9 Khasiat Cuka Kurma Kepada Kesihatan

khasiat cuka kurma

Cuka boleh digunakan dalam banyak perkara, tetapi kebanyakan kes adalah digunakan di dalam makanan. Cuka secara umumnya, ada kegunaan dalam bidang perubatan, dan jeruk dan lain-lain.

Artikel kali ini akan membincangkan akan khasiat cuka kurma secara khusus, terutama dalam aspek kesihatan. Artikel akan membincangkan beberapa bahagian seperti berikut:

  • Kandungan
  • Khasiat kepada kesihatan
  • Cara Pengambilan
  • Pembelian Cuka Kurma

Bersedia? Okay jom baca seterusnya.

Kandungan Cuka Kurma

Cuka kurma adalah diperbuat daripada kurma, oleh itu apa yang terkandung di dalam cuka ini tidak lari jauh dari kandungan buah kurma yang kita selalu makan dirumah.

Antara bahan kandungan cuka kurma adalah:

  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Vitamin B1
  • Vitamin B6
  • Beta-karotena
  • Bioflavonoid
  • Potassium
  • Serat

Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan di dalam badan (yang membawa pelbagai penyakit berbahaya).

Khasiat Cuka Kurma Kepada Kesihatan

Cuka kurma sudah berkurun digunakan sebagai satu makanan dan perubatan di Timur Tengah. Berikut adalah beberapa khasiat cuku kurma adalah di bawah:

1. Menurunkan Berat Badan

Dengan mengamalkan pemakanan cuka kurma, ia boleh mengurangkan rasa lapar dan mencepatkan anda berasa kenyang. Hal ini tidak mustahil kerana cuka kurma mengandungi potassium yang tinggi.

Dengan itu, anda akan kurang makan, secara tidak langsung dapat menguruskan badan. Konsep mengurangkan selera makan ini sudah banyak digunakan dalam produk-produk kecantikan dan ubat kurus.

Cuka kurma juga sering digunakan untuk mengurangkan kadar gula dalam badan.

2. Mencegah Kanser

Sepertimana memakan buah kurma atau biji aprikot, pengambilan cuka kurma yang berkala boleh mengurangkan risiko kanser perut.

Hal ini kerana cuka kurma mengandungi banyak kandungan vitamin C, B6 dan potassium. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang memainkan peranan yang penting dalam menangani radikal bebas (salah satu penyebab kanser) di dalam badan.

3. Sesuai Untuk Atasi Lemah Jantung

Pengamalan cuka kurma sangat sesuai kepada orang yang lemah jantung.

Serat yang terkandung di dalam cuka kurma boleh mengurangkan kadar kolestrol di dalam badan. Sebaik-baiknya, ambil cuka kurma sebanyak 25-30 gram setiap hari. Pada masa yang sama, dapatkan serat dari sayur-sayuran dan buah-buahan juga. Selain daripada itu, pengambilan supplement amat digalakkan.

Cuka kurma boleh mengurangkan kolestrol LDL (buruk), pada masa yang sama meningkatkan kolestrol HDL (baik).

4. Memudahkan Bersalin

Jika anda kerapkan minum cuka kurma, ia boleh memudahkan proses bersalin, pada masa

Cuka kurma memudahkan bersalin
Cuka kurma memudahkan bersalin

yang sama mengurangkan rasa sakit. Hal ini kerana cuka kurma mengandungi hormon, yang boleh menguatkan uterus, membantu penghasilan susu badan dan mengurangkan risiko keguguran.

Satu kajian yang diterbitkan oleh Journal of Obstetrics and Gynaecology mendapati bahawa pengambilan 6 biji kurma setiap hari untuk 4 minggu sebelum bersalin, boleh memudahkan proses melahirkan anak.

Maklumat lanjut akan kajian ini, anda boleh membacanya di sini.

5. Mengurangkan Gangguan Haid

Kerapkan pengambilan cuka kurma, atau buah kurma itu sendiri boleh membantu anda (perempuan) mengurangkan gangguan haid.

Hal ini kerana cuka kurma mengandungi Vitamin B dan E, iaitu vitamin yang bermain peranan di dalam proses kitaran haid yang baik dan sihat.

Vitamin B dan Vitamin E boleh mengurangkan rasa sakit semasa haid, manakala magnesium boleh mengurangkan ketegangan otot pada rahim.

6. Menguatkan Sistem Imun Badan

Pengambilan cuka kurma boleh mengeluarkan bahan-bahan toksin dari badan, secara tidak langsung boleh menguatkan sistem imun badan. Pada masa yang sama, ia juga boleh mencegah anda daripada sakit perut dan sembelit.

Cuka kurma mengandungi Vitamin A, yang mana salah satu vitamin yang memainkan peranan yang penting dalam sistem imun badan.

Pada masa yang sama, Vitamin B6 yang terkandung di dalam cuka kurma turut memainkan peranan di dalam tindak balas imun badan. Jika badan tidak mempunyai vitamin B6 yang mencukupi, ia boleh melemahkan sistem badan.

Selain itu, vitamin C dan vitamin A juga boleh membantu sistem pertahanan badan anda, walaupun bukanlah secara langsung.

7. Sesuai Untuk Pesakit Anemia

Memandangkan cuka kurma mengandungi zat besi yang mencukupi, ia boleh membantu pesakit anemia.

Penyakit anemia ini merujuk kepada penyakit yang kurang sel darah merah atau hemoglobin. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang paling penting, ia memainkan peranan untuk mengangkut oksigen ke seluruh sel badan kita. Sekiranya tidak berfungsi dengan baik, maka sel badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

Tetapi jangan abaikan ubat dan nasihat daripada doktor, anggaplah cuka kurma ini sebagai makanan tambahan sahaja, bukannya penyembuh yang sempurna.

8. Mengatasi Masalah Lemah Badan

Cuka kurma mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi – ia boleh membekalkan tenaga kepada badan anda.

Pada masa yang sama, vitamin B yang terdapat di dalam cuka ini boleh membantu badan menukarkan makanan kepada bentuk tenaga untuk kegunaan harian.

9. Melegakan Batuk

Cuka kurma dipercayai boleh melegakan sakit batuk dan meghilangkan kahak jika diambil secara berterusan.

Hal ini logik kerana cuka kurma mengandungi vitamin C, iaitu salah satu nutrisi yang penting di dalam sistem imun badan untuk melawan sebarang jangkitan dan penyakit.

Baca: 4+ Petua Hilangkan Batuk Dengan Cepat

loading...

Pengambilan Cuka Kurma

Cuka kurma mempunyai rasa seperti buah kurma. Ia biasanya berwarna coklat gelap. Untuk menikmati cuka kurma, berikut adalah serba sedikit cadangan hidangan:

1. Minum: Ambil 1-2 sudu teh cuka kurma, sebaiknya dicampurkan dengan segelas air masa. Minumnya pada sebelah pagi dan malam. Anda boleh menambah madu untuk meningkatkan rasa manis.

2. Salad dressing. Anda sukakan salad, apa kata cuba masukkan cuka kurma pula ke dalam salad anda.

3. Masakan: Anda memasak dan perlukan cuka? Apa kata mulai hari ini anda bertukar kepada cuka kurma.

4. Jeruk: Seperti penggunaan cuka biasa dalam proses penjerukan, tetapi kali ini gantikannya dengan cuka kurma.

Pembelian Cuka Kurma

Produk-produk cuka kurma tidak se-popular cuka epal cider, oleh sebab itu anda perlu ke kedai yang tertentu untuk dapatkannya. Sesetengah pasar raya tidak menjualnya langsung kerana tidak mendapat pengeluar yang tepat.

Cuka kurma ini dipopularkan oleh Timur Tengah, oleh sebab itu anda boleh dapatkan produk-produk cuka kurma ini di kedai ala-ala produk muslim, atau kedai ala-ala Arab.

Jika anda tidak mahu bersusah payah, apa kata anda membeli cuka kurma dari Lazada Malaysia. Anda boleh memesan secara online dan mereka akan hantar terus ke rumah anda, tidak perlu susah-susah.

Klik di sini jika anda ingin membeli cuka kurma di Lazada Malaysia.

 

Kesimpulan

Khasiat cuka kurma adalah banyak, tetapi disebabkan oleh produk-produk cuka kurma ini sukar untuk didapati serta agak mahal berbanding dengan cuka yang lain membuatkan kita rasa sukar untuk mengamalkannya.

Tetapi tidak mengapa, jika tidak boleh mengamalkan cuka kurma, amalkan buah kurma itu pun sudah cukup baik kerana ianya adalah amalan sunnah.

Harap artikel ini membantu dan menjawap persoalan anda.

Sekian~

Loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here