10 Khasiat Spirulina Yang Dibuktikan Secara Saintifik

khasiat spirulina

Spirulina sebenarnya sangat baik untuk anda. Ia mengandungi pelbagai jenis nutrisi yang boleh memberikan kesan yang positif kepada badan dan otak anda.

Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, silalah baca artikel ini di bawah.

Khasiat Spirulina Kepada Kesihatan

Berikut adalah 10 khasiat spirulina kepada anda semua.

1. Spirulina Kaya Dengan Nutrisi

Spirulina adalah sejenis organisma yang tumbuh di dalam air tawar dan air masin.

Ia adalah sejenis bakteria yang dipanggil sebagai cyanobacterium, yang juga dikenali sebagai algae biru-hijau.

Seperti tumbuhan, cyanobacteria boleh menghasilkan tenaga daripada cahaya matahari, melalui proses fotosintesis.

Spirulina sudah diamalkan oleh orang Aztec dari dahulu lagi, tetapi sudah kembali popular apabila NASA mengeluarkan kenyataan bahawa tumbuhan ini boleh dicambah dan digunakan di angkasa lepas.

Pengambilan dos spirulina seharian adalah 1-3 gram, tetapi boleh diambil sehingga 10 gram.

Satu sudu teh (7 gram) serbuk spirulina mengandungi:

  • Protein
  • Vitamin B1 (Thiamin)
  • Vitamin B2 (Riboflavin)
  • Vitamin B3 (Niacin)
  • Copper
  • Zat Besi

Pada masa yang sama mengandungi kandungan magnesium, potassium dan manganese yang sedikit.

Kualiti protein yang terdapat di dalam spirulina boleh dianggap sangat baik, berbanding dengan telur.

Ada sesetengah pihak menyatakan bahawa spirulina mengandungi vitamin B12, tetapi perkara ini tidak benar. Ia mengandungi pseudovitamin B12, yang mana tidak memberikan apa-apa manfaat ke atas manusia. (sumber)

2. Spirulina Mengandungi Bahan Antioksida dan Anti-Keradangan

Kerosakan oksida boleh membahayakan DNA dan sel kita. Ia boleh membawa kepada keradangan kronik, lantas menyebabkan kanser dan beberapa masalah kesihatan yang lain.

Spirulina merupakan sumber antioksida yang baik, yang boleh mencegah daripada pengoksidaan.

Komponen aktif utamanya adalah phycocyanin. Bahan inilah yang memberikan warna unik kepada spirulina.

Phycocyanin boleh melawan radikal bebas dan mencegah keradangan. (sumber)

3. Spirulina Boleh Mengurangkan LDL dan Kadar Triglyceride

Sakit jantung merupakan salah satu penyebab kematian dunia.

Ia mempuyai banyak faktor yang membawa kepada sakit jantung. Spirulina telah terbukti boleh mengurangkan faktor-faktor tersebut.

Sebagai contoh, ia boleh mengurangkan jumlah kolestrol, kolestrol LDL dan triglycerides, manakala meningkatkan kolestrol HDL.

Dalam satu kajian ke atas 25 individu dengan kencing manis tahap 2, 2 gram spirulina setiap hari boleh memberikan perkembangan positif.

Dalam satu kajian lain, yang melibatkan orang penghidap kolestrol tinggi, mendapati bahawa 1 gram spirulina setiap hari boleh mengurangkan kadar triglycerides sebanyak 16.3% dan LDL sebanyak 10.1% (sumber)

4. Spirulina Mencegah Kolestrol LDL Daripada Teroksida

Struktur lemak di dalam badan boleh terdedah kepada kerosakan oksidatif. Ia juga dikenali sebagai lipid peroxidation.

Apa yang menarik adalah, antioksida yang terdapat di dalam spirulina didapati boleh mengurangkan lipid peroxidation. Ia telah banyak kali dibuktikan, ke atas manusia dan haiwan.

Dalam satu kajian ke atas 37 individu dengan diabetes tahap 2, 8 gram spirulina setiap hari boleh mengurangkan kerosakan oksidatif. Ia juga boleh meningkatkan kadar enzim antioksida di dalam darah.

5. Spirulina Mempunyai Sifat Anti-Kanser, Terutama Kanser Oral

Beberapa bukti mencadangkan bahawa spirulina mempunyai bahan yang mencegah perbentukan kanser.

Sebagai contoh, beberapa kajian ke atas haiwan menunjukkan bahawa ia boleh mengurangkan perbentukan kanser dan saiz barah.

Spirulina telah menunjukkan kesan yang positif, terutama pada kanser mulut.

6. Kajian Menunjukkan Bahawa Spirulina Boleh Mengurangkan Tekanan Darah

Tekanan darah tinggi boleh membawa kepada masalah kesihatan lain, yang boleh meragut nyawa.

Ini termasuklah sakit antung, strok dan kegagalan buah pinggang.

Dengan pengambilan 4.5 gram spirulina sehari telah terbukti untuk mengurangkan tekanan darah dalam individu yang mempunyai tekanan darah normal.

Perkara ini berlaku kerana peningkatan penghasilan ntiric oxide, satu jenis isyarat kepada badan untuk mengembangkan saluran darah. (sumber)

7. Spirulina Boleh Melawan Anemia Dengan Efektif

Terdapat banyak jenis anemia. Yang paling biasa adalah dikenali dengan pengurangan hemoglobin atau sel darah merah di dalam darah.

Anemia biasanya dihidap oleh orang tua, membawa kepada rasa penat dan letih yang berpanjangan.

Dalam satu kajian ke atas 40 orang tua dengan sejarah penyakit anemia, mendapati bahawa pengambilan spirulina boleh meningkatkan kandungan hemoglobin dalam sel darah merah. Sistem imun turut meningkat. (sumber)

8. Spirulina Meningkatkan Kekuatan Otot dan Ketahanan

Exercise-induced oxidative damage merupakan salah satu faktor kepada muscle fatigue.

Beberapa tumbuhan yang mengandungi antioksida boleh membantu atlet dan orang yang aktif mengurangkan masalah ini.

Spirulina, dalam beberapa kajian mendapati bahawa ia boleh memperbaiki kekuatan otot dan ketahanan.

9. Spirulina Boleh Membantu Mengurangkan Kadar Gula Dalam Darah

Dalam kajian ke atas haiwan, menunjukkan bahawa spirulina boleh mengurangkan kadar gula dalam darah.

Bahkan, dalam beberapa kes, ia lebih berkesan daripada ubat kencing manis, termasuklah Metformin.

Terdapat juga beberapa bukti yang ia boleh memberikan kesan yang sama terhadap manusia.

Dalam satu kajian yang melibatkan 25 orang pesakit kencing manis tahap 2, 2 gram spirulina boleh mengurangkan kadar gula dalam darah.

10.Produk Spirulina Boleh Detox Badan

Selain daripada khasiat spirulina yang dinyatakan di atas, ia juga sering dijadikan sebagai produk kesihatan – termasuklah detox badan.

Terdapat banyak produk spirulina yang anda boleh dapatkan di pasaran, tetapi saya lebih sarankan anda agar membeli produk yang berjenama, kerana ia mempunyai kualiti yang lebih tinggi.

Anda boleh membeli produk-produk spirulina yang berkualiti di Lazada Malaysia dengan klik pada link ini.

Kesimpulan

Secara ringkas, jangan mempertikaikan khasiat spirulina. Nampak sahaja tumbuhan ini kecil dan berwarna hijau, kesannya pada badan bagaikan Hulk!

Harap artikel ini menjawap persoalan anda tentang apa manfaat spirulina terhadap badan dan kesihatan umum.

Silalah kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda di media sosial agar mereka juga mendapat manfaat seperti mana anda.

Sekian~

Loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here