7 Khasiat Buah Naga Yang Anda MESTI Berminat Untuk Tahu

khasiat buah naga

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh memberikan banyak khasiat kepada kesihatan dan disebabkan terdapat banyak pilihan di luar sana, kadang kala kita tidak tahu buah apakah yang perlu dibeli.

Apa kata bermula dari hari ini, anda bertukar kepada buah naga pula. Biasanya orang akan katakan epal dan oren banyak membekalkan khasiat. Namun, jika anda mencari buah yang boleh melambatkan proses penuaan, mengelakkan tekanan darah tinggi dan membekalkan
tenaga, maka buah naga adalah pilihan yang terbaik.

Berikut adalah 7 khasiat buah naga yang anda akan dapat sekiranya mengamalkan pemakanannya di dalam diet harian.

Khasiat #1: Boleh Membantu Mengurangkan Berat Badan

Salah satu masalah orang yang ingin menguruskan berat badan adalah mengelak daripada rasa lapar. Oleh sebab itu, anda perlukan sesuatu yang boleh memberikan rasa kenyang yang lebih lama, walaupun makan dengan jumlah yang sedikit.

Dengan bantuan buah exotik ini, anda mudah berasa kenyang, untuk jangka masa yang lebih lama. Selain itu, ia juga membekalkan serat yang tinggi dan mengandungi kalori yang sangat rendah.

Oleh sebab itu, anda akan rasa mudah kenyang dan perkara ini boleh mengurangkan kadar pengambilan makanan yang lain. Pada masa yang sama ia boleh meningkatkan kadar metabolisma badan dan memudahkan anda menurunkan berat badan.

Baca: 101 Tips Diet Seimbang Yang Berkesan

Khasiat #2: Elak Masalah Tekanan Darah Tinggi & Penyakit Jantung

Terdapat dua faktor utama yang membawa kepada masalah tekanan darah tinggi dan masalah kardiovaskular, iaitu:

  • Stress dan tekanan
  • Arteri yang mengeras

Buah naga boleh ‘mencuci’ bahagian dalaman badan anda, ia boleh membantu mengekalkan tisu yang sihat sekitar jantug.

Pada masa yang sama, buah naga juga dikenalpasti boleh membantu mengurangkan tekanan oksidatif, iaitu salah satu punca kepada penyakit kardiovaskular.

Buah naga juga didapati boleh mengurangkan kadar kolestrol di dalam badan. Menurut satu kajian oleh jurnal Pharmacognosy Research pada tahun 2010, pengamalan buah naga boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan masalah tekanan darah tinggi.

Buah naga merupakan satu sumber lemak monosaturated yang boleh mengekalkan jantung dalam keadaan yang baik.

Khasiat #3: Sumber Antioksida & Baik Untuk Detox

Antioksida merupakan molekul yang boleh melawan radikal bebas yang berapa di dalam badan manusia. Radikal bebas adalah pembawa masalah kesihatan kepada manusia, termasuklah kanser.

Buah naga mengandungi antioksida yang banyak, yang boleh melawan radikal bebas dan mencegahnya daripada menjejaskan tahap kesihatan diri kita.

Pada masa yang sama, buah naga mengandungi vitamin C dan carotene, yang mana membawa sifat anti-karcinogenik – mengurangkan risiko barah juga. Selain itu, lycopene iaitu kandungan yang membawa warna merah pada buah naga didapati boleh mengurangkan risiko kanser prostat.

Satu kajian yang dilakukan oleh Asian Pacific Journal of Cancer Prevention pada tahun 2011 mendapati bahawa pengambilan lycopene sebanyak 2,498 mcg/sehari boleh mengurangkan risiko kanser prostat.

Jika anda mahukan sumber detox alternatif, anda juga boleh membaca ini.

Khasiat #4: Melambatkan Proses Penuaan

Terdapat beribu krim anti penuaan dan rawatan yang mungkin berkos ratusan ringgit. Namun, terdapat cara yang mudah, dan bahkan anda boleh dapatkannya di pasar raya terdekat – buah naga!

Seperti yang dinyata di atas, buah ini mengandungi antioksida yang banyak dan boleh melawan radikal bebas di dalam badan. Ia bukan sahaja untuk kesihatan fizikal, malah boleh membantu melambatkan proses penuaan kulit.

Khasiat #5: Kaya dengan Vitamin & Mineral

Sistem imunisasi adalah salah satu komponen yang penting di dalam badan. Ia mengelakkan anda daripada dijangkiti kuman dan bekteria.

Buah naga mempunyai banyak vitamin dan mineral penting seperti vitamin C, B1, B2 dan B3, kalsium, fosforus, zat besi, protein, niacin dan serat! Dengan kombinasi ini, badan anda boleh melawan jangkitan kuman dan penyakit berjangkit dengan mudah.

Selain itu, 80% dari buah naga adalah air! Ambil kira bahawa badan manusia memerlukan sejumlah air untuk kekal hidrat dan sihat sepanjang hari, dengan memakan buah naga ini, anda boleh mendapat sedikit bekalan air, pada masa yang sama mendapat khasiat vitamin.

Mulai sekarang, ambillah peluang untuk mengamalkan buah naga ini.

Khasiat #6: Baik Untuk Batuk dan Asma (Lelah)

Respiratory disorders such as asthma and coughing caused by common cold or flu can be difficult to deal with on a day to day basis.

Masalah pernafasan seperti asma/lelah dan batuk biasanya disebabkan oleh demam dan selesema, kadang kala sukar untuk diatasi dengan kadar yang segera. Percaya atau tidak, anda boleh menggunakan buah naga untuk mengurangkan rasa batuk dan lelah.

Walaupun ia tidaklah boleh menjadi satu gantian kepada ubat klinikal, ia boleh melegakan rasa sakit batuk dan asma tersebut. Memandangkan buah naga mempunyai kadar vitamin C yang tinggi, ia baik untuk sistem imu badan – oleh itu badan anda akan lebih cekap melawan jangkitan penyakit tersebut.

Khasiat #7: Mengawal Kadar Gula Dalam Darah

Dengan kadar serat yang boleh didapati dalam buah naga, ia boleh mencegah badan anda daripada mengalami kadar gula yang terlalu tinggi. Hal ini kerana serat boleh menstabilkan kadar gula dalam darah anda.

Ia juga mengelakkan kadar gula meningkat secara mendadak terutama selepas makan makanan manis. Satu kajian oleh Pharmacognosy Research mendapati bahawa buah naga boleh memberikan kesan positif kepada tekanan oksidatif pada tikus makmal yang mempunyai diabetes (kencing manis).

Ia membawa kepada kesimpulan bahawa buah naga boleh memainkan peranan yang penting kepada cara mengatasi masalah yang berkait dengan kencing manis.

Walaupun begitu, adalah disarankan agar anda mendapat pandangan doktor terlebih dahulu.

Baca3 Langkah Mudah Kurangkan Pengambilan Gula

Cadangan Hidangan

Sebagai cadangan hidangan buah naga ini, anda boleh mengupas dan memotong isinya kepada bahagian-bahagian yang kecil. Enak dimakan jika dalam keadaan sejuk.

Selain itu, anda juga boleh membuat smoothie dengan buah naga ini. Jika mahukan panduan yang lengkap bagaimana membuatnya, sila ke link ini.

Kesimpulan

Secara ringkas, dengan banyak kebaikan yang buah naga boleh berikan kepada pengamalnya, kenapa kita tidak mahu mengambil peluang?

Dengan khasiatnya kepada jantung, penurunan berat bada dan boleh mengurangkan masalah lelah, ia sudah pasti menjadi buah all-in-one.

Jika anda mencari buah yang boleh mengawal tahap kolestrol badan, pada masa yang sama membekalkan serat yang mencukupi sepanjang hari, buah nagalah jawapannya.

Harap artikel ini membantu anda dalam mengetahui khasiat buah naga kepada kesihatan anda.

Sekian~

Loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here