10 Khasiat Kayu Manis Untuk Kesihatan [BERDASARKAN SAINS]

khasiat kayu manis

Kayu manis merupakan rempah-ratus yang sedap dalam masakan. Ia sudah digunakan dalam bidang perubatan sejak ribuan tahun dahulu.

Dan sekarang, dengan menggunakan teknologi sudah mengesahkan bahawa kayu manis memang mempunyai banyak khasiat.

Khasiat-Khasiat Kayu Manis

Dalam artikel kali ini, kami akan menyenaraikan 10 khasiat kayu manis untuk tubuh badan, berdasarkan kajian sains.

1. Kayu Manis Boleh Merawat

Kayu manis diperbuat dari bahagian dalam kulit kayu pokok yang dikenali sebagai pokok Cinnamomum.

Ia sudah digunakan sebagai salah satu ramuan semenjak berkurun lagi. Pada awalnya, ia merupakan sesuatu yang sangat jarang dan berharga, bahkan pernah dijadikan sebagai hadiah untuk raja.

Pada hari ini, kayu manis sangat mudah untuk didapati dan harganya murah. Dan digunakan dalam pelbagai jenis juadah dan sajian.

Di dalam kayu manis, terdapat satu bahan yang dikenali sebagai cinnamaldehyde.

Bahan itulah yang memainkan peranan yang penting di dalam sumbangannya di dalam bidang perubatan – terutama dalam memberikan khasiat kepada badan serta meningkatkan kadar metabolisma.

2. Kayu Manis Mempunyai Kadar Antioksida Yang Tinggi

Antioksida melindungi badan anda daripada kesan pengoksidaan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Bagi kayu manis pula, ia kaya dengan antioksida, seperti polyphenols.

Dalam satu kajian membandingkan tindak balas antioksida dalam 26 rempah-ratus, kayu manislah yang paling menonjol. Bahkan mengalahkan “superfood” yang lain seperti bawang putih.

Pada masa yang sama, kayu manis boleh dijadikan sebagai bahan pegawet semula jadi.

3. Kayu Manis Kaya Dengan Bahan Anti-Keradangan

Keradangan di dalam badan adalah sesuatu yang sangat penting.

Ia boleh membantu badan untuk melawan jangkitan dan memulihkan kerosakan tisu.

Walaubagaimanapun, keradangan boleh membawa kepada masalah apabila ia menjadi kronik dan mula melawan tisu badan kita sendiri.

Dalam kes ini, kayu manis boleh membantu kerana kajian menunjukkan bahawa antioksida di dalamnya meransang aktiviti anti-keradangan.

4. Kayu Manis Boleh Mengurangkan Risiko Masalah Jantung

Kayu manis sangat berkait dengan penurunan risiko sakit jantung, iaitu salah satu penyebab kematian terbesar di seluruh dunia.

Bagi orang yang mendapat kencing manis tahap 2, 1 gram serbuk kayu manis setiap hari boleh memberikan kesan yang positif.

Ia mengurangkan kadar jumlah kolestrol, kolestrol LDL dan triglycerides, manakala kadar HDL kekal sedia kala.

Satu kajian yang dijalankan ke atas haiwan pula mendapati bahawa kayu manis boleh mengurangkan kada tekanan darah tinggi.

Apabila digabungkan, semua faktor ini boleh mengurangkan kadar risiko sakit jantung.

5. Kayu Manis Boleh Meningkatkan Sensitiviti Terhadap Insulin

Insulin merupakan salah satu hormon yang menstabilkan metabolisma dan penggunaan tenaga.

Pada masa yang sama, ia sangat penting untuk menghantar gula dari darah ke dalam sel badan.

Masalah akan bermula apabila seseorang itu mula tahan (resistance) terhadap kesan insulin.

Masalah ini yang dikenali sebagai insulin resistance, adalah penyebab kepada kencing manis tahap 2.

Berita baiknya pula adalah, kayu manis boleh mengurangkan masalah ini, dengan erti membantu insulin ini untuk berfungsi dengan baik.

6. Kayu Manis Boleh Mengurangkan Gula Dalam Darah

Selain dari memberikan kesan positif kepada insulin resistance, kayu manis boleh mengurangkan kadar gula dalam darah.

Sudah ramai yang mengesahkan perkara ini.

Pengambilan terbaik adalah dalam sekitar 1-6 gram sehari. (Lebih kurang 0.5-2 sudu teh).

7. Kayu Manis Mungkin Mencegah Penyakit Neurodegenerative

Penyakit neurodegenerative ini boleh diklasifikasikan sebagai kehilangan struktur atau fungsi sel otak secara berperingkat-peringkat.

Panyakit Alzheimer dan Parkinson merupakan penyakit yang paling biasa dalam kategori ini.

Di dalam satu kajian ke atas tikus makmal yang mempunyai penyakit Parkinson, kayu manis membantu melindungi neuron, menstabilkan kadar neurotransmitter dan memperbaiki fungsi motor.

Bagi ke atas manusia pula, kajian yang lebih lanjut perlu dilakukan.

8. Kayu Manis Mungkin Boleh Mencegah Kanser

Kanser merupakan masalah yang serius, dan diketahui dengan pertumbuhan sel yang tidak terkawal.

Kayu manis sudah dikaji secara meluas dan berpotensi dalam mencegah perbentukan kanser.

Walaupun begitu, buktinya terhad oada tabung uji dan tikus makmal sahaja, yang mencadangkan bahawa ekstrak kayu manis berkemungkinan boleh mencegah kanser.

Ia bertindak dengan mengurangkan pertumbuhan sel kanser dan perbentukan saluran darah di dalam barah.

9. Kayu Manis Melawan Jangkitan Bakteria dan Kulat

Cinnamaldehyde, iaitu komponen utama di dalam kayu manis, boleh melawan pelbagai jenis jangkitan.

Minyak kayu manis sudah menunjukkan bahawa ia boleh merawat jangkitan kulat pada saluran pernafasan.

Pada masa yang sama, kayu manis turut mencegah pembiakan sesetengah bakteria seperti Listeria dan Slamonella.

Dari sudut lain, kayu manis boleh mencegah gigi dari mereput dan mengurangkan nafas berbau.

10. Kayu Manis Melawan Virus HIV

Virus HIV merupakan sejenis virus yang boleh merosakkan sistem imun badan anda, dan akhir sekali boleh membawa kepada AIDS sekiranya tidak dirawat dengan rapi.

Satu kajian makmal mendapati bahawa kayu manis adalah bahan yang terbaik untuk merawat HIV, berbanding dengan 69 tumbuhan-tumbuhan yang lain.

Setakat ini, tiada kajian ke atas manusia untuk membuktikan teori ini.

Kesimpulan

Secara ringkas, khasiat kayu manis ada banyak. Kita sahaja yang tidak sedar dan ambil tahu.

Bukan setakat itu sahaja, ia juga sedap untuk dimakan dan dimasukkan di dalam pelbagai

Harap artikel ini memberikan anda sedikit manfaat.

Sekian~

Loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here