11 Khasiat Halia (Termasuk Air dan Teh Halia) Kepada Badan

khasiat halia

Halia ataupun dikenali sebagai ginger dalam Bahasa Inggeris merupakan salah satu rempah ratus yang berkhasiat (dan sedap) di dunia.

Ia mengandungi banyak nutrisi dan bahan bioaktif yang boleh memberikan banyak kebaikan kepada tubuh badan serta perkembangan otak.

Artikel kali ini akan membincangkan 11 kebaikan dan khasiat halia kepada badan yang disokong oleh kajian saintifik. Ya, ini termasuklah air halia dan teh halia.

Kebaikan dan Khasiat Halia

Berikut adalah 11 kebaikan dan khasiat halia kepada kesihatan anda.

1. Halia Mengandungi Gingerol

Halia merupakan tumbuhan berbunga yang berasal dari negara China. Ia sangat berkait dengan kunyit, buah pelaga dan lengkuas.

Rhizome, iaitu bahagian akar tumbuhan ini biasanya dijadikan sebagai rempah ratus, dikenali sebagai halia.

Halia sudah berkurun digunakan di dalam dunia perubatan alternatif dan rawatan tradisional. Ia digunakan sebagai bantuan kepada sistem pencernaan, mengurangkan rasa loya dan menyembuhkan demam selesema.

Halia boleh digunakan secara kering, serbuk, minyak atau perahan. Ada kalanya ia dicampur di dalam makanan yang diproses dan di dalam produ kosmetik. Namun, biasanya dijadikan makanan, sebagai rempah ratus.

Halia mempunyai bau dan rasa yang unik, dan bahan yang memberikan bau dan rasa tersebut adalah gingerol, iaitu satu bahan bioaktif yang memainkan peranan di dalam merawat penyakit.

Bahan tersebut mempunyai bahan anti-keradangan dan antioksida yang tinggi.

2. Halia Boleh Menghilangkan Rasa Loya dan Mual

Halia dikatakan sangat berkesan dalam menghilangkan rasa loya dan mual. Halia, pada zaman dahulu digunakan sebagai penghilang rasa mabuk laut. Bahkan pernah dijadikan sebagai ubat.

Halia juga boleh melegakan rasa loya dan muntah selepas pembedahan. Sangat berkesan bagi orang yang sedang mengandung.

Walaupun pengambilan halia boleh dikatakan selamat, adalah terbaik sekiranya anda berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu, terutama jika sedang hamil. Ada yang berpendapat bahawa pengambilan halia berlebihan boleh menyebabkan keguguran.

3. Halia Boleh Melegakan Kesakitan Otot

Halia telah dikaji untuk melegakan kesakitan otot, terutama semasa bersenam dan bersukan.

Menurut satu kajian, pengambilan 2 gram halia setiap hari, selama 11 hari boleh mengurangkan kesakitan otot bagi orang yang menjalani senanaman tegar.

Walaupun begitu, perlu tahu bahawa halia tidak memberikan kesan serta merta. Ia memberikan kesan sedikit demi sedikit.

Perkara ini dikaitkan dengan bahan anti-keradangan yang terdapat di dalam halia itu sendiri.

4. Halia Boleh Membantu Pesakit Osteoarthritis

Osteoarthritis merupakan salah satu penyakit yang biasa dialami oleh rakyat Malaysia, terutama orang yang sudah berumur.

Penyakit ini berlaku apabila degenerasi sendi-sendi badan, membawa kepada kesakitan apabila bergerak. Dan ada juga yang menyebabkan sendi itu kaku, tidak boleh bergerak.

Dalam satu kajian yang terkawal, ke atas 247 orang yang mengalami masalah osteoarthritis pada lutut, mendapati bahawa pesakit yang mengambil ekstrak halia mengalami pengurangan kesakitan berbanding pesakit yang tidak mengambilnya.

Kajian yang lain pula, mendapati bahawa orang yang menyapu halia, damar, kayu manis dan minyak bijan pada anggota yang sakit boleh mengurangkan kesakitan.

5. Halia Boleh Mengurangkan Kadar Gula Dalam Darah

Kajian ini masih baru, tetapi mendapati bahawa halia mungkin mempunyai sifat anti-diabetes

Kajian pada tahun 2015 ke atas 42 pesakit tahap 2 kencing manis, mendapati pengambilan 2 gram serbuk halia setiap hari boleh mengurangkan kadar gula dalam darah sebanyak 12%

Walaupun begitu, kajian ini adalah kajian yang kecil. Hasilnya mungkin memeranjatkan, tetapi perlukan kajian yang lebih besar dan lebih terperinci sekiranya mahu membuktikan perkara ini.

Tetapi masih tiada masalah jika anda ingin mula beramal dengannya.

6. Halia Boleh Merawat Masalah Penghadaman

Dispepsia merupakan salah satu masalah penghadaman, yang dikaitkan dengan kesakitan dan ketidakselesaan di bahagian atas perut.

Apa yang menarik, pengambilan halia mendapati bahawa boleh mempercepatkan proses penghadaman bagi pesakit penyakit ini.

7. Serbuk Halia Boleh Mengurangkan Sakit Haid (Senggugut)

Senggugut, turut dikenali sebagai dysmenorrhea merujuk kepada kesakitan yang dirasai oleh wanita yang sedang haid.

Salah satu kegunaan tradisional halia adalah untuk melegakan senggugut.

Dalam satu kajian, 150 wanita diarah untuk mengambil 1 gram serbuk halia setiap hari, untuk 3 hari pertama kitaran haid mereka.

Hasilnya, halia boleh mengurangkan rasa sakit senggugut tersebut dengan efektif, bertindak hampir sama dengan ubat mefenamic acid dan ibuprofen.

8. Halia Boleh Mengurangkan Tahap Kolestrol

Kadar kolestrol LDL (kolestrol “buruk”) yang tinggi dalam badan boleh membawa kepada masalah jantung.

Cara pemakanan dan gaya hidup sangat memainkan peranan di dalam kadar LDL ini.

Dalam satu kajian selama 45 hari ke atas 85 individu yang tinggi tahap kolestrol, mendapati bahawa pengambilan 3 gram serbuk halia setiap hari boleh mengurangkan kolestrol badan mereka dengan mendadak.

Kajian tersebut disokong dengan satu lagi kajian, tetapi ke atas tikus makmal. Oleh itu, sekiranya anda ingin menurunkan kadar kolestrol dalam badan, bolehlah amalkan halia ini.

9. Halia Mungkin Boleh Mencegah Kanser

Kanser merupakan masalah kesihatan yang sangat serius. Ia berlaku kerana terdapat pertumbuhan sel yang tidak terkawal di dalam badan.

Ekstrak halia pula sedang dikaji sebagai satu rawatan alternatif kepada beberapa jenis kanser.

Bahan yang terdapat di dalam halia yang menyumbang kepada teori ini adalah 6-gingerol, yang boleh didapati di dalam halia mentah.

Menurut kajian ke atas 30 individu, 2 gram ekstrak halia setiap hari boleh mengurangkan risiko pertumbuhan sel tidak terkawal inim terutama di kolon.

Walaupun begitu, hasil kajian tersebut masih tidak kukuh dan perlukan kajian sokongan yang lebih besar.

10. Halia Memperbaiki Otak dan Lindungi Dari Penyakit Alzheimer

Oxidative stress dan chronic inflammation boleh mempercepatkan proses penuaan. Ianya juga dipercayai boleh membawa kepada penyakit Alzheimer.

Beberapa kajian yang dilakukan ke atas haiwan mendapati bahawa antioksida dan bahan bioaktif yang terdapat di dalam halia boleh melambatkan keradangan di otak.

Ada juga kajian yang membuktikan bahawa halia boleh meningkatkan perkembangan otak, dan memperkuatkan daya ingatan.

11. Bahan Aktif Di Dalam Halia Mencegah Jangkitan Kuman

Sekali lagi gingerol, bahan bioaktif yang terdapat di dalam hali, boleh mengurangkan risiko jangkitan kuman dan bakteria.

Bukan setakat itu, halia uga didapati boleh menghalang pertumbuhan dan persebaran beberapa jenis bakteria.

Halia sangat berkesan dalam melawan bakteria di mulut, dan mencegah daripada mendapat penyakit seperti gingivitis dan periodontitis.

Tambahan lagi, halia turut efektif melawan virus RSV, iaitu salah satu punca kepada jangkitan respiratori (pernafasan).

Kesimpulan

Secara ringkas, halia ini terbukti mempunyai banyak khasiat kepada tubuh badan kita semua. Sebab itulah ia menjadi salah satu remedi kepada banyak penyakit-penyakit, bahkan sudah diamalkan sejak berkurun lamanya.

Harap artikel tentang kebaikan dan khasiat halia ini boleh memberikan sedikit pencerahan kepada anda akan manfaat yang anda dapat sekiranya beramal dengan pemakanan halia setiap hari. (tidak kiralah sama ada dalam masakan, air halia mahupun teh halia)

Sila kongsikan artikel ini kepada orang yang tersayang agar mereka juga boleh mendapat manfaat.

Sekian~

loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here