9 Khasiat Buah Avocado (Alpukat) Untuk Seisi Keluarga

khasiat buah avocado alpukat

Buah avocado ataupun di Malaysia dikenali sebagai buah alpukat, mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan umum pada semua orang.

Biasanya buah ini dimakan beserta dengan salad. Disebabkan oleh budaya pemakanan buah ini jarang diamalkan oleh rakyat setempat, kita sebenarnya agak rugi.

Berikut adalah 9 khasiat buah avocado untuk seisi keluarga yang anda perlu tahu.

1. Avocado Banyak Nutrisi

Buah avocado mengandungi banyak nutrisi penting dan biasanya diletakkan di dalam banyak juadah di barat – untuk menambahkan rasa dan tekstur.

Pada zaman sekarang, buah avocado telah menjadi tumpuan dan popular dalam kalangan orang yang pentingkan soal kesihatan.

Di antara nutrisi yang terdapat di dalam buah avocado adalah:

  • Vitamin K
  • Folate
  • Vitamin C
  • Potassium
  • Vitamin B5
  • Vitamin B6
  • Vitamin E

Selain itu, ianya juga mengandungi sejumlah kecil magnesium, manganese, copper, zat besi, zink, fosforus, vitamin A, B1 (Thiamine), B2 (Riboflavin) dan B3 (Niacin).

Buah ini mengandungi 160 kalori, 2g protein dan 15g lemak. Buah avocado ini tidak mengandungi kolestrol atau sodium, dan rendah dalam kuantiti lemak tepu.

2. Avocado Mempunyai Potasium Yang Lebih Tinggi Berbanding Pisang

Potasium adalah salah satu nutrient yang orang selalu kurang ambil. Potasium boleh mengekalkan kestabilan dan fungsi sel di dalam badan, selain berperanan penting di dalam badan.

Salah satu khasiat buah avocado adalah ianya tinggi kadar potasium. Setiap sajian 100g, mengandungi 4% lebih banyak daripada pisang, yang mana sudah dikira buah yang tinggi kadar potasiumnya.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan potasium yang banyak (dengan terkawal) boleh mengurangkan tekanan darah, iaitu satu faktor utama kepada masalah jantung, strok dan kegagalan buah pinggang.

3. Avocado Mempunyai Asid Lemak Monotaktepu (Monounsaturated Fatty Acids)

Buah avocado tidak dinafikan bahawa mengandungi kadar lemak yang tinggi. Malah, 77% kalori di dalam buah ini datangnya daripada lemak tersebut, membuatkan buah ini antara buah yang berlemak.

Tetapi, perlu ingat bahawa lemak yang terdapat di dalamnya adalah asid oleik (oleic acid).

Ini bermaksud bahawa ianya adalah asid lemak monotaktepu (monounsaturated fatty acids) – berikan kebaikan kepada badan. Lemak itu juga terdapat di dalam minyak zaitun.

Asid oleik dibuktikan boleh mengurangkan kadar keradangan dan mempunyai kesan yang positif kepada gene pembawa kanser.

4. Avocado Kaya Dengan Serat

Serat ataupun fiber merupakan nutrient yang banyak terdapat dalam buah avocado.

Serat adalah sejenis bahan tumbuhan yang tidak dicerna di dalam usus. Serat boleh membantu penurunan berat badan, mengurangkan kadar gula dalam darah dan memudahkan proses membuang air besar.

5. Pengamalan Avocado Boleh Mengurangkan Kolestrol Badan

Masalah jantung merupakan salah satu punca utama kepada kematian di dunia. Masalah jantung pula sering dikaitkan dengan saluran darah, tahap kolestrol, trigliserida, tekanan darah dan sebagainya.

Terdapat satu kajian terkawal yang dicacatkan di dalam NCBI PubMeb. Mereka pecahkan responden kepada dua kumpulan. Satu kumpulan diarah untuk makan avocado, dan satu kumpulan yang lain tidak.

Berikut adalah hasil kajian tersebut:

Mengurangkan kadar kolestrol secara mendadak
Mengurangkan kadar trigliserid di dalam darah sebanyak 20%
Mengurangkan kolestrol LDL sebanyak 22%
Meningkatkan kolestrol HDL sebanyak 11%

Untuk maklumat lanjut tentang kajian ini, sila ke link ini.

6. Membantu Penyerapan Nutrisi

Apabila membincangkan hal nutrisi dan nutrient, ianya bukanlah bergantung kepada jumlah semata-mata.

Badan juga perlukan kemampuan untuk menyerapnya – dari sistem penghadaman ke dalam sel badan untuk diproses dan digunakan.

Some nutrients are “fat soluble,” meaning that they need to be combined with fat in order to be utilized.

Sesetengah nutrient adalah “fat soluble,” bermaksud ia perlukan lemak untuk dihadam – ini termasuklah vitamin A,D,E dan K.

Satu kajian mendapati bahawa pengambilan buah avocado boleh meningkatkan penyerapan antioksida sebanyak 26%.

7. Mengandungi Antioksida Yang Boleh Melindungi Mata

Bukan sahaja avocado boleh meningkatkan kadar penyerapan antioksida, bahkan ianya sendiri mengandungi antioksida yang tinggi.

Ini merangkumi nutrisi seperti Lutein dan Zeaxanthin, yang mana sangat penting kepada kesihatan mata.

Satu kajian menunjukkan bahawa nutrisi ini boleh mengurangkan risiko katarak mata dan degenerasi makula, yang mana biasa dialami oleh orang tua.

Oleh itu, pengamalan buah avocado boleh memberikan kesihatan kepada mata dalam jangka masa yang lama.

loading...

8. Buah Avocado Boleh Melegakan Simptom Arthritis

Arthiritis merupakan masalah yang biasa di alami oleh orang tua.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak buah avocado dan minyak kacang soya, dikenali sebagai Avocado and Soybean unsaponifiables boleh mengurangkan simptom arthirtis pada tulang (osteoarthritis).

Baca3 Rawatan Komprehensif Kepada Arthritis dan Sakit Lutut

9. Avocado Boleh Tolong Kurangkan Berat Badan

Terdapat beberapa bukti akan kenyataan ini.

Di dalam satu kajian yang melibatkan dua kumpulan, satu kumpulan diarah untuk makan makanan yang mengandungi buah avocado, manakala kumpulan satu lagi makan makanan yang sama tanpa buah avocado.

Kemudian, mereka akan disoal dengan beberapa soalan berkaitan dengan lapar dan kadar kekenyangan.

Responden yang makan buah avocado meresakan 23% lebih kenyang.

Jika kajian ini betul, maka dengan kerapkan makan buah avocado, anda boleh mengurangkan kadar pengambilan kalori dan lebih senang untuk mengikut jadual diet.

Baca10 Ubat Kuruskan Badan (Fat Burner) Yang Paling Berkesan Malaysia 2016

Video Khasiat Buah Avocado

Untuk mengetahui khasiat buah avocado yang lain, anda boleh lihat video Youtube oleh Margaux Rathbun di bawah:

Kesimpulan

Secara ringkasnya, anda boleh mendapatkan banyak khasiat dari buah avocado. Ianya mengandungi banyak nutrisi yang diperlukan oleh badan dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Walaupun buah ini jarang diamalkan dalam pemakanan rakyat Malaysia, namun ianya senang untuk didapati di pasar raya berdekatan. Sekiranya anda sudah mula berminat untuk mengamalkan pemakanan buah avocado dalam salad anda, sekarang adalah masanya!

Harap artikel ini membantu.

Sekian~

Sumber: Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila klik pada link ini.

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here