Khasiat Mentega Kepada Tubuh Badan (Dan Keburukannya)

Mentega adalah hasil produk tenusu daripada susu lembu.

Ia mengandungi lemak susu yang telah diasingkan daripada komponen lemak yang asal. Ia mempunyai rasanya yang tersendiri dan sering kali digunakan dalam masakan, membuat roti atau sebagai sapuan roti.

Namun, mentega sering dikatakan sebagai salah satu penyebab kepada masalah kardiovaskular, kerana kandungan lemak tepu agak banyak.

Walaupun begitu, mentega ini turut menyumbang kepada beberapa kebaikan kepada badan. Artikel kali ini akan menyenaraikan beberapa khasiat mentega kepada kesihatan tubuh badan, beserta beberapa keburukan.

Kenapa, tidak percaya mentega pun ada khasiat?

Teruskan membaca untuk mengetahui khasiat-khasiat mentega kepada kesihatan badan.

Kandungan Nutrisi Dalam Mentega

Berikut adalah serba sedikit kandungan nutrisi yang terdapat dalam mentega.

1. Lemak Tepu

80% daripada mentega adalah lemak, dan selebihnya adalah air. Wow!

Sebenarnya ia adalah bahagian susu yang telah diasingkan daripada protein dan karbohidrat.

Mentega adalah kompleks berbanding dengan makanan lemak yang lain, dengan mengandungi lebih daripada 400 fatty acid berbeza.

Selain daripada fatty acid, mentega turut mempunyai kolestrol dan phospholipids.

Oleh sebab itu, tidak boleh dinafikan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan sekiranya makan dengan tidak terkawal.

2. Lemak Trans

Berbanding dengan lemak yang biasa, lemak trans dari produk tenusu dianggap berkhasiat.

Mentega banyak mengandungi lemak trans ini, termasuklah CLA – sejenis lemak trans yang berkait dengan banyak khasiat kepada badan.

Kajian ke atas haiwan dan sel manusia di dalam makmal terkawal mendapati bahawa CLA boleh mencegah kita daripada mendapat beberapa jenis kanser.

Pada masa yang sama, CLA boleh membantu penurunan berat badan pada manusia, dan sering digunakan dalam produk ubat kurus (fat burner), seperti yang tersenarai di sini.

Namun begitu, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan CLA yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.

3. Vitamin dan Mineral

Mentega turut mengandungi beberapa jenis vitamin, terutama yang berkait dengan lemak.

Berikut adalah senarai vitamin yang terdapat dalam mentega:

  • Vitamin A
  • Vitamin D
  • Vitamin E
  • Vitamin B12
  • Vitamin K2

Walaupun begitu, mentaga tidak dapat membekalkan keperluan yang mencukupi kepada badan.

Khasiat Mentega Kepada Kesihatan

Beberapa tahun yang lalu, mentega dianggap sebagai makanan yang tidak sihat kerana kadar lemak tepunya sangat tinggi.

Namun, dengan kajian sains, ada kebaikan disebalik pengambilan yang berpatutan.

1. Kesihatan Jantung

Masalah jantung adalah antara penyebab utama kematianm bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Kaitan lemak tepu dengan masalah jantung sudah banyak kali diperdebatkan, dan sudah terdapat banyak kontroversi.

Ianya tidak dinafikan bahawa pengambilan lemak tepu yang berlebihan boleh meningkatkan kadar kolestrol di dalam darah, yang boleh meningkatkan kadar risiko mendapat masalah jantung.

Walaupun begitu, hal ini bukanlah bergantung 100% pada kandungan lemak tepu. Lipid darah atau jenis lipoprotein yang dibawanya lebih banyak mempengaruhi.

Pengambilan lemak tepu boleh meningkatkan kadar lipid darah dalam beberapa cara:

Ia akan meningkatkan kadar lemak HDL, ataupun dikenali sebagai “lemak baik”, yang mana boleh mengurangkan risiko masalah/penyakit jantung.

Terdapat beberapa kajian yang mendapati bahawa pengambilan lemak tepu boleh meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular. Anda boleh membaca maklumat lanjut di sini.

2. Obese Dan Berat Badan Berlebihan

Ramai orang yang percaya bahawa mentega ini boleh menggemukkan badan, kerana kadar lemak dan kalorinya yang tinggi.

Walaubagaimanapun, ia tidak benar apabila diambil dengan kadar yang sedikit, sebahagian daripada diet yang sihat.

Ada orang yang menyatakan bahawa pengambilan mentega dalam kadar yang berpatutan boleh membantunya untuk kurangkan berat badan.

Namun, anda perlu faham bahawa mentega tidak seharusnya dimakan dalam kandungan yang banyak.

Keburukan Mentega Dan Lemak Tepu

Sekiranya diambil dengan kandungan yang berlebihan, mentega ini boleh memberikan kesan – tidak dinafikan.

Pengambilan yang berlebihan sudah pasti akan membawa kepada kenaikan berat badan, dan beberapa masalah kesihatan yang lain.

1. Alahan Susu

Walaupun mentega kurang protein, ia sudah memadai untuk menyebabkan alahan kepada sesetengah orang.

Oleh itu, orang yang mempunyai alahan kepada susu perlu berhati-hati dengan pengambilan mentega, ataupun tidak makannya secara total.

2. Lactose Intolerance

Mentega mempunyai lebihan laktosa, jadi pengambilan yang sedikit sepatutnya tidak mendatangkan masalah kepada orang yang lactose intolerance

Kesimpulan

Mentega datangnya dari susu, lemak susu kalau lebih tepat. Ia turut mengandungi vitamin dan mineral, tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian manusia.

Pengambilannya yang berpatutan boleh memberikan khasiat kepada manusia, cuma kalau terlebih makan, ia boleh memberikan keburukan.

Oleh itu, makanlah mentega dengan kadar yang sesuai agar anda mendapat khasiat mentega ini tanpa menjejaskan tahap kesihatan.

Harap artikel ini membantu anda.

Sekian~

Leave a Comment