawa Untuk Kulit, Rambut dan Kesihatan

khasiat asam jawa

Selain menjadi satu juadah di dalam pelbagai resepi, asam jawa juga mempunyai khasiat dan manfaatnya tersendiri. Ia boleh dijadikan satu bahan untuk memperbaiki struktur rambut dan kulit anda, disamping memberikan kebaikan kepada kesihatan secara umumnya.

Kenapa tidaknya, asam jawa ini mengandungi banyak vitamin keperluan seperti Vitamin C, bahan antioksida seperti karotena, bahan mineral (magnesium dan potasium). Oleh sebab itu, buah asam jawa ini boleh dijadikan satu rutin kepada anda jika inginkan kulit yang cantik.

Dalam artikel ini, anda akan didedahkan kepada khasiat asam jawa dalam 3 aspek, iaitu:

  • Kulit
  • Rambut
  • Kesihatan

Jom, ketahuinya dengan lebih lanjut di bawah

Khasiat Asam Jawa Untuk Kulit

Pernah tak anda terfikir, apakan khasiat asam jawa kepada kulit? Jika tidak pernah terfikir

khasiat asam jawa untuk kulit
Asam jawa banyak memberikan khasiat kepada kulit

dan tidak tahu, anda pasti akan terkejut membaca manfaat-manfaatnya di bawah:

1. Mencerahkan Kulit

Pulp asam jawa ini boleh mencerahkan tona kulit anda. Tidak percaya? Apa kata anda mencubanya sendiri. Anda hanya perlu rendamkan 30 gram buah asam jawa di dalam 150ml air panas, biarkan selama 10 minit. Ekstrakkan puplnya. Campurkannya dengan satu sudu teh serbuk kunyit.

Sapukan pada permukaan kulit yang bersih dan biarkannya selama 15 minit. Kemudian, bilas dan membasuhnya dengan air yang sedikit suam. Anda akan mendapati kulit anda sedikit cerah.

Mungkin tidaklah terlalu ketara, tetapi jika diamalkan 3 kali seminggu, dalam masa beberapa minggu akan melihat kesan yang positif. Kaedah ini sangat sesuai untuk kulit yang berminyak.

2. Ejen Exfoliate Kulit Yang Semulajadi

Asam jawa adalah satu sumber asid alpha hydroxyl (AHA) yang sangat baik. AHA ini merupakan salah satu bahan utama yang digunakan di dalam produk krim exfoliate yang terdapat di pasaran.

Asid ini mempunyai potensi untuk menghilangkan kotoran dan sebarang benda asing yang terlekat di dalam kulit, yang mana menyebabkan liang dan pora kulit tersumbat.

Cara-cara menggunakannya adalah, campurkan 1 sudu teh ekstrak asam jawa dengan 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh krim susu (untuk kulit kering)/yogurt(untuk kulit berminyak). Gaulkan semua campuran tadi dengan sekata.

Sapukan campuran tersebut dengan rat pada permukaan wajah anda. Kemudian, gosok dengan perlahan-lahan dengan menggunakan jari anda dalam pergerakan bulatan selama 5-7 minit untuk mengeluarkan sel-sel yang sudah mati.

Kemudian, bilas dengan air yang bersih, lap jika mahu.

3. Pemutih Wajah Semulajadi

Anda juga boleh memutihkan kulit anda dengan menggunakan ekstrak asam jawa. Campurkan 1 sudu teh ekstrak asam jawa dengan 1 sudu teh lemon dan madu.

Kemudian sapukan campuran tadi pada permukaan kulit dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu bilas dengan air yang bersih.

4. Rawatan Semulajadi Menghilangkan Selulit (Stretch Mark)

Adakah anda mengalami masalah selulit – iaitu strecth mark yang biasa terdapat pada bahagian paha dan perut selepas bersalin. Asam jawa boleh menghilangkannya. Campurkan 2 sudu teh ekstrak asam jawa dengan 1 sudu teh gula dan jus lemon/limau serta 1/2 sudu teh baking soda.

Campurkan semua bahan tersebut sehingga sebati. Sapukan pada kulit yang terjejas dengan menggunakan berus. Gosok dengan perlahan-lahan dalam bentuk bulatan. Ini boleh mengurangkan kesan selulit.

Kaedah rawatan ini hanya sesuai kepada orang yang mempunyai kulit yang berminyak sahaja.

Baca : Bagaimana Untuk Tentukan Jenis Kulit Kita? (5 Langkah Mudah)

5. Hidratkan Kulit

Satu mangkuk rebusan air asam jawa boleh digunakan untuk toning kulit secara semulajadi. Selain itu, anda boleh menggunakannya sebagai ejen pelembap kulit.

Anda hanya perly menambah 15 gram asam jawa ke dalam air mendidih dan reneh selama 15 minit.

Tambah serbuk teh sebanyak 2 sudu teh ke dalam air tersebut, kemudian reneh selama 5 minit. Kemudian, gaulkan bahan-bahan tersebut dan sapu pada kulit setelah ianya sejuk.

6. Ejen Anti-Penuaan

Asam jawa mengandungi banyak asid, antioksida, serat dan vitamin yang berperanan melawan radikal bebas. Radikal bebas ini salah satu faktor yang mencepatkan proses penuaan. Untuk melawan radikal bebas ini, anda boleh mencampurkan ekstrak asam jawa dengan madu, dan sapukan pada permukaan kulit secara berkala untuk melawan kesan dan kerosakan yang terdapat pada permukaan kulit.

7. Menghilangkan Kesan Warna Hitam Di Leher

Kesan warna hitam pada leher biasanya terdapat pada perempuan berbanding lelaki. Walaupun ramai orang yang hanya menggunakan sabun untuk menghilangkannya dengan cepat, ada juga cara tradisional yang boleh memberikan kesan yang lebih panjang dan efektif.

Ya, asam jawa.

Campurkan 1 sudu teh ekstrak asam jawa yang pekat dengan 1 sudu teh madu dan air mawar. Sapukan campuran ini pada leher dan biarkannya selama 20 minit. Bilas dengan air mawar ataupun air suam.

Amalkan kaedah ini boleh membantu anda menghilangkan kesan warna hitam itu sepenuhnya.

8. Menghilangkan Kesan Calar Kulit

Dengan bantuan AHA yang terdapat di dalam asam jawa, anda boleh memanfaatkan untuk merawat kesan calar dan blemish pada kulit anda. Ia juga boleh bertindak sebagai remedi untuk pigmentasi. Anda hanya perlu sapukan perahan asam jawa pada permukaan kulit wajah ataupun mana-mana tempat yang terkesan.

Biarkan larutan tersebut untuk menyerap masuk kulit anda. Amalkan sebelum tidur malam setiap hari.

9. Rawat Keradangan Kulit, Jerawat dan Jeragat

Khasiat banyak yang terdapat di dalam asam jawa seperti vitamin C, A dan antioksida boleh bertindak sebagai satu perawat kepada keradangan kulit, termasuklah kepada jerawat dan jeragat.

Anda hanya perlu campurkan ekstrak asam jawa dengan serbuk kunyit. Gaulkannya sehingga berbentu satu pes. Kemudian sapukan pada permukaan kulit anda. Biarkan kering. Bilas dengan air suam dan sapukan krim pelembap jika anda mempunyai kulit yang berminyak.

Khasiat Asam Jawa Untuk Rambut

Selain kulit, asam jawa memainkan peranan kepada kesihatan dan pertumbuhan rambut. Ikuti beberapa khasiatnya di bawah:

10. Mencegah Keguguran Rambut

Asam jawa sudah lama diketahui boleh menguatkan rambut, lantas mengelakkan

asam jawa boleh elak masalah keguguran
Asam jawa boleh elak masalah keguguran

daripadanya gugur. Rendamkan buah asam jawa di dalam air selama 10 minit. Kemudian, ambil airnya itu dan sapukan serta gosok pada permukaan kulit kepala dan akar rambut.

Celupkan tuala di dalam air tersebut dan keluarkan air yang berlebihan, biar tuala itu dalam keadaan lembap. Letakkan tuala tersebut di atas kepala anda dan biarkannya selama 30 minit. Kaedah ini boleh diulangi sebanyak 2 kali seminggu untuk mengelakkan keguguran rambut.

Baca5 Petua Rambut Gugur Yang Boleh Menyelamatkan Penampilan Anda

Khasiat Asam Jawa Untuk Kesihatan

Masyarakat Malaysia biasanya menggunakan asam jawa di dalam makanan, dan sesetengah dijadikan sebagai satu minuman. Berikut adalah beberapa khasiat asam jawa dari suduk kesihatan:

11. Antiseptik

Percaya atau tidak, asam jawa boleh digunakan untuk merawat kesan luka dan mencegah jangkitan kuman daripada merebak di dalam badan.

12. Rawat Gangguan Hempedu

Asam jawa didapati bahawa boleh merawat masalah gangguan hempedu (Bilious disorders). Asam jawa boleh memainkan peranan tidak langsung di dalam pengawalan kadar kolestrol di dalam badan. Serat yang terdapat di dalam asam jawa boleh terikat pada bile salts yang terhasil daripada kolestrol dab mengurangkan kadar penyerapan semula.

13. Rawat Demam Malaria

Demam malaria ini merujuk kepada demam yang dialami oleh orang yang dijangkiti dengan parasit di dalam saluran darah merah. Biasanya orang dijangkiti dengan demam ini adalah orang yang digigit dengan satu jenis nyamuk.

Asam jawa boleh melegakan demam malaria. Caranya adalah campurkan teh herba dengan asam jawa dan bagi pesakit minum. Amalkan cara ini sehingga sembuh.

14. Jaundis

Jaundis merujuk kepada masalah kesihatan yang menyebabkan kulit bertukar kepada kuning ataupun warna putih pada mata. Penyakit ini berpunca daripada lebihan pigmen bilirubin dan biasanya disebabkan oleh penyakit hati ataupun kerosakan sel darah merah yang berlebihan.

Rebusan daun asam jawa didapati boleh merawat penyakit ini.

loading...

15. Keradangan

Inflammation merujuk kepada masalah kulit yang serius dan boleh memberikan kesan kepada organ dalaman badan – membawa kepada ketidakselesaan dan kesakitan kepada pesakit.

Asam jawa boleh merawat keradangan ini. Anda perlukan 1/2 sudu teh serbuk biji asam jawa, amalkan 2 kali sehari dengan air untuk memperbaiki pelinciran sendi dan mengurangkan kesakitan semasa bergerak.

16. Kanser

Salah satu faktor membawa kepada kanser adalah lebihnya radikal bebas di dalam badan. Satu-satunya cara untuk melawan radikal bebas di dalam badan kita adalah dengan mengambil makanan yang kaya dengan antioksida.

Oleh sebab asam jawa diperkaya dengan khasiat antioksida, anda boleh, secara tidak langsung boleh mencegah daripada menghidap kanser. Asam jawa mempunyai phenol dan naringenin yang boleh mencegah beberapa jenis kanser.

Setiap 100 gram asam jawa mengandungi 36% keperluan harian thiamin, 35% zat besi, 23% magnesium dan 16% phosporus. Selain itu, asam jawa juga mempunyai serat, kalsium, vitamin c, niacin dan pyridoxine.

Ini tidaklah bermaksud pengamalan asam jawa satu-satunya cara mencegah kanser, terdapat banyak lagi cara dan sumber antioksida di dalam dunia ini. Cuma anda haruslah manfaatkan apa jua sumber terdekat untuk menghalang daripada mendapat kanser.

17. Masalah Cacing dan Sakit Tekak

Tidak dinafikan, masyarakat kita sukakan minuman asam jawa. Adakah anda tahu bahawa air asam jawa boleh melegakan rasa sakit tekak? Sebab itulah ramain orang-orang tua menggalakkan kita untuk meminum air tersebut ketika demam dan batuk.

Walaupun mungkin tidak berkesan secepat ubat yang anda boleh dapat di farmasi, ia masih memberikan kesan yang positif, dan lebih jimat.

Pada masa yang sama, anda juga boleh mengatasi masalah cacing di dalam perut dengan pengamalan air asam jawa. Air asam jawa boleh membunuh cacing yang terdapat di dalam perut dan usus anda kerana mempunyai bahan yang tidak disukai oleh cacing tersebut.

18. Ubat Pencuci Perut (Laxative)

Asam jawa boleh dijadikan gantia kepada ubat laxative, iaitu satu jenis ubat untuk memudahkan anda membuang air besar. Pengamalan memakan ataupun meminum asam jawa boleh membantu anda membuang air besar dengan lebih mudah.

19. Merawat Buasir

Buasir ataupun hemorrhoid merujuk kepada masalah untuk membuang air besar – ia menyebabkan rasa sakit dan dalam kes yang berat boleh menyebabkan perdarahan.

Berkait dengan khasiat di atas, anda boleh mengamalkan meminum air asam jawa untuk mencairkan najis anda, lantas memudahkan proses membuang air besar.

Kaedah yang sama boleh diamalkan jika anda mendapat sembelit ataupun disentri (dysentery), iaitu satu jangkitan pada usus yang menyebabkan cirit-birit berdarah dan berlendir.

20. Mencuci Sel Darah Merah

Asam jawa boleh membersihkan sel darah merah dan lantas memberikan manfaat yang banyak kepada anda dalam jangka masa yang lama.

Video – Resepi Menggunakan Asam Jawa

Berminat untuk mencuba mengamalkan asam jawa, tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyediakannya? Anda boleh ikuti tutorial di bawah untuk memasak ikan asam pedas:

Kesimpulan

Walaupun asam jawa ini jarang diperkatakan dalam bidang kesihatan, tidak bermaksud ianya tidak mempunyai khasiat. Selama ini kita hanya tahu air asam jawa hanyalah untuk melegakan sakit tekak – sekarang barulah tahu benda yang sam boleh mencegah anda daripada kanser!

Harap artikel ini membantu anda dalam mengetahui khasiat asam jawa dan bolehlah amal-amalkannya seharian.

Sekian~

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here