4 Khasiat Mahkota Dewa (Phaleria Macrocarpa) Kepada Kesihatan

Mahkota dewa, ataupun nama saintifiknya Phaleria Macrocarpa adalah buah yang berasal dari papua. Di Indonesia dan Malaysia, buah ini biasanya digunakan sebagai ubat dan dalam perubatan tradisional.

Biasanya, orang akan menggunakan buah, daun dan batangnya untuk tujuan perubatan.

Artikel kali ini akan menyenaraikan beberapa khasiat mahkota dewa kepada kesihatan para pengamalnya.

Khasiat Mahkota Dewa

Berikut adalah 4 khasiat mahkota dewa yang anda patut tahu. Setiap kebaikan ini diskokong oleh fakta dan kajian saintifik.

#1: Meneutralkan Toksik Dalam Badan

Buah mahkota dewa mengandungi kadar antioksida yang tinggi. Antioksida yang terdapat di dalam buah ini adalah alkaloid. Bahan ini memainkan peranan yang penting dalam melawan radikal bebas di dalam badan. Jika radikal bebas tidak dikawal di dalam badan, anda akan lebih cenderung untuk mendapat barah atau kanser.

#2: Meningkatkan Daya Ketahanan Badan

Pada masa yang sama buah mahkota dewa mengandungi saponin, iaitu satu bahan yang boleh melawan bakteria dan kuman. Jika anda mengambilnya, ia boleh meningkatkan sistem imun badan, mengurangkan kadar gula dalam darah dan mengurangkan risiko darah beku (blood clotting).

#3: Memperbaiki Sistem Peredaran Darah

Mahkota dewa mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai Flavonoid. Bahan ini boleh membantu mempertingkatkan kadar peredaran darah di dalam badan dan mengurangkan perbentukan lemak dalam saluran darah. Ini secara tidak langsung boleh mengurangkan risiko masalah jantung.

Selain itu, flavoid juga bersifat anti-keradangan dan boleh bertindak sebagai anti-oksida. Ia boleh mengurangkan rasa sakit semasa anda mengalami perdarahan atau bengkak.

#4: Mengurangkan Risiko Kanser

Buah mahkota dewa mengandungi sejenis bahan yang dinamakan Polyphenols, iaitu satu nutrient yang penting di dalam diet kita. Dan kajian menunjukkan bahawa ian memainkan peranan di dalam mencegah penyakit seperti barah, kanser dan masalah berkaitan dengan kardiovaskular.

https://www.youtube.com/watch?v=eIv9R8gU1Tw

Dimana Boleh Dapatkan Mahkota Dewa?

Biasanya, kita mendapatkan mahkota dewa yang sudah diproses, tidak kira didalam bentuk pil atau cecair. Kita jarang menemui buah ini dijual dipasar, tiada permintaan, bahkan tidak enak dimakan.

Oleh itu, jika anda mahukan khasiat mahkota dewa ini, anda terpaksa membeli produk-produk kesihatan atau kecantikan yang terdapat di pasaran. Mahkota dewa ini bukanlah sesuatu yang baru, olah itu saya jamin anda mudah untuk mencarinya.

Namun, perlu berjaga-jaga dengan helah peniaga, takutkan ada kes penipuan dengan bahan yang digunakan. Pastikan kalau anda ingin melakukan pembelian, pilihlah produk yang berkualiti tinggi.

Kesimpulan

Harap artikel ini boleh memberikan manfaat kepada anda yang ingin mengetahui apakah khasiat mahkota dewa ini. Satu perkara lagi, saya tidak menjamin sebarang keberkesanan khasiat-khasiat di atas kerana kesannya bergantung kepada kadar pengambilan dan kekerapan pengambilan.

Jika anda mendapat manfaat daripada entri ini, silalah kongsikan kepada sesiapa yang anda rasakan dapat membantu.

Sekian~

Leave a Comment